Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Saturday, September 24, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 9

Bab 9



“Mama? Erisya? What are you doing here?” kedua-dua insan cantik ini tersenyum manis kepada Erfan. Wajah Erfan berubah riak. Kenapa pulak keduanya berada di sini? Apa tujuannya? Mengendap diri Erfan.


“Main cak-cak! Who is her?” soal Erisya dengan mulut yang terjuih menuju kepadaku. E-an segera bangun dan bersalam dengan mama Erfan. Cantik orangnya. Bersopan santun pun ada.


So funny, when you back Malaysia?”


One week!” Erisya menghampiri kami berdua dan mengambil selamba sandwich yang dibawa ke picnic ini. Mama nya jua turut sama duduk di sini.


“Kenapa tak datang jumpa abang di banglo?”


“Malas, adik nak bermanja dengan mama dulu!” Erisya memeluk manja lengan mama. Mama tersenyum dan membelai ubun-ubun kepala anak bongsu nya ini.


“Mama dan Erisya datang sini dengan siapa?”


“Abang Qey!” Erisya menjawab pantas dan kemudiannya ada salam diberikan dari belakang. Erisya membantu E-an menyediakan minuman dan jua sedikit makanan untuk dimakan bersama.


“Akak siapa nama?”


“Panggil akak ni, E-an! Adik pula?”


“Erisya. Dah lama kenal dengan abang Erfan?”


“Baru lagi. Adik duk kat mana luar negara?”


“England!”


E-an telan air liur perlahan. Itu tempat aku belajar dulu. Nasib baiklah kami tak pernah bertemu, kalau tak haru biru jua dirinya. E-an mengurut perlahan hatinya.


“Berapa lama Erisya berada kat sana?”


“Baru nak masuk tahun pertama!” Erisya bersuara riang. Peramah jua akak ini, manis dan cantik orangnya. Erisya selesa dengannya. Tak macam akak Batresya, menyombong dan hidung tinggi. Pandang orang sebelah mata saja.


Patutlah tak pernah terserempak. Nasib baik. Rahsiaku selamat lagi.


“Akak ada apa-apa dengan abang saya? Jarang abang saya luangkan masa dengan wanita lain. Dan bawakan akak ke sini, ada piano lagi. Ni macam candle date tau!” Erisya mulai menyoal soalan maut. Jelingan Erisya sahaja sudah mendebarkan dirinya.


“Taklah. Kami hanya berkawan!” jawabnya akan jawapan selamat. Air mukanya sudah berubah menjadi merah, malu.


“Ala, kita sharinglah. Erisya janji takkan kasitahu pada abang!” jari kelingkingnya bertaut menjadi satu. E-an tersenyum melihat telatah manja Erisya ini.


“Akak tak nak lah kekasih macam abang Erisya tu. Garang macam singa! Suka perintah akak macam Filaun dan mengamuk macam gorilla dalam king kong!” kutuk E-an di tepi telinga Erisya.


Erisya tergelak sakan. Erfan berpaling dan menatap tajam.


“Betul tu!”


“Kiranya aku tak nak kau lah ya!”


“Agree!” E-an dan Erisya menjadi rapat dengan cepat. Keduanya saling tersenyum semasa sendiri dalam acara mengutuk Erfan.


“I hear that!” Erfan bersuara dari belakang E-an. Terkejut bukan main keduanya ini. Erfan tatap tajam wajah E-an.


“Oh diam-diam ada pakatan nak tubuhkan kelab mengutuk Erfan. Taglinenya Aku tak nak kau lah!” Erfan mengusik lagi. Tangan E-an dipegangnya erat.


“Dengarkan tagline baru fan club Erfan, Aku memang nakkan kat kau!!”


“Wow,pengakuan berani mati tu! Mama!!! Kita akan dapat kakak ipar nanti!!!” Erisya menjerit kuat dan E-an sudah kemerahan wajah. Erfan pula menatapnya tajam dengan penuh manja.



“Assalamualaikum!”


“Waalaikumussalam!” kesemuanya menjawab serentak. Erfan terkejut dengan kedatangan abang sepupunya ini. Sudah lama tidak bertemu semenjak keluarga mereka menetap di luar negara.


“Qey Zifry!”


“K.Erfan! Long time not to see!” mereka berdua saling berpelukan. Melepaskan kerinduan di dada. E-an pula leka sekali menuangkan air bagi tetamu yang tidak diduga kedatangannya ini.


“Makin sihat sekarang ya. Muka pun bertambah seri! How Batresya? Bila nak merasa nasi minyak kau dengan Batresya ni,your fiancee?” soalnya dengan panjang lebar dan menepuk perlahan belakang Erfan.


Erfan tersedak kecil. Mama dan Erisya tersenyum. Lupa pulak akan abang sepupunya ini tidak tahu akan kisah lama itu. Peristiwa yang telah buatkan abangnya berubah perangai laku menjadi panas baran. Asyik mahu meradang sahaja.



Feedback 2 tahun yang lepas..


