Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Thursday, June 16, 2011

Tunjukkan Aku Apa Itu Cinta? 2

Bab 2


















“Ya. Memang aku perempuan. Apa masalahnya dengan kau kalu aku ni perempuan?” aku mengiyakan katanya. Buat apa mahu menafikan kejantina diriku depannya.
“Kenapa kau tak beritahu aku yang kau ni perempuan?”
“Kenapa pulak? Lau Lu tahu gua perempuan, lu tak beranilah berlawan tumbuk bergusti ngan gua ker?” serkap jarang aku.
“Yap. Mana pernah aku tumbuk perempuan sebelum ni!”
“So, ni pertama kali lah lu tumbuk gua. Takpe, gua suka!”
Peliknya wanita ini. pertama kali aku bertumbuk dengan berlawanan jantina. Nasib baiklah tiada versi gusti WWE dengannya. Kalu tidak, makin bersalahlah aklu dibuatnya. Nampaknya benarlah firasat hatiku sebentar tadi. Memang sah dia ini seorang perempuan. Hanya penampilannya sahaja yang seperti lelaki.
“Kenapa kau perlu berlagak sebagai lelaki? Kau kan dah dilahirkan sebagai perempuan, buatlah cara macam perempuan!”
“Kau apa kes nak kasi ceramah hal ehwal setiausaha perempuan ni?”
“Aku just kasi pandangan ajer..kau tu perempuan, jangan nak berlagak macam lelaki. Nak ker orang panggil kau pengkid or tomboy? Tak malu ker dengan gelaran tu?” soalnya selamba dengan menatapiku tajam. Mencari-cari sisa kewanitaan dalam mataku.
“Lu sapa nak nasihat gua? Gua punya life happy sebegini!”
“Tapi..!”
“Cukup. Ingat, kita ni bermusuh. Mana ada musuh yang berbaik secepat ni. Perang antara kita takkan pernah tamat!! No have end!!”
“Aku salah.”
“Apa? Tak dengarlah!” sengaja aku inginkannya ulang semula ayat itu. Dia tersenyum manis melihat telatahku. Manja sekali dari kaca matanya. Dengan rambut panjangnya, cantik jugak budak ini rupanya. Cap miliknya masih lagi dipegang olehnya.
“Eh, cap aku. Bak semula!!” mintak aku apabila melihat cap aku ini masih lagi di tangannya.
“No, ni aku akan simpan sebagai jaminan. Jaminan yang kau akan bayar ganti rugi akan semua kerosakan yang telah kau buat tadi! adil kan?”
“Mana aci gini!” bentak aku. Sengajalah itu mahu ugut aku. Sudahlah itu cap kesayangan aku. Pemberian seseorang yang amat bermakna bagiku satu masa dahulu. Inilah sahaja kenangan aku dengan dia.
“Aci tak der kat sini. Aci kat India lah!” selorohnya kepadaku dan dengan selambanya memakai cap aku di kepalanya. Muatlah pulak, saiz sama aje kepalaku dengan kepalanya.
“Not funny ok!” masam wajahku berbicara dengannya. Terbeliak mataku menatapi cap ku elok sahaja di kepalanya. Ini bikin hati gua mahu naik marah. Sudahlah ambil harta aku sesuka hati, dan kali ini sesedap cukup rasa nak pakai cap aku.
Laju sahaja aku mahu menarik kembali cap aku ini. Dia langsung tidak mahu mengalah dan kami saling bertarikkan sesama sendiri. Sekiranya ada yang melihat, mesti mereka akanberfikir kami sedang berpelukkan sesama sendiri.
“Bak balik cap aku!” sahutku kuat, sekuat tenagaku.
“No, ni dah jadi milik aku!”
“Bila masa pulak jadi milik kau? Ni cap aku!!!” teriak aku sekuat hati di telinga dia. Biar pekak telinganya.
“Bisinglah. Dah berapa kali aku bilang, ni jaminan kau. Selagi hutang kau tak dilangsaikan, cap ni akan jadi milik hak abadi aku!”
“Hak abadi tengkorak kau!”
“Ish..bahasa..kalah bahasa melambangkan bangsa tau!”

