Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Thursday, October 27, 2011

Mr.Senduk Rela, Miss Prince Cerming 3

[MR.Senduk Rela, Miss Prince Cerming]

Bab 3











“Akak buat apa tu yang khusyuk sangat?” sapa Eyla yang baru selesai melipat pakaian di ruang tamu terus menjengahkan wajahnya di skrin laptop itu. Entah apalah yang dibuat oleh kakak Fera itu semenjak dari tadi. Puaslah Eyla menteriak namanya dari ruang tamu, langsung tidak menyahut. Itu yang buatkan Eyla berniat dalam hati mahu mengacau Fera.

Mesti tengah layan Facebook lah itu. Entah apalah yang best sangat dengan laman sosial muka buku itu laa. Eyla sendiri kurang sangat dengan ber Facebook itu. Baginya dari mengadap Facebook, baik Eyla duk layan ayam kampung kat depan halaman rumah. Boleh jua keluar air peluh apabila mengejari anak-anak ayam. Yang best pulak itu, masa dikejari oleh ibu anak ayam itu. Best ooo…

“Akak..”

Diam. Tiada reaksi apa-apa pun.

“Akak!!!” kali itu suara Eyla lantang di tepi telinga Fera. Fera tersentak kecil. Pecah jua saraf kecil gegendang telinga kalau diteriak banyak kali tau. Hidung Eyla dipicit kuat oleh Fera. Nakal lagi.

“Sakitlah hidung Eyla. Kemik sikit jer, akak kena tanggung kos perubatannya tau!” usik Eyla lagi dengan senyuman lebar. Fera menjeling seribu kali. Perasan, macamlah hidung tu mancung macam Kareena Kapoor. Kalau setakat kemek macam keturunan belah ayam sekati, baik tak payah.

“Ada apa?” ujarnya pendek dan kembali khusyuk tatap wajah pakwe kesayangannya itu.

“Akak buat apa tu? Tengok cerita biru yaa! Bagitahu kat abah! Aaabbaahh!” pantas mulut mungil Eyla ditekup oleh Fera secara mendadak. Budak itu selalu sangat buatkan hatinya bikin panas. Fera terasa mahu sahaja hempuk wajah Eyla dengan buku novel Buku Prima ‘Cinta Kau dan Aku’ itu. Biar otaknya elok sikit saraf dalam itu.

“Apa yang bising-bising dalam tu?” teriak suara abah. Mereka berdua terkedu. Alamak! Abah dengarlah. Nak kelentong apa tu? Bala..bala..tsunami tu…

“Akak ni, abah!” Eyla mulai mahu mengadu manja. Keningnya sudah terangkat-angkat tinggi. Bestnya jadi pengadu itu. Boleh buatkan orang menyampah tau dengan diri kita tau. Nak tahu, cubalah jadi si pengadu macam Eyla. Syok tau rasanya..hidung Fera sudah kempas kempis menahan rasa geram.

“Tak ada pape abah!” nafi Fera laju mungkin. Dicubit lengan milik adiknya itu. Padan muka. Biarlah berbirat pulak lengan kau itu. Biar suami kau nanti berputih mata beristerikan Eyla. Love bite penuh satu lengan.

“Dah, jangan nak buat bising macam budak lelaki pulak. Diam sikit. Abah nak berikan ayam itik makan ni! Bising sekali lagi, dua-dua abah panggil turun kejarkan itik abah tu!” abah mengetuk kuat dinding bilik Fera.

“Baik, abah!” seru mereka berdua. Keduanya saling mengurut dada perlahan-lahan. Nasib baiklah abah ada kerja, kalau tak konfem abah akan datang sini dan berikan ceramah. Itu adik punya pasallah.

“Nak Eyla tolong ker abah?” Eyla menyengahkan kepala di tirai jendela. Bestnya lau waktu petang-petang itu bermain-main dan berikan ayam itik makanan. Rasa macam tenang sahaja lihat telatah binatang itu. Bunyi kicauan anak ayam itu bikin hati Eyla tenang sahaja.

