Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Thursday, October 13, 2011

Mr.Senduk Rela, Miss Prince Cerming 1

Mr.Senduk Rela, Miss Prince Cerming

Bab 1













“Apa yang kuat sangat berdenting kat dapur tu, Temah oii!” laung kuat Mak cik Fuyah, jiran tetangga kami di kampung Seberang Wakaf yang baru tiba dan duduk di bangku depan halaman rumah kami. Awal bebenar bertandang ke rumah kami pagi itu. Mesti ada berita sensasi mahu digempar-gempurkan. Dahlah sesuai sekali dengan gelaran Fuyah, radio bergerak oleh orang kampung. Sepatutnya nama Fuyah tu tukar jadi FuuYooo..barulah mantap nama gelaran itu.

Mulut Mak Cik Fuyah sudah berjuih-juih menunjukkan ke arah dapur yang kian bergendang lagu rock. Telinga teman itu dah lama pekak sahaja tiap kali jam 11 menjelang tiba. Ada-ada jer yang mahu diketuk oleh anak jiran tetangga. Dah tahu nak tuli, janganlah datang kat rumah kami itu. Makin bertambah dosa adalah setiap hari dengan Puan Temah.

Puan Temah menjengahkan kepala dari tirai tingkap. Anak tudung dibetulkan sedikit. Lawa bebenar jiran tetangganya hari ini? Mahu ke mana ya? “Dah lama sampai?” laung Puan Temah dari tingkap. Mak Cik Fuyah berpaling ke kiri rumah kami dan tersenyum sipu.

“Baru aje. Awat ngan umah kau ni? Macam nak ada free show Daia jer. Siap ada bunyi berdentum dentam jer. Dari luar lagi dapat dengar ni!” laungnya dengan kuat, macam guna mikrofon di halaman rumah kami itu.

“Ala..macamlah kau tak tahu. Kan si Minah Senduk dah bangun dari tidur. Tu lah tempat pertama yang dia akan tuju. Memang ini kan waktunya buat konsert kat belakang. Entah apalah yang di ketuk dengan senduk hari ni. Konfem, berasap tebal lah dapur tu nanti!” Puan Temah sudah berleter habis-habis. Apa nak jadilah dengan anak daranya yang sorang itu.

“Tapi, takkan sekuat ini kot?” ujar Mak Cik Fuyah, bagaikan tak puas hati dengan jawapan klise itu. Ada benda tu yang dibuat kat dalam tu. Manalah tahu kot, tengah mengetuk kepala ketam ker, udang ker ngan senduk besi.

“Ala..si Senduk Rela tu, kalu dah bangun, jahanamlah semua senduk yang ada kat dapur tu! Baru semalam, senduk kayu yang aku baru beli, dah patah terbelah dua. Senduk besi pulak kopak kat tengah! Tahu- tahu ajerlah!” Puan Temah memerli anaknya sendiri sambil turun ke halaman rumah dengan menyarung selipar Jepun usang. Lagi lama duduk dalam rumah itu, lagi pekaklah gegendang telinga itu.

“Ooohh..lupa pulak aku!” ditepuk dahi yang berkedut itu dengan tangan sendiri. Mak Cik Fuyah duduk bersimpul di bangku yang ada dan setia menantikan Puan Temah datang. Ada cerita hangat mahu diceritakan pada jiran tetangga. Cerita baik punya!

“So, cantik pagi ini? Mahu ke mana dengan siapa?” Puan Temah duduk berdepan dengan Mak Cik Fuyah. Kerusi ditarik agar duduknya selesa.

“Ni yang teman nak cerita ni. Anak teman, baru balik dari Kuala Lumpur. Dia ada bawak bakal calon menantu. Cantik orangnya, anak orang kaya pulak tu. Tu yang teman berdandan sakan!” gossip pertama sudah mulai dibuka. Siaplah..berjela-jela lah gossip itu nanti.

“Ohh..anak kau yang mana satu ni?” Puan Temah inginkan kepastian, bukannya sorang dua anak si Fuyah tu. Ada 7 orang anak dia sahaja. Tu yang isteri pertama. Yang isteri kedua, 5 orang. So, memang satu ahli keluarga besarlah.

“Ala..yang jadi engineer kat Kuala Lumpur tu. Si Fekray!” beritahunya akan nama anak ke-2 . Anak lelaki yang kini semakin berjaya dengan karier di Kuala Lumpur. Selalu Mak Cik Fuyah akan canang-canangkan kejayaan anaknya itu kepada semua orang kampung.

