Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Sunday, September 25, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 11

Bab 11




E-an tatap wajah Erfan lama.Mihir pulak tatap lama wajah E-an. Ketiga-tiga antara mereka terdiam seribu bahasa. Mihir terasa terganggu dengan kehadiran Erfan di antara mereka berdua.

“That Mihir?” soal Erfan sedikit berbisik di telinga E-an. Sempat lagi Mihir melihat kelakuan ini dari ekor matanya. Ada hubungan istimewakah mereka berdua ini? Lagak seperti pasangan kekasih sahaja.

“Yap, itu lah Mihir!”

Erfan tersenyum sumbing. Inilah Seth Mihir Fizryel yang diura-urakan akan berkerjasama dengan syarikatnya dalam satu projek besar bulan hadapan. Orangnya masih belum ditemui kerana kekangan masa.

Orangnya boleh tahan segak dan tampan. Penuh berkarisma dan ada stail tersendiri. Tergugatkah E-an saat berdekatan dengan Mihir ini? Erfan mulai menaruh syak wasangka akan diri E-an.

“Hi, I’am K.Erfan!”

“I’m Seth Mihir Fizryel!” berjabatan tangan kedua-dua antara mereka. Ada arus kimia di sebalik jabat tangan ini. Hanya mereka berdua yang merasainya.

“Hi, I’m E-an!” E-an cuba memeriahkan suasana hangat ini. E-an cuba menghulurkan salam namun ditarik oleh Erfan yang berada di sebelahnya.

“Nape yang nakal sangat ni? Dah tergodalah tu dengan mamat kacukan celup tu ya!” usik Erfan lalu mencuit hidung mancung E-an. E-an mengelak dan tersenyum manja.

“Mana ada. Berbuallah dulu, E-an nak ke dapur. Buatkan Kopi!” E-an bangun dan beredar menuju ke dapur. Sengaja mahu mereka berdua berbual sementara ketiadaannya.

“Can I know is that really you, Mr. Seth? You have company name Seth Swan Airlines In Singapore. Am I right? Let me know, if I’am wrong!” Erfan memulakan bicaranya setelah lama membisu.

“Do you Mr.K.Erfan, CEO in company that announced are going to cooperate with SWAN Airlines in future project? Are you that man?” Seth Mihir menyoal kembali Erfan.

“Yes, Me!” Erfan tersenyum manis. Tidak sangka dunia ini memang kecil rupanya. Dia dan Mihir akan sentiasa bertemu dalam projek terbaru di syarikatnya ini.

“Glad to see you here. I didn’t know you are that man!” Mihir pun tersenyum. Bolehkah kami berdua bekerjasama dalam projek ini sekiranya ada E-an antara kami bertiga.

Who is E-an to you?” Segera Seth menyentuh aspek peribadi Erfan. Erfan tersenyum, bagaikan sudah menduga soalan ini akan disoal olehnya.

“Why? She is so special to me! Very very special!” Erfan mengaku akan hubungan E-an dengan Erfan. Erfan mahu Seth Mihir mengetahui akan isi hatinya. Best man will win!

“But I hear from E-an, you just an employer for herself!” Seth Mihir menjawab selamba. Masih tak mahu berputus asa dalam pendebatan sihat ini. Mihir masih merasakan yang dirinya masih lagi ada harapan dalam mendapatkan cinta E-an. Ini cinta pertama nya, masakan mahu lepaskan sebegitu sahaja tanpa berjuang.

“Yeah, I admit it!” Erfan mengakui akan hubungan sebenarnya kami berdua ini. Namun, Erfan bersyukur kerana dek hubungan majikan dan pekerja inilah yang menemukan kami berdua. Agaknya inilah takdir telah tersurat dalam siratan takdir kami berdua.

“Why you and E-an live in same house?” Seth Mihir sentiasa mahu busy body all about her. Mihir bagaikan ingin tahu jua akan isu duduk satu rumah ini. Bukankah haram lelaki dan perempuan satu rumah kan?

Belum sempat Erfan menjawab, ada bunyi kaca jatuh ke lantai. Ada jeritan di dapur. Erfan dan Seth Mihir segera bangun dan menuju ke dapur. Kelihatan E-an sedang menangis kecil dan menundukkan badannya.

“Sayang, kenapa ni?” Erfan bertanya prihatin. Mihir pula turut sama melihat E-an yang dalam kesedihan. Mencari-cari mereka berdua akan kedudukan E-an yang sebenarnya.

“E-an, are you ok? Why crying?” Mihir menyapu perlahan air mata yang bergelinangan di pipi E-an. Cantik jua wajah E-an meskipun dalam keadaan menangis. Geram pulak Erfan melihat keprihatinan Mihir ini.

