Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..
Showing posts with label Kaulah Encik Benciku. Show all posts
Showing posts with label Kaulah Encik Benciku. Show all posts

Saturday, October 22, 2016

Aku Benci Dia,Kaulah Encik Benci, 10






Bab 10< Aku Benci Dia, Kaulah Encik Benciku 10 >
PENULIS : Kaseh Ayuni


10.

***

"Wali saya masih lagi pada ayah saya. Hanya dia yang berhak menentukan kita jadi kahwin ke tak. Seandainya dengan mengertak begini, Sudin rasa saya akan ikut, Sudin salah. Ayu masih lagi berpegang pada adat. Ayu masih ada keluarga. Jangan nak minta Ayu menjadi anak derhaka pada mereka!" usai itu, Ayuni terus melangkah pergi.

Sudin terkedu. Dia tak sangka yang Ayuni akan berpendirian sebegitu. Lalu senyuman indah terukir di bibirnya. "Kali ni, pilihanku tak salah. Ayu, ketahuilah yang cintaku bukan mainan di tepi bibir. Ianya adalah abadi."

Baby terus meluru ke ruang tamu dan sibuk menyampaikan apa yang telah terjadi seketika tadi. Ayah bergelinangan air mata. Mak pun sama hiba. Tak sangka yang Ayuni sangat mengagungkan mereka semua. Maafkan kami, nak.

Ayuni rebah badan di katil. Sungguh dia lelah dengan apa yang terjadi ini. Dia sungguh tak sangka yang ini terjadi. Mana mungkin orang yang dibencinya kini akan menjadi pasangan hidupnya. Pasangan yang akan berkongsi segalanya dengannya nanti.


Sambil melayan perasaan, tiba -tiba telephone Asus yang diletakkan di atas almari solek berbunyi. Bunyi nada dering whatsapp. Siapa pula ni? Malas-malas Ayuni bangun capai handphone itu.

Ayuni tekan icon hijau. Rupanya whatsapp dari encik benci alias encik tunangnya.

~ Sorry, takdi terlepas cakap. Saya terlalu excited sgt dpt jadi tunang you. Hope you takkan kecik hati. I just bergurau, jgn amik serius dengan apa yang I katakan tadi ~ gambar icon hepy dan sedih.

Ayuni tak balas. Dibiarkan sahaja begitu. Sekali itu ayat keluar dari mulut encik tunangnya itu, itu yang Ayuni pegang dalam hati. Sungguh! Kenapa harus Ayuni merasai sebegini? Adakah titik kelat benci sudah mulai mencair? No.. Tak mahu!! Ayuni lebih rela membenci dia daripada menyayanginya.

Seminit kemudian, Sudin balas lagi.


~Pls, reply whatsapp I. Don't judge me like this. I'm dying. Please dear one .. ~


Ayuni typing.. Sudin mulai tersenyum panjang. Taklah keras sangat hatimu, Ayuni. Kakinya melangkah ke luar rumah. Ada buaian di luar. Sudin baring di dalam buaian itu sambil setia menanti balasan whatsapp dari tunangnya.

~ This is for first and last time i forgive you. I'm doing this because my family.~ send.

Sesaat Sudin baca reply itu. Makin lebar senyumnya. Laju sekali Sudin membalas. 


~Sure dear? Oh my god, I'm the happiness in this world. Can I shout out??~ send lagi.

blue tick.

Merah padam wajah Ayuni tika ini. Ayuni berkira kira pula dan ada rasa ragu -ragu. Nak balas ke tak? Kalau tak tegah, bukannya boleh caya sangat si Sudin itu.

~No.~ send lagi.

blue tick dua kali tanda Sudin sudah baca. Kemudian, bukan balasan whatsapp yang Ayuni dapat.., tapi adalah balasan teriakkan  dari si encik tunangnya. 

"Thank ALLAH! Akanku jaga hubungan halal ini untill jannah." satu rumah boleh dengar luahan hati Sudin itu. Ayuni hanya mampu menyorokkan kepala dalam bantal. Ishh, tak guna punya tunang. Tolong kontrol sikit perasaan itu, boleh tak??

