Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Monday, September 26, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 14

Bab 14




“Hei, duk diamlah. Jangan bergerak kalu tak nak aku tikam kau dengan pisau ni!” ditendangnya akan bekas guni yang ada manusia di dalam ini. Si Kacip dan Si Bulat memikul akan bekas guni ini. Beratnya jua perempuan yang mereka culik ini.

“Lepaskan aku!!! Tolong!!” jeritnya dalam guni ini.

“Duduk diam-diam dan jangan nak banyak bunyi.” Marah Bulat dan mengetuk bekas guni beras ini. Tahu pun nak diam.

“Bulat, jom makan kerepok lekor. Aku dah lapar laaa!” dibukanya akan kerepok lekor yang sempat dibelinya tadi.

“Kau ni tahu nak makan sahaja. Badan tu cekedeng jer! Tapi makan banyak!” Si Bulat memerlinya. Namun diambil jua akan kerepok lekor itu. Si Kacip meletakkan perempuan itu dihujung dinding dan membuka penutup wajah berwarna hitam.

E-an terkejut melihat 2 orang lelaki asing ini. Siapakah sebenarnya mereka ini? Mengapa pula E-an berada di sini?

Setahunya, lelaki ini hanya mahu bertemu dan memberikan sesuatu kepadanya. Entah bagaimanalah E-an Berjaya dipengaruhi olehnya dan diculik oleh mereka. Mereka ini guna ilmu magis ker?

“Kau sapa?”

“Aku Bulat, dia ni Kacip!”

“Ermm..nama tak komersial langsung!” kutuk E-an dalam pakaian bertunang. Habis cair mekapku ini. Alamak, majlis bertunang? Bagaimana ni? Macam mana aku nak bertunang kalu aku ada kat sini.

“Kau jangan nak kutuk nama aku. Aku langsi kan, kau mati !” Bulat menyengahnya dengan lantang. Pantang keturunannya namanya dipersendakan.

“Rilekslah, bro!!! Gua gurau ajer!” E-an tersedar akan kelancangan mulutnya ini. Zip mulut kalu nak selamat, E-an. Nyawa kau masih panjang lagi tau. Erfan..Erfan kat mana? E-an takut..

“Macam mana aku boleh ada kat sini? Kita nak makan kenduri ker?” sengaja E-an berlagak orang bodoh dalam mengcungkil maklumat sebenar.

“FYT, kau diculik oleh kami berdua. Ada orang arahkan kami untuk culik kau agar kau takkan dapat bertunang hari ni!” ujar Kacip yang sememangnya lurus bendul orangnya. Bulat pula masih leka dengan menjamu kerepok lekor.

“Ohh..macam tu. Siapa bos tu?”

“Seorang perempuan yang cantik dan seksi. Mengancam!”

“Patutlah. Kau orang ni bodoh kan?” E-an mulai melancarkan strategi psikilogi. Mudah-mudahan mereka percaya dan melepaskan aku.

“Bodoh kenapa pula?”

“Kau orang ni memang bodoh. Kau orang dah lupa ker arahannya?”

“Arahan apa? Kami dah buat seperti yang diarahkan pun. Culik kau, kan?”

“Memang benar, pi kan dia buat arahan kamu kena culik aku selepas majlis bertunang! Bukannya sekarang. Kalu sekarang kan aku ini belum lagi bertunang! So, kau orang dah salah ni. Tak takut ker dia akan marah kerana kamu berdua salah culik orang yang belum bertunang lagi?” berputar belit kata-kata E-an ini.

“Bulat, betul jua apa yang dikatakannya ini. Kenapa pula kita culik dia ni sebelum bertunang. Sepatutnya kita culik dia selepas dia dah bertunang kan? So, bagaimana ni? Aku takut kalu boss marahlah!” Kacip sudah jatuh dalam perangkap E-an. Bulat terkedu. Tak tahu nak apa.

“So,?”

“Korang kenalah hantarlah aku balik semula. Nantikan selepas majlis aku, barulah korang culik aku semula!” cadang E-an pantas. Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum majlis pertunanganku. Haraplah tiada siapa lagi yang menyedari akan kehilangan diriku.

**************************************************

“Abang!!!” Erisya berlari-lari anak menuju ke arah abangnya yang sedang terleka berbual-bual dengan Borhari yang baru tiba di Terengganu. Borhan dan Erfan memandang akan wajah penuh cemas Erisya.

“Kenapa ni?”

“Akak E-an!!!” ujarnya dengan nafas yang semput.

“Kenapa dengan E-an?”