Apakah dia sengaja buat tak nampak ker Erfan jua wujud di sini? Tidak dengarkah dia akan Erfan memanggil E-an dengan panggilan sayang? Mesti kes buat-buat pekak badak.

“Sayang, tell me what happening?”

“E-an tengah bancuh air kopi dan tak sedar yang air panas dah penuh. Air panas tu jatuh terkena kaki E-an dan E-an mengelak takut melecur. Tanpa disangka pulak cawan tu terjatuh pada lengan lalu terjatuh pada kaki. Cedera tau, berdarah pun ada lagi!” merengek E-an memberitahu dan menunjukkan kecederaan ini.

“Kenapa tak cakap awal-awal. Meh sini, Erfan tengok kecederaan tu!” Erfan sudah cemas saat mengetahui keadaan sebenarnya. Kenapalah si E-an ini selalu sangat cuai. Kalau terjadi apa-apa, dia jua yang merasainya.

“Tak nak!”

“Please give us look it!” pujuk Mihir dengan lembut dan mengusap perlahan jemari E-an. Mihir mahukan berkongsi kesakitan ini dengan E-an. Tidak sanggup hatinya melihat akan kesakitan yang ditanggung oleh gadis kesayangannya ini.

“Sayang, jangan nak berdegil. Nak Erfan cium dulu ker baru nak kasi tengok? Kan makin parah kaki tu. Silap hari bulan kena potong!” ugut Erfan dalam nada bergurau.

“Tak nak jugak. Jangan nak kelentongkan E-an macam E-an ni budak kecil lagi. Takkan dah kena air panas sikit terus kaki akan kena potong? Melampau tau alasan pujuk tu!” dalam sakit pun, E-an sempat lagi memarahinya.

“Memang E-an ni seperti my baby yang perlu dijaga!” ujar Erfan sedikit romantik. Erfan ini dah jadi orang tak malu dah sekarang ini. kalau nak berromantik pun tak kira tempat dan lokasinya. Main redah sahaja.

“E-an, please give us look it. Erfan, do you have first aid?” soal Mihir yang sudah satu badan dilanda cemburu dengan usik-usikan manja ini. Walaupun dia kurang faham bahasa Malaysia, tetapi dari segi gaya bahasa badan, memang dia faham sangat!

Erfan pantas bangun dan berlari-lari anak menuju ke biliknya bagi mendapatkan first aid. Kesihatan E-an lagi penting dari segala-galanya. Mana pulak perginya akan first aid ini.

Dah jumpa! Erfan segera turun dan terkejut saat melihat fenomena ini. E-an sedang didukung oleh Mihir. What is really going on? Erfan berlari-lari mendapatkan E-an yang sedang dibaringkan di atas sofa.

“Why with her?”

“She is unconscious!” jawab Mihir dan mengibaskan tangannya bagaikan memberikan udara agar E-an dapat bernafas dengan lebih teratur. Erfan segera menghampiri E-an dan terduduk di sisinya.

“Jangan buat Erfan bimbang begini. Bangunlah!” Erfan berbicara dengan E-an yang dalam mood pengsan. Mihir sendiri pun terkejut apabila E-an tiba-tiba terkulai layu di dalam pegangannya.

“E-an!” ulangi Erfan dan mencium lembut jemari E-an. Ya Allah, Kau jauhkanlah penyakit dari insan yang Erfan sayangi ini.

“Erfan, we must take her to hospital!”

“Yeah, we must go there, now!” Erfan segera mendukung E-an dan Mihir mengekori dari belakang. “You drive my car!” arah Erfan dan Mihir mengangguk perlahan. Pintu belakang dibuka dan Erfan memaku badan E-an.

“Sabarlah dan bertahan ya. Semuanya akan selamat!” entah ke berapa kalinya wajah E-an diusapnya perlahan-lahan. Mihir hanya melalui cermin pandang belakang.

“Where hospital we want to go?”

“Ampang puteri is the nearest, just go there. You follow my GPS!” ujar Erfan dan Mihir mengerti. Janganlah jalan sesak dan jammed. Moga-moga mereka selamat sampai ke hospital dengan kadar yang segera.

Selang beberapa 20 minit, kereta diberhentikan di parking yang berhampiran dan Erfan keluar dengan memaku E-an dalam keadaan belum sedarkan diri. Mihir pun sama mengekori dari belakang.

Tergopoh gapah mereka berdua menuju ke dalam hospital dan tidak menghiraukan orang sekeliling. Hampir-hampir sahaja Erfan melanggari orang yang sedang lalu lalang.

