Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Thursday, September 22, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 4

Bab 4



Tok!! Tok!! Toookkkk!!!

Bunyi ketukan yang kuat kedengaran di pintu bilik ini. Erfan sudah hilang sabarnya. Perutnya pula semakin berbunyi. Dek kelaparan ini, digagahi jua bangun untuk makan. Perut oh perut tunggulah kejap ya!

“E-an!!!!” bergema seribu laungan suaranya di celah keheningan pagi ini. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Lantaklah, janji Erfan kenyang dan dapat tidur dengan lena.

E-an masih lagi terlena dibuai mimpi. Letih badannya kerana mengangkat barang yang banyak. Erfan sudah kepanasan di luar.

“E-an!!” laungan buat kali kedua. Budak ini tidur mati ker? Aku mengamuk jua jadi gorilla kat sini. Kesakitan di tanganku tak dihiraukan pun. Hanya mahu buatkan E-an sedar dari tidurnya.

“E-an! Bukak pintu ni sebelum aku pecahkan pintunya!” Erfan sudah ketuk dengan kuat pintu bilik E-an. Entah ke berapa kalinya Erfan mengetuk pintu kayu ini.

‘Aku bermimpi ker ni? Masakan ya aku terdengarkan suaranya! Tidur baliklah!’ E-an bersuara dalam penuh mamai.

“E-an! Balik kau bukak pintu sebelum aku pecahkan! Bukak cepat!!” Kali ini kakinya pula naik berhantu. Tendangan makin kuat. Kakinya pulak memainkan peranan. Ada lagak seperti samseng kampung pun ada, hancur sudah tatasusila sebagai encik bandar.

“Mak!! Aku memang tak bermimpilah!” E-an dalam keadaan mamai lagi ini. digosokkan perlahan anak matanya itu dan ditarik sedikit cuping telinganya. Memang aku dengar bunyi ketukan dari luar. Pencuri ker nak masuk ceroboh bilik aku ni?

E-an segera bangun dan memegang batang penyapu sebagai perlindungan diri. Perlahan-lahan dia memegang tombol pintu. Saat pintu dibuka seseorang sedang berdiri membelakangkannya. Inilah pencuri tu. Siaplah kau!!

“Amik kau!! Nak mencuri ya! Rasakan penangan penyapu ni!” terus sahaja batang penyapu tu mengetuk kepala si pencuri itu. Dihempukkan banyak kali dan mengaduh kesakitanlah orang itu.

“Hey, nenek kebayan! Stop it!!” Erfan menjerit kepadanya. Segera Erfan menjarakkan dirinya dengan E-an yang naik hantu. Entah apalah yang dingigaukannya itu sehingga menyerang Erfan dengan penyapu.

“E-an!!!!” alamak! Aku tersalah target ker ni. Kenapa aku seperti kenali nama itu? Terhenti tangannya mahu menghempuknya. Penyapu sudah terjatuh ke bawah dan kelihatan seseorang dengan wajah penuh amarah dan kesakitan.

“Ampun. Saya tak tahu pencuri tu adalah boss!” E-an segera membela dirinya. Tangannya memohon ampun.

“Kalau maaf tu berguna, buat apa ada polis? Kau anggap aku ni pencuri ker dalam rumah aku sendiri? Kau memang nak kena kan?” Erfan menggosokkan kepalanya.

“Saya salah, bos. Ampunkan saya.!”

“Ok, pagi ni aku nak kau sental semua lantai dan bersihkan semua cermin yang ada dalam rumah ni. Sental guna berus dan tangan. Aku tak nak kau gunakan mop! Is that clear?”

“Ggguunaa tangan?”E-an tergagap-gagap. Erfan ini dah hilang akal ker? Rumahnya bapaklah besar. Nak sental guna tangan. Makin kasarlah tangan mulusku ini.

“Yes, atau kau nak aku tambahkan hukuman ker?” Erfan mengertak halus dan membulatkan matanya.

“No, yang tu dah berbaloi. Ada apa boss datang bangunkan saya pagi ini?”

“Aku lapar!” Erfan terus balik kepada pokok asalnya Erfan mengejutkannya dan menerima ‘hadiah’ sebegini. Dahlah rupanya mamat nenek kebayan. Di wajahnya penuh dengan bedak sejuk bertampal. Sebiji nenek kebayan dengan batang penyapunya.

“Pesanlah Pizza Hut ker, KFC ker, tak pun McD!” E-an lancar memberikan cadangan. Itulah makanan yang cepat siap dan cepat nak makan.

“No, aku nak kau masakkan aku murtabak maggi sekarang! I don’t want hear any excuse!”

“Tapi apa benda nama tu?”

“Pantang aku ulang sekali lagi!”

“Saya tak pandailah boss, kalu bos nak saya masakkan telur dadar, saya memang pro!”

