Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Thursday, September 29, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 19.2 (Bhgian 2)

Bab 19.2




Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut pipi E-an. Bebola mata E-an terbuka sikit. Di manakah aku sekarang? E-an melihat kawasan sekeliling. E-an cuba bangun. E-an sedang terbaring dalam buaian. Buaian? Bukankah aku dalam helikopter tadi?

Dibelek akan pakaiannya, sudah tertukar. Siapa pulak yang menukarkan pakaiannya? Erfan ker? Kalau memang benar dia, E-an lempang laju-laju. Gatai. Oh ya, di mana pula kelibat Erfan? Hanya ada pun diri E-an sorang sahaja di pulau cantik ini.

Erfan..di mana Erfan? Melilau E-an mencari Erfan. Nun jauh di sana terbentang pulau yang cukup indah sekali. Air yang penuh biru dan kicauan burung ini mendamaikan hatinya.

E-an baring lagi dalam buaian ini dan menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Sedapnya landding pada buaian ini. Kemudian tangannya menyentuhi sesuatu kertas. E-an mengambil kertas itu. “Eh, ada nota kecil!”

“Jalan ikuti anak batu di pasir pantai.” Bunyi nota itu dituliskan pada kertas ini. E-an melihat ke bawah. Ada anak batu dan E-an turun dari buaian ini. diikuti akan anak batu ini sampai ke penghujungnya.

Nota ini dipegangnya erat dan berjalan mengikut arahan.

Ada sekeping nota pula terlekat di pokok. “Jalan ikuti anak panah warna merah!” laju sekali anak mata E-an mencari anak panah merah. Nun, ada satu anak panah berwarna merah. E-an segera berlari-lari anak dan ada jua sekeping nota terselit.

“Undur 3 tapak ke belakang dan maju ke kanan. Ada sesuatu di sana.”

E-an segera buat seperti yang diarahkan. Ada sebuah pondok yang tersangatlah indah sekali. Ada sesuatu dalam pondok ini. E-an menaiki pondok ini dan ada anak patung di dalamnya. Comelnya anak patung ini. ada love lagi di patung ini.

“Bawakan teddy bear ikut jam 3 petang.”

E-an ikuti dan menuju ke arah jam 3 petang. Melilau anak matanya mencari lagi adakah nota terselit lagi. Di sekelilingnya hanya ada sebuah pulau yang indah sekali. Deruan ombak kian kedengaran. Erfan ke mana ni? semua nota itu dipegang dan diulang baca olehnya. Takut-takut ada arahan yang belum dibaca.

E-an mengalah dan dengan perasaan marah, terus melemparkan teddy bear itu ke tanah pasir pantai. “Ucapkan I love U. Erfan akan datang!”

“Argh...nak kena ucap jua ker?”

“Ucap I love You!” teddy bear itu mulai berbunyi banyak kali. Erfan, apa semua ini? Plan apa ni? tapi, kan Erfan tiada di sini, so kalu dilaung pun bukannya Erfan dengar kan?

“Erfan...I love you!!” jeritnya sekuat hati dan laungan itu bergema. Kemudian, ada bunyi deruan kapal sedang menuju ke sini. E-an mengecilkan anak matanya. Siapa pulak yang datang macam Jack Sparrow ini?

“I love you tooo!!” ada suara yang reply balik laungan itu. Wait, tu bukankah suara...suara Erfan? Erfan? Dia sudah dengar ker laungan berani mati dari aku tadi. mak!!! Malunya aku!

“Aku tak nak kat kau laaa!!!” E-an menjerit kembali untuk memastikan yang E-an tak salah lihat orang. Adakah itu Erfan? Erfan tersenyum mendengar laungan itu.

“Abang nak kat sayang sorang jer laaa!!!” Erfan menyambung kembali laungan itu. E-an sudah terkedu di pulau ini. Mak. Nak balik!

Erfan melabuhkan kapal layarnya di persisir pantai dan mulai turun dalam gaya tersendiri. E-an menatap tidak berkelip dengan gaya penuh berkarismanya ini. Mata E-an bagaikan terpegun dengan makhluk Tuhan yang cukup sempurna ciptaan ini.

E-an bagaikan digamkan pandangan itu. E-an terpegun seketika dengan kekacakkan Eryan yang selama ini diabaikan olehnya. Memang hatinya selalu mengakui yang Erfan memiliki pakej sebagai lelaki Maskulin. Erfan sememangnya kacak dengan memiliki rambut lurus, bermata redup (tang mata tu E-an selalu suka tatap), serta hidung yang mancung. Henry Golding pun sure surrendar kalah tau dibandingkan dengan Erfan.

