Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Thursday, June 16, 2011

Tunjukkan Aku Apa Itu Cinta?

Tunjukkan Aku Apa Itu Cinta?Bab 1

















Namaku Emsyar. Kekawan panggil aku simple aje. E aje, kata mereka lagi senang buat mereka nak menyebut namaku. Aku ini hanyalah gadis biasa yang mempunyai kehidupan simple dan jua pergaulan jua simple.
“E, kau ada plan pape tak petang ni?”
“Awat?”
“Jom shooping!”
“Shooping? No..aku kan alergi ngan bab shooping ni! Malaslahj. Kau ajaklah kawan kita yang lain!” ujarku sambil membetulkan cap yang dipakai olehku.
Terlupa nak kasitahu yang cara pemakaian aku jua hanyalah simple. Just baju berkotak, kotak dan cap setia di kepalaku. Ada yang bilang aku ini tomboy, gadis kasarlah. Lantaklah mereka. Ada aku kisah dengan omongan mereka semua itu. Tak berkudis pun dalam hati ini.
“Laa..aku dah ajak yang lain. Berbagai alasan yang mereka kasi, ada yang tak logik pun mereka tibai aje alasannya. Hanya kaulah pilihan aku sekarang ni! Please....kali ini saje. Lain kali, aku akan ajak orang lain!” rayu Suraya dengan lemah lembutnya.
Bikin aku cair ajer. Opppss..jangan ingat aku ni bernafsu songsang pulak ya.. ini jiwa sesama manusia, sesama jantina ok.. Aku jua ada perasaan tau.. hanya yang terdekat tahu akan nurani aku yang terlindung ini sahaja.
“Oklah. Janji belanja aku makan Chocki tau!” setuju jua aku dengan rayuan tangkap lentopnya.
“Yahuuuu!!!”
“Eh, malulah orang tengok!” kataku sambil melilau anak mata melihat sekeliling. Tanganku laju sekali mengangkat meminta maaf kerana membuat bising dalam perpustakaan. Nasib baik pengawas tak der, kalu tak dah lama kena makan warning..
“Sorry, excited sangat ni! Chocki kau tu, kasi beres punya. Aku beli sekotak pun tak per kan?” Suraya mempamerkan barisan gigi putihnya. Nak menunjuklah tu gigi dia yang pakai ubat gigi Fresh& White lah tu..
“Perli aku ker? Kan aku tarik balik semula persetujuan aku tu!!” sengaja aku mengusiknya.
“Eh, mana aci macam tu. Oklah, aku saja jer usik kau! Apalah ni..tak sportinglah kau ni!” rengeknya manja dan memeluk manja lenganku.
“Woit, kau tu bukan muhrim aku tau..ke tepi..” tempisku tangannya. Wajahku sengaja dimasamkan tanda kurang menyenangi kelakuannya.
“Eh, kau ngan aku ni sama jantinalah! Apa pulak ada hukum hakam bukan mahram ni? Kau demam yaa?”
“Laa..ye ker? Salah ker? Aku main sebut ajer!”
“Dahlah. Petang ni kita jumpa kat Suria KLCC, jam 3 petang.” Suraya bangkit dan membawa buku untuk dipinjam sebagai rujukan assignment dia. Sempat jua flying kiss diberikan kepadaku. Mengada betullah minah jiwang ini..