Abah mendonggakkan kepala. Abah tersenyum manis sambil tangannya melemparkan sisa makanan kepada ayam dan itik di sarangnya. “Nak ker?”

“Nak..nak..nak!” teruja pula reaksi Eyla. Pantang diajak sahaja, cepat sahaja mahu.

“Tak payahlah. Eyla isikan borang tu dahulu. Dah siap, turun bawah nanti.” Eyla tarik muka. Bencilah dengan abah itu. Suka sangat spoilkan hati Eyla tau. Tapi, mesti ada sebab kenapa abah tidak kasi Eyla tolong.

“Baik, abah!” Eyla tersenyum manis. Geramnya lihat anak-anak ayam itu. Kalau dapat kejar itu..bestnya..saling kejar mengejari anak ayam. Eyla berpaling. Sasarannya mulai dikenalpasti. Target masih dalam dunianya sendiri. Eyla tersenyum sumbing. Inilah masanya, balas balik.

1..2..3.. jeng..jeng..jeng..jalan kenalah perlahan-lahan, nanti musuh dengar. Target nampaknya masih khusyuk lagi tu. Jadi, plan konfem akan menjadi. Tangan Eyla sudah mahu terangkat tinggi-tinggi itu.

“Haaaaahhh….Akak tengok apa?” Eyla sudah terpacul wajah di sebelah Fera. Kuss semangat tau, Eyla itu bukannya reti nak berikan salam. Tahu menerjah sahaja ragamnya.

“Tu.” Tunjuknya pendek. Apa kebenda tu?

Bebola mata coklat milik Eyla mengecil melihat skrin laptop mini Compaq itu. Aik, apasal macam pernah Eyla lihat sahaja lambang rasmi itu? Lambang cerita Goku ker? Tak pun cerita shin chan.

“Akak, tu laman website kartun Goku chan ker?” berminat sekali Eyla menempel di sebelah Fera dan kerusi ditarik dengan rapat-rapat. Bezita kan dah mati, so anak Goku pula yang berkuasa tu. Agaknya Goku ada lagi tak? Eyla mulai menyoal dirinya sendiri.

Kepala Eyla disekeh laju-laju oleh tangan Fera. Eyla itu hanya tahu kartun Goku sahaja. Sakitlah.. Fera tergelak nipis. Asyik tanya pasal Goku chan dia sahaja. Memang tak serius betullah si Eyla itulah. Semakin meningkat dewasa, semakin menjadi-jadi perangainya itu.

“Eh, kepala ni bayar zakat tau. Akak lak nak kena sekeh ngan senduk tak? Tangan ni dah gatai sangat-sangat nak ketukkan kepala orang ni!” Eyla perli dan mengacah-acah.

“Kau ni tu jer tahu, kan? Be more serius ok!”

“Akakss akuss speaking londonss..” perli Eyla dan menutup mulutnya laju-laju. Takut pelempang Fera terlepas di bibirnya pula. Kang, terjadi macam bibir Angelina Jolie, siapa nak tanggung?

“Eylaaaa!!!” tekan nada suara Fera tahap 5.5 tapi masih tahap rendah ringtone suaranya. Fera khuatiri abahnya mengamuk di luar sana. Oppss..terlebih sudah. Eyla, baik kau diam sekarang! Getus hatinya spontan.

Eyla terus setkan mood dirinya dalam mute dan lihat sahaja Fera leka key in apa entah dalam laman sesawang itu. Tak penat ker mata Fera duk mengadap skrin plasma laptop itu? Kalau Eyla, dah lama terlentok depan laptop. Sure siap boleh mimpi lagi.

“Akak..” setelah 10 minit berlalu..

“Hurm..” Fera menyambut sekilas. Jemarinya leka lagi di keypad.