“Hey, mata tu tengok depanlah!”

“Sorry, kami nak cepat. Mintak maaf ya!” ujar Erfan sekilas lalu dan Mihir menundukkan kepalanya tanda memohon maaf kerana terlanggar lelaki ini.

“Erfan?” satu suara manis menyapa dari belakang. Kemudian, bayangan Erfan menghilang. Terus dikejari akan Erfan dan mahu mempastikan yang sememangnya Erfan yang dilihat oleh matanya.

E-an dimasukkan ke dalam wad biasa dan sedang diperiksa oleh doktor yang bertugas. Erfan dan Mihir saling mundar-mandir di luar. Ada lagak seperti jaga tidak bertauliah pun ada. Gaya kawad kaki kiri kanan kiri pun ada. Jelas kebimbangan bermain di wajah mereka berdua.

Pintu dibukak dan terpacul wajah E-an yang pucat. Keduanya saling menerpa E-an dan memegang bahunya. “Are you ok?”

“Sayang bagaimana rasa?”

“I’m fine, Mihir. Saya tak apa-apa. Cuma pening saat melihat darah. Saya alergi pada darah!” ujar E-an bagaikan menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan mereka berdua. E-an sendiri pun masih dalam terkejut dengan kehadiran berita ini. wajarlah E-an selalu sakit kepala dan kerap pengsan. Ini rupanya.

“Tapi, kenapa wajah pucat sangat. Bibir pun sama pucat? Takkan alergi dengan darah pun akan jadi sepucat begini?” soal Erfan bagaikan tidak mempercayai akan alasan E-an. Hatinya bagaikan sedang menduga sesuatu telah terjadi pada E-an.

Anak mata E-an menunduk. E-an tiada kekuatan untuk berterus terang. Semua ini masih lagi belum dipastikan oleh doktor yang merawatnya. Hanya mereka suspek sahaja dulu.

“E-an?” Erfan mengangkat wajah E-an yang menunduk itu. E-an sudah kebasahan dengan air mata. Erfan serba salah, hati lelakinya memang lemah saat melihat air mata wanita. Mihir pun sama terkejut melihat E-an yang sudah basah dengan air mata.

“Sayang, kenapa ni?”

“Saya..saya ...”

“E-an, don’t be sad. We here with you. Tell us what is result?” Mihir memujuk dengan cara baik. Mihir jua berasa bimbang dengan kesihatan E-an. Adakah E-an dijangkiti penyakit berbahaya? Hanya E-an dapat leraikan kekusutan ini.

“Sayang, jangan menangis. Malu tau orang tengok, nanti mereka ingat kami berdua buli perempuan pula kat sini. Tuu, dari jauh lagi pak guard bangla asyik duk jeling-jeling saja!” seloroh Erfan dalam cuba mengembalikan senyuman di wajah E-an.

“Jahatlah awak ni. kita sedih pun nak pulak buat kita gelak!” E-an mencubit pinggang Erfan dan Erfan mengelak laju. Dah pandai jadi ketam batu pulak sekarang ini. Hobi barulah itu.

“Kan manis tu kit wajah bila tersenyum. Dah macam jeruk asam masam tau wajah tadi tu!” Erfan tersenyum manis apabila melihat kuntuman senyuman di wajah E-an.

“I agree with Erfan, please smile for us!” Mihir menyampuk lagi. Senyuman Mihir dan Erfan berjaya menceriakannya. Arhh..buat apa nak difikirkan pada perkara yang tidak pasti. Akan menyeksakan hati dan fikiran sahaja. So, enjoy!!!

“Oklah, nak makan KFC. Lapar!” rengek E-an dengan wajah keanak-anakannya. Erfan tersenyum dan Mihir hanya menjungkitkan bahu.

“I will treat!” Mihir membuat keputusan. Erfan menghalangnya, “No, I will treat you all!”

“No, E-an asking me to eat in KFC!” Mihir tetap mahu membelanja kami berdua. Erfan merasakan egonya tercabar. Takkan nak E-an merasakan dia ini adalah lelaki yang tidak berduit.

“Me, I’m her special boy friend!” bertelagah pulak mereka berdua. Sekarang ini siapa yang perangai macam budak-budak? E-an hanya menggarukan kepala sahaja.

“But, I also her boy friend!”

“Excuse me, only me her boy friend. You just a boy of her friend.” Perbetulkan ayat Mihir ini oleh Erfan. Erfan sudah lama tidak sebulu dengan Mihir akan hal berkaitan rapat dengan E-an. Makin peninglah E-an mahu buat pilihan yang mana satu ini.