“Akak E-an hilang. Kita orang cari tak jumpa dalam bilik mahupun bilik air, dalam jamban pun takde, dalam perigi pun tak der!” ujar Erisya dengan kelam kabut.

Berdiri tegak Erfan saat mendengari berita ini. E-an hilang di hari bersejarah ini. Ke mana pulak perginya E-an ini? “Dah cuba kol akak E-an?”

“Ni hp akak E-an!” ditunjukkannya handphone Sony Ericsson ini kepada Erfan. Makin bimbang dan risau hati Erfan dengan situasi ini.

“Borhan, ke mana lagi nak kita cari E-an?”

“Dah berapa lama E-an hilang?” soal Borhan dengan tenang. Manalah tahu, E-an keluar pergi rilekkan fikiran dahulu ker? Erisya terdiam seperti memikirkan sesuatu.

“Rasanya baru sekejap jer Erisya tinggalkan dalam bilik. Pastu, ada 2 orang lelaki datang. Katanya nak berikan sesuatu pada akak E-an. Lepas tu, Erisya dah tak jumpa lagi dengan akak E-an!” ujarnya satu persatu apa yang terjadi.

“2 orang lelaki datang jumpa dengan E-an? Siapa? Setahu aku, Mihir sahaja yang E-an kenali. 2 orang tu siapa? Takkan Mihir telah melarikan E-an?” Erfan menduga sendiri.

“Hai Erfan…” sapa seseorang dari belakang dengan penuh manja. Erfan berpaling dan terus masam wajahnya.

“Buat apa kau datang sini?” soal Erfan kasar. Borhan menahan dirinya dari terus menerpa wanita penipu ini. Sabar, jangan nak bertindak melulu. Inikan majlis kau. Jangan nak jatuhkan maruah sendiri.

“Batresya, baliklah. Kedatangan kau tak dialu-alukan di sini!” Borhan berkata lembut dan menyarankannya pergi dengan cara yang baik. Tak perlu ada pergaduhan jika boleh berbincang dengan baik.

“Kenapa pulak I nak balik? I kan dijemput!” ujarnya dengan penuh megah.

“Siapalah yang malang sangat tu pergi jemput kau? Blah kau sebelum aku naik hantu kat sini!” Erfan masih lagi mahu menghalaunya.

“Well, I don’t care. Batresya pun nak lihat jua majlis pertunangan kau ni. Cantik sangat ker bakal tunang kau tu” Batresya tergelak kecil. Kau tunggulah selama mana pun. Majlis ini takkan berlangsung tanpa adanya perempuan yang nak ditunangkan itu.

“Dia memang cantik bagi aku. Tiada wanita lain yang dapat menandingi kecantikkannya!” Erfan sengaja mahu membakar hati Batresya ini. Namun, Batresya langsung tidak bereaksi apa-apa.

“Borhan, kau tolong aku carikan E-an sampai dapat. Pastikan E-an ditemui sebelum majlis ini bermula. Tolong ya!” bisik Erfan dan Borhan segera beredar pergi dengan Erisya.

“Well..congratulations!” ucap Batresya dengan huluran tangan. Erfan hanya memandang sepi akan huluran itu. Batresya tersenyum sinis. Sudah benci sangatkah dia kepadaku?

“Kau blah dari sini! Menyakitkan mata aku jer! Buat semak jer kat sini!” Erfan mulai bersuara apabila Batresya kian rapat dengannya. Erfan segera menolak badan Batresya dan tanpa sempat buat apa-apa, Batresya jatuh ke tanah.

“Sakitlah,!”

“Padan muka dengan kau. Kau memang layak ditolak ke tanah pun!” Erfan langsung tidak membantu Batresya bangun. Dibiarkan sebegitu sahaja dan berpeluk tubuh. Dalam hatinya, masih lagi berharap agar E-an selamat dan ditemui selamat.

“Erfan, bantulah I!”

“Nope, pandai jatuh, pandailah bangun sendiri!”

“Erfan, cepatlah. Majlis nak bermula ni!” teriak ayah E-an dan Erfan segera menuju masuk ke dalam rumah. Alamak, masa dah nak tiba ini. Ke manalah pulak E-an ni pergi. Cepatlah sampai sebelum satu rumah ini sedar akan kehilangannya.

Batresya sudah tersenyum panjang. Padan dengan muka kau. Kau akan menanggung malu lah. Satu family ini akan malu. Majlis pertunangan ini takkan berlangsung dengan jayanya. Puas hatiku.