“Semua dah siap? Barang-barang nak bertunang, ada semuanya ker?” mama yang paling kelam kabut. Pertama kali anak terunanya ini mahu bertunang. Tidur pun tak lena, asyik terkenang sahaja.


“Semua dah siap, datin. Hanya tunggu bergerak saja!” ujar Pak Long Firdaus. Mak long pula sedang sibuk mengarahkan kesemua barang itu dimasukkan ke dalam kereta.


Suasana yang hingar bingar ini dirakam oleh Erisya dan kamera webcam nya. “Ok, jom kita tanya apakah perasaan bakal tunang kita ni!”


Wajah malu-malu Erfan yang berpakaian melayu warna pink mulai menghiasi kamera ini. “Berdebar dan teruja. For my future fiancee, welcome in my life.. Love you one every second time!


“Wow pengakuan ekslusif tu! I like it!” Erisya mengusik abangnya. Erisya pun mulai meninggalkan abangnya yang sedang menjawab panggilan dan kembali menyibukkan diri merakam semua ini.


“Mama, berikan komen sikit akan majlis pertunangan abang ini!” mama pula ditarik olehnya.


“Budak bertuah ni, kita sibuk pun nak mintak komen. Oklah, buat anakku yang tersayang, selamat menempuhi alam baru. Semoga Erfan dan Batresya akan berbahagia selamanya. Dan buat Erfan, jangan nak mengada ikut rombongan mama nak pergi pinang Batresya. Duk diam sahaja kat rumah ni!” Erisya tergelak kuat.


Erfan sudah tarik muka masam. “Ma, takkan Erfan nak duduk kat rumah jer, apa guna Erfan dah siap berpakaian, tapi duk kat rumah?”


Nope, you stay at home!” mama menjawab dalam kamera. Erisya galak sekali merakam aksi muncung abangnya ini.


“Ala. Maa...please!!!”


Nope. The decision is finish. No more excuse!”


“Sayang, biarlah dia nak pergi. Tu pun bakal tunang dia jugak!” papa mencelah dari belakang. Erfan menunjukkan tanda best kepada papa yang selalu menyokongnya dari belakang.


“Papa dengan anaknya memang suka sangat bangkang kata-kata mama ya. Lau jadi apa-apa, jangan salahkan mama tau!” muncung mama sudah panjang sedepa. Hati tuanya terasa risau sekali. Bagaikan ada musibah akan terjadi di majlis ini nanti. Argh!! Mungkin mama terlalu gabra dengan pertunangan anaknya ini agaknya.


Yes, mama dah angkat bendera putih, jom! Kan lambat pulak.” Ajak papa dengan memeluk erat badan mama, isteri kesayangannya.


Kesemuanya saling menuju ke kereta yang tersedia. Kebahagiaan terasa di dalam dada. Erisya yang paling banyak merakam dan mulutnya memang becok sekali.


Di rumah bakal tunang perempuan, suasana jua ceria dan hingar bingar dengan kedatangan bakal tetamu dari kalangan sanak saudara sekalian. Batresya pula mundar-mandir di dalam biliknya. Aircond yang terpasang tidak mampu menenangkan jiwanya.


Helaian gambar-gambar yang baru diterimanya mulai menyesakkan kepalanya. Apa yang dia mahu buat ini? mahu diteruskan tak ikatan pertunangan ini. Erfan adalah lubuk emas baginya, masakan mahu lepaskan begitu sahaja? Susah payah tau nak dapat Erfan ini dahulu, kini sudah ada dalam tangan, masakan nak lepaskan sebegitu sahaja?


You must cancel that ceremony or your photo will upload in internet!” gertak seseorang dalam sampul ini. inilah kertas ugutan yang diterimanya pagi hari bersejarah ini.


Apa yang Batresya perlu buat ni? majlis dah nak mula ni, rombongan dari lelaki pun dan bertolak. Baru tadi Batresya menerima sms ringkas dari Erfan yang mereka sudah bertolak. Pening, buntu bercampur menjadi satu.


“Ya Allah, tak bersiap lagi kamu. Cepatlah, mereka dah nak sampai ni!” sergah mama Batresya dengan bercekik pinggang. Patutlah adiknya bising-bising mengatakan yang Batresya belum bersiap.


“Mummy, please! I’m not ready for this engaggement! We must stop it!” Batresya mengomel perlahan.


What? Apa yang merasuk Resya ni sampaikan nak hentikan pertunangan ni? bukankah kamu berdua saling menyintai?” Mummy mulai memegang erat bahu Batresya dan mengoncang kuat.


“Mummy, please! Ni keputusan muktamad Resya! Please understand!” Batresya masih tetap berdegil dengan keputusan ini. Batresya lebih rela melarikan diri daripada pertunangan ini daripada menghancurkan masa depannya sebagai model yang mahu meningkat naik. Cinta perlu tolak ke tepi dahulu.


“Mummy tak nak dengar alasan bodoh ni, bersiap cepat. Mummy mahukan Resya dah sedia kat bawah sekarang!” tegas mummy berkata dan mulai berlalu meninggalkan Batresya dalam kekeliruannya.