"Kenapa ni,Sudin?" Ayah sudah berteriak sama di jendela. Sudin tersentak. Lupa seketika yang dia masih lagi berada di rumah tunangnya. "Tak ada apa-apa ayah. Cuma hilangkan stress sahaja!" kantoi sudah..

"Ok. Baiklah, ayah nak ke kedai kejap. Nak cari lauk nasi tengah hari."

"Saya ikut. Naik kereta sayalah, ayah,"

"Tak menyusahkan kamu ke? Kamu tak kerja?"

"Hari ini saya cuti. Jomlah!"

Mak datang menyampuk. "Pergilah. Cepat pergi, maka cepatlah juga saya masak ni!"

"Oklah. Jom Sudin!" Ayah mengerti. Sudin bangun dan menuju ke keretanya. Sebelum itu, sempat jari jemarinya menari di skrin whatsapp.

~Tq dear. Welcome to the new world. Selamat menjadi tunang saya. Awak takkan kecewa memilih saya. Saya nak keluar kejap, teman ayah beli barang basah. Jangan rindukan saya. ~ 

Kali kedua blue tick. Ayuni sudah merah muka. Ehh..kata kita jangan rindukan dia. Entah-entah dia yang terlalu angaukan kita. Ayuni letak tepi hanphonenya. Ayuni tarik keluar laptopnya. Baru dia mahu bukak laptop, terasa ada sesuatu jatuh dari raknya.

Ayuni menundukkan badan. Sekeping gambar yang jatuh. Ayuni ambil dan memusing. Ayuni berubah riak muka. Macam mana gambar ini boleh ada kat sini dan dalam biliknya. Apa tujuan semua ini? Kenapa harus gambar ini mucul setelah hatinya mulai terbuka untuk Shamsuddin Salleh?


"Selamanya Ayu akan jadi milik saya!" bak angin lalu, ayat itu kembali terngiang di cuping telinga Ayuni. 

***

Bersambung..



Aku Benci Dia,Kaulah Encik Benci, 9

Aku Benci Dia, Kaulah Encik Benciku, 9.
Kaseh Ayuni
Hak cipta terpelihara by KAY

****

Bab 9.

9.

"Apa awak buat lagi kat sini? Bukankah awak sudah dapat apa yang awak mahukan selama ni? Jangan nak mengada - ada sentuh saya. Kita belum ada lesen halal." keras suara Ayuni memarahi orang yang dilanggarinya seketika tadi. Sejak bila pula tiang rumahnya boleh bergerak ke sana sini?

Sudin tergelak kecil. Huluran tangannya ditarik kembali. Aduhai, tunangnya ini.. bertambah garanglah pulak sejak ada ikatan. Sudahnya, Sudin membiarkan sahaja Ayuni terkial - kial bangun dari situ. Mak dan ayah pula sudah berlari lari anak - anak untuk segera keluar dari rumah.

Baby pun sama datang dalam keadaan basah kuyup. " Kenapa dengan akak Ayu, abang SS?"

"Abang SS?"

" Dah nama tu yang akak Ayu selalu cakap depan baby." lurus bendul pulak si baby ini. Ayuni buat muka slamber  sahaja apabila Sudin memfokuskan pandangan tajam ke dalam anak mata Ayuni.

" Ayuuuu..,"

" Apaa?"

" Kenapa perlu nama SS tu diulangkembali di depan baby?" Sudin mulai bercekik pinggang. Ayuni tergelak kecil. Ha-ha-ha. Alaa.. benda kecil pun nak ambil kisah! Ayuni buat diam sahaja dan melayani celoteh baby.

"Ayu!"

Ayuni tidak berpaling,malahan dia semakin leka layan baby. Ayuni lagi menarik kain tuala yang tersidai di ampaian dan menyapu kepala baby dengan khusyuknya. Sudin merengus geram dengan sikap sambil lewa tunangannya.

