Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Sunday, October 9, 2011

Satu Untuk Berdua 2

Karya Sedetik Lebih 2

Perlawanan sedang berlangsung ketika Miqa dan Faez tiba. Dari luar lagi, suara sorakkan kian bergema. Seolah-olah ini adalah satu perlawanan Antarabangsa Sedunia. “Wow, ada game barulah!” Faez teruja. Langkah kakinya semakin laju. Miqa pun sama, terjuntai-juntai melihat padang futsal yang kian dibanjiri dengan penonton yang ada.

“Oit, tunggulah aku!”

“Cepatlah, jalan macam itik sekati jer!” rungut Faez dengan memandang wajah Miqa selamba. Aku kurung jua lelaki ini dalam jamban ayam, baru tahu.

Kerutan di dahi Miqa jelas kelihatan saat melihat akan aksi perlawanan futsal ini. Digosokkan banyak kali akan anak matanya. Miqa tahu yang dirinya belum lagi rabun dekat mahupun jauh. Masakan aku salah tengok ini? Setahu dirinya. Futsal ini hanya selalu dimonopoli oleh kaum adam. Tapi hari ini kenapa pulak kaum hawa yang terkedek-kedek dalam gelanggang itu? Amat tak sesuai sekali!

Miqa berlari-lari mendapatkan Faez yang jelas ke hadapan sebatu dengan Miqa. Pelbagai persoalan yang ingin diutarakan saat ini. Dunia mahu terbalik ker? “Faez!” tarik Miqa akan lengan baju. Faez terdorong sikit ke belakang.

“Kau nampak tak apa yang aku nampak sekarang ni?”

Faez pandang hairan wajah Miqa. Miqa ini kena H1N1 ker sehingga sebegini ragamnya. Masakan dah kena penangan AkuSlamber itu sehingga menjejaskan teruk saraf otaknya. Faez pandang tepat kea rah jari telunjuk itu.

“Apa yang sebenarnya nak kau katakan ni?”

“Tu!!” tunjuknya akan gelanggang futsal.

“Ya, tu kan gelanggang futsal. Miqa oiii..ko ni agak-agak la, masakan terkurung sebegini lama pun kau dah lupakan bentuk gelanggang futsal?” leteri Faez selamba badaknya. Tangan Miqa spontan sekeh kepala Faez, loyar buruk pulak. Sengajalah tu, nak memerli aku. Ingat aku tak tahu.

“Kau ni nak cakap tak cerdik, ijazah keliling pinggang. Nak mahu kurang siuman kan, tersentap pula! Yang aku maksudkan tu, pasukan yang sedang berlawan. Perempuan! Diulangi ada ker futsal ni perempuan yang main bola? Mereka kan hanya main bola jarring jer! Ada bakat ker mereka semua tu?” Miqa memperlekehkan keupayaan perempuan. Kini, pandang sebelah mata pun Miqa dah rasa tak selesa.

“Ohh..bilang lah awal-awal dan kasi terang kit! Eh, kau jangan pandang rendah pada mereka tu. Skill mereka lagi terrer dari kita tau. Sekali gol..gamatlah stadium ini!” Faez menjawab dengan pandangannya masih lagi terfokus pada perlawanan yang sedang berlangsung.

“Aku tak cayalah, masakan kaum hawa yang dijadikan dari tulang rusuk kiri lelaki ini boleh setanding dengan kaum adam? Mahu menentang hokum alam ker?” Miqa masih lagi mempersoalkan dan memandang rendah akan kemampuan wanita.

“Mulut..tak sayang nampak..dengar dek perempuan yang ada, siaplah kau. Mereka kasi ‘gulai ‘ masak lemaklah kau! Aku tak nak masuk campur!” Faez angkat tangan. Taubat tak nak kena. Serik tau.

“Aku cakap yang benar. Buat apa nak takut pada kebenaran kan?”

“Tau, masalahnya sekarang ni kau tu tengah emosi ngan AkuSlamber kan? Tu yang kau tempiaskan semua emosi kau pada insane yang tak bersalah, kan? So, jangan nak kaitkan hal agama dengan permasalahan kau dengan AkuSlamber. Dah banyak kali aku nasihat, jangan cepat percaya.. kau tu degil, hati macam batu kerikil konkrit tu! Digrill banyak kali pun, macam tu jugak!!” panjang lebar sekali Faez berika ceramah motivasi di celah orang ramai ini.

“Kau ni kawan aku ker ataupun kawan AkuSlamber? Sejak tadi lagi, aku diam jer kau sesuka hati perli aku. Kau memang nak makan botol air mineral ni, kan?” Miqa naik angin lalu tanpa salam, laju sahaja botol tu dilemparkan pada Faez.

Faez sempat mengelak. Aduhai tak pula kena kat kepala si penceramah tu. Miqa mengetap bibir geram.

