Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Tuesday, November 1, 2011

Mini Novella : Aku Benci Dia, Kau Encik benciku...1



Cerpen ke ni? hurmm: (Kalau ada kena mengena dengan yang hidup tu..senyum jer laa yaa..hehe...anda dah terjadi insiprasi Ayu pulak lam cerpen ni...)





"Say That You Hate Me, Now! I want to hear it!" ujar Ayuni dengan mimik wajah yang seribu rasa dalam hati. Nafas Ayuni mulai turun naik turun naik bak dikejar garuda. Geramnya..KALAU lah dia tu ada depan mata, aku ganyang jer lumat-lumat kasi makan budu..sedap tuu

Masih terbayang-bayang lagi akan cakap seseorang di ruangan telinganya...
"Ayu, jangan bencikan sangat orang tu, kelak kau jua yang susah!"

Ayuni membalas laju dengan separuh nafasnya laju di dada. "Dah dia tu selalu sakitkan hati Ayu, buatkan Ayu geram, marah, sakit hati dan semualah yang berkaitan dengan bencilah. So, apa lagi yang Ayu nak katakan lau selain kata benci?"

"Dah jangan layan dia lagi. Ingat sekali nama seseorang duk dalam hati amat payah nak buang balik!" Shimah berikan nasihat selaku orang yang banyak berpengalaman. Orang dah berusia ni banyak dah makan asam garam kehidupan ni. Bagi orang muda macam Ayuni, memang tak der langsung pengalaman.

Pengalaman banyak dikecewakan banyaklah. Kena tinggal dek orang disayangi, Cinta Ayuni bertepuk sebelah tangan, Ditipu, Dibohongi. Itu memang selalu Ayuni dapat sepanjang usianya di dunia ini. Tapi, kini Ayuni berdepan satu masalah baru. Dirinya mulai dibenci oleh Encik Benci!

"Ayu benci dia..benci sangat-sangat!" lauh Ayuni tanpa segan silu di hadapan kawan-kawannya yang lain jua. Masing-masing pangku wajah.

"Alaa..rilek laa..kan Shin chan ada ni.." Pia menyampuk laju. Budak 19 tahun ni memang penghibur kala duka dan lara. Itu belum lagi masuk si Datin like..Gamatlah Ayuni diusik oleh mereka berdua.

Iqa menyampuk kecil, "Ayu, janganlah beremosi sangat. Kita ni perempuan, emosinya lagi tinggi dari akal. Cuba beristigfar banyak-banyak. Kosongkan minda tu. Sekarang ni syaitan gemar berada bersama orang yang kuat beremosi. Makin kita beremo, makin galak laknatullah itu cucuk jarum dalam emosi kita!"

Ayu terdiam kecil. Otaknya mulai memproses apa yang kawan-kawannya cuba utarakan. Ada banyak pro dan kontranya. Kata si Iqa benar, tak boleh dipertikaikan lagi. Manakala kata-kata si Pia tu..ermm...nak hilangkan tenson dapatlah.

Iqa sambung lagi kata-katanya.. "Kalau Ayu selalu dengar apa yang orang kata, meh sini Ceq pulak nak kata, dengar dan pasang telinga luas--luas ya.. andai jodoh telah di tetapkan..maka segala dugaan dan rintangan perlu ditempuhi dengan kesabaran, Insya Allah Ayu akan berolehi ketenangan. Ceq sayangkan Ayu sangat-sangat. Ayu ada bakat. Jangan biarkan bakat itu terendam dalam kolam tau! Sapa nak jenguk kolam tu lau asyik-asyik datang, wajah Ayu selalu murung je!"

"Betul tu kak Ayu, ingat ni. Pia ada, Datin ada, kak Zura pun ada, rex ada, iqa ada, Baizura pun ada, semua adalah. Kami ada. chewahh jiwang jua Pia ni. Nasib baiklah datin tak ada. Lau tak, konfem muka kak Ayu merah padam!" Pia mencelah dengan memeluk erat anak patung Shin Chan itu.

Ruginya Ayu lupa nak bawak anak patung Spangebob Ayu tu.Lau tak leh wat Pia jeles. Patung Spangebob Ayuni tu lagi besar tau dari Pia punya.

"So, Ayu? Gi mana sekarang?" Akak Shimah bersuara saat kami semua berkumpul di taman yang indah, di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Sudah lama mereka semua ingin bertemu 4 mata. Yelah, selama ni hanya jemari jer yang berkarya..kini biarlah suara pula berkata-kata.

"Sukar kak. Sekali Ayuni dah kata Benci, sukar nak buang. Makan masa!"

"Jap, kan orang tua cakap apabila kita membenci seseorang..maka ia bagaikan dalam hati ada cinta.. dalam benci ada rindu..huk huk huk!" Pia tetap jua nak jadi budak dewasa lau bab berkata-kata. Nak kena sekeh budak kecil ni.