Kadang kala hati E-an selalu berbisik nakal, layakkah E-an mendapat lelaki sekacak ini? Keperibadiannya terlalu kontra dengan keperibadian Erfan yang serba maskulin.

Seorang gadis yang lincah dan kasar ini layakkah berdiri setanding dengan Erfan. Namun E-an jua memiliki beberapa mahkota diri yang selalu diidamkan oleh gadis yang lain seperti rambut panjang ikal mayang dengan diserikan seraut wajah bujuh sireh. Kehitaman rambutnya menambahkan lagi wajah E-an sebagai gadis melayu asli.

“I love you, for this time dan in second time!” Erfan berbicara lembut di depannya. Lutut E-an sudah tergoyah. Erfan pantas memegang bahu E-an dari terjatuh.

“Lutut ketar lagi ker, sayang?”

“Memanglah!” E-an bersuara geram. Sempat lagi menggelakkan aku tau. E-an memang sangat alergi bicarakan soal hati dan perasaan. Lututnya mesti akan ketar semacam. Rebah tau jatuh ke bumi.

“Sayang cantik sangat! I love you just the way you are!” bisiknya lagi lembut dan syahdu di telinga E-an.

“Awak, jangan nak pengsankan saya pula kat sini!” ujar E-an lalu mengundangkan tawa yang rancak dari bibir Erfan. Erfan segera membuka kaca mata hitam dan cap Polo yang tergantung di kepalanya.

Kacaknya dia! Entah ke berapa kalilah E-an memujinya dalam hati. Akukah insan bertuah di kalangan gadis lain yang mengintai memasuki hati Erfan? Namun, kenapa masih ada jua yang ingin pisahkan kami berdua.

“Sayang, lena tidur?”

“Kenapa tinggalkan saya sendirian?Erfan ke mana tadi?” senyuman manis Erfan mulai kelihatan so sweet sekali. Ya Allah, hatiku dah berdegup kencang ni. Belahlah hatiku, x-ray lah hatiku. E-an dan sudah mula sayangkan jejaka kacak ini.

“Kan abang ada titipkan nota kecil! See, sayang sampai jua kat sini dengan bantuan nota tu kan?”

“Tulisan macam cacing jer. Susah tau nak faham!” E-an memerli akan corak tulisan dalam nota itu.

“Kutuk ya tulisan abang ni! Nak kena ni!” Erfan segera menarik hidungku. Sakit la, kempislah hidungku ini tau.

“Abang pergi ke mana tadi?” soal E-an berbalik pada soalan asal. Erfan menatapnya manja. Jangan pandang E-an macam ni, kang pengsan betul-betul, sapa yang susah? Erfan dan diri E-an jugak tau.

“Adalah, jom!” jemariku ditarik perlahan. Terhenti sekejap langkah kakinya. Kenapa tak bergerak ni? dipalingnya kembali. E-an sedang tersenyum manis.

“Nak ke mana pulak ni?” laju sekali mulut murai E-an bersoal. Kakinya dibekukan di pantai indah ini.

“Ke pulau cinta LI @ KE!”

“Nama pulau apa yang pelik tu?”

“LI stand for Luv Izyan dan KE for K.Erfan!” terus terang Erfan akan nama pulau cinta ini. E-an sudah tersipu-sipu malu. Kenapalah lelaki ini sanagt romantik?

“Isy, sayang ni banyak soal pulak. Jomlah!” gesa Erfan lagi. Kalaulah E-an ni anak patung, dah lama dikendongnya masuk ke dalam kapal layar itu. Kenapalah yang keras kepala sangat ni. hancurlah plan yang dirancang olehnya semalam dengan Borhan.

“Tak nak!”

“Asyik cakap tak nak jer tau. Ingat yang sayang ni tawanan abang. Kenalah ikut sekarang jugak!”

“Tak nak ikut!” E-an masih berkeras dengan keputusannya. Entah ke manalah nak bawaknya lari ini.

“E-an, jangan sampai abang dukung sayang!” ugut Erfan dengan senyuman manis. Erfan sudah tak sabar mahu hubungan ini kembali jernih. Senyuman E-an selalu dirinduinya.

“Buatlah kalu berani!”

“Jangan cabar abang!” gertak Erfan semakin menjadi-jadi. E-an langsung tidak menunjukkan wajah takutnya.

“Ingat sayang takut?” main-main tarik-tarik tali pula. Cap Polo Erfan diletakkan di kepala E-an. Comel tak saya?

“Ok, sayang yang mintak tau.” Erfan membongkokkan badannya dan E-an segera berlari anak-anak. E-an sudah menduga yang Erfan akan berbuat sedemikian, dan cabbuuuttt!!!