“Adoi!!” suara mengaduh kesakitan kedengaram dari arah dekat. Miqa terpana, Faez pula tercari-cari punca suara itu. Siapa pula yang mengaduh kesakitan ini? Ada yang nak bersalin ker kat gelanggang futsal ini?

Kelihatan botol mineral milik Miqa sedang dipegang erat oleh seseorang. Alamak! Salah target sudah. Miqa buat bodoh dan Faez berlagak seolah-olah tak tahu akan situasi ini. Miqa pandag wajah Faez. Faez pamerkan wajah tak bersalahnya. Bukan aku yang buat! Tu lah maksud pandangan Faez. Memang pelakon handalan mereka berdua ini.

“Eh, siapalah yang nak dajjalkan gua ni?” gerutunya dalam amarah. Wajahnya sudah menyeringa marah. Kepalanya diusap agar kesan balingan itu surut. Boleh gegar otaknya ini. Kawan di sebelahnya, menciut laju. Jarinya ditudingkan kepada kami berdua. Alamak, ada CCTV bergerak pulak. Sudah.. apa nak buat ini?

“Aku ada nampak, mamat dua orang tu yang main acara baling-baling. Tu yang sorang pakai cap merah dan sorang lagi baju hitam Nike!” teranginya dengan terperinci sekali. Tajam bebenar mata perempuan itulah. Tabik spring punya!

Tajam sekali panahan matanya dan langkahnya menuju tepat kea rah kami berdua. Sabar, rilek..buat tak tahu sahaja. Perempuan ini senang dikelentong kit. Yakin Miqa dalam hati. Faez pula buat-buat tenang, namun dalam hati..dup dap..

“Matilah kita!”

“Kau tu yang mati dulu! Aku tak!” ujar Faez dalam nada berbisik. Faez berlagak tenang kerana bukan dirinya yang baling botol itu. Miqa yang mulakn dulu.

Tap..tap..tap..

Langkah perempuan garang itu kian menghampiri dengan bahan bukti di tangannya. Hajat di hati mahu memarahi kedua-dua lelaki itu. Wajib! Ingat kepalanya ini tong sampah bergerak ker sehingga botol mineral ini mendarat tepat di kepala miliknya.

Satu raut wajah lelaki yang berhidung mancung itu menyapa matanya. Segaknya dia! Ayen menraik nafas lagi. Dengan hidung semancung ini buatkan hati bergetar hebat. Fokus Ayen! Tak guna punya lelaki. Sengaja menggunakan asset ini, agar hatinya lemah. No way!

“Lu ker yang baling botol mineral ni kat kepala gua?” bahan bukti ni ditunjukkan tepat-tepat batang hidung milik lelaki ini. Faez yang tegak berdiri mulai berundur ke tepi dan menolak badan Miqa ke depan. Miqa yang tak bersedia ni, mulai terhuyung haying dengan tolakan ini.

Hampir-hampir sahaja badan Miqa bagaikan terpeluk dengan badan perempuan berjersi itu. Nasib baiklah Miqa sempat blockkan pergerakan badannya dan kakinya sempat ditahan hanya seinci sahaja dari badan perempuan garang ini.

“Fuhh selamat aku!”

Namun malang memang tak berbau, hanya sesaat sahaja tanpa diduga..badan Miqa ditolak oleh seseorang dan..pap..terjatuh kedebum,. Ke atas seseorang. Alamak!! Faez dan kawan tomboy itu terbeliak. Apa yang sedang terjadi ni?

Kami semua tergamam, kaku. Tak tahu nak kata apa. “Hey bangunlah, siot!” ujar satu suara dari bawah. Miqa menoleh ke bawah. Bagaimana pula si minah garang ini boleh ada di bawahnya. Mata bertentangan mata. Kaku dalam pandangan itu. Getaran terus ke dalam dasar hati.

“Sorry!” getus Miqa spontan dan segera bangun sepantas kilat.

“Naik lorilah!” jawab perempuan itu laju. Kalah tm net streamyx. Amboi ayat, tak boleh blah langsung. Teman tomboy itu segera membantu kawannya dan membuang kekotoran yang melekap di baju jersinya. Merah wajahnya dengan insiden ini.

“Sorry, bukan salah saya!” Miqa mempertahankan dirinya. Faez pun sama.

Pang!!! Kepala Miqa terdorong ke kiri. Faez sudah jatuh rahangnya. Miqa paling wajahnya. Tersenyum penuh bangga sekali gadis garang ini. “For you! So hutang kita dah settle!” ujarnya lalu segera berlalu. Puas hatinya. Sepuas hati di kali.

“Kau ok?”

“Ok? Kita tunggulah nanti!” Miqa berazam tekad. Bayangan perempuan ini mulai dipanahkan dala hati Miqa. Awas! Jangan sampai kita bertemu kembali. Dendam kian membara sebara larva gunung berapi. Gol!!! Teriakan bergema lantang!

No comments:

Nuffnang Ads