Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Friday, September 9, 2011

Tunjukkan Aku Apa Itu Erti Cinta 4

Bab 4










“Janganlah. Kang ada pulak yang merajuk!” sindirku sambil melirik tajam kepada Suraya. Suraya sudah galak memeluk lenganku. Sengaja nak tumpang bermanja dengan diriku.

“Jom..It is shooping time!” Suraya bersuara manja dan meratah ayam dengan penuhh girangnya. Aku pula sibuk sekali menjamu makan Chessy Wedge.


***********************


“Cantik tak baju ni?” soal Suraya sambil menggayakan baju ini di depanku ini. Segera aku berpaling serentak dengan mamat bengang ini. Suraya bagaikan kaget dengan aksi spontan kami berdua ini.

“Kau soal sapa ni?”

“Kau lah. Sapa lagi?” Suraya tersenyum penuh bermakna kepadaku. Aku hanya tersenyum dan leka memerhatikan baju ini.

“Boleh tahanlah!”

“Tu JER?”

“Yelah, itu ajer! Kau pun nak tanya pendapat aku pun berpada-padalah. Aku bukannya arif sangat soal pakaian alah-alahan ini. Kalu kau tanya bab bola ker, memang akan panjang berjela lah pendapat yang aku boleh kasikan sekarang ni jugak!” selorohku dengan senyuman panjang.

Asmira Suraya mulai menarik muncung panjang dengan selorohan diriku ini. Si mamat itu jua mahu sahaja tergelak melihat telatah kami berdua yang rapat.

“Aku pun malaslah nak merajuk dengan kau lama-lama. Buang karan saje tau!”

“Tahu pun!”

“Lepas ni nak ke mana pulak?”

“Jangan nak menyibuk hal kitaorang, ok!” sahutku laju dan Asmira mencubit lenganku tanda tidak suka dengan kata-kataku ini.

“Jangan nak dilayan sangat dengan minah kepoh ni! Plan kitaorang selepas ini nak tengok wayang pulak. Si E ni dah lama tunggu nak tengok wayang cerita Harry Potter 7!”

“Eh, samalah dengan saya! Saya pun memang nak tengok sangat cerita tu. Dah lama tunggu cerita ni masuk pawagam. Boleh saya ikut sama?”

“Nop!”

“Eh, boleh aje! Jom lah, lagi best pergi ramai-ramai!” pelawa Asmira Suraya dengan senyuman panjang. E sudah mulai memuncung. Terasa privasi diganggu dengan kehadiran mereka berdua ini.

“Kalu tak boleh, takpelah. Saya pergi lain kali sajalah. Mungkin tak der rezeki kot nak tengok kali ni!” ada nada sayu dalam suaranya.

Ni yang buatkan aku malas apabila ada suara sedemikian rupa. Dengan penuh keterpaksaan aku menganggukkan kepala tanda setuju dengan pelawaan Suraya.

“Yes. Jom kita beli tiket sekarang jugak!” Suraya segera menarik tanganku pergi ke tingkat seterusnya. Mahu sahaja langkahku sumbing dan terjatuh di saat ditarik sebegini.

“Weyy..janganlahh tarik aku. Kang terjatuh aku kat sini. Malulah aku tau orang tengok!” teriak E dengan lantang namun Suraya buat-buat pekak sahaja.

“Aku cuma nak cepat saje, takut nanti tiket habis pulak. Kan hari ni hari pertama ditayangkan. Kalu jalan lambat, kan ketinggalan pulak kita nak tengok!”

“Ala, jangan nak bimbang. Aku dah buat tempahan online pun. Hanya perlu ambil sahaja kat kaunter nanti!” ujarku selamba. Suraya mulai terhenti langkah dan menatapiku tajam, memaparkan wajah kurang tidak percaya.

“What? Kau tak bergurau kan?”

“Ada ker selama ni aku tipu kau?”

“No. Ni yang aku sayang kau lebih.!” Girangnya berbicara dan lantas memelukku erat-erat bagaikan tidak mahu terpisah. E mulai rimas dengan pelukan erat dari Suraya ini. Ada sahaja akalannya mahu menunjukkan aksi mesranya ini di khalyak ramai.

“Jom kita tengok Harry Potter!”


**************************************


“E!!!!”

Terhenti terus langkah kakiku saat teriakan seseorang itu. Siapalah pulak yang popularkan namaku ini? Macam suara Tarzan pulak di alaf 21 ini.

Terhenjut-henjut nafas yang sedang ditahan oleh Suraya apabila berdepan dengan E. Tarik nafas dulu, kemudian lepas perlahan-lahan. Ambil dulu oksigen!

“Kau ni kenapa?”

“Ada berita hot ni!” beria-ria benar kawan baik aku pepagi buta ini duk menapak kat tempat aku.

“Se hot mana sangatlah cerita kau ni pulak? Ada iras Hot FM tak?”

“Cerita ni ada kaitan dengan kau tau!”

“Aku?” makin bersemangat pulak aku nak mendengari gosip sepanas pisang goreng.

“Yap. Nun, ada orang nak jumpa dengan kau! Dia sedang tunggu kau kat cafe!” ujarnya akan seseorang yang menantikan diriku. Siapa pula yang mencari diriku?


bersambung...

1 comment:

warna warni said...

awak2...
ta sabong lagi ke ?
da addicted nie...

Nuffnang Ads