Batresya mengeluh panjang dan hanya satu keputusan yang tepat buatnya. Dia yakin seyakinnya. Takkan ada lagi yang akan menghalangnya.



***************************



Erfan mengamuk sakan. “Where is she now??” seluruh tetamu bangun dan mulia mengintai-ngintai kenapakah bakal tunang lelaki ini mengamuk sakan di hari baik ini. Erisya memegang erat lengan abangnya agar tidak bertindak kurang ajar.


“Sabar abang, ni mestinya ada salah faham!”


“Salah faham apa? Dia nak malukan kita sekeluarga ker?” Erfan mulai mencapai suhu 100 darjah celcius. Berapi sudah badannya. Terkejut bukan kepalang apabila dimaklumkan Batresya hilang dari kamarnya.


“Better find her now before I kill her!” ugut Erfan dengan menudingkan jari kepada ahli keluarga Batresya. Sanggup Batresya buat onar pada majlisnya sendiri.


“Kak Resya!!!” laung adik, Batrina dari luar. Erfan segera menuju ke pintu dan melihat ke luar. Batresya membuka pintu kereta BMW dan segera meloloskan dirinya dan berlalu pergi tanpa berpaling ke belakang lagi.


“Batresya!!!” Erfan mengejari dari belakang akan kereta BMW ini. apakah salahnya sehingga Batresya meninggalkan dia di hari pertunangannya? Adakah jejaka ini yang berjaya merampasnya. Erfan mulai menanamkan sifat benci pada Batresya.


“I hate you!!!!” jeritnya sekuat hati.


“Erfan! Sabar nak!” mama dan papa memeluk erat badan Erfan yang terkulai layu. Erfan tak sanggup hadapi ini semua. Terlalu cepat dan mendadak. Kegembiraannya direbut dalam sekelip mata. Menyesal dia mempertaruhkan semua kasih sayang dan cinta buat perempuan ini.


“I will sue your family!” Erfan berkata dalam dendam dan segera berlalu pergi.


“Maafkan kami sekeluarga!” pohon mummy Batresya dengan linangan air mata. Tidak diduga Batresya menjadi senekad ini dan mencalitkan contengan arang di wajah mereka.


“Tunggu surat mahkamah dari keluarga kami!” hanya itu yang mama ucapkan dan terus meninggalkan rumah yang penuh memberikan kelukaan kepada anak terunanya. Pergilah, sebelum kau makin terluka, nak!



*****************


“Hey, mengelamun pulak. Aku tanya pun tak jawab. Where is Batresya?” soal Qey dengan menepuk bahu Erfan. Erisya tersentak dan tersedar dari lamunan panjang ini.


“Dah jadi arwah!”


“What? Bila?” Qey terlopong. Kenapa dia tak tahu akan cerita ini.


“Abang dah putus tunang dengan perempuan senget tu!” Erisya pula menjawab apabila melihat Erfan enggan bersuara. Mama hanya mengusap perlahan jemari Erfan sebagai memberi sokongan.


“How it come be?”


“Long story!”


“Takpe, aku ada masa yang cukup panjang nak dengari semua sejarah hidup kau ni!” ujarnya dengan senyuman yang panjang dan duduk rapat di sebelah Erfan.


“Silakan minum encik!” ujar satu suara manis dari belakang. Qey berpaling dan terkejut. E-an pun sama terkejut habis, kenapa banyak sangat kejutan yang E-an terima dalam satu hari? Gugurlah jantung hati E-an hari ini.


“Luv Izyan?”


“Abang Qey?”


Erisya tatap Erfan, Erfan tatap wajah E-an dan mama pula tatap ketiga-toga wajah ini secara bergilir-gilir. Adakah hari ini hari Jejak kasih sedunia ker?


“Ini memang Luv Izyan, junior di universiti Stanford, right?” ujar Qey pinta kepastian.


“Abang senior?”


Anggukkan Qey telah buatkan jantung E-an terhenti sendiri. Tak lama lagi rahsiaku akan bocor. Renungan tajam Erfan berikan kepadanya sudah menggambarkan seribu erti. Rahsia E-an kini bukan lagi menjadi miliknya.


“Kau kenal dengan E-an?”


“Yes, kami dulu satu Universiti kat sana!” ujarnya dengan gembira berjaya menemui junior yang telah lama diminati dalam diam. Luv Izyan, seorang mahasiswi yang popular dengan sikap rendah dirinya. Orang yang terlalu simple dan memiliki kecantikan asli sebagai gadis melayu.


Pertama kali digandingkan dalam satu projek, hatinya sudah tertarik. Kini, orangnya sudah ada depan mata, apa lagi, cucuk jarumlah. Peluangnya terbuka luas.


“Sama satu universiti?” Erfan menyoal laju dan tatap dalam-dalam wajah E-an yang menunduk. Habislah E-an hari ini.


“Can somebody help me!!!” jerit E-an dalam hati.



Bersambung...

Adakah Erfan akan mengetahui rahsia ini?

Like?


No comments:

Nuffnang Ads