Aku segera membonceng motor aku dengan laju. Entah berapalah kelajuan yang aku bawa sekarang ini. hanya tinggal beberapa minit lagi mahu pukul 3. Matilah aku kena ceramah dengan minah jiwang itu. Boleh tahan pedas jua ayat-ayat ceramah dia tu.
Inilah akibatnya tertidur selepas solat zuhur tadi. ingatkan -mahu rehatkan kepala sekejap. Tup-tup terlajak. Inilah padahnya. Terus aku bangkit dari tempat sujudku dan salin pakain secepat mungkin. Nasib baiklah kami berjanji di tempat yang dekat. Kalu kena kat Bukit Bintang, cari bala namanya. Bapak sibuk gila kat sana tuu..
Dari jauh aku sudah nampak parking yang kosong. Syukurlah, rezeki aku agaknya. Laju sahaja motorku memasuki dan bukkk!!!
“My Darling!” jeritku apabila motorku melanggari sesuatu. Brek kecemasan aku ditekan kuat. Berdecit bunyi tayar terhenti dan aku pulak kaku di sini. Apa yang sedang terjadi ni?
Kelihatan seseorang sedang keluar dari kereta dengan tangan menutupi dahinya. “Apa lu nak mati ka?”
“Siot punya orang. Kau tu yang nak pergi mampus!” balasku dengan bahasa sekasar mungkin.
“Lu dah bikin gua marah ni. Apa ayat mampus ni? Lu ngat nyawa gua ni leh amik kat pasar ikan ker?” mamat bengang itu pun sama naik angin dengan aku.
“Memang lu punya nyawa kat sana lagi banyak. Dasar taik kucing!” ludahku semahunya.
Berapi-api mamat itu memandangku. Apa lu ingat lu sorang ker ada mata? Gua pun adalah! Kami berdua saling memandang sesama sendiri. Kesakitan yang dirasai ditolak ke tepi dulu.
“Lu memang nak mati kan?” terluah jua ayat kasi pancung dari nya.
“Apa lu ngat lu ni malaikat maut ker sampaikan hendak amik jer nyawa aku? Kirim salam!”
“Lantaklah aku ni sapa pun. Lu sapa nak tahu sapa gua ni?”
“Lu kena bayar ganti rugi kerana dah rosakkan my darling gua ni! Harus bayar sekarang jua!” ujarku saat ingatanku mulai sedar yang my darlingku mengalami kerosakan kecil.
“Ohh..lu fikir lu punya rosak, gua punya lagi banyak rosak. Lu harus bertanggungjawab! Jangan nak tahu peras ugut orang sahaja!”
“No never!!, Lu tu yang mata letak kat kepala dagu. Tak nampak ker gua nak masuk parking? Mata tu kasi besar kit lain kali. Nampak tak sign board yang bapak besar macam jin tu?” tunjukku akan signboard berwarna merah.
Laju sahaja kepalanya berpaling. Diketap perlahan bibirnya kerana ini mungkin 99% dia bersalah. Apa yang aku nak kelentong kat mamat tiga suku ni ya?
“Err..kau tu yang nak masuk parking, awat tak kasi signal?” ujar dia akan idea ini yang baru muncul. Ya..ini mungkin akan menyelamatkan aku.
“Err...aku..aku!”
“Aku apa? Lu dah kasi gua marah ni. Gua tak kira, bil kerosakan ni, gua akan hantar kat lu nanti!” snap!! Bunyi flash kamera yang sempat lagi ditangkap olehnya.
“Ni sebagai bukti yang lu takkan lari dari bayar semua bil gua hantar nanti!” ujarnya tanpa aku pinta pun akan penjelasan mengenai tindakannya. Ada aku kisah?
“Ooohh..lu dah tuntut ya lu punya kerosakn. Jap ya..nanti gua kasi claim gua punya bayaran pulak.!” Laju sahaja kakiku melangkah ke hujung. Anak mataku terfokus kepada satu benda yang dari tadi amat menarik minatku.
Keinginanku begitu membuak-buak. Inilah masanya. Dia kehairanan melihat diriku yang memegang erat benda asing itu. Mahu bikin apa dengan benda itu agaknya.
