Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Friday, September 30, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 21.2

Bab 21.2





E-an berjalan-jalan dan merayau-rayau di kawasan yang amat lapang sekali. Semuanya ada pasir mengerbang. Di manakah aku sekarang ni? kenapa panas sekali tempat ini. Aku di mana?

Dipandang ke kiri dan ke kanan, hanya ada pasir yang sangat gersang sekali. Angin meniup kencang pasir itu. Hanya ada sebatang pokok untuk berteduh. E-an berlari-lari namun pokok itu semakin menjauh. Kepenatan menyeksa badannya.

“E-an!! Izyan!!” ada satu suara bergema. E-an tercari-cari arah suara itu.

“E-an kat sini!! Kalian kat mana?”

“E-an, bangunlah sayang. ibu sayangkan E-an!”

“Ibu, E-an pun sayangkan ibu! E-an tak jumpa ibu kat mana!!!” teriak E-an dan rebah di situ jua. E-an sedu sedan dalam tangisannya. Ibu, ayah. E-an nak balik dari tempat ni. E-an tak suka berada di sini.

“E-an bangunlah. Demi saya!!” satu suara garau lelaki menyapa. E-an terhenti sekejap saat mendengar suara itu. Itu kan suara... dia? Dia di Malaysia? How it come be...

“E-an, pleaselah bangun. Demi janji kita dulu. Bangunlah. Saya datang dah cari awak di Malaysia. Jangan biarkan saya menyesal tak kotakan janji kita dulu. E-an, I really miss you and need you know!”

Semangat E-an bagaikan diseru-seru dan langkah kakinya mulai kuat melangkah. Satu destinasi yang pasti, E-an mahu keluar dari padang pasir yang gersang ini. pokok itu mulai menampakkan sinarnya dan E-an terus rebah.

“E-an!! Fir, E-an dah sedar!” ibu segera memeluk erat badan E-an. Sudah 5 hari E-an terlena. Selama itulah, ibu tak jemu-jemu membaca ayat suci Al-Quran agar E-an terselamat.

“Ibbbuuu...eE-an kat maanna?” soal E-an dalam suara yang lemah.

“Kat hospital sayang. dah 5 hari E-an terlantar di sini. E-an asyik tidur saja.” Ibu mengusap perlahan anak rambut E-an.

“5 Hhhaariii?” terperanjat E-an dengan kenyataan ini. lamanya dia tertidur. Rasanya baru semalam semua kejadian itu berlaku. Ya Allah, peritnya dahiku.

“Ya, sayang. 5 hari. Ayah kamu pun ada juga. Pi kat wad sebelah, kena tahan kerana serangan jantung!”

“E-an nak tengok ayah!” desak E-an lagi dan mahu bangun.

“Sabarlah, kan E-an baru sedar. Bagi rehatkan dulu badan tu.”Pujuk ibu dan E-an baringkan badannya kembali. E-an menyelimutkan badannya ke katil dan terlena seketika.

“Izyan dah terjaga, mak cik?” sapa satu suara apabila pintu dibukak dari luar. Firdaus tersenyum dan mempersilakannya duduk. Dia menolak dengan baik. Buah epal Holand di letakkan ke tepi. Wajah mulus E-an ditatapnya lama. Rindunya dengan seraut wajah ini.

“Dah. Baru jer tadi. mak cik mintak dia rehat dulu!” maklum ibu E-an apabila pemuda ini datang melawat.

“Nak ni tak kerja ker? Hari-hari datang E-an? Tak menganggu ker kerja anak?”

“Tak. Saya pun baru pulang ke Malaysia. Ni pun dah jadi penganggur terhormat katakan!” ujarnya dengan mesra. Firdaus menepuk bahu jejaka berkumis nipis ini. sopan budaknya dan hormat orang tua pun ada.

“Dah lama kenal dengan Izyan?” Firdaus memulakan sessi soal siasat. Dia tersenyum manis. Sudah lama kehadirannya membuatkan semuanya tertanya-tanya.

“Dari tahun ke-2 lagi, Izyan dan saya saling mengenali. Kami pernah satu kuliah dulu. Dengan Izyan, saya mengenali apa itu Islam. Izyan banyak tunjuk ajar saya dalam agama Islam. Nama sebenar saya adalah Enrico Juance. Nama Islam saya pula Muhammad Edric.” Jejaka berkumis nipis ini memperkenalkan nama barunya.

“Edric, syukurlah hati Edric terbuka untuk mengenali Islam. Bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w.” Firdaus dan ibu memanjatkan syukur pada Ilahi akan kurniaan ini.

“Amin.”

“So, lepas tu?” ibu bertanya laju. Berminat ingin tahu akan sejarah hidup jejaka mualaf ini.

“Kami saling terpikat sesama sendiri namun Izyan ni pemalu orangnya. Dek sikap peribadinya ini, saya melamarnya menjadi kekasih saya. Hubungan kami hanya bertahan 3 bulan sahaja apabila abang saya mengertak kami berdua. Saya dipaksa keluar dari agama Islam dan abang saya telah bawa saya lari ke negara asal kami. Sejak dari hari tu, kami terputus hubungan. Tapi, hati saya masih lagi dengan agama Islam!”