“Sayang, main tipu ya!!!” Erfan mengejari E-an dari belakang. Keduanya mengeliling pulau ini. E-an takkan sesekali benarkan Erfan menangkap dirinya.

“Awak takkan dapat kejar saya!” E-an berlari sambil di hadapannya bagi memudahkan E-an melihat Erfan di belakangnya. Sempat lagi lidahnya terjelir khusus buat tunang kesayangannya ini. Indahnya dunia ini.

“OK, we will see!!”

Tak lama kemudian...

Abang, tolong...ada ketam gigit kaki sayang!!” E-an mulai terlompat-lompat dan menghentakkan kakinya ke tanah. Degil jua ketam ini, masih lagi mahu bertenggek di kakinya. Abang, cepatlah buangkan ketam jantan ni. sakit

“Ketam? Mana ada ketam!”

“Ni, kat bawah kaki. Ia duk menyepit kaki sayang!”

“Ohh..ni ketam jantan ni. ada hati ya nak kepit kaki sayang. duk diam-diam tau!” Erfan sudah membongkokkan badannya. Si ketam berwarna oren ini diambilnya perlahan-lahan.

E-an pula sudah mengadu kesakitan. “Sabar lah, abang tengah nak buang ketam ni.!”

“Cepatlah!”

“Jap, ketat jua ketam ni menyepit kaku sayang ya.” Erfan mengambil kayu dan mengacah-ngacah ketam ini. nasib baiklah ketam ini masuk ke perangkapnya.

“OK, ketam dah tak der. Bukaklah mata tu!” Erfan mendonggakkan wajahnya. E-an bukak perlahan-lahan matanya. Ketam sudah hilang. Tapi, kakinya pula membengkak. Isy, ketam ni. aku dapat kau, aku panggang kau wat BBQ tau.

Erfan dapat idea. Yeah, inilah peluangnya. Dalam sepantas kilat, badan E-an melayang dan jatuh dalam pelukannya. Lantas, didukungnya badan E-an. E-an masih dalam terpinga-pinga. Apa yang sedang terjadi ni?

“Mana aci, main ngelat!” E-an tarik wajah masam apabila Erfan main mengelat dengannya. Namun, Erfan tidak peduli, yang penting E-an harus ikutnya ke pulau cinta itu. Badan E-an sudah berada dalam dukungannya. Lelah sekali mengejari kekasih hatinya ini.

“Lepaskan saya! Saya ada kaki nak berjalanlah!” meronta-ronta E-an dalam dukungannya. Cup!! Satu ciuman di bibirnya. E-an berhenti meronta. Wajahnya dah kemerahan.

“Tahu pun diam. Sayang ni nak jadi macam Sleeping Beauty ya. Kena kiss dulu baru diam. Nak lagi?”

Tak nak!! Mengelengnya laju. Kesudahannya, E-an biarkan sahaja dirinya dalam dukungan Erfan. Kapal layar ini bergerak menuju ke destinasi. E-an kaku di bangku yang tersedia.

“Sayang, kita dah sampai!” ujarnya dengan tangan menunjukkan ke hadapan. Wow!! Cantiknya pulau cinta ini. matanya tidak berkelip memandang. Ya Allah, indahnya ciptaan dari-Mu.

“Ni plan abang buat sayang! abang jua ingin kita pulihkan kembali hubungan ini. Abang janji dengan sayang, Fareda takkan wujud sebesar kuman lagi dalam hubungan kita. Fareda akan keluar dari rumah kita apabila kita pulang nanti ke Kuala Lumpur! Abang janji!” ikrarnya dan E-an percaya dengan kata-katanya kali ini.

“I Love you!” ucap E-an romantik dan Erfan mendakapnya mesra. Syukurlah penculikkan ini menjadi. Thank you to Borhan yang cadangkan idea ini. rajuk E-an sudah capai ke penghujungnya. Gerimis mulai berlabuh pergi dan digantikan dengan sinar pelangi yang penuh berwarna warni.

“I love you too! Jom kita ke pulau cinta kita!” ajaknya dan E-an mengekori dari belakang. Sungguh cantik pulau cinta ini. Tak sia-sialah Erfan menculiknya datang ke sini. E-an sayangkan Erfan sangat-sangat.

“And one more thing, Mihir is out your life from now!” ujarnya dan mencium dahi E-an.

“As you wish, i’m yours!” E-an berkata dengan kerelaan hatinya. Erfan terus bawaknya ke tempat paling atas dan kami berdua sama-sama menikmati pemandangan terindah ini. pulau ini dijadikan saksi hubungan mendung sudah berarak pergi.

Bersambung..

Like it?

No comments:

Nuffnang Ads