"Pia, tutup mulut sekarang. Ni hal orang tua-tua je!" akak Shimah sengaja menyengah dalam nada mengusik. Pia lemparkan tanda 'peace ni war' pada akak Shimah.

"Akak shimah, Ayuni masih muda lagi tau. baru nak masuk umur 19!" Ayuni berseloroh laju. Bahu Pia ditepuk laju oleh Ayuni dan memeluknya erat. Sayang Pia.

"Saya pun muda lagi kak, baru 22 tahun." Iqa mahu jua ujarkan umurnya.

"Saya pun..baru 20 tahun!" Datin pun sekali.

"Saya pun nak jugaklah muda kalau macam tu! semua pakat nak muda jer..siapa lak yang nak tua?" Akak Shimah laju berkata-kata dengan mimik wajah yang geram. Lain yang dibincangkan, lain pula tajuknya terkeluar. Semuanya suka lari topik lau bab komen mengkomen ni.

"Akak Shimalah!" mereka semua berkata serentak. Aku jugak yang terkena balik. detus hati akak Shimah. waalahai..budak2 ni semuanya. Satu kepala betullah. Sesuai sangatlah duk satu geng kamceng kita tu. Satu kepala, satu idea dan semuanya jenis kaki mengusik.


"Dah, layan korang semua ni tak makanlah nasi Ayam. Ayuni ker masak ni?" berselera pulak lihat senarai juadah yang sempat Ayuni bawa sekali. Ada nasi ayam, air sirap laici dan jua sedikit buah-buahan sebagai juadah pencuci mulut.

"Nak tahu, rasalah dulu. Ni lah masakan orang bujang!" Ayuni merendah diri dan bangun mengambil piring polistren. Iqa membantu Ayuni. Datin dan Pia menghamparkan tikar. Akak Shimah pula menyediakan apa-apa yang perlu.

"Orang bujang? Ayu ker? Aik bukan ke dah berpunya? Status cakap dah berpunya?" Akak Shimah duduk di tikar dan meletakkan nasi ayam itu. Mereka semua duduk bersila dan saling mengambil piring polistren itu.

"Apa akak cakap tadi?" Ayuni menyoal kembali.

"Pasal dah berpunya..!"

"Akak..kan Ayuni dah dipunyai oleh seseorang!" Pia memang laju mencelah lau bab ni. Datin pun sama..hanya tak bukak mulut jer. Senyuman mereka berdua pun dah memandai. Fahamlah tu apa dalam hati datin dan Pia tu.

"Yang mana satu ni? Diam-diam AYu ya!" giat akak Shimah. Inilah peluangnya mahu bertanya. Ayu tersenyum.

"Akak, dalam hati ada benci. so, apa lagi nak dikatakan." tepat dan padat jawapan Ayuni. Iqa dah tersenyum penuh makna. Aduhai, ingatkan dah tutup kes ni, rupanya sambung lagi.

"Oh yaa..Iqa ada ajak tak budak-budak yang lain?" soal Akak Shimah apabila terpandang wajah Iqa. tersedak Iqa yang sedang minum air. Ayuni mengurut perlahan-lahan.

Iqa lapkan bibirnya dan pandang tajam wajah akak Shimah dan berkata, "Diorang dah mesej saya tadi kak. Katanya akan sampai kejap je lagi!"

"Sapa yang nak sampai, Iqa?" soal Ayuni yang kebingungan. Setahunya, hanya Iqa, Datin, Pia dan akak Shimah tahu akan pertemuan ni. Ada lagi ker orang lain tahu? Siapa..dan janganlah dia pun ada. Kalau ya, aku lari jua rentasi tasik titiwangsa ni. Kalau nak tengok Ayuni lari-lari kat tasik ni buatlah. Kalah cerita hindustan Shah Rukh Khan tau.

Iqa tertunduk saat mesej tiba. Iqa baca dan tersenyum . "Mereka semua dah sampai!"

Ayuni yang tengah mencedok ayam, tergolek jatuh ke dalam air sirap laici. Ayuni salah dengar ke ni? Ayuni tatap wajah Iqa. tapi, tiada pula sebarang jawapan yang ditemui dalam riak wajah bersih Iqa itu. Apa ni?

"Assalamualaikum.." sahut satu suara dari belakang Ayuni yang mendoakan kesejahteraan kami semua. Masing-masing angkat kepala. Hanya Ayuni yang kaku. Badan dah jadi pegun. Wajah pucat bak tiada darah. Badan ketar sendiri.