Mak dan abah hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Mereka berdua malas mahu melayan karenah itu,lantas menepuk bahu Sudin. Sudin angguk kecil. Namun kerlingannya masih belum lagi teralih daripada melihat karenah 'pekak badak' si Ayuni.

" Dahlah tu layan baby. Ni, ajak Sudin naik ke rumah. Pelawa dia minum air." mak keluarkan kuasa vetonya. Ayuni terhenti sekejap mengelap badan baby. Ayuni berpaling sekilas pada Sudin. Sempat lagi si Sudin mengenyitkan mata kiri dia kepada Ayuni. Gataiiii....

" Tapi.., mak!"

"No! Mak tak nak dengar alasan rekayasa kamu. Ingat, dia bukan lagi Encik Benci kamu! Hal dulu buang jauh - jauh! Pandang hadapan! Sekarang di jari manis kamu ada ikatan pertunangan antara Ayu dengan Shamsuddin Salleh,ok!"

Matilah kau, duhai Ayuni. Apa lagi alasan kau mahu berikan? Jawapannya, hentakkan kaki berkawad 77 kali masuk ke dalam rumah. Baby hanya ikut dari belakang tanpa banyak menyoal. Baby tahu yang itulah lagaknya Kakak dia seandainya karenah dibangkang oleh mak.


****


Dari dapur, bunyi kuat sudu kian berlaga dengan teko. Habislah Encik Benci Ayuni, kena gulai air berapilah jawabnya. Baby, kian mengecil dari celah almari. Manakala Sudin menjengah masuk ke ruangan dapur. Bunyi keletung keletang menggamit dirinya untuk melihat sendiri. Ayah Ayuni sudah melarang.

" Sibuk ker, sayang?" bisik Sudin di tepi telinga Ayuni. Niatnya mahu mengusik.

Ayuni membalas, PAP! Sudu yang mengacau teko disuakan ke pipi Sudin. Ini makanan dia. Si Sudin memang kaki langgar sahaja pantang larang agaknya. Sudah berkali - kali ditegah, makin dibuatnya!

"Aduh! Sakitlah pipi saya. Baru setengah jam saya bergelar tunang Ayu, Ayu sudah balas cara sebegini?"

"Ada saya kisah? Siapa suruh gataii miang keladi sangat?"

" Ohh..berani yer lawan cakap tunang!"

" Biarlah. Baru istilah bertunang. Bukannya berkahwin. Jadi dosa saya masih pada keluarga saya,ok!" Ayuni kian bercekik pinggangnya. Baby pula kian tergelak melihat drama swasta tidak berbayar antara kakaknya vs abang SS.

" Baiklah. Kalau itu yang Ayu minta. Jangan menyesal!" handphonenya ditarik keluar dari poketnya. Ayuni abaikan sahaja ragam si tunangnya itu. Malaslah dia ambil tahu. Tetapi, telinganya dapat menangkap suara Sudin berbual.

" Mama, cakap kat abah yang besok datang ke Terengganu. Bawak tok kadi sekali. Ahh?? Nak buat apa? Nak kahwinlah, mak! Aahh,besok! Tok kadi import jer siapa pun. Hal bayaran, Sudin akan settlekan selepas akad nikah besok!"

Sepantas kilat Ayuni tegak di hadapan Sudin? BIAR BETUL DIA NI??

" Apa awak merepek ni? Sudin? Encik Shamsuddin Salleh!!!"

Sudin hanya terdiam. Handphonenya diletakkan kembali dalam poket. Wajah terkejut Ayuni hanya diabaikan sahaja. Haaa... tahu takut, tu baru gertak sikit sahaja.. Rupanya inilah strategi untuk dia tundukkan si tunang hatinya. Dipujuk tak layan, tapi diugut mulalah merayu macam anak kucing mintak susu.