“Syukurlah. Kuat jua halangan kamu berdua ya. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Bertemu jua kami berdua.” Firdaus memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi akan pertemuan ini.

“Ya, saya selalu berdoa diminta bertemu kembali dengan Izyan. Kami ada buat janji dahulu. Kini, saya kembali demi sebuah janji itu.”

“Janji?” perbualan ini terhenti seketika apabila E-an terjaga.

“Ibu...!” E-an merengek manja. Kami semua memandang pada E-an. Bebola mata E-an terbuka kecil. Samar-samar sekali pandangan matanya. Ada 3 orang sedang berdiri di depannya.

“Ya, sayang? cepatnya bangun! Rehat lah dulu!”

“E-an nak tengok ayah! E-an bimbangkan ayah!” rengek E-an dalam manjanya. Edric tersenyum. Masih sama lagi dengan Izyan yang dahulu. Manja dan manja terus.

“Oklah, jap ibu mintak abang Firdaus bawakan kerusi sorong ya!”

“Abang Daus ada?”

“Yap, dah 5 hari abang Daus dan ibu jaga kamu!” E-an melilau mencari wajah abang kesayangannya ini. Mana pulak abangnya ini?

“Ibu, abang mana?”

“Oh, pergi amik kerusi soronglah tu. Boleh ker ni nak pergi tengok ayah? Dah sihat ker badan tu?” ibu bertanya risau.

“E-an rindu dengan ayah. Tolonglah ibu!” ditarik-tarik akan lengan baju ibunya ini. E-an memang suka merengek jika kehendaknya tidak dipatuhi. Ibu menasihatinya agar bersabar.

“Ni kerusinya untuk adik kesayangan abang!” suara Firdaus bergema dan E-an terjerit kecil.

“Abang Daus...dat..” pandangan E-an menjadi kelam dan terbaring di katilnya. Ibunya naik cemas. E-an pengsan lagi. Edric yang baru mahu menyapanya terkejut jua.

“Cepat panggilkan doktor!” gesa ibu dan Edric berlari mencari doktor.

**********************************

“Sekali lagi Izyan pengsan, ia akan memberikan kesan buruk pada otaknya. Dah Izyan akan koma untuk selamanya.” Bagaikan diputarkan ayat dari doktor ini.

Edric bersandar di dinding, Firdaus menguak wajahnya dan Ibu pula terdiam seribu bahasa. Ya Allah, beratnya dugaan-MU ini. Edric tidak menyangka yang kedatangannya di Malaysia buatkan Izyan menjadi terlalu terkejut.

“Bagaimana ni bu, kita perlukan penderma.” Soal Firdaus dengan gusar. Nyawa E-an lagi berharga dari segala-galanya.

“Ibu sendiri runsing. Buntu. Mana nak cari penderma dalam masa terdekat ni!”

Edric mengeluh perlahan. Baginya, nyawa Izyan lagi berharga dari nyawanya. Andai ini suratan takdirnya, dia boleh berkorban demi cinta sejati mereka berdua. Biarlah hatinya akan hidup dalam hati Izyan. Edric rela jika ini suratan takdirnya.

Mungkin Allah akan menjadikan bidadari yang lain untuknya di Syurga. Edric nekad mahu mendermakan hatinya untuk Izyan. Hatinya akan berdenyut demi memastikan nyawa Izyan terus bernafas.

“Mak cik, Firdaus. Saya rela mendermakan hati saya buat Izyan. Anggap ini sumbangan ikhlas dari saya! Demi cinta kami, saya rela mendermakan buat Izyan. Walaupun jasad saya dah bersemadi di tanah, namun roh dan hati saya akan menemani Izyan. Izinkan saya membalas semua pengorbanan Izyan dengan cara sebegini. Kerana Izyan, saya mengenali Allah, Al-Quran dan Nabi Besar Muhammad S.A.W. inilah jihad saya dalam islam.”

“Ya Allah, betapa mulia sekali hatimu, nak! Mak cik tak tahu nak kata apa-apa lagi. Anak mak cik beruntung sekali dapat mengenali kamu dan bawakan anak ke jalan yang lurus!”

“Edric, aku tak tahu nak cakap apa. Cuma aku mahu ucapkan semoga semua niat murni ini akan dibalas. Hanya Allah akan membalas semua pengorbanan ini.”

******************************

“Ayah sihat?”

Ayah mengusap perlahan anak rambut E-an. Wajah E-an sudah menunjukkan perubahan yang positif. Ibu dan Firdaus jua kelihatan sudah ceria sedikit.

“E-an sihat?”

“E-an sihat. Ayah ni kenapa? Nak ganti tempat E-an ya? Ayah memang jeles tau. Suka sangat buatkan E-an cemas jer!” rungut E-an dan ayahnya tergelak besar.