“Sayang..kenapa ni?” sahut satu suara manja dan kami berdua segera berpaling. Seorang gadis yang berpakaian seksi ini menuju ke arah kami berdua dengan penuh beg pakaian di tangannya. Baru lepas shoopinglah itu.
Serta merta dia terus menundukkan diri dan menekan perut. E pula terkebil-kebil dengan aksinya ini. aik, dah mulai mahu berlakon sakit ker? Hebatnya..
Cemas wajahnya melihat kekasih kesayangannya menunduk menahan senak di perutnya. Laju sahaja dia berlari dengan high heel nya ini. Tersadung kan aku tak mahu tolong tau!!
“Sayang, what really happen to you?” soalnya prihatin dan menggosok perlahan belakang kekasih hatinya. Aku naik meluat melihat aksi mesra ini.
“Kalu nak bermanja tu,carilah port yang sunyi kit. Nak termuntah aku tau! Werkkk!!!” ujarku lantang. Dia menatap wajahku tajam dan mahu sahaja membalas kataku tadi.
“Aku..!”
“Eh, saudara. Cakap tu berlapik sikit. Ni urusan I dengan pakwe I ajer! Lu sapa nak ajar kitaorang?” perempuan tu segera bangun dan berdebat mata denganku.
Bulat matanya menatapi wajah saudara ini. aik, saudara ker saudari ini? Aku silap cakap ker ataupun salah tengok ini? Penampilan macam lelaki namun wajahnya perempuan. Mana satu ni?
“Lu sapa nak kasi marah kat gua?”
“Jap, I rasa I kenal awak?!”
“Gurau apa lu ni pulak? Otak mereng yaa?” selorohku lagi dan tergelak kuat. Janganlah si minah seksi ini kenal aku. Kalu tidak mati aku kat sini. Aku sengaja bermain-main dengan anak rambutku.
“Memah sah. Sah dah ni. Kau memang kau!” ujarnya dengan senyuman meleret.
“What do you mean?” soal pakwe dia pula yang setia berdiri di sebelahnya. Sejak bila pulak dia ini berdiri? Kami berdua saling berpandangan melihat dirinya. Sudah baikkah sakitnya tadi?
“You dah sihat, sayang?”
“I dah ok. You cakap apa yang sah tadi?”
“Oooiii..memang tak lain dah ni. Dia memang dia!”
“Who dia tu?”
Laju sahaja jarinya menunjuk ke arahku. Aku sudah kelam kabut sendirian. Apasallah dia ini ingatannya kuat bebenor. Selalu makan krismis ker?
“Baiklah, gua gerak dulu. Adioss!!! Lupakanlah sapa aku!” laju sahaja aku ingin blah dari sini. Tak sanggup aku nak bertahan di sini dan menunggu kata-kata terkeluar dari bibir minah seksi itu. Sebelum aku dimalukan, baik aku blah.
“No. Stop!!!”
Alamak. Kakiku kaku di situ. Apasallah dia guna ayat alahan aku tu. Bukannya dia tak tahu yang aku memang alergi dengan ayat ‘Stop’ ini.
“Kau ni Eryana kan?”
Aku diam. Bibirku bagaikan digam UHU. Hanya bahasa isyarat aku berikan kepadanya.
“Eryana?”
“Yap. Eryana or nama lainnya Emsyar.”
Mahu sahaja aku pinjam kuasa superpower the invisible man kat sini jua. Kalaulah aku boleh ghaib jua sekarang jua. Alangkah indahnya.
“Eryana!” panggilnya sekali lagi. Dengan penuh malas sekali aku berpaling. Kelat wajahku menatapinya.
“Yes, senior?”
“What, senior? You senior dia ker?” soal pakwenya penuh hairan.
“Yap. Dia ni dulu junior I masa asrama dulu. I selalu kena buli dengan dia lah yang I cerita kat you dulu tu. Inilah orangnya yang selalu dajjalkan I punya dating tau!” maklumnya semua cerita lama aku.
Mahu sahaja kau tergelak saat mengingati semua kisah penuh kelucuan masa zaman remaja dulu. Penuh lucu di mana aku dajjalkan temu janji pertama seniorku dengan lelaki pujaannya.
“You penah ada pakwe lain dulu selain I ker?”
“Bekas pakwe. Tak sempat nak kitaorang couple pun, dia ni lah yang dajjalkan I punya dating tau. Terus kami tak bercakap lepas tu. Malu I tau. Merah padam wajah I masa tu!”
“Apa yang dia buat?”
“Dia..dia ..you janji jangan gelak tau kalu I cerita. You pun sama Eryana!” keras sekali ugutannya. Pakwenya sudah menganggukkan kepala dan aku pula dalam terpaksa menganggukkan kepala. Dalam hati, sudha berlambak ketawa. Hanay tunggu pecah di mulut sahaja. Senaknya menahan gelak ini tau.
“I dan Raziman ni temu janji kat taman. Masa tu, I dan dia malu-malu nak cakap. Entah di mana silapnya, perut I memulas dan tetiba nak keluarkan angin kus-kus dari dalam perut. I tahanlah, takkan nak melepas depan jejaka pujaan I kan? Pastu, tiba sahaja ia keluar tanpa dipinta. Kuat pulak tu bunyinya. Bauanya, Ya Allah, nak muntah tau I bau. Apa lagi, terus Raziman blah macam tu aje. Tapi, sebelum dia blah, sempat dia kata.. “Awak punya kentut bau macam telur busuk! Bau longkang pun ada!”.. I malu tau masa tu! Menangis I seharian dan tak keluar makan pun!” ceritanya dengan panjang lebar.
“Abis tu, you tahu dari mana yang dia tu dajjalkan you punya dating?”
“Terdengar orang cakap. Bila I tahu, I terus mengamuk dan lancarkan perang kepadanya. I kasi dia denda tekan tubi 100 kali dan jua basuh semua tandas di sekolah!” tajam sekali renungan seniorku saat terdengar gelakku mulai kedengaran.
“Kau masih lagi berani nak ketawa ya!!” ujarnya dengan amarah. Aku ini jenis bukannya suka sangat ikut peraturan yang ditetap. Itulah sebabnya namaku selalu glamour kena panggil oleh guru disiplin saat sekolah dahulu.
Ada lagi gelak yang lagi kuat dari aku. Seniorku pantas berpaling dan terbeliak matanya melihat pakwenya sedang menahan senak di perut.
“You ni kenapa pulak ketawa tak ingat dunia ni?”
“I..I..sorrry..tetiba I ingat cerita yang you ceritakan tadi. mengenai you kentut tu..so funnylah sayang...!”
“You sengaja kan nak gelakkan I tau. Malaslah nak layan you lagi!” bentaknya merajuk kerana digelakkan oleh kekasih hatinya. Arghh..kan itu semua cerita lama, kenapa pulak perlu diungkitkan kembali.
“Janganlah merajuk, sayang!” pujuknya dengan membelai anak rambut. Naik loya aku melihatnya. Rasanya kehadiranku tidak diperlukan lagi di sini. Baik, aku mengorak langkah sebelum semua kisahku dibukak satu persatu oleh insan alah dengan aku ini. Musuh ketat katakan zaman sekolah dulu.
“Dahlah, malas gua nak layan slot samarinda korang ni! Gua blah dulu. Lu, masih ada hutang belum gua tuntut! Awas lu kalu kita ketemu lagi!” amaranku kepadanya dan berlalu pergi.

