Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Monday, September 26, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 12

Bab 12



Batresya menumbuk kuat stereng keretanya. Geram bukan kepalang lagi saat melihat pasangan sejoli merpati itu sedang bergelak ketawa dan suap menyuap antara satu sama lain.

Yang si lelaki duk sibuk mengelap bibir si gadis dengan tisu, manakala si perempuan pulak menggatai nak mampus. Ada sahaja yang nak kena langgar oleh Batresya hari ini.

Sengaja Batresya mengekori pasangan sejoli ini. hatinya kian membakar namun diteruskan jua dengan harapan akan dapat sesuatu pada hari ini. saat melihat perempuan itu ditinggalkan sendirian, terus Batresya keluar dan menuju tepat kepada wanita itu.

“Hoi perempuan miang, kalau dah gatai sangat dan bersuap menyuap di khalyak ramai, pergi nikah kat Siam tu. Meluat aku tau tengok!” sergah Batresya dari belakang. Wanita itu berpaling dan..

“Amik kau. Puas hatiku!”

“Tolong...asid..” terus dia menjerit lantang dan penghuni yang ada mulai bertempiaran lari. Puas hatiku. Selepas ini Batresya nak tengok, dengan lelaki manalah yang akan sanggup terima kau lagi.

“Tolong saya..pedihnya..tolong!” wanita itu dah terbaring terkulai layu dengan asid itu bertindak ke kulit mukanya. Batresya melangkah dengan penuh bangga dan gembira.

“Rasakan penangan dari aku. Jangan nak sengaja cari pasal dengan Batresya! Terimalah padahnya!” terus botol kaca yang berisi asid itu dibuang ke dalam longkang dan menuju ke keretanya. Kekecohan yang telah dicetuskannya itu langsung tidak dihiraukan. Yang penting hati Batresya puas.

Kemudian, sebuah kereta BMW melintasi di depannya. Batresya mengenali akan plat kereta itu WVY 4767. Itu kan plat kereta milik Erfan. Erfan? Terkedek-kedek Batresya melompat gembira. Nasib baik sudah menyebelahinya. Kucing Parsi mulai ingin mengiau-ngiau.

Sewaktu Batresya ingin menghampiri kereta itu, kelihatan Erfan sedang keluar dan membuka pintu kereta di sebelah seat pemandu. Seorang gadis keluar dari kereta ini dan Erfan memegang erat jemari gadis itu.

Gadis itu ada mencuba menarik tangannya namun Erfan langsung tidak melepaskannya malah makin bergurau senda dengan gadis itu. Diciut lagi hidung gadis itu. Tergelak manja mereka berdua.

Batresya yang gembira mulai marah dengan situasi tercipta. Siapa pulak gadis yang penyibuk ini. Ada sahaja halangan yang timbul saat Batresya ingin dapatkan Erfan kembali. Siaplah kau. Kau jua akan terima nasib yang sama, tunggu sahajalah!

“Behave yourself. Kita kat public ni!” marah E-an semakin berapi dengan perangai miang-miang Erfan yang tak menentu ini.

“Ala, nak bermanja pun salah!”

“Tak salah, Cuma kawallah sikit! Malu tau orang tengok!”

“Kita nak ke mana ni?” Soal E-an apabila dirinya dibawa naik ke atas sebuah bangunan. Ini kan bangunan yang dahulunya pernah E-an kunjungi. Apa pulak tujuannya ke sini.

“Just wait and see!” Erfan masih ingin berahsia dengan E-an. Senyuman langsung tidak berganjak dari bibirnya. Tangan E-an langsung tidak dilepaskan olehnya.

“Sayang, bukakan pintu tu!”

“Malaslah!” E-an berkata selamba. Dia yang paling dekat dengan pintu pun masih mahu mintak aku yang bukakan. “Sayang...”

“Baiklah. Geram betullah dapat orang suka memerintah inilah!” rungut E-an dalam senyuman dan terus memulaskan tombol pintu ini. Erfan hanya menantikan masa yang sesuai sahaja melihat reaksi E-an.

Saat pintu terbuka, kelihatan sebuah taman yang cukup indah di atas bumbung ini. E-an pandang ke wajah Erfan meminta kepastian, “This all for you. Terima kasih kerana sudi terima diri ini dan sudi hadirkan diri dalam hidup saya!”

E-an menutup mulutnya dan terasa ada air mata mengalir di pipinya. Inilah air mata kegembiraan. Hidupnya sudah cukup sempurna dengan kehadiran lelaki ini.

“Tak tahu nak cakap apa lagi!”