"Awak... jangan nak main main hal kahwin ni. Jangan ingat hal kahwin ni hal cabar mencabar mulut ke mulut. Silap saya takdi kerana tak hiraukan awak. Sorry, okay! Maaflah!" kian merayu Ayuni. Air yang dijerang di dapur diabaikan begitu sahaja. Bagi Ayuni, hal ini lagi mustahak!

" Ayu yang cakap tadi. Saya hanya tunaikan permintaan Ayu sahaja.., Saya kan menurut perintah!" Sudin duduk di kerusi meja makan. Kaki Sudin kian bergoyang-goyang. Memang Sudin sengaja mendera perasaan Ayuni. Asyik dia sahaja yang banyak mengalah! Sesekali biarlah Ayuni pula rasai apa yang dia selalu rasai. Letih tahu mengejari burung merpati jinak ini. Makin dikejar, makin jauh ia lari.

" Saya cakap jer. Cakap dengan berkehendakkan, kan lain!" Ayuni makin berpeluk tubuh. Sakit hati pulak kita dengan sikap berlagak si Sudin. Perasan hensem! Tapi, kan.., memang hensem pun wajah si Shamsuddin Salleh ini!

Argghhh!!! Geramnya dapat tunang hensem ini! Berlagak poyo!

"Jadi..? Apa keputusan, Ayu? Masa berjalan. 1..2..3..," Sudin tatap jam di tangan. Aduhai, apa ni semuanya? Kenapa pulak hal kahwin perlu dipermainkan sebegini. Ayuni tak mahu hak mak dan ayahnya dirampas begini. Mana hak mak dan ayah selaku wali dia.




****

BERSAMBUNG DI BAB 10

by, Kaseh Ayuni,


Aku Benci Dia, Kaulah Encik Benciku 8.

Bab 8



Bab 8< Aku Benci Dia, Kaulah Encik Benciku 8 >
PENULIS : Kaseh Ayuni

8.


" Mak??" Ayuni tatap sayu wajah mak. Mak, ayah dan adik beradiknya semua ada kat sini. Bagaimana mereka boleh ada kat sini? Kenapa tak bagitahu nak datang ke Kuala Lumpur? Mak terus peluk Ayu. Ayah pula siap berpeluk dan bersalam dengan Sudin. Apa yang sedang terjadi ini? 

Garfu diletakkan kembali ke bawah. Sudin mulai ambil kerusi bagi memberikan tempat duduk bakal mentuanya. Ayuni pula kian galak berbual dengan maknya. Satu kejutan ini. Mesti kerja 'rasuah' dari Shamsuddin Salleh. Saya benci awak! Sungguh! Benci kerana buatkan hati saya semakin sayang pada awak, Sudin!

Kegembiraan yang terpancar dari iras maknya itu semakin mengelisahkan tangkai hati Ayuni. Apa yang telah terjadi sudah terjadi.

Ayuni tatap wajah gembira seorang demi seorang. Semuanya gembira. Adakah ini jodohku? Shamsuddin Salleh! Benarkah nama kita telah tertulis di loh mahfuz?

"Mak! Mak datang sini dengan apa?"

"Laa.. Sudin tak bagitahu ke?"

"Bagitahu apa?" makin dekat Ayuni hampiri maknya. Maknya sudah panjang senyum. Sudin masih belum beritahu hal sebenarnya pada Ayuni rupanya. Patutlah blurr.

"Ayuni tanyalah Sudin sendiri. Mak tak boleh bagitahu. Amanah orang!" mak tunjuk gaya zip mulut. Ishh.. rasanya ringan tangan mahu baling kotak tisu ini ke wajah Sudin tau!

Mana aci family Ayuni sudah berpaling tadah. Ini tak boleh dibiarkan. No way!

***
2 minggu kemudian,


Cincin belah rotan yang dahulunya pernah dibuangkannya ke dalam kolam, kini terletak elok cantik di jari manis Ayuni. Kini, akhirnya terjawab sudah yang Ayuni selamanya jadi hak ekslusif Shamsuddin Salleh. Sebegitu jauh Ayuni menolak Sudin selama ini, hanya sebegini mudahnya Ayuni menjadi tunangannya.

