Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Tuesday, October 4, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 25

Minah Kampung, Encik Bandar 25

Bab 25




Fareda pandang kiri dan Batresya pandang kanan. Ada lebam yang mulai kelihatan di wajah masing-masing. Rambut pula sudah kusut masai jadinya. Kalah bulu singa cap kaki tiga tau. Erfan mahu ketawa pun ditahannya.

“Perangai kalah budak tadika.!” Getus Erfan.

“Kenapa nak tarik-tarik rambut segala? Dah tak sabar nak jadi botak ker?” perli Erfan apabila keduanya membisu.

“Dia yang mulakan dulu. Bat datang nak jenguk Erfan dan ucapakan takziah ajer!” gumam Batresya dengan mulut menyerot kepada Fareda.

“Kau nak aku cilikan pulak ker mulut kau tu? Kan dapat pulak bibir Maybelline kat sini!” Fareda menjawab selamba. Batresya sudah panas. Panas!! Batresya bakar jua si minah lasser ini jua ngan pemetik api shin chan.

“Buatlah kalu berani sangat. Kita tengok bibir sapa yang makin seksi nanti! Kau ker aku?” balas Batresya yang tak mahu mengalah dengan musuh barunya.

“Enough!!!” jerit Erfan lantang. Keduanya tersentak dan membisu namun wajah, jangan ditanya. Kalah wajah Miss World!

“Kalau nak bertengkar lagi, get out!!” suara Erfan dah tertukar jadi halilintar pulak. Keduanya pekupkan telinga. Mana tahan dengan volume tahap 100% Erfan tu.

“Erfan, sorrylah. Batresya tak berniat cari gaduh kat sini. Ni, minah laser ni tetiba jer fire laser kat Bat, Bat balas baliklah!” dalam meminta maaf sempat lagi Batresya memerli Fareda.

“Fareda, don’t ever you make me repeat again.!” Erfan mulai memberi amaran awal sebelum Fareda mencelah. Macam tahu-tahu ajer Fareda nak mencelah. Geramnya!! Siaplah kau nanti.

“Abang..!” Fareda buat dah suara miang-miang kucingnya ini. Batresya terasa nak muntah berdarah sahaja kat sofa ini. Sempat lagi nak berabang-abang. Batresya hempuk jua budak hingusan ini dengan beg LV nya.

“Fareda, I say it enough! And you, Batresya. I’m not feel very well, so, please go back home!”

“Are you sick?” soal Batresya prihatin dengan keadaan Erfan. Wajah Erfan sudah menggambarkan segalanya, tapi mulutnya tetap jua mahu bertanyakan kesihatannya. Ada lagi sisa kasih dalam hatinya.

Tangan Batresya laju sahaja menuju ke dahi Erfan. Erfan menepis tangan Batresya. Fareda tersenyum. Padan muka, sengajalah tu nak tunjuk baik. Erfan takkan layan kat kau punya. Dia hanya layan Fareda jer!

“I’m ok! Please go back. I need a rest!” Erfan bersuara lemah. Tenaganya sudah banyak berkurangan semenjak kematian E-an. Hidupnya hanyalah tangis, termenung dan menyesal. 3 benda yang susah nak dipisahkan lagi.

“Tak faham-faham bahasa lagi ker? Dah ada yang mintak balik tu, baliklah” usir Fareda dengan senyuman menyindir. Batresya sudah ketap bibir. Minah laser ini memang nak didihkan darah Batresya. Didihkan guna ayat beracun dari mulut lasernya. Memang keturunan bawang putih betullah.

“Tapi, I really care about you!” Batresya masih lagi berusaha menyakinkan Erfan yang Batresya sudah berubah. Erfan mengeluh perlahan.

“Hey, perempuan! Kan Erfan dah cakap, dia tak sihat. Kau nak Erfan tengking maki kau baru kau nak blah?” Fareda sudah bangun bercekik pinggang. Dia pula yang nak emo ni, apa kes?

