Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Saturday, September 24, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 8

Bab 8


“Jom keluar!” ajak Erfan saat E-an sedang sibuk di dapur. E-an terkejut. Dia ini sedang ajak aku keluar ker? Erfan sudah berpakaian kasual dalam Polo suite. Kacaklah pulak dia hari ini.

“Boss cakap apa?” E-an inginkan Erfan mengulang kembali akan kata-katanya ini. Mungkin aku salah dengar. Mesti salah dengar.

“Siapkan sandwic, air tembikai, hot dog dan nasi putih, lauk ikan masak masam manis!” ordernya macam E-an ini tokey kedai mamak. E-an berpaling dan terfikir kenapa banyak sangat menu pada tengah hari ini.

“Boss nak buat kenduri selamat ker order segala bagai ini?”

“Kita berdua nak keluar. Picnic today!” spontan tangan Erfan menjamu selera Mee goreng yang E-an masak. Dihirupnya perlahan air milo panas ini.

“What? Picnic? Boss sihat tak hari ni? Hujan lebatlah hari ni!” E-an tergelak kecil. Erfan membaling tuala kecil tepat ke wajah E-an. E-an sempat mengelak dari terkena. Erfan bengang kerana balingannya tidak mengenai sasaran.

“Do it now! In 15 minute, aku nak semuanya dah siap sedia!” Erfan segera bangkit dan meletakkan pinggan ke dalam sinki.

“Boss, mana cukup masa tu!”

“Why?”

“Tangan saya ada 2 ajer!”

“Aku pun ada 2 tangan gak! So, do it now!” Tegas pulak Erfan pagi ini. tadi, bukan mainnya manja tahap giban. Main-main baling bantal dalam bilik. Apa yang tak kena lah dengan anginnya pada pagi ini?

“Geramnya aku. Aku sekeh jua kepala dia ni dengan lobak merah ini!” E-an mulai menghiris kasar akan lobak merah ini. Terasa seperti wajah Erfan yang sedang dihiris olehnya.

Erfan menghampiri E-an yang sedang leka menghiris lobak merah ini dari belakang. Langkahnya perlahan-lahan merapati E-an. Ada akalan dalam kepalanya mahu mengusik orang gajinya ini.

“Bukan hiris macam ni, sayang! Potongnya kenalah dengan penuh perasaan, barulah orang yang nak makannya akan rasai kelazatan lobak ini!” sayup-sayup suara Erfan berbisik di telinga E-an.

Kedudukan mereka sangat rapat sekali dan tangan Erfan mulai menyentuh lembut tangan E-an yang sedang memotong lobak ini. E-an berdebar dengan sentuhan ini.

“Boss?”

“Quiet! Just follow it!” Erfan meneruskan pegangan tangan itu di tangan E-an. E-an mengikuti gerakan tangan Erfan dalam memotong lobak ini. Degupan jantung kian rancak selari dengan kerancakan potongan lobak ini.

Apa yang sedang terjadi ini, kenapa Erfan melayaninya sebegini romantik. Bukankah selama ini Erfan amat membenci diriku. Ada sahaja akalannya mahu mengenakan diriku.

“Boss..”

“Hurrmm..!”

“Why we must do like it?” E-an berusaha meregangkan rangkulan Erfan yang bagaikan memeluknya dari belakang. Sebelum hatinya melonjak keluar dan jantung terhenti, baik elakkan dahulu.

Erfan terdiam. “Salah ker?”

“Err..bagi saya memang lah salah. Kita bukan muhrim. Apa yang sedang terjadi ni salah. Boss, majikan saya. Saya ni hanyalah orang gaji yang ingin bayar segala hutang ayah saya!”

“Dulu memang aku anggap kau begitu, tapi kini dah berubah. Aku dah dapat terima kau seadanya. Kau bukan seperti yang aku bayangkan.”

“Means?”

“Means kau pandai buat kerja rumah!” Erfan masih lagi menafikan akan isi hatinya. Masih dirasakan terlalu awal untuk Erfan berterus terang kepada E-an.

“Ok.”

“Boss ada nak beritahu saya apa-apa ker?”

“Ada, siapkan semuanya cepat. Lambat sikit, bunga hutang ayah kau akan naik 11%” Erfan mulai berlagak diktatornya. Terus rangkulan ini dilepaskan dan mulai bergerak ke ruang tamu. Aduhai, E-an sudah mengesyaki sesuatu ker?

“Hutang..hutang..hutang, macamlah aku ni ada amnesia, yang perlu diulangi banyak kali. Asyik nak tambah bunga sahajalah dia tu!! 11% betullah. Sebal..sebal!” E-an merungut perlahan dan menghentakkan kakinya tanda protes. Nasib baiklah Erfan sudi membantunya, kalau tidak masak E-an dibuatnya.