Erfan segera berjalan menuju ke dalam rumah dengan perasaan berbaur-baur. Seluruh isi rumah menatap wajahnya. Ya Allah, semakin kencang perasaan takut ini dalam hati. Macam nak kahwin sahaja suasana ini.

Ruang tamu mulai dipenuhi dengan sanak saudara yang datang. Mama dan papa pun ada di sini. Erfan tersenyum dan duduk di sisi mamanya. Erfan mengenggam erat tangannya.

“Kita mulakan majlis pertunangan ini ya. Sebelum cincin disarungkan ke jari manis perempuan. Kita bincangkan dulu tarikh pernikahannya!” papa memulakan bicara akan perkara yang wajib.

“Mengikut cakap bakal keluarga sebelah perempuan, majlis kahwinnya akan dilangsung 3 bulan selepas majlis pertunangan ini. Kiranya dalam bulan 8, pada 31 ogos ini! Pihak perempuan yang pilih tarikh ini. So, bagaimana dengan pihak lelaki?” jawab ayah E-an selaku wakil wali.

“31 ogos? Hari merdeka? Pihak kami tak ada masa, Cuma kalu lagi cepat tarikhnya, lagi cepatlah kita menimang cucu sulung ya!!!” seluruh rumah bergema dengan kata-kata ini.

Erfan sudah tertunduk malu. Aduhai, papa ini, bikin aku malu sahaja nak bincangkan soal cucu dengan semua orang.

“Betul tu! Tapi apakan daya. Pihak perempuan yang mintak masa 3 bulan. Katanya takut tak sempat nak buat persiapan sahaja. Kita bukannya tuan punya badan, kan?” ujar atok pula mencelah masuk.

“Baiklah. 3 bulan dari sekarang majlis kahwin akan berlangsung. Setuju ya semuanya!” soal papa dan semuanya mengangguk gembira. Sepupu E-an sibuk sekali merakam dan mengambil gambar akan hari bersejarah ini.

“Sekarang, kita mintak bakal tunang perempuan ni keluar untuk sarungkan cincin!” pinta mama Erfan. Erfan sudah gelisah. Macam mana ni? Patutkah haling dulu E-an keluar?

“Ma!” panggil Erfan laju.

Mama berpaling. “Kenapa? Erfan nak sarungkan sendiri ker cincin ni ke jari E-an? Tak boleh, tu dah melanggar adat!”

Seluruh satu rumah gelakkan Erfan. Erfan hanya tayangkan wajah selamba badaknya. Lantaklah mereka nak gelakkan aku. Janji maruah kami keluarga terselamat dari fitnah orang.

“Ma!!”

“Ada apa lagi? Mama nak masuk dalam dah ni, nak bawa E-an keluar!” mama kembali duduk di sebelah Erfan. Erfan memegang erat tangan mama. Erfan pandang wajah mamanya dan tersenyum.

“Erfan takut!”

“Ya Allah, kamu ni nak bertunang. Bukannya nak akad nikah!” mama bersuara lepas. Papa menepuk-nepuk bahu Erfan bagi melegakan ketakutannya. Erfan ni buat lawak pulak pada hari ini.

“Erfan tahu, nak terkencing pun ada!”

“Erfan!!! Jangan nak jadi budak-budak. Dah, lepaskan tangan mama. Makin kamu pegang tangan mama, makin lambatlah E-an menjadi milik kamu!” Erfan terpengaruh dengan kata-kata itu dan melepaskannya perlahan.

Mama pun segera bangun dan menuju ke bilik E-an yang dihiasi indah. Agak lama jua mama berada di dalam. Erfan sudah gelisah dan tidak sennag duduk. Dalam hatinya, mohon semuanya berjalan lancer. Batresya pula sudah tersenyum dari jauh.

Selang 10 minit masa berlalu, mama keluar dengan senyuman manis. Erfan terkedu. Mama boleh tersenyum apabila E-an tiada. Apakah yang telah terjadi dalam bilik tu?

Kemudian terpacul wajah Erisya dan sepupunya yang lain. Erisya melemparkan senyuman manis buat abangnya yang sudah dalam pening dengan keadaan ini. Seorang wanita yang cukup cantik dan anggun didandan melangkah keluar dengan senyuman berseri.

Cantik! Hanya itu yang mampu bibir Erfan katakan sekarang ini. E-an memang seorang gadis melayu yang memiliki kecantikan tersendiri. Ini yang membuatkan hatinya terus berdetak lebih kencang saat melihat penampilan E-an yang terbaru ini dalam pakaian kebaya pink.