Anehkan perjodohan ini? Tiada siapa dapat menduga, yang kini Sudin dari dahulunya merupakan Encik Bencinya kini telah automatik bertukar nama menjadi Encik Tunang.

" Angkatlah panggilan itu. Dari tadi asyik berdering sahaja. " Mak menyapa Ayuni yang leka mengelamun. Mak masuk ke dalam bilik Ayuni yang terhias cantik. Sayang, si penyeri bilik ini tidak berseri seperti hiasan yang ada. Maafkan mak, Ayuni kerana buat keputusan tanpa memberitahu pada Ayuni!

Ayuni berpaling sekilas handphone Asus,pemberian hantaran pertunangan daripada pihak lelaki. 

" Malaslah, mak!"

" Ayu.. angkat panggilan tu. Mana tahu ada perkara penting." mak memujuk lagi. Mak Ayuni tahu yang Ayuni dalam emosi memberontak kerana isu bertunangan kilat ini. Tapikan apa daya mereka sekeluarga mahu menolak lamaran itu seandainya pihak lelaki seakan - akan menggesa mahu cepat bertunang.

" Biarlah mak. Nanti tahulah penat jari orang yang kol tu. Ayu nak bersihkan badan dulu. Melekit lah!" alasan diberi. Tuala ditarik. Tudung diletakkan ke dalam bakul.

" Degil! Keras kepala. Sampai bila Ayu nak berdegil begini?Haraplah nanti, si Sudin mampu bertahanlah dengan karenah Ayu!" sipi sipi Ayuni dengar bebelan maknya.


Langkah kaki Ayuni dibiarkan sahaja berlalu keluar pergi dari biliknya. Mak Ayuni hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat perangai degil anak perempuan sulungnya.


" Apa yang awak belebelkan seorang diri tu? Dari luar saya dapat mendengarnya?" tiba - tiba ayah menjengah dari luar pintu bilik Ayuni. Hati tuanya senang hati melihat anak daranya kini sudah menjadi tunang orang.

Mak berpaling. Nafas dihembuskan perlahan - lahan. " Anak sulung awaklah. Awal-awal sudah bergelar tunangan orang pun, sudah mula buat perangai degilnya. Saya ni haraplah si bakal menantu kita dapat bersabarlah layan karenah degilnya itu,"

Ayah tergelak kecil. Memang sudah lama dia tahu akan perangai degil kepala anak sulungnya itu. Sekiranya ada hal yang bukan keutamaanya,maka isu itu akan menjadi permasalahan untuk Ayuni. Terutamanya sekali hal berkait dengan lelaki.

Dahulu, ayahnya beranggapan yang anaknya akan membujang sampai ke tua. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk berdoa agar anak gadisnya itu bertemu jodoh dengan orang setaraf perangai dengan Ayuni.

" Dahlah, bersyukurlah kini ada orang mahu  bertunang juga dengan Ayu. Redha dan restui sahaja suratan takdir anak kita. Abang percaya yang Sudin memang jodoh hakiki Ayuni." padat jawapan yang ayah Ayuni berikan. Mak Ayuni terdiam seketika.

" Banyak juga dulang yang anak kita dapat ya, abang? Saya ingatkan si Sudin nak datang untuk menikah takdi. Boleh tahan tebal juga poket bakal menantu kita ya,bang," Mak Ayuni menilik barang barang hantaran tunang yang pihak belah Sudin berikan kepada Ayuni.

" Biarlah,maknya.. Dah rezeki dia. Kita harus bersyukur yang kini sudah ada orang mahu jaga anak perempuan kita. Abang dah berdoa siang malam agar Allah permudahkan jodoh si Ayu tu." Ayah berdiri di balik tirai tingkap. Lelehan anak matanya mengalir perlahan. Kemudian anak mata tua ternampak kelibat Ayuni yang sibuk menguruskan adik bongsu untuk mandi.