“Hey betina, aku tak cakap ngan kau,ok! Aku tanya Erfan, bukannya tanya pada kau!” Batresya pun sama naik hantu. Erfan sudah tergeleng-geleng kepala. Dahlah kepalanya tengah serabut, tambah lagi serabut dengan perbalahan remeh temeh makhluk berdua ini.

Erfan mulai berapi-api kemarahannya. Kepalanya kian berdenyut kencang. Hanya tunggu masa sahaja mahu meletupkan larva kemarahan itu. Erfan sound jua budak perempuan berdua ini kang!

“Enough! Both of you, get out from my house!” Erfan bangun tegak. Pandangannya tajam fokus kepada 2 perempuan yang menyusahkan ini. Erfan segera menggenggam kedua lengan Fareda dan Batresya lalu mengheret mereka berdua ke pintu.

“Erfan, sakitlah tangan Bat!” rengek Batresya apabila diheret secara mendadak. Fareda pun sama menyeringa kesakitan. Tenaga lelaki ini lain sikit dengan tenaga wanita. Kudrat mereka lagi kuat.

Tombol pintu dibuka luas. Adakah Erfan mahu lakukan seperti yang pernah arwah E-an alami dulu? Fareda mulai berfikir bukan-bukan. Janganlah!! Sakit punggung den tau.. Tak beranak-pinak la Fareda nanti.

“Kau berdua nak bertekak ker nak bergusti WWE atau WWF ker, kat luar rumah aku!” terus pintu ditutup rapat serapat pintu hatinya kini. Dikunci terus ngan lock yang ada. Puas hati Erfan. Tiada lagi gangguan.

“Erfan!!!” jerit Fareda lantang. Dijelingnya wajah Batresya di belakangnya. Ini semua kau punya pasallah. Malam ni tidur kat luarlah Fareda.

“Abang!!” bertalu-talu ketukkan di pintu oleh mereka berdua. Erfan buat pekak sahaja. Malas mahu layan. Baik aku layan perasaan lagi bagus. Langkah kakinya menapak menuju ke bilik atas. Aman sikit duniaku apabila keduanya berada di luar rumah. Biar kena embun malam sikit.

“Kau memang perempuan bawak sial kan. Tak pasal-pasal aku kena halau ngan Erfan. Tak pernah-pernah Erfan halau aku!” Fareda segera mengadapnya dan memaki hamun Batresya. Batresya naik angin lalu menyelak anak rambut yang terjuntai di dahi. Sabar, Batresya. Budak hingusan ini tak kenal aku lagi. Ini Bat la, adik sepupu mak tiri kepada Batman dan Catwoman. Sesekali menyengat, bisa lu kena..

“Hey perempuan tak sedar diri, kau tu hanya duduk menumpang kat rumah Erfan je. Berlagak nak mampus. Setakat kau, berlambak ada dijual kat Golok tu!” Batresya pun sama-sama naik angin hantu. Tangannya menunjal dahi Fareda. Amik kau!! Sengat sudah naik.

“Kau cakap muka aku ni ada kat Golok? Sial!” tangan Fareda terangkat spontan menampar wajah Batresya. Sakit tau dahinya ditunjal oleh jari Batresya. Panjang betul kuku Batresya. Tak pernah potong kuku ker? Pengotor punya perempuan, harap muka jer cantik.

“Kau berani sentuh muka, aku WWF kau kat sini!” gertak Batresya. Fareda langsung tidak menunjukkan riak ketakutan. Macamlah kau tu Stone Cold aku nak takut. Lainlah kalu kau tu The Rock..berbaloi jua nak takut.

The Rock?, pujaan hati Fareda itu. Lakonannya dalam Scorpion King memang versatil laa.. Fareda tersengih sendiri. Ini ada lagi hal yang belum diselesaikan lagi.