“Surprise!!!” serentak satu suara bergema dari belakang. E-an terkejut sakan dan berpaling. E-an tidak sangka yang semua insan kesayangannya berada jua di sini. Adakah sesuatu sedang dirancangkan oleh Erfan dalam diam-diam sekarang ini?

“Ibu, Ayah, Adik!! Bila kamu semua sampai ni?” E-an memeluk erat badan ahli keluarganya bagi melepaskan kerinduan di dada. Dicium lembut akan tangan ayah dan dicium lembut pipi ibunya.

“Kamu dah lama sampai. Erfan yang jemput kami ke sini. Katanya ada sesuatu yang nak dilakukan dan meminta izin dari kami sendiri. E-an berpaling kepadanya dan Erfan tersenyum sumbing. Bahunya terjongket perlahan.

“Baiklah memandangkan semuanya sudah berada di sini dan berkumpul di taman yang indah ni, izinkan saya menyatakan hasrat di hati. Saya, K.Erfan ingin buat pengakuan berani mata. Erfan mahu melamar anak pak cik dan mak cik serta menyunting E-an untuk menjadi isteri Erfan yang sah. Sejak pertama kali kami bertemu di hospital, hati Erfan sudah jatuh hati padanya..”

Sambungnya lagi dan bergerak ke belakang, “Jerit pekik dan ngauman selama ini hanyalah mainan halwa telinga. Erfan hanya mahukan perhatian dari E-an sahaja. Erfan mahu E-an ingat dan pandang Erfan sahaja dalam matanya. Biar hanya nama Erfan di bibirnya dan dalam hatinya. Erfan jua selalu mengugut, mengertak agar E-an takkan sesekali ada niat mahu melarikan diri dari Erfan.”

E-an tersenyum manis dan teringat semua kenangan itu. Mana hatinya tidak bengang dan marah. Asyik hidup ini kena ugut dan gertak sahaja oleh Erfan. Perkara kecil pun nak digertaknya naikkan hutang 11% akan bunga.

“Mak cik, pak cik..hal hutang yang telah pak cik pinjamkan tu, saya halalkan dunia dan akhirat. Saya dah lama lupakan isu hutang itu kerana pak cik dan mak cik sudah hadiahkan ‘hutang’ yang paling berharga dalam hidup saya. E-an lah ‘hutang’ yang perlu saya mintak izin dari pak cik dan mak cik untuk saya mengambilnya sebagai isteri!” Erfan melamarnya buat kali pertama.

Sayu sekali hati orang tua E-an dan E-an sendiri dengan lamaran ini. Hati tua mereka berasa lega kerana hal hutang ini telah dilunaskan dan kini timbul hal yang baru. Persetujuan dari E-an akan lamaran ini.

“Sayang, will you marry me?” ujar Erfan dan diiringin alunan biola yang mengasyikkan. Suasana yang hangat kian menjadi romantik sekali. E-an terdiam dan terus terdiam.

“Tak nak lah!”

“Kenapa?” soal semua yang ada serentak. Wajah Erfan bertukar menjadi suram. Lamarannya ditolak mentah-mentah. Apa kurang lagi dirinya ini? Takkan E-an tidak menyukai dirinya? Adakah Mihir yang disukai olehnya?

“Sebab...”

“Sebab Mihir yang menjadi pilihan hati E-an, kan?” suaranya jua bertukar nada merajuk. E-an menyembunyikan tawanya. Buruknya bapak gorilla ini merajuk. Kalah budak 6 tahun.

“Orang tak habis cakap lagi dah menyampuk tau! Tak naklah cakap!” giliran E-an pulak merajuk.

“Eh, janganlah. Ok, Erfan janji takkan menyampuk, mencelah lagi. Zip mulut!” tangannya mengzipkan mulutnya.

“I’ waiting!” tengok tu, cakap tak serupa bikinlah Erfan ni. Muka E-an tarik wajah 14 inci.

“Sebab kenapa E-an tak nak terima lamaran ini adalah kerana Erfan tu, ada ker anggap E-an ni ‘hutang’. E-an ni ada wajah seorang penghutang ker?” ujarnya dengan nada manja dan wajah penuh manja.

Erfan tersenyum. Rupanya itu yang menghalang lamaran ini. ibu dan ayah memeluk erat badan E-an dan masing-masing mengucapkan tahniah kepada kami berdua.

“Sayang, ‘hutang’ yang dimaksudkan oleh Erfan tu hanyalah perumpamaan sahaja. Seperti adat Melayu, kita ada budaya pantun memantun sekiranya mahu merisik dan melamar gadis melayu. So, kenalah penuh beradat, Cuma sekarang ni zaman kian maju. Jadi pihak lelaki sendiri yang datang merisik dan melamar.