Suara itu. Ayuni kenal sangat-sangat. Ayuni cam lentokkan suara itu walaupun di tasik ini masih banyak lagi suara yang menyapa telinganya. Ya Allah, apa semua ni. Semakin jauh aku bencikan dia, kenapa semakin dekat tarikan magnet kami berdua. Bukankah dia dah ke kutub utara, dan aku ke kutub selatan? Kenapa nak dipertemukan di sini jua? Ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu jua.

"Assalamualaikum. Ada tuan rumah tak ni?" sekali lagi suara itu bergema di telinga Ayuni. Ayuni dapat merasakan seolah-olah hanya suara itu didengarinya. Iqa siku lengan Ayuni. Ayuni terkejut.

"Kalau tak jawab pun, tak kan berdosa apa-apa di dunia ni!" amik kau, Ayuni dah mulakan perangan Goku-Bezita. Semua pakat gelak. Aik, Ayuni buat lawak ke?"

"Awak memang begitu. Selalu sangat bangkang apa jua saya cakap. Boleh tak sekali tu, caye sikit apa yang saya bagitahu. dan jangan banyak bangkang!" serangan demi serangan bermula hanya dalam 1 minit dipertemukan.

"Like I care perasaan awak?Yes, akhirnya hati awak dapat rasa jua apa tu erti marah, kan?"

"Ahh sudah..kat sini pun jadi jua sessi peperangan Narnia ker?" masing-masing tepuk dahi lihat Ayuni dan dia itu memulakan bicara manis menghiris kalbu. Iqa sudah mengeleng laju. Datin dan Pia memang kaki ketawa jer. dan akak Shima pulak termanggu tanpa sebab.

"Saya datang ni kerana dijemput. bukan nak bertelagah perkara bodoh remeh temeh ni!" dia berkata begitu. Memang angin lah Ayuni. Selamba sahaja dia duduk tanpa dipelawa dan mengambil piring polistren yang Ayuni sedang pegang. Disuapnya laju dan mulai merasai kenikmatan nasi ayam itu.

Mereka semua duk pandang. Aik?

Ayuni bangun laju. Perasaan yang tenang mulai bergocak hebat. Dia masih lagi leka makan dan siap menambah lagi nasi itu. Lapar sangat ker? "Nak ke mana pulak tu Ayuni? Kan kita tengah nak makan?" soal Zura yang baru tiba. Zura lambat kerana mencari tempat parking kereta. Tahu-tahu sahajala parking kat Kuala Lumpur ni. Tambah-tambah lagi di hujung minggu.

"Akak pun ada? dah lama Ayuni nak jumpa ngan akak!" Ayuni terus berubah emosi dan memeluk badan akak zura.

"Jangan peluk lama sangat BFF saya tu! Kang makin kurus pulak dia!" satu suara yang cukup aku geram nak dengar mencelah. Zura tersenyum kecil. Mula dah! Dah banyak kali ditegah, suka sangat cari pasal dengan Ayuni. Dah tahu Ayuni tu jenis cepat meradang, suka nak menjolok sarang tebuan.

"Bencilah! dengar sini jelas-jelas. Saya Benci Awak. ucapkanlah lau berani sekarang jugak!" Ayuni mencekik pinggang.

Dia sudah makan dan bersedawa kekenyangan. kata orang, kalau nak bergaduh pun pastikan perut itu kenyang. Barulah best nak ber'gomo'. Dia bangun dan tegak berdiri depan Ayuni. Rasanya ketinggiannya sedikit tinggi dari Ayuni. 'Aku 170 cm, Ayuni lak berapa cm tingginya?'

"Read my lips...I dont like you!"

"What?" mereka semua pulak terjerit serentak. Aik, siapa pulak yang beremo ni?

Ayuni dah merah padam muka. Tanpa banyak bicara lagi, kaki mulai mengorak langkah seribu. Kan dah kata, Ayuni akan jadi heroin jua di tasik titiwangsa ini hari ni. Kenapalah semua ni jadi sebegini? Salah ke Ayuni? Salah ke Ayuni sebegini.

Kenapa Ayuni selalu dikecewakan. kenapa Ayuni selalu dipermainkan? Kenapa? Air mata yang telah lama terendam mulai merembes keluar. Ingin sahaja hati ni menangisi sepuas-puas hati. Kalaulah ada pantai di Kuala Lumpur, akanku renangi sampai ke hujungnya. Pantai, aku rindukan deruan ombakmu. aku rindukan belaian angin lalu menyapa pipiku.

"Ayuni!!!!"

Ayuni kian laju berlari-lari. Lantaklah apa orang nak cakap, nak kata, nak lihat dan nak mengumpat pun. Hati Ayuni, hanya Ayuni yang tahu... Rahsia di hati, sukar dimengerti.

"Ayuni!"

"Mak!!!" Ayuni terkejut saat lihat seseorang sudah berada di depannya. Ayuni cuba kawal lariannya dan tetap takkan benarkan dia lagi datang dalam hidup Ayuni buat kini dan selama-lamanya.

