Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Thursday, September 29, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 18

Bab 18



Borhan tergelak sakan mendengar cerita dari Erfan. Tu lah, cari penyakit lagi, rajuk perempuan ni jangan nak pandang remeh temeh. Kan dah jadi begini. Akhirnya, siapa yang berputih mata? Erfan jua.

“Kau ni nak dengar cerita aku ker ataupun nak tolong gelakkan aku?” wajah Erfan sudah kusut masai dengan masalah baru ini. semenjak Mihir datang bersarapan di rumah Erfan, E-an selalu sahaja keluar bersama Mihir.

Hati lelaki mana yang tidak panas apabila lihat tunang kesayangannya itu dilayan baik oleh pesaingnya. Mahu marah akan E-an, Erfan pulak disindirnya. Buntu, Erfan memang buntu. Harapkan Borhan, dia ni tolong gelakkan adalah.

“Ok, sorry. So E-an bagaimana dengan kau sekarang?”

“Macam butang. Sesekali on dan off. Aku sendiri runsing ni!” Erfan mengusap lehernya. Air minuman yang dipesan ini dihirup perlahan olehnya. Sesekali matanya melirik ke luar bagi mencari ketenangan diri.

“Kau tak cuba pujuk dia?”

“Dah, kan aku ada cerita kat kau yang aku dah pujuk dia. Ni salah Google tau. Aku ada search dalam internet, cara-cara nak pujuk kekasih hati mengajuk. Adalah beberapa cara aku gunakan, ada yang menjadi dan ada yang tak lut langsung di hati E-an. Keras macam konkrit betullah hatinya!” rungut Erfan lagi.

“Sabarlah. E-an kan perempuan brutal. Tak lama baiklah dia tu!” hanya itu mampu Borhan cakapkan.

“Sabar? Aku ni memang jenis tak tahan sabar. Kini, tambah pula masalah baru. Fareda!”

“Kenapa dengan adik sepupu kau tu? Dia masih lagi tinggal di rumah kau ker semenjak kau bertunang dengan E-an?”

“Yap, she still there! Ni lah punca E-an tak bercakap dengan aku. Aku tak tahu bagaimana nak cakap kat Fareda agar keluar dari rumah tu. Aku tak sampai hati nak minta dia keluar. Kami dah lama kenal dan agak rapat jua. Aku takut dia berkecil hati sahaja!” luah Erfan akan satu masalah ini.

“Dah tu, kau boleh pulak biarkan E-an berkecil hati dengan kau. Dengan Fareda, kau tak sanggup pulak. Sebenarnya dalam hati kau ni, siapa yang kau sayang dan cintai?”

“E-an. Hanya E-an seorang sahaja!” putusnya simple.

“Dah tu, Fareda?” kening Borhan terangkat tinggi.

“Dia hanya adik sepupu aku. Aku jua sayangkannya hanya sebagai adik”.

“Tu lah masalah kau. Kau terlalu berlembut hati. Kau lelaki, kena tegas kalau tak kau akan kehilangan E-an dan Mihir akan dapat E-an dalam sekali petik sahaja!” Borhan menakut-nakutkan dirinya.

Erfan melepaskan keluhan panjang. Fareda atau E-an? E-an adalah cinta sejatinya manakala Fareda pula hanya adik sepupu yang selalu diambil berat. “Aku peninglah. Sumpah, aku pening!”

“Dah aku nak cakap apa lagi. Cuma aku mahu pesan, ingat apa jua yang kita buat, fikirkan masa depan! Apa yang kita buat hari ini akan mempengaruhi masa akan datang.” Borhan menjamu selera akan mee goreng panas ini.

*****************************

“Hi, tak sangka dapat jumpa kamu berdua di sini? Sarapan ker?” sapa satu suara dengan gediknya. Borhan dan Erfan mengangkat wajah. Aduhai, macam manalah boleh terserempak dengan minah senget ini.

Erfan segera menunduk dan berpura-pura sedang menjamu selera yang amatlah sedap. Entah apalah yang dimahukan lagi. Perempuan gedik betullah, memang wajah muka tembok. Sudah dibilang benci, tapi tetap jua muncul depan Erfan

“Batresya, buat apa kat sini?”

“Saja jalan-jalan. Tak sangka ni hari bertuah I!” dilirikkan matanya pada Erfan yang langsung tidak mengendahkan kehadirannya. Sombong ya! Berlagak dengan Batresya ni!

“Makan?” pelawa Borhan mesra. Erfan hanya jadi patung cendana tanpa bayaran.

“No, thank! I kenyang lagi. Lagipun I tak makan di tempat low class ni, jatuhlah standard I sebagai model terkenal!” ujarnya dengan penuh bangga diri. Tangannya asyik sekali mengibas di wajahnya. Aik, panas ker? Mahu tak panas kalu bajunya tak cukup kain. Terdedah situ, sini.

“Dah tahu, apa lagi..blah sekarang!” Erfan menjawab spontan dan menghirup air fresh orange ni.

Batresya hanya buat tuli sahaja. Sudah diduga akan itulah ayat yang akan dikeluarkan oleh bibir Erfan. Keras sungguh hatimu, Erfan. Takkan sesekali pun kau tak maafkan kesilapanku dahulu? Nabi pun ampunkan umatnya.

“I takkan pergi selagi I tak dengar you cakap you dah maafkan I! I akan terus ekori you macam bayang-bayang!”