Tuai padi di waktu pagi,

Padi di tanam di tepi titi,

Jikalau sudi, katakan sudi,

Takkanlah abang Erfan ternanti-nanti..

Ibu dan ayah sudah bukak pantun. E-an tak tahu pulak ibu dan ayah pandai berpantun ni. Boleh E-an balas pantun ini lain kali.

Batang pinang dicincang-cincang,

Batang tebu ku belah-belah,

Kalau hati sudah berkenang,

Tinggal nak kata ‘YA’ pun jadilah..

E-an menjawab lamaran dengan gaya adat melayu. Warisan kita jangan dilupakan ya. Erfan tersenyum manis dan bersorak gembira.

“Borhan, cincin!!” jeritnya lantang dan Borhan membaling kotak cincin itu. Erfan cuba menyambut kotak yang sedang melayang itu namun balingan itu terlalu kuat dan...Erfan jatuh dari bangunan ini.

“Erfan!!!!” jerit E-an dalam cemas. Erfan sudah tiada di situ, Erfan sudah jatuh. E-an segera berlari menuju ke tepi bangunan dan semua yang ada pun menuju ke sana. E-an sudah kebasahan dengan air mata dan degupan jantungnya kencang berdegup.

“Erfan!!!!” jeritnya lantang dan menangis. “Kau jahat!!!!” E-an tersedu-sedan melihat Erfan berada dibawah. Jahat, tak suka tau gurau macam ini. Mahu sahaja jantung E-an jatuh sekali dengan Erfan yang telah terjatuh ke bawah.

Kemudian E-an ternampak banner yang tertulis, ‘Will You Marry Me?’ Erfan sudah selamat berada di bawah di atas payung keselamatan. E-an mengurut nafas kelegaan. Disangkanya Erfan sudah tiada lagi di muka bumi ini.

Erfan sedang terbaring lagi di atas payung keselamatan itu, seperti dalam Soopa Doopa di TV3 itu. Perkataan banner, Me itu sedang dipegang olehnya.

“Will You Marry Me?” laung Erfan dengan menggunakan mikrofon.

“Yes dan Yes forever!” laung E-an dari atas bangunan. Serentak dengan ucapan Yes ini, satu das tembakan bunga api mulai kedengaran di kaki langit. Gemersikkan biola pun sama berkumandang.

“This for you and us!” Suara Erfan bergema lagi dan kami semua menikmati akan pemandangan bunga api ini. Bunga api ini membentuk perkataan ‘I Love U’ di udara seperti dalam cerita Boy Over Flowers.

“Romantik jua ya bakal menantu kita ni. Tak sangka yang sebegini cara lamarannya kepada E-an. Saya lega kerana E-an bertemu jua jodohnya. Makan nasi minyaklah kita nanti abang!” olah ibu sambil menikmati pemandangan ini. Ayah hanya mengangguk perlahan dan merasa tenang dalam hati.

Tak salah ayahnya melepaskan E-an kepada Erfan yang amat menyayanginya. Harapannya hanya satu, semoga E-an dan Erfan berbahagia hingga ke liang lahad dan gembiranya aku, aku nak dapat menantu!!!!

“Sayang!” E-an pandang wajah ke bawah. Inilah cinta hatiku buat akhir hayat. Tiada yang lain, hanya K. Erfan seorang. Mihir mahupun lelaki lain takkan berjaya rebut hatiku selain K.Erfan seorang. Luv Izyan dan K.Erfan? sepadan tak?

L.I > K.E ? Secocok tak gabungan nama ini? E-an tersenyum sendiri.

“Kita kahwin cepat ya!” laung Erfan dari bawah.

E-an terdiam. Erfan menjawab lagi. “Kalau ikutkan cakap orang-orang tua, diam tu tanda setuju!”

Serentak dengan itu, semuanya ketawa dan E-an menunduk menahan malu. Sempat lagi nak mengenakan aku tau. Tak naklah kahwin dengannya! Gurau E-an manja-manja dalam hati. Sungguh! Inilah lamaran yang paling romantik yang Erfan buat untuknya. Gemersikkan biola menambahkan lagi keserian lamaran ini..


bersambung... so sweet..jelesnya ayu.

like? :)

2 comments:

Aida Sherry said...

so sweet.... n so romantic...

aku_slamber said...

Aida Sherry... : ayu pun rasakan ianya so sweet kan lamaran ni...

Nuffnang Ads