“E-an, now go to kitchen!!!” E-an mengeluh perlahan. Malasnya nak masak. Sudahlah tidurku digangu olehnya pada jam 4 pagi. Alasannya kerana lapar. Encik Erfan sayang, sekarang ini bukannya masa Ramadhan untuk bangun awal bagi bersahur.

*************************************************

“Potong bawang tu kecil-kecil macam bentuk dadu!” Erfan menepis tanganku yang memotong besar-besar akan bawang Holand. Air mata E-an hanya tunggu mahu menitis sahaja ini. E-an ini alahan sikit dengan memotong bawang ini. Biasanya E-an akan terus blander saja. Senang sikit kerja.

E-an menarik nafas panjang mengelap kelopak matanya yang mulai berair. “Aik, manja kau ya. Potong bawang pun nak menangis!”

“Ni bukan manjalah. Kan bawang ni ada penyakit. Hanya orang yang tak betul jer takkan menangis bila potong bawang!” E-an memerlinya kembali. Anak bajunya ditarik dan dilapkan air mata yang keluar.

“Kenapa ya, aku dengar kau macam ada istilah mahu memerli aku?” Erfan mulai menjauh dan mengacau telur dadar di meja makan. Cili dipotong halus dan digaulkan sekali dalam telur ini.

“Mana ada. Bos ni otak tak betul tau. Saya tak ada pun mention pun nama boss kan?” nafi E-an sambil mengelap hidungnya pula. Kan meleleh pula masuk ke dalam bekas ini.

“Dah, ke tepi. Biar aku pulak yang potong. Kita tengok sama ada aku ni manusia normal ke tak!” arah Erfan dan berdiri di sebelahku. Erfan ini memang suka sangat memerliku kembali. Hobi dia lah tu di masa lapang.

“As you wish. Kalu bos dan banjir dengan air mata, jangan nak salahkan saya pulak!” E-an pula berikan arahannya. Siapa yang jadi boss sekarang ini?

“Macam ni caranya nak potong bawang holand ni. Mula-mula bawang ni potong dua. Hiriskannya cara menegak bukan melintang, barulah jadi ikut bentuk dadu. Kemudian.bla.bla..bla!”

“Oooohh..Pastu jangan lupa potong kubis dan tomato ya!” E-an makin bersemangat mengarahkan Erfan memotong kesemua sayuran ini. E-an berpeluk tubuh sambil makan buah epal itu.

Sekejap sahaja bawang ini habis dipotong oleh Erfan. Cekap jua Erfan menyiapkan kerja dapur ini. Erfan ini chef dapur ker? Arghh..ini mesti kes selalu masak kat rumah. Patutlah dia dapat tahu yang aku menipunya pasal hidangan barat semalam.

Salah E-an jua yang tidak buangkan plastik KFC tu dengan betul ke tempat sepatutnya. Terima sahajalah salahku ini kan. Yang penting Erfan memang marah sesangat dengannya. Satu hari E-an didera olehnya. Taubat dah E-an takkan sesekali buat lagi.

“Ni, potong tomato dan kubis tu halus-halus tau. Jangan nak potong besar-besar. Kan tak sedap pula rasanya.” E-an kembali menjadi diktator dalam ruangan dapur ini. kini, E-an pulak berkuasa. Ha ha ha..

Erfan langsung tidak melawan kata-katanya dan tetap tangkas memotong seperti cheff yang pro dengan semua barang-barang basah ini. E-an masih lagi enak menjamu selera dengan buah epal fuland yang dibeli oleh Erfan semalam.

“Suapkanlah saya sedikit buah tu!” pinta Erfan tiba-tiba.

“Ah?” E-an tersedak dan terbatuk-batuk. Aku salah dengar ker ini? Erfan mintak apa tadi sebenarnya?

“Aku pantang ulang 2 kali apa yang telah aku cakapkan!”

“Fine! Mintak ulang pun nak sentap. Emo terlebihlah dia ni!” gerutu E-an perlahan dengan mulut muncung. Entah apalah angin yang rasuk badannya pagi hari ini.

“Nah!” hulurku akan hirisan epal.

“Not here. In my mouth now!”

“Boss kan ada tangan. Suaplah sendiri.” E-an masih lagi berkeras tak mahu menyuapkannya.

“E-an!! I say in my mouth!”

“Ok ok ok!!” geramnya aku. Aku sumbat jua sebiji epal ni terus masuk dalam mulutnya kan baru tahu. Sebalnya E-an dengan perangai tidak matang ini. Erfan memang tidak boleh tengok aku senang sikit.

“Buka luas-luas.”

Erfan buat seperti yang aku pinta. Dengan lafaz Bissmillah, E-an terketar-ketar mahu menyuapnya. Erfanlah lelaki pertama yang disuapkan olehnya. Adik dan abangnya belum pernah buat permintaan sebegini. Dahlah mereka berdua ini bukan muhrim nak manja-manja ala sebegini. Langgar hukum betullah mamat bandar ini.

Lau aku main-main dia, kira-kiranya Erfan mengamuk tak? Tak apa, mahu tahu, jom try dulu.