Erfan yang masih dalam mood terkejut terus sahaja bangun memeluk diri wanita itu. Laju sahaja kakinya menuju ke arah E-an yang anggun dalam persalinan baju warna Pink muda ini. Tergamam E-an menerima pelukan dari tunangnya ini. Orang ramai ni, Erfan! Kawal sikit diri itu!

“Ahhh!!! Jangan nak mengada peluk anak dara orang tu!” ujar pak cik Ramly yang berada berhampiran. Kesemuanya tergelak besar dan wajah E-an berona merah. Erfan pula hanya buat muka selamba. Sorrylah tindakan refleksi spontan sahaja ni.

“Silakan!” Erfan menjemput selamba dan mengiringi E-an dari belakang. E-an naik ke atas pentas pertunangan ini, Erfan pun sama naik ke atasnya. Erisya sudah tergelak sakan. Abang nya ini memang sangat dengan akak E-an. Asyik nak mengekori sahaja.

“Erfan, duduk kat bawah!” arah mama dan menarik tangan Erfan yang mahu duduk sebelah E-an. Erfan mengaru kepala yang tidak gatal.

“Sorry, ma! Salahkan kaki Erfan ni jer” Erfan bangun dan duduk di bawah. Upacara menyarungkan cincin ke jari manis E-an berjalan dengan lancar dan berjayanya. Penuh meriah sekali upacara pertunangan E-an dan Erfan. Keduanya saling tersenyum manis dan dirakam akan foto- foto oleh jurugambar dari K.L.I..K.

“Senyum sini!” arah jurugambar itu dan E-an serta Erfan memberikan komitmen yang baik. Mereka semua berlumba-lumba mengambil gambar untu diabadikan dalam kenangan terindah.

Batresya terus meradang. “Arghhh!!! Tak mungkin!!!” jeritnya lantang dan semua mata memandangnya. E-an serta Erfan sudah selamat ditunangkan. Apa sudah jadi ini? Bagaimana E-an boleh ada di majlis pertunangannya ini. Botak ni tak buat kerja ker?

“Kau takkan selamat. Ni hari kau!” gertak Batresya lantang dan Erfan tersenyuma penuh makna. Tangan E-an digenggam erat dan dikucup penuh kasih.

“Para tetamu sekalian, jemputlah menjamu selera dan biarkan sahaja wanita tak diundang tu memekak kat luar. Diharapkan semuanya gembira dengan majlis kami.” Erfan berkata kuat dan kesemuanya menyambut dengan gelak ketawa.

Batresya sudah hangin satu badan lalu membentak dari luar. Botak!!! Siaplah kau!!!” Batresya berlalu pergi dengan seribu rasa yang amarah dan memecut laju kenderaan dari kawasan rumah ini.

“Sayang!! Tell me what happen?” bisik Erfan dengan manja di telinga E-an. E-an tersenyum manja dan gelagat pasangan berdarah manis ini sentiasa dirakam oleh jurugambar ini.

“Malam nanti, E-an akan ceritakan semuanya! Sabarlah!” E-an bersuara romantic dan melentokkan kepalanya di bahu tunang tersayang. Keduanya saling menyayangi dan menyintai. Walaupun beribu halangan dan dugaan, pastikan cinta kita akan terus bersatu.

“Tak sabar Erfan nak nantikan malam tiba! Adanya sayang di sisi, hidup Erfan sungguh bermakna!” Erfan mengucapkan puitis manis dan E-an tergelak manja.

"Janji sayang akan temani Erfan hingga ke akhir nafas Erfan yang ada!" Erfan bersuara di telinganya. E-an terdiam seribu bahasa. Ah, sudah. Erfan dah mula dah!

"E-an janji!" ikrar E-an dengan penuh janji setia.

"Bukan E-an lagi, kan E-an dah jadi tunang Erfan, jadi bahasakan diri tu, sayang!"

"Tak naklah!"

"Sayang!" matanya dijengilkan perlahan. E-an mengangguk perlahan. Tak sukalah kena paksa. Tapi entah kenapa

hatinya bahagia apabila Erfan berbuat sebegini. E-an bahagia sangat!!!

Jari kelingking E-an bersatu dengan jari kelingking Erfan sebagai simbol perjanjian hidup semati ini. Jurugambar mengambil gambar spontan ini dan keduanya saling berjanji. Hanya maut sahaja yang akan memisahkan Erfan dan E-an.

Bersambung…

Erfan dan E-an selamat bertunang…tapi Batresya bagaimana?

Like it?

No comments:

Nuffnang Ads