"Ayuni. jangan lari! jangan lari lagi dari saya!"

"Nope. selamanya saya akan lari dari awak..." Ayuni menjawab sepantas lariannya pergi. Pergila sejauh mungkin. Ayuni..detus kata hatinya.






P/S : Aku benci dia. Kau Encik Benciku...
satu perkataan yang Ayu olehkan jadi cerita pendek. Ni semua berkat datang idea dari kawan2 ayu yang selalu mendkung ayu. Ayu saat lemah, saat berduka, saat gembira. mereka tetap ada...Ayu..suka berkhayal dan dalam khayalan tu tak pernah impikan khayalan tu jadi nyata di alam realiti. TAK PERNAH SESEKALI. naluri manusia..

Buat Iqa, pia, datin, akak shimah, akak zura dan kawan lain... maafkan ayu kalau ayu ni 'minum kopi' ayat-ayat kalian semua. Ayu ni suka berkarya apabila sesuatu benda tu wujud, barulah reader baca akan rasai watak tu. ada pembaca lain anggap ayu ni terlalu perasan masa tulis karya sendiri.

Jawapan Ayu " Biarlah ayu nak perasan ke tak. Ayu hepi kerana ayu berjaya jua zahirkan 'syok sendiri' Ayu tu dalam bentuk penulisan. Jadi kalau orang baca tu, biarlah apa yang mereka fikirkan. Ayu tak leh nak kata. eh jangan fikir begitu. lain orang, lain cara berfikirnya."

jadi..kiranya sesiapa yang baca ni fikirkan ni karya 'SYOK SENDIRI' do it now. dan komenlah apa-apa pun. janji Ayu tahu apa yang ayu taipkan, apa yang ayu lahirkan dari lubuk hati ni..apa yang ayu karangkan dan olahkan.

TAPI, jika ada yang tersinggung di hatii, Ayu leh buat apa, kan. Terima sahajalah kritikan bernas dari pembaca. orang yang membaca takkan sama rasanya dengan orang yang menulis dan membaca. 'bukan niat nak kata sapa-sapa, tapi kalau si penulis tu asyik kena kritik teruk2 jer, salah ker lau penulis lak nak pertahankan karyanya?"





SALAM SAYANG DARI AYU
1.17PM.. 1.11.2011

7 comments:

MiSs YayA said...

salam..kak ayu...ala...huk huk huk..la..tersentuh la bce...mmg sedap nasi ayam n sirap laici yang kak ayu wt 2...kenyang sy mkn...hihihi best la cita nie..serius...tak kisah la copy,teh,milo..@ ho..ho..holicks..janji story best...hihihi...shin chan ska la...peace kak ayu...

Afifah Yusof said...

Menarik sangat.. macam baca satu kisah family.. persahabatan yang kukuh.. SOkong 100 % apa yang ayu cakap.. orang yang baca tak sama dengan kita yang menulis.. cerita kita, imaginasi kita.. ambil segala komen sebagai pembakar semangat.. ^_^

aku_slamber said...

tq pada pendukung tegar komen ni si Pia dan kak AFIFAH...

Ayu tak nak komen banyak2 kerana semua isi hati ayu, apa yang ayu rasai itu semua dah terlahir lam cerpen di atas tu..

benar, tak semestinya ada percintaan antara lelaki dan perempuan, akan buatkan kasih sayang persahabatan mulai pudar kan..malahan makin kuat sama2 menentang semua yang terjadi, kan?
sapa setuju? heheh heheh...tak pun..ayu jer bersetuju....

~Cik MI~ said...

Salam.... Hehehehe.. nama Cik DH tak ada pun.. nak majuk ni(Gurau aje)...

Cik MI rasa cara Ayu berkarya makin bertambah baik.. Ayu dah ada bakat utk menulis(Bukan taip ke sbb guna lappy?) cuma dulu kegunaan gelaran(kot?) agak mengelirukan. and..

Wallah..... Skang dah berubah seratus peratus... Hahahahaha... Good job writer.... Lalalalalala.. singgah jab..

missdesouleater said...

waalaikumussalam kak ayu,,,,ola,,,
haha...memang senyum smpai ke telinga la datin...hahaha...pia?asal lak asyik batuk je?deman ka?p lah klinik...haha...kak ayu mcm tahu2 je datin makan nasi ayam hari ni..huhu...nice cerpen lak kak ayu..mmg kukuh la persahabatan yg dipaparkan!moge2 kita dapat brtemu jua...hopefully..insyaAllah...n for your love...Allah S.W.T dah tetapkan kita berpasangan...so..wait...haha..terlebih sudah komennya..cik DH jelezz sudah

missdesouleater said...

*tertinggal...muahaha
love u la sis..

aku_slamber said...

tq

Nuffnang Ads