“Alamak boss, tangan tak sampailah!” sengaja E-an malas nak bangun. E-an masih mahu bergurau dengannya. Segannya aku nak suap-menyuap ini. Ingat ini acara pengantin baru ker?

“E-an, jangan sampai kat kepala aku ni tumbuh tanduk baru kau nak patuhi arahan aku!” gertaknya dengan mata yang luas. Wajah Erfan jua mulai merah menahan marah.

“Ok laa.. saya gurau sikit pun nak marah. Cepat tua tau boss nanti!” E-an memberitahu.

Erfan menoleh dan tersenyum kelat. “Cepat! Jangan nak merepek. Aku dah lapar ni! Cepat suapkan!” desaknya lagi.

E-an memandang wajah Erfan dengan penuh geram. Satu hirisan epal masuk ke dalam mulut Erfan. Erfan mengunyah perlahan. Lega sikit dapat isikan perut dengan buah ini dahulu. “Satu lagi!”

“Boss!!” E-an menjerit kecil. Terasa dirinya dipermainkan dengan mudah oleh Erfan.

“One more apple!”

“Ye..!” sekali lagi E-an menyuapkan hirisan epal ini. Sedaplah pulak makan bersuap ini. Dulu sudah ada yang tolong suapkan, namun hanya tinggal sejarah sahaja. Kini, si minah kampung ini pula.

“Ok. Dah siap potong. Sekarang masa untuk memasak!” Erfan mengambil kesemua bahan itu dan mengaulkannya serata. Maggi yang sudah lama masak itu mulai digaulkan sekali. E-an hanya menjadi pemerhati tegar sahaja.

Sedap jua baunya. Memang E-an tabik springlah akan kepakarannya memasak. E-an pun takkan dapat masak sesedap ini baunya. E-an mulai menyibuk ingin lihat apakah yang ingin dimasakkannya.

“Duk jauh-jauh, jangan nak menyibuk!” ujar Erfan dengan ingin mengetuk kepala E-an dengan senduk kayu.

“Oklah, kedekut!” sindirnya perlahan. E-an duduk kembali ke meja makan dan menyuap epal. Baik makan epal lagi bagus. Biarlah dia buat sorang buat kerja dan jangan nak mintak aku tolong basuhkan semua nanti.

“Boss, saya masuk tidur dulu ya! Mengantuklah!” E-an berura-ura mahu masuk biliknya kembali. Menyambung kembali sisa lena. Lagipun duduk kat sini pun asyik ditegah sahaja.

“Pergilah kalu nak aku tambahkan lagi senarai kerja kau untuk pagi ni!”

“Boss ni, sportinglah. Kasilah saya cuti. Penat tau!” rungut E-an dengan mengesat anak matanya.

“No. Temankan aku masak!”

“Oklah, kalu saya terlelap kat sini, boss jangan nak marah. Saya dah bagitahu awal-awal!”

“Whatever!” Erfan kembali menyambung memasaknya dan E-an mulai terkulai layu. Bayang-bayangan Erfan mulai bertukar menjadi dua dan lama-lama menjadi kelam. Dengkuran kecil dari E-an membuatkan Erfan berpaling ke belakang dan tersenyum.

Bertuah punya orang gaji ni. Aku pulak yang diarahkannya cara memasak. Nak kena sekeh kepala ini. Erfan hanya mengulumkan senyuman melihat telatah gadis yang bernama E-an ini. Boleh tahan cantik jugak dia ini.

Entah kenapa melihat E-an lena dalam tidurnya itu telah memekarkan satu perasaan halus dalam dadanya. Dup dap dup dap jantungnya berdegup melihat wajah mulus itu. Siapakah sebenarnya E-an ini? adakah dia benar-benar anak gadis dari kampung? Gaya dan lagaknya ada iras-iras kampung tetapi percakapannya kalah budak kampung.

Very educated yang lagi memekarkan perasaannya adalah sessi perdebatannya dengan E-an. E-an memang mulut becok sekiranya Erfan mengeluarkan arahan. Ada sahaja mahu dibangkang olehnya walaupun E-an sedar yang mereka ada perjanjiannya sendiri.

Who is E-an? Adakah hanya gadis biasa yang berkorban demi ayahnya agar tidak dipenjarakan? Mengapa pula aku perlu ada perasaan sebegini padanya sedangkan E-an berada di sini kerana ingin jelaskan hutangnya.

Bodohnya aku berperasaan sebegini kepada orang gajiku sendiri. Jatuhkah standard aku sebagai jejaka hot di Kuala Lumpur ini. Mesti kawan-kawanku akan gelakkan aku sekiranya mereka tahu akan hal ini.

Satu sahaja Erfan mahukan kepastian daripada hatinya, Am I in love?

Bersambung..

Erfan mulai rasai sesuatu.adakah wajar dia berperasaan sebegini ataupun buat tak tahu saja?

Like.. :)

No comments:

Nuffnang Ads