Pang!!! Bagaikan dimintak, laju sahaja Fareda menampar wajah Batresya. Batresya tergamam, minah ini memang tak makan dek saman. Kejap ye, kau tampar aku ya.

“How dare you!!!”

Kau yang mintak kan!!” sengaja keningnya terangkat-angkat tinggi. Mahu bakarkan lagi emosi Batresya. Fareda tergelak kecil. Merah padam wajah Batresya kena dek penangan tamparan wanita dari Fareda. Jangan disangkakan lembut tu tak akan ada kekasarannya. Salah tau peribahasa itu.

“Kau memang nak kena. Kau main-main ngan Bat!” Batresya menunduk lalu mencabut kasut tumit tinggi nya. Fareda tergamam pula. Takkan dia nak ketuk Fareda dengan kasut tumit tinggi ini. Mahu berbenjol panjang atas kepala ni, macam kartun Tom & Jerry.

Apa yang Fareda fikirkan memang itulah yang Batresya buat. Fareda apa lagi, cabut!!! Batresya memang tak puas hati dengan Fareda. Habis perit pipinya terkena tamparan sesat itu. Apa dia ingat pipi aku ini limited edition ker nak tampar sesuka hati?

Ada ker tertulis kat nota wajah Batresya ini, ‘Silalah tampar wajah saya sesuka hati?’ Tak ada, kan?

“Kau nak lari ke mana? Aku memang dah lama tak puas hati dengan kau. Kau ingat, kau tu Erfan kenal, aku takut? Blah lah kau!!” teriak Batresya dari belakang dengan kasut tumit merah itu dipegangnya. Serupa kena kejar dengan ayam berak kampong.

“Agak-agak lah nak pukul aku dengan benda alah tu kot?” Fareda membalas laju. Lariannya makin laju. Sesekali kepalanya berpaling ke belakang, mencari kelibat Batresya. Boleh semput jua Fareda dek marathon malam-malam buta ini.

“Bat tak kisah, Bat nak ketuk jua kepala Fareda dengan kasut high heel Bat ini. Biar otak kau service elok kit. Kau jangan nak lari. Aku tak kisah lau satu malam ni duk kejar kau!!!” diacah-acah Batresya akan kasut merah menyalanya itu.

Matilah aku! Fareda dah lah bukan pro jaguh lumba lari. Mesti berbenjol telur ayamlah dahi Fareda malam ini. Tu lah, yang pergi jolok sarang singa betina tu buat apa? Tanggunglah sendiri.

“Kau nak ngaku kalah ker atau nak aku ketuk kepala kau ngan high heels aku ni?” ugut Batresya pula. Batresya jua dah naik semput kejar Fareda. Mana tak semputnya, sebelah kaki sahaja pakai high heel.. sebiji macam si SendukRela pula version Malaysia. Bukannya Cinderella version orang omputih punya.

Apa pilihan yang Fareda ada? Mengaku kalah atau kepalanya benjol macam kartun Tom& Jerry? Fareda menahan nafas yang tercunggap-cunggap. Semput.. sumpah, tak nak dah Fareda marathon lagi. Boleh dapat serangan sakit lelah ini.

“Surrender don’t have in my life!” masih angkuh lagi Fareda berkata walaupun dalam situasi kecemasan macam ini. Ok. As you wish..sambung balik kejar-mengejari ini. Ada pulak macam nak kejar ayam kampung, tuk kenduri hari raya sahaja.

“Kejar!!!…”

“Eh..agak-agak ah.. Kau tak semput ker? Aku dah nak pancit ni!” tegah Fareda lagi dengan menahan tangan dari Batresya memukul dirinya.

“Aku tak kisah. Aku nak jua ketuk kau ngan high heel aku. Semput ker pancit ker, belakang cerita. Kau jua yang tak nak mengaku kalah.” Tegas Batresya mahu teruskan misi tak masuk dek akal ini.