Hon dibunyikan dari luar dengan kuat. Mahu memperli aku lah itu. “Kejap!!” laju sekali E-an memasukkan ke semua barangan ke dalam bakul yang disediakan. Semua pintu dan tingkap dikunci.

E-an terkebil-kebil membawa barangan picnic ini. Erfan hanya duduk menunggu sahaja dalam kereta. Langsung tidak mahu membantu E-an yang membawa masuk barangan ini.

Geramnya aku, tadi bukan main lagi romantik, sekarang ni buatkan E-an merasa menyampah betullah. Mahu sahaja E-an buat-buat tidak layan sahaja Erfan.

*****************

“Kita nak ke mana?” bicara E-an apabila perjalanan belum tiba lagi ke destinasinya. Entah ke manalah dia mahu membawaku pergi. Ini bukannya jalan yang selalu E-an lalui selama ini.

“Putrajaya!”

“Ada ker tempat nak picnic kat Putrajaya tu?” soal E-an dengan dungunya. Erfan tergelak kecil. Ada jua yang lurus bendul seperti E-an. Sebenarnya, picnic ini hanyalah alasannya yang tidak mahu E-an keluar dengan Mihir.

“Just wait and see it!”

“Ok!”

“Who is Mihir?” soal Erfan mendadak. E-an yang sedang menegukkan air sedikit tersedak.

“Who?”

“You hear that!” sedikit kasar bicaranya. Terasa E-an seolah menyindirnya dengan cara yang halus.

“Mihir? Just a friend for me!”

“Really?”

“Yes. Kenapa dengan boss ini? Masakan mahu masuk campur jua dengan hal peribadi saya? Di luar waktu kerja, tu adalah urusan saya!” tegas E-an mempertahankan pendiriannya.

“Aku tak nak kau lupa akan batas-batas pergaulan kau dengan lelaki sahaja! kau kena ingat yang kau tu bekerja dengan aku. Kau mesti ingat yang kau telah tandatangani perjanjian. Kau langgar sikit, perjanjian itu akan menjadi 3 kali ganda dari jumlah asalnya!” gertak Erfan akan surat kontrak perjanjian dahulu.

“What? 3 kali ganda? Kenapa saya tak tahu akan hal ni?” E-an mulai terkejut dan memandang tepat wajah Erfan. Erfan tergelak sinis. Sengaja Erfan menambah akan peraturan di luar pengetahuan E-an dengan harapan E-an sentiasa terikat dengannya.

“Kau yang tak baca akan isi kandungannya. Main sain sahaja!” sengaja mahu buatkan E-an berasa bersalah. E-an terdiam. Kalau begitu, bilalah E-an akan dapat melunaskan semua hutang ini.

Masing-masing diam membisu. Erfan mahukan E-an hanyalah saling mengelamun. Deringan handphone kepunyaan E-an menyentakkan Erfan. E-an pun sama.

“Mihir?” ujar E-an perlahan lantas Erfan pantas berpaling. Mihir ini tidak tahu erti putus asa ker?

“Hello. Yes. I’m outside.”

“You ask me to going out? Wait, I will ask him! I will call you again, bye!” akhiri E-an dengan senyuman panjang. Secepat ini Mihir menghubunginya. E-an tergelak sendiri mengenangkan pertemuan mereka berdua.

“Boss!”

“No. My answer is no.” Bibirnya rapat menuturkan kata-kata tidak. Erfan sudah panas hati.

“Tapi, saya dah janji dengannya! Orang munafik tau kalu mungkir janji!”

“Siapa yang mintak kau buat janji? Kau bukannya tak tahu yang kau sedang waktu bekerja!” sengaja mahu E-an sedar akan status dirinya.

“Tapi..”

“Nope!”

“Tapi boss, dia ajak saya keluar lepas jam kerja!” E-an tetap tegas mahu keluar dengan Mihir. Terasa segan pulak mahu membatalkan temu janji ini. Mihir seorang yang baik hati orangnya.

“Kau nak ker bunga hutang bertambah 2% lagi? Kenapa kau suka sangat lawan cakap aku. Aku cakap tak boleh, tak kan boleh keluar!”

“Boss ini kejamlah!” kata E-an spontan dan menarik wajahnya kelat. Geram kerana sikap pentingkan diri majikannya ini. hanya tahu memerintah sahaja kerjanya. Langsung tidak fikirkan akan hidup sosialku ini.

“Well that I am! Welcome in my world.” Sinis bicaranya sesinis kata-katanya.

Kereta diberhentikan di tempat yang lapang. Di sekelilingnya ada sebuah tasik yang cukup indah sekali. E-an terasa damai sekali berada di sini. Ini taman peribadi ker?

“Keluarlah, takkan nak aku bukakan kereta macam tuan puteri pulak?” lantang Erfan menyindirnya. E-an tarik muka sejuta kali masam. E-an membuka pintu kasar dan terkena pada badan Erfan.