“Mahu beri ucapan apa-apa tak?” soalku dengan senyuman yang melirik. Wajah kehairanan mengundang kelucuan dalam hatiku. Boleh tahan lurus bendul jua mamat bengang ini rupanya.
“Apa maksud lu?”
“Ni maksud gua!” terus aku mengangkat tingigi-tinggi dan dengan sepantas kilat berderai bunyi kaca bertaburan kecai di bawah lantai. Tanganku laju pula memecahkan kesemua tingkap keretanya.
“Alamak!!!” jeritnya spontan. Bagaikan tidak berkelip anak matanya melihat aksi gangster aku ini. kalah gangster KL yang ada di bumi ini.
“That my present for you!” ujarku setelah siap mengerjakan keretanya. Jangan nak memandai ugut aku tau. Siapa lagi yang tidak aku yang tidak takut langsung dengan sebarang ugutan. Apatah lagi dari kaum adam ini. dorang fikir, dorang ini ada kuasa mahu menundukkan wanita. Salah beb!!!
“Kau...Lu memang mahu mati hari ni jugak!!!” laju sahaja kakinya menuju kepadaku dan menatapku tajam. Aku langsung tidak melarikan diri. Apa ingat gua takut dengan renungan kau ker?
Sebiji penumbuk dilemparkan kepadaku. Aku langsung tidak bersedia dan terpaksa jua terima penumbuknya. Boleh tahan kekuatan penumbuk dia ini rupanya. Tanganku erat mengepal penumbukku pula. Hanya tunggu masa sahaja penumbukku melayang ke wajahnya pula.
Sekali lagi, pipiku menerima penumbuk kedua daripadanya. Haiiyaa..ini memang bikin gua marah. Ada jer yang check in kat hospital malam ni jua nanti!
“Kenapa tak balas? Lu takut ker?ataupun lu ni mamat sotong kot?” ejeknya kepadaku. Hatiku sudah membara marah.
“Arghh!!! Apa lu panggil gua tadi? Mamat sotong? Ni penangan mamat sotong!!!” sedus tumbukan berpadu aku berikan di perutnya. Mengaduh kesakitan dibuatnya. Senak beb!!!
“Woiii..apa lu ngat gua ni mamat sotong ker? Lu tu yang mamat tenggiri tau!!!” amarahku lalu menyepak kakinya.
“Woiii..sakit siot!” mengaduh kesakitan dia kali kedua dengan tendangan ini. Ingat ini main bola sepak takraw ker. Boleh tahan jua penangan dari dia ini. Namun, kenapa aku harus berasa bersalah kerana menumbuk dia tadi. wajahnya tidak menggambarkan yang dia sejantina denganku. Akukah yang bersalah?
“Lain kali, nak tumbuk gua pun, kasi tahulah dulu. Kang dah kena sebiji. Lu punya ganti rugi, gua tak jamin gua akan bayar. Lau gua kerja, gua akan bayar. Lau tak, berasaplah hati lu kan...” maklumku akan kesudian aku membayar kesemua ganti rugi ini. Aku segera membelakanginya dan mahu bergerak pergi. Langsung tiada usahaku membantunya yang dalam kesakitan.
Kudrat aku mulai berkurangan namun ia tidak mematahkan semangatku untuk membalas balik. Segera aku bangun dan mencapai bajunya. Namun E sempat sedar dan segera berpaling. Lelaki itu tersalah pegang topi yang aku sedang pakai..lalu..
“Alamak..!”
“Harghhh!!!”
Terburai anak rambut yang aku sembunyikan dalam cap aku ini. Terburai layu jatuh melepasi bahuku. Mahkotaku kini sedang berterbangan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Membuntang bulat matanya melihat mahkotaku yang terselindung di sebalik cap aku tadi.
“Bak sini cap aku!” pintaku kembali cap Nike kesayangan aku ini. laju sahaj jemariku memintanya kembali. Bukan apa, aku rimaslah rambutku mengerbang ini. Sebiji lagaknya macam nenek kebayan ajer aku ini.
“Kau..kau..rupanya perempuan.!” Ujarnya dengan suara yang tergagap. Ingat ini GAGAP versi Stacy ker?

bersambung....

No comments:

Nuffnang Ads