“Ohh..dah lama ya teman tak tengok si Fekray tu. Tentu dah bergaji besar dan pakai kereta besar kan. Maklumlah, dah jadi orang Kuala Lumpur!” tumpang bangga sekali Puan Temah dengan kejayaan anak jiran tetangga itu.

Puan Temah mengeluh mengenangkan perangai anak dara yang sorang tu! Minatnya lain bebenor dari kakaknya. Suka main senduk. Itu yang terletak dengan gelaran nama manja “Minah Senduk Rela!” apa sahaja yang berkaitan dengan senduk, semua mahu cuba disenduk.

Tapi, nasib baiklah semua masakannya menjadi. Cuma, mula-mula sahaja rentung ayam goreng di kuali. Hangus macam buntut kuali dibuat oleh anak dara nya itu. Al-maklumlah pertama kali masuk dapur. Kini, minatnya lebih tertumpu pada mencuba resepi baru yang diambil dari internet Streamyx.

Sebut sahaja apa jua nama resepi yang ada, semua dah cuba dibuatnya. Dan yang paling penting, entah berapa biji senduk dah musnah dek ragamnya itu. Ciputlah duit tiap-tiap bulan kerana menggantikan senduk di dapur itu.

“Mak!!!” laung seseorang. Kuss semangat Mak Cik Fuyah dan Puan Temah sendiri. Gelakan kecil tercetus dari bibirku saat mendengar Mak Cik Fuyah melatah. Entah apalah ayat latahnya kali ini. Konfem yang teruk-teruk punya latah tu.

“Aku lempang kau, Temah!” latah Mak Cik Fuyah dengan gaya bersilatnya. Puan Temah pula duk aksi ala-ala bertaekwando pula.. “Jom..Masuk..jangan tak masuk Fuuyoo..!” Kedua-duanya saling berpusing satu sama lain. Macam nak bertinju pun ada.

Eyla yang berada di dapur dah terbahak-bahak ketawa melihat ragam Puan Temah dengan Mak Cik Fuyah itu. Siap bertepuk tampar lagi kat jendela tingkap dapur. Ok jugak itu sekali sekala kacau ahli-ahli mesyuarat tepi tingkap itu. Selalu sangat buat meeting PBB (Persatuan Buat Berita) di halaman rumah itu.

Mak aii, dah senak perut itu Eyla menahan gelak ketawa. Konfem orang yang baca, punya akan terbahak-bahak ketawa. Lau ada yang lagi, siap tersenyum-senyum depan PC! So, pastikan hal itu takkan terjadi pada anda ya..senyum aje dah memandai. Jangan nak senyum panjang, pendek jer..

“Ya Allah, apa yang berbau hangit ini?” soal satu suara yang cukup dekat sekali di tepi telinga Eyla. Eyla terhenti gelak sekejap dan berpaling. “Mak!!! Hantu pocong!! Hantu bonceng!!!” teriakku bingit sekali di dapur ini. Senduk kayu sudah mulai terangkat tinggi.

Lalu, Pap!!! Sendukku di dahimu..

“Woii…Pedihnya dahi akak!! Apalah dosa akak mu ni kena ketuk dengan senduk besi ini?” ayat-ayat puitis pujangga mulai dituturkan oleh Akakku yang ke-2. Alamak, salah teknikal sudah. Eyla menutup wajahku dengan senduk besi yang tak berapa nak besar.

“Sorry akak! Adik tak perasan yang hantu tu adalah akak. Yang akak tu macam hantu bersiri kat astro Prima ni, kenapa? Dengan bedak sejuk bertampal seribu kat wajah pulak tu! Siapa-siapa pun akan bertindak refleks macam adik tadi tu! “Leteri Eyla dengan senyuman yang disembunyikan.

“Kalu nak gelak tu, jangan tahan-tahan. Kang ada penyakit putus saraf urat perut pulak di kemudian hari!” sindir kakakku dengan tangan mengosokkan kesan bengkak kecil itu. Kesiannya kat akak Eyla itu pula.

“Meh adik tolong gosokkan!”

“No! Stay away from me! Badan adik dah bau ayam tu!” ujar akak dengan menutup saluran deria pernafasannya. Busuk sangat ker bau badan Eyla itu? Kedua belah ketiak diangkat tinggi. Tak berbau pun. Tadi sudah pakai Nivea For Men. Wangi lagi tau. Fera itu memandai ajer!