'Ayu.., ayah tahu yang Ayu bangkang pertunangan ni. Tapi ketahuilah anakku yang Allah telah janjikan lelaki baik adalah untuk perempuan baik-baik. Ayah dan mak redha dengan pertunangan Ayu bersama Shamsuddin Salleh. Satu jer ayah harap agar Ayu terima perjodohan ini dengan ikhlas.' hati ayahnya berkata di angin lalu.

Tanpa bersuara,Ayuni berpaling serentak. Terkejut Ayuni melihat ayahnya sedang berlinangan air mata. Kenapa pula dengan ayahnya?

" Ayah!!!" laung Ayuni dari bilik air. Baby yang sedang bersyampu rambut,membuka mata perlahan lahan.

" Nape,kak Ayu?"

Ayuni hanya terdiam. 

" Baby tunggu kejap. Nah ambil air ni. Siram kepala itu, jangan biarkan.., nanti air buih syampu masuk dalam mata. Kak ayu nak jumpa ngan ayah kejap,"

" Ok."

Langkah kaki Ayuni kian laju. Dia gelisah melihat air mata ayahnya? Macam macam hal difikirkan dalam kepala Ayuni. Kenapa ayah menangis? Kenapa? Takkanlah ayahnya tidak merestui pertunangan ni? Kaki kian bergerak tapi fikiran Ayuni melayang ke udara.

Tanpa sedar, Ayuni terlanggar seseorang yang berada di hadapannya. Buk!!

"Ayu!!"

" Ya Allah! Ayu! Anak aku!"

***
BERSAMBUNG NEXT BAB...


Monday, April 20, 2015

Bab 7. Aku Benci Dia, Kaulah Encik Benciku 7.

"Say that you hate me,now!"


Bab 7< Aku Benci Dia, Kaulah Encik Benciku 7 >
PENULIS : Kaseh Ayuni
Hak cipta diri sendiri. Copy takleh kecuali mintak izin dari saya dalam komen..

****
7.

"Mana lagi kali ini Ayu mahu melarikan diri? Takkanlah perlu ada kemunculannya orang ketiga menyamar lagi bahawa dialah juga Encik Benci Ayuni lantas si lelaki palsu itu datang mengakui dialah juga salah seorang encik benci Ayu lepas ni, barulah Ayu mahu berikan jawapan? Saya tak kira! Hujung tahun ni rombongan meminang daripada wakil saya akan tetap datang ke rumah Ayu di Terengganu. Titik!" Shamsuddin Salleh mulai berkata nekad di salah sebuah kedai menjual sotong celup tepung berhampiran di Pantai Teluk Ketapang,Terengganu.

Ini pun Ayuni bersetuju ikut Sudin selepas kes Ayuni tersasul cakap di Pantai Batu Buruk tadi. Sudin menggunakan modal mahu dukung Ayuni ke kereta seandainya Ayuni degil lagi ikut dia ke satu tempat. Nak tak nak, terpaksalah!

Sotong celup tepung yang baru sahaja mahu ditelan masuk ke dalam mulut Ayuni, terjatuh terlepek ke lantai. Mak aii.., takkan sudah kemaruk sangat mahu berkahwin si Encik Benciku ini? Apakah sudah tiada kaum perempuan lainkah di Kuala Lumpur sehinggakan Encik Bencinya itu perlu menerjah ke negeri pantai timur untuk cari calon isteri?

" Awak jangan nak buat lawak time hujan sebegini..,boleh tak? Kang,ada nanti saya tergelakkan awak! Awak bergurau je,kan?" Ayuni cuba hilangkan rasa gundah itu dengan menyerong arus topik perbualan. Mana tidaknya, wajah si Sudin tampak serius tahap 7 petala. 

Cermin mata gelap Bay- Ban ditariknya perlahan dari wajah Sudin. Ayuni sudah kaget. Aduhai, kenapalah saat begini si Sudin perlu menggoda dirinya dengan taktik begini? Tahukah Sudin yang kini mata hitam kecoklatan itu sudah terbias lembut di iris mata Ayuni?