Deringan handphone berdering laju. Aku menyeluk beg sandangku dan mencari puncanya. “Ke mana pulak perginya hanset aku ni?”
Bah, jumpa pun. Alamak, Suraya. Sudah sejam aku membiarkannya keseorangan. Mati tertegaklah aku kali ini. mahu kasi alasan apa ya kepada dia?
“Kau kat mana? Dah berasap tau punggung aku tunggu kau!” teriaknya lantang saat aku mengangkat panggilannya.
“Aku..aku dah sampai. Kau kat mana?”
“KFC!” terus talian itu dimatikan. Proteslah tu. Macamlah aku tak tahu dengannya. Kat manalah pulak KFC ini. Sudahlah orang ramai pulak hari ini. Lagak seperti hari minggu sahaja semua orang nak datang kat Suria KLCC hari ini pulak.
Sudahlah aku kerimasan akan anak mata nakal menjeling akan penampilanku. Ini semua kerana mamat itulah yang amik sesuka hati akan cap aku itu. Siaplah dia kalu terjumpa semula.
“Mana pulak minah ni duduk?” melilau anak mataku mencari dirinya. Itu dia. Laju sahaja kakiku melangkah dan duduk di depannya. Dia tersentak dan memandangku lama.
“Maaf ya,saudari ni sapa?” Suraya bertanya lembut.
Aku tergelak. Masakan penampilanku ini tidak langsung dikenali oleh Suraya. Rabun dekat ker dia ini?
“Kau tak kenal aku?”
“Sorry, saya tengah tunggu kawan saya ni. Saudari silap tempat ni!”
“Alamak, sah. Kau ni rabun dekat. Oiiii..ni akulah, E!”
“E!? E! News ker?” lurus bendullah pulak dia ini dengan aku. Tahulah si Suraya ini hantu E!News Hollywoods. Masakan aku mau dibandingkan dengan berita hangat itu.
“Jap..E? E?”
“Yes. Me!”
“What? Kenapa kau macam ni? Mana cap kau? Apasal kau macamni? Dah buang ke tibaat nak mampus ker?” ujarnya dengan mulut jahatnya.
“Amboi..mulut, tak sayang noo! Ni, memang nak mampus pun. Aku bertengkar dengan mamat bengang kat parking tadi. sempat jua bertumbuk sakan. Hanya tak bergusti aje!”
“What, kau kena tumbuk? Kat mana? Sakit tak?”
“Sakit siot..ada ker tanya soalan skema macam tu. Nak kena ker sebiji?” ujarku dengan sengaja mengepal tumbukku kepadanya.
“Tak nak!”
“Tahu takut! Dah lah. Tutup buku sal cerita tak best ni! Kau ni kenapa lepak kat KFC?”
“Macam bese lah. Nak denda kau lah. Datang lewat!” tersenyum-senyum miang kucing dia kepadaku.
“Pokailah aku lepas ni!”
“Nasib badanlah! Buatlah lagi lepas ni. Kalu kau buat lagi, aku mahu kau belanja kau kat Hotel Hilton tu!!” sengaja dia berseloroh denganku dengan senyuman mengadanya. Suka betullah ambil kesempatan denganku tau.
“Apa kau ingat kau tu puteri raja ker nak makan hotel 5 bintang tu ker?”
“Well, kan aku ni bakal puteri katakan..!”
“Yelah tu, puteri bunian!”
“Lawaklah kau. Jom, order. Dah lapar ni!”
“Yelah, kau kenyang ajer makan hasil orang belanja kan?” hanya gelakkan yang Suraya berikan dan kami berdua segera beratur di barisan yang paling pendek sekali.

bersambung

No comments:

Nuffnang Ads