Eyla mencium bau badan. Ye lah, ada bau ayam. Ayam? Ayam aku!!! Figura badan Eyla pantas berpaling lalu menuju ke kuali. Mak!!!! Rumah terbakar, eh silap kuali terbakar. Ayam aku!!!

“Tu la, kan Allah dan bayar cash atas muka bumi ni. Tu la, ketukkan lagi kepala akak ni dengan senduk. Padan muka!” kakakku, Fera sudah terbahak-bahak ketawa melihat wajah sugul Eyla. Kakak ini, bukannya nak legakan perasaan sedihku. Makin bertambah pilu adalah.

Resepi Eyla tak menjadi hari ni. Sia-sia sahaja Eyla berhempas pulas buat resepi makanan itu. Bukannya senang tau nak dapatkan resepi itu di internet. Berpinar-pinar anak mataku mencari resepi itu dalam setiap blog masakan. Bahan nak buat pun, amatlah mahal.

“Kenapa?” Eyla merintih dalam sendirian. Bau ayam hangit itu begitu menusuk hidungnya. Sayangnya…

“Eyla!” sahut Fera. Eyla berpaling tanpa bersuara. Hanya mimik wajah yang dipaparkan. Ayam rentung itu, dibuangkan ke dalam tong sampah. Kenyanglah perut tong sampah hari itu. Ayam aku!! Eyla masih lagi berasa sedih dengan resepi tidak menjadi itu.

“Eyla!!!” kali itu terasa jeritan itu di sebelah telinga kanan Eyla. Fera naik bengang lalu menarik telinga Eyla.

“Sakitlah akak!” rengek Eyla dengan wajah murung. Sayu sekali melihat ayam itu berada di dalam perut tong sampah. Sepatutnya selamat proses dalam perut Eyla sahaja. Fera melepaskan tangannya dari telinga adik degil itu.

“Dah tu, yang buat pekak badak, kenapa?”

“Dah orang tengah sedih lagi ni!”

“Dah, jangan nak buat muka tempoyak basi kat dapur ni. Kang akak tergelak pulak!. Hanya ayam je yang hangit! Tu la, berangan lagi!” leteri Fera mulai 24 saat yang lalu.

“Adik mana ada berangan. Adik duk tengok mak dan Mak Cik Fuuyoo tu duk berzapin dondang sayang kat luar tu!” muncung Eyla panjang menuju ke luar. Fera rasa teruja lalu menjengahkan kepala di tirai tingkap. Kemudian, mulutnya tertutup rapat dengan tangannya.

Kah..Kah..Kah.. Fera tergelak sakan. Siap menepuk dinding lagi. Akak Fera itu memang begitu kalau tergelak kuat. Ada jer benda nak diketuk oleh tangannya. Itu memang sudah lebih. Eyla pun sama menjegukkan kepala. Tak sudah lagi ker melatah tu?

“Dah lah tu akak. Kesian pulak adik tengok mak dengan mak cik Fuuyoo tu!”

“Tu la, adik buat apa kat mereka berdua tu?” Fera masih setia menatapi kedua insan yang sedang main zapin kat luar itu. Eyla berdiri di sebelahnya sama-sama melihat akan aksi di luar.

“Mana ada buat apa-apa!” senyuman sumbing terpapar di wajah Eyla. Fera tatap tajam, cuba mencari kejujuran di sebalik kata-kata itu. Tiada. Hanya ada sesuatu yang disembunyikan. Dah agak dah! Eyla memang nakal.

“Adik..!” tekan kakak Fera lagi. Itu mesti ada sesuatu. Senyuman sumbing itu memang Fera kenal sangat makna itu.

“Ok, adik cuma sergah jer. Dah, adik panggil, mak buat tak dengar sahaja. Agaknya dah terikut sangat dengan perangai PBB Mak Cik Fuuyoo tu!” bencinya rasa Eyla pada mak cik kepoh itu. Ada sahaja yang mahu diambil tahu akan hal ehwal kain dalam orang.

“Yelah, macamlah akak baru kenal adik semalam. Ni, semua perangai nakal dan suka mengiat orang tu ada dalam poket akak ini!” tunjukkanya akan poket baju. Eyla tersenyum, kantoi!