“It same meaning, right?” bilalah nak selesai ini? Perut dah lapar. Apa kata, E-an sendiri sahaja pergi belanja sendiri dirinya dan biarkan jejaka ini bertengkar sesama sendiri.

“Bye, I’m leaving to go eat KFC!” sengaja dikuatkan volume suara E-an dan melambaikan tangan kepada keduanya. Erfan dan Mihir terhenti berdebat. E-an dilihatnya semakin menjauh.

“E-an. Wait!!!” Mihir dan Erfan bersuara serentak.

E-an semakin memperlajukan langkah kakinya. Kedengaran bunyi tapak kasut mengejarinya. Tentunya mereka berdua sedang mengejarinya dari belakang. Pandai pula mereka berdua ini berhenti bertelagah.

“Wait, nak ke mana ni?” Erfan berjaya menyaingi langkahnya.

“KFC! Makan! Lapar!” jawab E-an selamba dan tatap wajah Mihir yang sama-sama menahan lelah kerana berlari.

“Kenapa pergi macam itu sahaja? Kalau E-an pengsan lagi, macam mana?” Erfan bersuara bimbang dan menyaingi langkah E-an yang semakin laju. Lapar sangatkah E-an ini? tetiba sahaja nak makan KFC. Musykil pulak Erfan dengan sikap E-an ini.

“Takpe, hantar sahaja ke wad ICU. Kita pun kat hospital kan? Lagi jimat masa dan kos. Nak tunggu korang settle masalah, kempunanlah E-an nak makan KFC!” E-an memerli dirinya dan jua Mihir.

“Sorry, kami terlebih emosional pula. Jomlah makan KFC!” serentak itu kami bertiga menuju ke KFC yang berdekatan.

“Erfan!!” jerit satu suara dari belakang. Erfan pandang wajah E-an dan menyoalnya, “E-an ada panggil nama Erfan ker?”

E-an mengeleng laju. “Tak ada pun!”

“You?” disoalnya pula kepada Mihir. Mihir pun sama reaksi seperti E-an. Jadi siapakah yang memanggilnya sebentar tadi.

“Saya yang panggil awak, Erfan!” jawab satu suara dari belakang. Kami bertiga segera berpaling. Terkejut melihat kemunculan wanita cantik ini. Apa yang wanita ini buat kat sini?

Erfan bagaikan terasa ada ura-ura mahu jatuh pengsan kat sini. Mengapa perlu Erfan dipertemukan lagi dengan wanita ini? sebegini kecil sangatkah bumi Malaysia ini sehingga di sini pun mereka bertemu jua.

“Batresya?” soal Erfan lagi dengan wajah yang penuh terkejut dan marah. Berani lagi wanita ini muncul di depanku dan berlagak seolah-olah antara kami ini tiada apa-apa persengketaan. Hati batu ker Batresya ini?

“Right. Still you remember me, honey?”

Mahu sahaja E-an muntah darah di sini saat mendengar kata-kata itu. Wait, Batresya? Adakah dia Batresya yang sama dengan Batresya yang Erisya ceritakan semalam? Kalau inilah orangnya, memang anggun dan bergaya orangnya. Tapi kenapa wajahnya tampak sombong sangat!

“Go out from here before I kill you!”

“You nampaknya tak maafkan I lagi, kan?” Batresya mulai berlagak anak kucing Parsi, mahu mengiau ke sana sini pada insan yang membenci dirinya.

“Kau nak pergi secara sukarela ker atau nak aku halau kau dari sini?”

“Erfan..” Batresya masih lagi berusaha menambat hati kecil Erfan. Tidak sangka yang Batresya akan bertemu kembali dengan Erfan di hospital ini setelah 2 tahun terpisah. Batresya ke hospital kerana mahu mengambil ubat kurangkan sakit akibat keguguran kandungan yang baru dialaminya sebulan yang lalu.

Erfan mencelah percakapannya sebelum Batresya menghabiskan kata-katanya, “Don’t dare you call my name. Get out!!!” jerit pekik Erfan dan terus berlalu pergi bersama-sama E-an dan Mihir. Keduanya saling terkedu dengan drama sebabak ini.

“Wait..you tak kenal lagi siapa aku. Ni Batresyalah. Aku akan dapatkan kembali apa yang aku tinggalkan. Tunggulah, K.Erfan. Batresya akan mengekori kau seperti bayang-bayang. Better you watch it!” azam Batresya dalam penuh dendam dan tergelak sendirian.




Bersambung..

Batresya dah muncul sedikit...so, apa pandangan kawan fb?

SUKA TAK dengan bab kali ni? ataupun menyampah dengan perangai Batresya?

Like it?

No comments:

Nuffnang Ads