Oh Tuhan, Kau tetaplah rasa keegoanku agar tidak dipanah panahan asmara mata itu!


" Ayu.., saya betul betul serius mahu mengangkat maruah awak jadi isteri saya yang sah! Saya tidak mahu berterus - terusan mengikat hubungan ini atas dasar istilah bercouple. Haram! Saya sememangnya berniat ikhlas mahu terus lebih mengenali siapakah diri Ayu sebenarnya di dalam alam rumah tangga. Satu alam yang lagi berkat di sisi Ilahi." Sudin lebih memanahkan bebola matanya tepat kepada mata coklat si Ayuni.

Jawapan dalam hati Ayuni. CAIR! Sudin memang pandai menggoda gadis keras hati seperti Ayuni.

Terkedu lidah Ayuni seketika. Alamak, ini benar-benar serius, bukan lawak versi majalah Ujang Antarabangsa. Apakah yang harus Ayuni jawab ni? Apa ek? Ke Ayuni perlu berterusan menolak lamaran itu buat kali ke-3?

" Kalau benarlah apa yang diucapkan, buktikan! Jangan hanya tanam tebu di pinggir bibir," Ayuni berkias sambil mengambil air sirap laicinya. Dihirupnya perlahan - lahan agar tidak tersedak. Tahan gelora di hati itu, duhai hati! Jangan nampak macam teruja sangat! Yang penting, kontrol ego! 

No more CAIR macam aisberg dilanggar kapal Titanic!

" Ok. As you wishes, my dear future wife!" Handphone berjenama Sony diambil daripada poket seluar jeans si Sudin. Satu nombor ditekan. 

Bibir Sudin lantas berkata, " Finally, she say yes! Alhamdulillah, dia bersetuju. So, proceed like we plan!"

Ayuni langsung tidak menghiraukan kata - kata itu. Baginya, Sudin hanya si lelaki yang pandai berikan janji, takkan sesekali menunaikannya. 

Selang 5 minit kemudian, kedai yang hingar bingar itu mulai sepi. Senyap bagaikan tiada pengunjung yang hadir.

" Ayu..!"

Diam. Jeda. Tiada tindakan balas dari tuan empunya badan. 

Ayuni statistik pada bangku duduknya. Tiada niat dia ingin berpaling. Bagi Ayu,berkemungkinan itu nama orang ketiga yang sama nama dengannya. Ayuni kembali menjamu suapan pada sotong celup tepung yang dipesan. 

Sudin sudah tersenyum penuh rahsia. Kejap sahaja lagi my sayangku. Jangan terkejut beruk, sudahlah!! Indah rasa ini apabila ditepuk 2 belah tangan. 

" Ya Allah, budak bertuah ni. Kita panggil dia, dia buat dunno jer..," satu tepukan kuat singgah di meja milik Ayu dengan Sudin.

" Opah kau menari zapin gayung!" Ayuni melatah spontan.

Garfu disuakan tepat pada batang hidung si penyapa berkenaan. Juling biji mata orang itu dibuatnya. 

Sudin sudah bantai gelak. Kah kah kah... Satu kelakuan spontan bakal isterinya yang baru diketahuinya. Kuat melatah rupa si gadis pujaan hatinya. Harus meriahlah alam rumah tangganya nanti seandainya segalanya yang dirancang berjalan rapi.

"Oit anak bertuah ni, nak bunuh mak ker dengan guna garfu ke duhai sayangku, Ayuni?"

" Mak!! Apa mak buat kat sini? Macam mana mak ngan ayah datang sini? Eh.., baby pun ada sama? Apa yang semua buat kat sini? Ada majlis hari keluarga ayah ker mak?" Bertubi tubi soalan keluar dari bibir Ayuni. Tangannya sudah menarik kerusi.

****

Update by Kaseh Ayuni
2.57 am / 20.4.2015, 1 Rejab 

Nuffnang Ads