“Ohh, jadi inilah poket Doreamon ya. Adik nak mintak Chicken Chop laa. Boleh tak duhai Doreamon?” usik Eyla lalu mengundang gelak di hati Fera. Kemarahan Fera berlalu pergi dan berganti dengan kelucuan akan jenaka Eyla. Eyla memang pandai buatkan orang naik angin serta tergelak dengan dirinya.

“Ni Chicken Chop!” diketuk bahu Eyla dengan sekeping kertas.

“Aduh patah tanganku ni! Berat sungguh rasa bahu ni!” sengaja Eyla mengaduh kesakitan yang amat sangat. Fera tergelak kecil. Mengada-ngada betullah. Aksi jer lebih, kenanya sedikit jer.

“Surat? Alamak, baru akak teringat! Surat!” tiba-tiba Fera berlari-lari marathon dan menghilang dari dapur. Eyla memandang hairan. Apa pula tak kena ini? Kakaknya sakit ker? Eyla mengemas kembali kawasan dapur dan membasuh apa yang ada.

“Adik!” panggil akak 3 minit kemudian dan melayang-layangkan sesuatu di depan Eyla. Eyla berpaling. Tangannya yang basah, dilapkan dengan kain kering. Keningnya bertaut rapat.

“Apa tu kak?”

“Kad kahwin Eyla lah!”

“Apa? Nak!!! Adik nak!!” sengaja ingin mempermainkan akaknya. Fera tarik muka. Kita yang kenakan dia, dia kenakan kita semula. Bertuah punya adik. Fera menghampiri Eyla dan berdiri tegak di hadapannya.

“Dah, jangan nak merepek!” Fera tersenyum. Surat itu ditayangkan sekali lagi di wajah Eyla. Ada nama berdaftar atas nama Eyla. Surat kerajaan ker ini? Atau pun sememangnya itu surat kahwin berdaftar atas nama diriku? Kalaulah ya, makan nasi minyak mereka semua hujung bulan itu. Ehh..kejap, sejak bila pulak Eyla dah ada calon nak kahwin?

“For you! Special delivery from me” dihulurkan pada Eyla. Kening bertaut rapat. Untuk adik? Surat akad nikah ker?

“Apa ni? Surat akad nikah adik ker?”

Surat itu tepat kena pada wajah Eyla. Merepek jer tahunya. Surat pun dah tak kenal sekarang?

“Taklah. Bukak dulu surat tu! Baru buat kesimpulan !”

Surat itu dihulurkan pada Eyla. Teragak-agak Eyla mahu menyambutnya. “Tak naklah, manalah tau ada bom ker dalam surat tu. Dan,apabila Eyla bukak. Berkecai badan Eyla. Tak nak!!” Eyla menjarakkan diri dari surat yang tak bernyawa itu.

Ya Allah, siapalah yang mempengaruhi fikiran adik sedegil itu. Geramnya. Nak mintak bukak surat pun, alasannya beribu ayat. “Dah, biar akak yang bukak surat ini, manalah tahu ni surat cinta ker?”

“Bukaklah, kalu badan akak berkecai kat sini. Jangan nak salahkan adik. Adik dah berikan amaran awal-awal!” Eyla pantas menarik dulang besi yang bersaiz bulat itu sebagai perlindungan diri. Eyla itu ingat itu macam cerita Narnia, Aslan ker nak pakai perisai segala bagai?

“Shuuuii…jauh kit akak bukak surat tu!” Eyla berkata di sebalik dulang bulat besar itu. Diketuk banyak kali. Fera tergelak kecil .isyy…macam budak-budak ribena sahaja ragamnya.

Fera menumpukan sepenuh perhatian pada isi kandungan itu. Kemudian, wajahnya ceria. Eyla hairan. Aik, tak meletup pun surat itu. Eyla menurunkan dulang saiz bulat dan memeluknya erat. Yang akaknya tersenyum-senyum, kenapa? Itu surat cinta ker?

“Adik…adik dah dapat..dapat surat cinta!” teriak kakaknya lantang dan memeluk erat bahu Eyla. Eyla tergamam dan kaku di situ. Surat cinta? Siapalah insan malang itu yang tuliskan surat cinta itu kepada dirinya? Mahu sahaja Eyla hempuk pula kepala kakaknya dengan senduk besi ku itu.