“Ala, anak ayah ni, merajuk pulak. Tengok, dah nak jadi isteri orang pun masih begitu jua perangainya. Kesianlah kat Erfan nanti. Asyik pening kepala sahaja nak layan karenah kamu!” ayah berleter dan mengaitkan nama Erfan.

Senyuman di bibir E-an mati. Erfan? Nama itu bergema. Sudah seminggu berlalu, namun khabar berita dari bekas tunangnya itu masih belum diketahuinya. Mahu dimaklumkan akan hal sebenarnya, khuatiri ayahnya akan kena serangan jantung sekali lagi.

E-an akan zip mulut. Apabila keadaan sudah benar-benar sesuai, E-an akan berterus terang. “Oh ya, sebut pasal Erfan, ibu terlupa nak beritahu padanya. Firdaus, kau hubungi Erfan sekarang!”

“Jangan!” halang E-an pantas.

“Kenapa?”

“Er...Erfan outstation!” kelentong E-an pantas dan berharap keluarganya percayai akan kelentongnya ini.

“Ohh..nanti kamu ke rumahnya ya.” Firdaus mengangguk perlahan. Kemudian, pintu diketuk perlahan.

“Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam!” kami semua menjawab salam itu. E-an yang sedang potong buah epal berpaling. Tangannya terkena pisau, aduh!

“Izyan, kamu tak apa-apa?” segera Edric menuju ke arah Izyan yang sedang berdarah dengan darah di jarinya. Ibu segera menghulurkan tuala kecil bagi menghentikan darah ini.

“Edric? Kamukah ni? Kamu Edric, kan?”

“Yes, me!” Edric mengia-giakan soalan Izyan. Izyan terasa macam mimpi. Edric, lelaki kacukkan Jerman-Cina ini sedang berada di depannya. Lain sangat dirinya sekarang ini. Betapa E-an jua merindui bekas kekasihnya ini.

“You in Malaysia? Since when?”

“Since you in hospital” Edric tersenyum manis. Manisnya Izyan semenjak mereka berpisah di England dulu. Ya Allah, inikah bidadari yang akan menemaniku di syurga-Mu kelak?

“Are you kidding me? So, that voice is yours?”

“My voice?” berkerut dahi Edric.

“Yeah!”

“Since you hear that?” Soal Edric ingin tahu lebih lanjut. Adakah Izyan sudah dengari semua doa-doanya itu. Sepanjang Izyan tak sedarkan diri, Edric banyak kali bangun solat Tahhajud dan Hajat demi kesejahteraan Izyan. Kini, izyan mengatakan sesuatu. Sesungguhnya Allah Maha Adil. Inilah kebesarannya yang terselindung di sebalik musibah yang terjadi.

Apabila dalam koma. Masa tu Izyan dengar satu suara lelaki yang mintak Izyan bangun demi janji. Izyan kenal dengan suara tu, tu yang Izyan lawan. Dan. Here I am!”

“Ohh...mungkin tu imiginasi Izyan saja. Yang penting Izyan dah sihat!”

“Tapi, Izyan lagi gembira apabila ibu dan abang Daus ada beritahu yang ada penderma yang sudi dermakan organnya buat Izyan. Tak sangka ada jua insan yang berhati mulia. Izyan teringin sangat nak bertemu dengannya.”

Edric tersenyum manis. ‘Izyan sudah pun ucapkan terima kasih. Edric rela demi cinta kita. Edric mahu Izyan jagalah harta teragung ni. Edric rela. Demi Izyan. Biarlah cinta kita abadi walaupun terpisah oleh tanah. Edric akan tunggu Izyan di syurga. Di alam akhirat yang kekal abadi’

“Edric? Diam pulak? Kenapa? Izyan salah cakap ker?” soal Izyan lembut. Edriz tersenyum menutupi malunya dan memandang wajah Firdaus. Firdaus yang tak dapat menahan sebak, segera berlalu pergi.

Air matanya tak dapat tahan lagi. Sesungguhnya Edric memang insan mulia yang pernah dikenalinya. Semoga pembedahan ini selamat dan mereka berdua berjaya diselamatkan.

“Ibu, kenapa dengan abang?” soal E-an tersedar apabila Firdaus terburu-buru keluar.

“Abang kamu, tahu sajalah. Nak ke toilet!” ibu mengesat air mata itu.

“Kenapa menangis ni? Edric pun sama menangis. Tak malu!” ejek E-an selamba.

“Edric nangis kerana Edric gembira bagi pihak Izyan. Semoga selamat ya dalam pembedahan itu. Semoga Izyan berbahagia selalu!”

“Kenapa berikan ucapan macam Edric pula nak mati ni? kan Izyan jer yang buat pembedahan kan?” soal E-an selamba dan ibunya pula keluar dari bilik ini. ayahnya sudah basah dengan air mata.

Boleh tak sesiapa terangkan apa sebenarnya dah terjadi? Kenapa semuanya menangis? E-an buntu sendiri. Edric pun sama.

Bersambung..

Sedih tak?

Heheh...like?

1 comment:

Anonymous said...

aish.. ingat Qey tadi..
OMG! sian E-an dan Edric :(

Nuffnang Ads