Chop..chop..patung!..kau kena jadi patung jap!” ujar Fareda akan satu permainan waktu kecil dulu. Patung dan Puteri! Raja! Dayang! Hulubalang! Mesti tak ramai yang tahu akan bentuk permainan ini. Hanya sesetengah yang pernah main sahaja tahu akannya.

“Apa patung-patung ni? Nak aku jadikan kau patung lilin ker kat sini?” Batresya bengang. Ada pulak nak bergurau time genting ini. Budak ini matang ker tak?

“Kejap la..keraskan badan kau ajer.” Fareda memberikan arahan. Batresya kaku di tempatnya berdiri. Entah apalah yang Fareda ini mahu buat padanya. Sekarang ini kan aku yang kejar dia, kenapa pulak Batresya nak ikut permainan patung ini?

********************

Erfan menutup semua sius lampu yang ada dan terus masuk ke dalam bilik. Ditekankan Ipod di hujung katil dan nada instrumental berkumandang iaitu lagu Ost Winter Sonata dan Kiss The Rain

Gambar kenangan Erfan dengan arwah E-an dibawa bersama dalam dakapannya serta masih kemas dalam pegangannya. Hanya tatap gambar sahaja sebagai peneman rindu. Mahu ke tanah kubur E-an, hatinya sakit sangat. Seolah masih belum percayai takdir ini.

“E-an, abang rindukan sayang!” rintihnya dengan alunan muzik instrumental ‘Kiss The Rain’ bergema dalam bilik peribadinya. Perasaan Erfan terlalu mendalam bagi E-an. Mainan muzik ini bagaikan membuai-buaikan perasaan. Jiwa Erfan terasa tenang sikit saat mendengari muzik berentak perlahan ini.

Ada titisan air mata bergelinangan di pipi Erfan. Mungkin kerana terlalu rindukan E-an, tunangnya itu membuatkan air mata lelakinya mengalir jua. E-an, abang bersalah sangat kerana buat E-an seperti itu. Abang tak tahu yang E-an simpan rahsia sebesar ini. Kenapa rahsiakan dari abang? E-an masih tak yakin lagi ya dengan cinta abang.

‘Kau tu yang banyak buat salah. Masih mau tanya lagi ker?’ sahut satu suara dalam kesepian kepekatan malam ini. Erfan berpaling. Tiada sesiapa pun di dalam biliknya ini. Hanya ada Erfan seorang sahaja.

‘Kau sapa nak letakkan semua hukuman pada aku?’

Kau tanya aku sapa? Aku ni sebahagian dari kau. Aku ni kata-kata hati kau.’ Monolog lagi suara ini dalam gemaan fikirannya. Kening Erfan bertaut rapat.

‘Hati aku? Sejak bila hati dah pandai berkata-kata ni?’ Erfan runsing sendiri. Badannya dibaringkan agar selesa. Kini muzik bertukar pada lagu, ‘Menentang Perjodohan’ yang didendangkan oleh Ferhad Najib. Terkena betul dengan situasi ini akan lagu yang berputar ini.

‘Sejak kau jadi buta hati. Hati batu, hati kering, hati beku dan yang paling terkini, baru di update, panas hati!’

‘Banyaknya hati aku. Mana satu ni? Sejak bila hati aku dah pandai merungut?

‘Sejak kau ada semua hati ni lah. Nasib baiklah kau tak makan hati lembu, hati ayam dan hati kerbau. Kalu tak makin parahlah hati ni!’ seloroh jiwa hatinya ini. Pandai pulak bergurau.

‘Banyaklah kelentong kau duhai hatiku tersayang. Ni, buah hati aku dah tak der. Aku rindu sangat pada dia. Rindu setengah mati ni! Apa yang nak aku buat. Aku tak berani nak jejak kaki kat tanah perkuburannya. Aku tak berani nak sedekah kan Al-Fatihah buatnya. Aku tak lagi merelakan pemergiannya. Aku sayangkan dia sangat-sangat. Kau kan hati aku, kau tahu apa isi hatiku ni!’