“Surat cinta?” sahut satu suara dari belakang. Fera dan Eyla berpaling. Fera mengangguk-anguk dengan penuh beria-ria secara perlahan dan Eyla terdiam seribu bahasa. Matilah Eyla! Sebelum insan itu datang dekat, baik sembunyikan dahulu surat cinta itu. Abah? Abah dah balik dari menebas ker? Mampus aku! Kilauan parang yang bersinar itu mulai menggamit memori lama. Mana tak ingatnya, dahulu abah pernah kejar Eyla dengan parang itu lah. Sebabnya, nanti akan Eyla ceritakan kemudian bab ya.

Fera yang tahu akan tujuan adiknya itu, segera menjarakkan diri. Padan muka, kenalah Eyla nanti. Itulah masa hendak balas dendam. Rasa sakit kepala kena senduk tadi masih berbisa lagi tau.

Wajah kepenatan abah menari di pandangan mata kami berdua. Abah itu mesti baru balik dari menebas kawasan dusunlah itu. Sekarang itu musim hujan, jadi rumput dan lalang cepat tumbuh. Kalau dibiarkan mesti bersemak samunlah dusun buah milik keluarga mereka.

Parang yang baru balik dari menebas terlayar di mata Eyla. Eyla terus tenggelam dalam khayalannya.. Baru minggu lepas abah mengejarinya dengan parang kerana buat perangai dengan kambing-kambing Pak Dollah, kawan baiknya dari kampung seberang. Masa itu, Pak Dollah mintak tolong dengan Eyla agar menjaga kambing-kambing. Pak Dollah tengah sibuk uruskan si Kencil itu hendak beranak.

Mana tak kena kejarnya oleh abah tersayang, ada pula si Eyla itu buat kambing-kambing itu macam kuda. Kambing itu ditungganginya dan dipukul dengan rotan kecil dari rumah. Eyla paksa kambing-kambing itu berlari-lari macam seekor kuda. Berbirat-birat buntut kambing itu kena rotan oleh Eyla.

Kambing..tahu ajerlah lagaknya. Walaupun beberapa kali Eyla jatuh tapi tetap jua tunggang balik kambing itu. Satu taman Eyla jadikan kambingkan itu sebagai kuda tau. Yang best tu, Eyla duk menungganginya. Macam tunggang kuda pun ada.

Pak Dollah terperanjat besar saat melihat kambingnya ditunggangi oleh Eyla. Pak Dollah berapi-api menahan rasa mahu memarahiku. Tapi, Pak Dollah diam sahaja dan terus mengambil kesemua anak kambingnya lantas mengeluarkan Eyla dari senarai penjaga kambingnya yang terkini dan akan datang. Sedihnya Eyla masa itu, baru sahaja hendak berseronok.

Part yang paling best, Pak Dollah pergi mengadu kat abah Eyla pada keesokkan harinya. Abah Eyla apalagi, mengamuk sakan dan kena bayar pulak ganti rugi kepada Pak Dollah atas kecederaan kambing-kambingnya. Terbang sudah Rm 400 untuk bayar semua ganti rugi itu. Alaaa..Pak Dollah tu mulut becoklah.

“Eyla, nak ke mana tu? Jangan nak lari.” Abah sudah siap berselipar lalu mengejari Eyla dengan parang panjang yang menebas itu. Eyla yang baru balik dari dusun terus melemparkan semua buah-buah rambutan ke tanah dan caaabbuuttt..

“Dah abah kejar, Eyla larilah!” ujar Eyla dalam keadaan berlari. Nasib baiklah anak mak cik Fuyoo beritahu kat dirinya akan hal itu, kalau tau memang berbiratlah belakang Eyla kena dengan abah. Abah memang garang sekali dalam mendidik kami adik beradik. Bertambah garang lagi dalam mendidik Eyla yang perangai..tak usah nak cakaplah.

“Eylaa….”

“Bye abah..semoga abah dapatlah kejar Eyla, ya!”

“Anak bertuah ni!!”

Khayalan Eyla terhenti apabila abah menyampuk. Fera tersenyum manis dan dengan rela hati menghulurkan surat itu. Fera mengangkat kening tanda menyindir Eyla.

“Mana surat tu? Meh abah nak baca!” Eyla tatap wajah kakaknya dan mengeleng laju. Jangan akak, jangan bagi.. Namun, Fera tersenyum penuh makna, Surat itu dihulurkan dengan perlahan-lahan dan Eyla sudah terbeliak mata. Akak Fera memang jenis tak makan dek saman. Makin kita tak kasi, makin suka dia mahu bagi kat abah.

“Cepat..Feraa!”gesa abah lagi..dan..





Bersambung..

Like it? J

No comments:

Nuffnang Ads