“Borhan, kau tolong beritahu kasi jelas kit pada perempuan senget ni yang aku takkan sesekali layan dan maafkan dirinya. Sekali lagi, dia datang kacau dan ganggu aku, aku akan buat laporan polis!” gertaknya laju. Serentak dengan pandangan bertukar menjadi tajam.

“Erfan!! How dare you!”

“You make me do it like this, so don’t blame me!”

Borhan tatap lama wajah Erfan yang nekad dan wajah Batresya yang mulai berubah. “Batresya, baiklah kau pergi. Erfan dalam masalah sekarang ni. So, sebelum kau jadi arwah hari ni, baik kau pergi. Aku tak suka halau orang ni. Tapi keadaan yang memaksa aku!”

It’s ok. Erfan ni memang macam ni. I dah masak dengan perangai panas barannya ini! Oklah, I hanya datang nak sapa kamu berdua ajer. Erfan, tadi I kan ternampak seseorang. Rasanya E-an dengan lelaki yang cukup hensem jua kat Mall Sogo. Mesra semacam jer. Siap lelaki tu belikan macam-macam buat E-an, tunang you. I just want to tell that! Be careful!” ujarnya perlahan di telinga Erfan dan segera berlalu pergi.

Batresya sengaja memberitahu akan hal E-an ini. Puas hatinya. Langkah menuju ke kereta dan tergelak kuat dalam keretanya. “Ini Batresyalah. Selagi aku hidup, jangan haraplah kamu berdua akan dapat hidup tenang!”

Ni yang makin buatkan hatiku panas. Kalau di kutub utara ini, dah lama cair dek penangan hatiku. Damn it!!! Meja ini dihentak kuat. Borhan sedikit melatah dengan reaksi tak diduga ini.

Mihir dah melampau. Mihir memang sengaja hadir saat hubungan kami mulai tergoyah. Mihir pandai rebut peluang ini. E-an pun sama, melayan sahaja karenah Mihir. Kalaulah aku ada kuasa magik, dah lama aku jampi jer si Mihir tu jai katak, tak pun lalat ker.

“Kau kenapa?”

“Mihir ni dah lama hidup agaknya. Dalam banyak-banyak perempuan yang ada, tunang aku jua yang dia nak kebas!” Erfan mengerutu dalam wajah penuh marah.

“Apa yang kau cakapkan ni. kenapa pula nama Mihir muncul dalam ini cerita? Kan kita duk bincang soal kau nak pujuk balik E-an. Apa kena mengena Mihir dengan E-an dan kau?” makin berkeliru kepala Borhan.

“Mihir sekarang ni makin rapat semacam dengan E-an sejak kami berdua ada krisis. Pantang nampak peluang, terus direbutnya. Kau kenal kan dengan Mihir?”

“Mihir? Siapa dia tu?” Borhan bersandar di kerusinya. Penat seharian bergelumang dengan pesakit belum reda lagi. Inilah skop kerja yang patut dipatuhinya saban hari.

“Ala, usahawan muda yang aku tengah berkerjasama dalam projek sekarang ni!” Erfan mulai merasa meluat sekali dengan jejaka tampan itu. Kenapalah E-an yang masih dikejarinya lagi setelah tahu yang E-an telah menjadi tunangnya?

“What? Seth Mihir yang kaya raya tu? Top bachelor kat Asia ni ker? Macam mana dia boleh berkenalan dengan E-an?” bertalu-talu soalan keluar dari bibir Borhan. Boleh tahan jua sikap busy body Borhan ini. terserlah jua sikap asli doktor ini.

“Yeah, that him!”

“Wow memang hebat gila pesaing kau. Bukan calang-calang orang tu. Kau kenalah usaha lebih sikit, kawan!” Borhan ini mahu buatkan aku rentung kat sini ker dek cakapnya ini.

“Kau.. kau ni sebelah pihak sapa?” Erfan bersuara keras. Kita serius, dia memain pula. Memang selalu nak aksi aku naik angin sahajalah.

“Ala tu pun nak merajuk. Anak maklah kau ni!”

“Ni, mak kau!” dilayangkan penumbuk ke wajahnya. Sengaja diacah-acahkan penumbuk ini. Borhan tergelak lepas.

“So, what your plan now?” soalan kembali ke asal. Erfan melepaskan lagi keluhan di dalam hatinya. Itulah yang Erfan duk fikirkan sekarang ni. E-an semakin merumitkan lagi keadaan yang sedia ada.

“Kau ada cadangan?”

“Aku? Aku kan raja segala idea-idea terbaik ni. Mestilah ada, ni plan baik punya!” segera tangannya meminta Erfan merapatkan wajah ke mulutnya. Dibisikkan sesuatu di telinga Erfan. Erfan tersenyum panjang. Memang plan baik ini. Bergeliga jua otak Borhan ni.

“Kau memang otak kancillah. Aku tabik spring kat kau!!” ahh rasanya tak sabar pulak nak jalankan rancangan baik ini buat E-an. Akan Erfan tambat hatinya semula. Watch up Mihir, kau takkan sesekali dapat rebut E-an dari tangannya.

“So, plan ni jadi?”

“Terbaik punya. Konfem E-an akan tangkap leleh punya!” Erfan mulai bersemangat dan berjiwa berkobar-kobar.

Bersambung,

Apakah plan tu? Tentunya nak tahu kan.. tunggu next bab..

Like it?

No comments:

Nuffnang Ads