BAB 1
Pernah tak, anda berada dalam masa yang salah dan situasi yang salah. Ianya bukanlah satu kebetulan..tapi telah terjadi pada diriku ini.
"Selesaikan ia. Aku tak mahu ada apa apa bukti," orang itu berkata serius. Aku rasa,itu bos dia. Yelah, pakai pon semua warna hitam.
"Settle,bos!" Ditendang lagi lelaki yang berlumuran darah itu.
"Tolong...Tolong, jangan pukul saya lagi. Saya janji, saya akan buat macam awak suruh!" Rayu si mangsa.
"Apa? Kau fikir aku akan percaya buat kali kedua? Kau pernah cuba melarikan diri. Sekali aku kena khianat,sampai mati aku takkan percaya," suara bos itu kian kuat.
Aku pula terketar ketar di tepi pokok. Tanpa ku sedari, bekal untuk Arisa telah terjatuh.
Buk!
Bunyi itu telah membuatkan mereka tersedar. Panjang leher mereka semua mencari punca bunyi itu.
"Hei..,kau pergi tengok!" Ujar bos dia. Saat itu, Wajah bos itu terlindung dengan bayang dahan pokok. Aduhai, kalau tak,boleh aku cam wajahnya untuk buat laporan polis.
Aku dah kaget. Tanpa buang masa,terus aku melarikan diri.
Sungguh! Ini kali pertama aku lihat orang kena puji,tendang depan mata sendiri. Sungguh menjijikkan dan menyeramkan.
"Kau bernasib baik kali ni. Sekali lagi kau buat perangai, ini last nyawa kau! Dah! Tinggalkan dia. Kau..!" Panggil dia akan orang suruhannya.
"Dapatkan saksi itu dengan apa cara sekalipun! Aku tak mahu saksi itu jadi penyebab kegagalan aku!! Cepat, pergi!" Sambung arahan bos.
Dan aku.. apalagi..cabut larilah. Gila ke apa nak terpacak kat situ. Umpama kasi leher sendiri ke tali gantung.
Laju aku berlari. Jalan pula semua semak samun. Mana pulak jalan raya ni. Rasanya takdi,takde nak sesat sebegini.
Tolonglah aku! Jangan kasi aku tertangkap!!
Terbayang wajah semua insan yang aku sayangi. Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan keluar.
Shrkkk!! Satu bunyi deseran tayar kereta di depan ku. Terhenti sudah salur pernafasanku. Mati semua rasa takutku.
"Finally, I got you!!" Sengihan itu kian lebar.
Dan aku pula... putus oksigen untuk bernafas.
****
To be continue..
No comments:
Post a Comment