“Aduh, kot ya nak marahkan aku pun, janganlah nak bunuh aku cepat!”

“Bos nak saya kasi kasut saiz 8 ker kat muka tu?” E-an sengaja mahu buatkan bengang dengan dirinya. Sakit dalam hatinya belum lagi hilang.

“Well, nak juga rasa ni. Best tak?”

“Boleh aje!” segera E-an menundukkan badannya dan mahu mengambil kasutnya. Erfan tersenyum panjang. Kesempatan ini Erfan segera mendukung badannya dan membawanya ke tasik ini.

“Apa ni? Turunkan saya! Malulah ada orang tengok!” meronta-ronta E-an minta dilepaskan. Kenapa dengan bosnya ini, sekejap garang, sekejap romantik.

“Nope. Ada hati nak kasi kasut awak kat saya ya. Dah berangan nak jadi Cinderella ker?”

“So funny! Tak naklah. Boss, turunkan saya!”

“Nope, selagi kau tak diam. Better shut up before your lips in my lips!” ugutnya dengan menggoda. Pandangan matanya menyatakan sesuatu namun E-an bagaikan kabur dengan makna pandangan ini.

Laju sahaja E-an menutupi bibirnya. Serentak E-an mengingati akan guraun pada pagi tadi. entah apalah yang merasuk badan Erfan yang mahu bergurau dengannya seperti ini.

“Tahu pun diam! Kan senang begini. Mulut tu macam murai, nak berkicau sahaja!”

Setiba di tempat yang istimewa ini, badan E-an diturunkan. E-an segera membetulkan kedudukannya. Erfan tersenyum manis dan duduk di sebelahnya. Sebuah piano terhidang indah di depan mereka berdua.

“Kita nak picnic ker atau main piano?” soal E-an lagi. Erfan ini memang jenis suka wat kejutan romantik ker? Aduhai, hati perempuanku akan cair bila-bila masa sahaja. Janganlah layanku sebegini. Kang tak jadi pulak kerja kita berdua.

“Both of them! Like it?”

“Impossible!” E-an masih lagi cuba mengeraskan perasaannya agar tidak terusik langsung dengan semua kejutan romantik ini.

“Why are you don’t believe it?”

“Ni bukan gaya boss!”

“Kenapa? Aku ni teruk sangat ker pada pandangan mata kasar kau?”

“Very bad!” laju sahaja E-an menjawabnya. Langsung tiada kata-kata tapisannya. Wajah Erfan hilang seri. Inilah susahnya mahu dapatkan hati E-an. Keras macam batu bata.

“Ok. We will see!”

Erfan mulai bergerak menuju ke piano dan memetik papan piano ini. Ada nada yang berdengung saat jemarinya di piano ini. E-an memandang tepat ke dalam dasar hati Erfan. Erfan, apa yang ingin dikau ucapkan sekarang ini?

Dendangan puitis lagu mulai kedengaran. ‘Usah lepaskan’

Yang terindah terlukis di bibir mu
Tak pernah ku lihat senyum mu sebegitu
Pudar kah sudah cinta yang ku beri
Bewarna warni segala
Yang dijanjikan ia

Usah biarku bersendirian
Usah biar hati mu di tawan
Usah biar diri ku disini
Seorang menungu tanpa teman

Usah lepas genggaman tangan mu
Usah biar semua berlalu
Usah terlupa perasaan hati
Pertama kali kita bertemu
Usah lepaskan

Tak mudah ku melupa segala yang berlalu
Ku ingin selalu bersama mu

Ku tak peduli apa sebabnya
Engkau dan dia harus bersama
Mendungnya langit bila berkata
Kita patutnya masih bercinta
Usah lepaskan
Usah lepaskan

Yang terindah
Terlukis di bibir mu
Tak pernah ku lihat senyum mu
Sebegitu

Puitis lirik lagu itu didendangan dengan cukup baik sekali oleh Erfan itu menusuk masuk ke dalam kalbu E-an. Sebegitu mudah Erfan menggapai dasar hatinya dengan lirik puisi ini yang bertajuk Usah Lepaskan.

“E-an.. will you be my.”

“Erfan!!!” laung seseorang lantang dari belakang. Keduanya saling berpandangan. E-an sudah terbeliak mata dan Erfan pula hanya terkedu dengan kedatangan insan ini.

“Hi Erfan, still remember me?”

Bersambung...

Siapakah yang menyapa Erfan dan E-an di Tasik Putrajaya ni?

Like it?

2 comments:

Aku Insan Kerdil said...

teruskan penulisan... penceritaan menarik & menghiburkan hati.. mudah difahami..

aku_slamber said...

Aku Insan Kerdil: tq ya bagi sokongan ya..sudilah follow ya cte ayu ni..dan harap ianya semakin dimintak oleh peminat novel yang lain...

Nuffnang Ads