‘Kau ego. Kau egoistik. Kalu kau tak rela, nape kau layan dia macam tu? Kalu sayang, layanlah macam sayang. Kau sebenarnya sendiri yang tak yakin pada diri kau. Kau takut dengan bayang-bayang kau sendiri. Kau pengecut!’ Hati Erfan mulai menentang tuan punya badan. Semahu mungkin menghentam Erfan. Hati pun pandai tidak bersekutu dengan tuan punya badan.

‘Kau kutuklah aku semahu kau. Aku dah menyesal. Menyesal aku tiada di sampingnya di saat akhirnya. Kenapa aku dihukum sebegini? Aku hanya khilaf. Kan setiap orang ada buat kesilapannya!’ monolog lagi Erfan semahunya. Erfan mahu lepaskan semua bebanan di hatinya.

‘Arghh..di bibir sahaja kau bicara. Pi yang dalamnya aku jer yang tahu!’

‘Mana ia pandai meneka ni?’ otak Erfan pula berfikiran laju. Otak ligat sekali memikirkan adakah benar akan semua kata-kata hati Erfan ini. Hati kan selalu bersikap emosional, manakala otak hanya fikirkan yang rasional sahaja.

Gini ajelah, kau redhakanlah pemergiannya. Biarkan dia tenang di alam sana!’ Hatinya mulai berpaling tadah dan memberikan cadangan baru. Erfan sudah tegak bangun. Runsing sekali fikirannya. Kenapa semua orang tak faham akan kemahuan hati ini? Erfan hanya mahukan E-an di sisinya kembali. Tolonglah!! Mengerti!

No way. E-an akan selamanya menemani aku!!’ Erfan menjerit lantang lalu membalingkan semua apa yang ada di dalam biliknya itu. Deraian kaca berderai di lantai bak deraian hati Erfan yang hancur berkeping-keping.

Erfan bangun lalu mengapai akan pasu bunga berkaca itu lalu menghempaskan ke lantai. Kalaulah hatiku boleh dihempas sebegini, dah sembuh sahaja terus dikutipkan kembali.

Erfan rebah di tepi meja. Terduduk di situ. Kaku. Hanya satu nama kian diingatinya selalu.

Erfan berteleku di satu sudut dan menangisi semahu hatinya. Kerinduan ini terlalu mengcengkam hatinya sangat-sangat. Bak kata pepatah, rinduku bak angin lalu. Hadir tanpa dipinta pergi tanpa diduga.

Sedu sedan Erfan kian berlarut-larutan. Erfan semakin tenggelam dengan perasaannya sendiri. Erfan kalah. Hati lelakinya sudah kalah. Menangis kerana insan kesayangan. Egonya sudah jatuh menjunam di kegelapan malam ini. Kini, Erfan akui yang E-an sangat bermakna dalam hidupnya, dan jua nyawanya. E-anlah nyawa. E-an jua boleh bertukar menjadi racun yang begitu bisa sekali.







Bersambung..

Bagaimana dengan feeling korang?

Feel happy or sad?

Like it? Express kannya… J

3 comments:

IlyaAbdullah said...

Salam Adik Ayu....akak ni tak pandai mahu komen akak pun masih belajar menulis dengan baik :) Just sedikit teguran saja yg biasa akak kena jugak dulu dengan editor, seimbang cerita dengan dialog sedikit sebab terllau banyak dialog pada setiap cerita adik ^_^)) jgn kecik hati tau

aku_slamber said...

Kak Ilya: Ayu tak kisah kak, baik akak tegurkan dari awal kan, sebelum ayu kena edit semula kan..lagipun ayu baru kali pertama, mybe tiada pengalaman laa...tq akak berikan teguran dan nasihat..sharing is caring...

Anonymous said...

Assalam..
Hope dapat sambung cepat..
mmg best,teruskan berkarya jangan berhenti.

Nuffnang Ads