“Akak…”

“Hurm..nak apa?” soal Fera dengan berpaling sekilas. Wajah Eyla yang penuh dengan kebosanan itu mencuit tangkai hatinya. Kasihan pulak dengan Eyla. Dia tengah bosanlah itu. Wajah pun 10 sen sahaja.

“Na..nak..nak..!”

“Nak apa?”

“Nak makan choki-choki.. lapar..” rengeknya dengan suara manja dan mimik wajah penuh manja. Alahai..nak makan choki-choki rupanya. Fera menyeluk beg sandangnya dan berikan seplastik kecil choki-choki itu.

“Nah.pi main jauh-jauh!”

“Yeah..dapat choki-choki..ni adik punya tau. Akak tak leh mintak!” ditarik laju kesemua 5 batang choki-choki dan disumbatkan ke dalam saku bajunya. Fera tersenyum. Perangai macam budak-budak. Umur tu dah nak masuk 20-an tahun. Eyla..Eyla..bilalah nak matang agaknya.

Terus choki-choki berperisa coklat itu terbenam dalam mulut Eyla. Nikmatnya!.. Terasa kurang sikit rasa lapar itu. Best tau makan choki-choki itu. Siapa yang tak makan, jangan berkawan dengan Eyla tau. He he he …

“Eh, ni kan laman sesawang rasmi unversiti yang adik kena masuk nanti, kan? Akak ambil kat mana laman website tu?” soal Eyla pantas apabila menyedari akan sesuatu di skrin laptop. Eyla terus merapati Fera kembali dan mahu sibuk-sibuk hendak tahu. Aik, cepatnya Fera bertindak.

“Well, kan akak ni miss google. Mana-mana akak tahulah! Tu la, selalu sangat dengan senduk! Tak berkembang langsung!” perlinya laju-laju. Fera kelihatan khusyuk sekali dengan laman website Universiti Malaya itu. Entah apalah yang diselidiki olehnya. Tak penat ker duduk lama-lama depan laptop?

Kalau Eyla memang akan muntah berdarah tau. Fobianya dengan laptop itu. Surat panggilan Universiti itu ditariknya perlahan-lahan. Eyla tersenyum sendiri. Bagaimanalah dia boleh tersalah anggap yang surat itu adalah surat cinta.

Eyla tepuk dahi. Lupa pula selepas keputusan STPM keluar, Eyla ada memohon kemasukan ke pusat pengajian tinggi dalam talian. Dek kesibukkan Eyla terlupa terus akannya mahu melihat sama ada diterima ataupun tidak. Hampir semua universiti dipohon olehnya. Universiti Malaya itu adalah pilihannya yang terakhir. Tak sangka yang pilihan terakhir itulah bertuah baginya. Rezeki kan..siapalah tahu akan perjalanan takdir masing-masing, kan?

Alhamdulillah, berjaya jua dapat tempat di situ. Moga Armia jua dapat satu university dengannya. Sekali lagi dahi Eyla ditepuk olehnya. Lupa pulak nak tanya pada Armia. “Akak, pinjam handphone kejap!”

“Nak buat apa?”

“Mahu hubungi Armia!”

“Nah!” nombor telefon Armia ditekan olehnya. Nada deringannya berdering di talian sana. Tak der si Armia itu? Mana pulak dia tu? Lalu helaan nafas dilepaskan dalam keluh kesahnya. Geramnya dengan si Armia. Masa penting sebegini pulak dia tak nak angkat telefon tau.

“Kenapa?”

“Armia tak angkat!”

“Dia sibuk kot!” duga Fera laju. Jemarinya pula semakin laju menaip sesuatu. Anak mata Eyla cuba membaca apa yang sedang Fera taipkan itu. What? Apa yang Fera taipkan itu sebenarnya. Laju semacam sahaja.

“Alaa…nah akak. Kreditnya tak jatuh tau. Jangan nak mintak Eyla top up tau!” terlupa pula mahu memberikan kembali handphone Sony Ericsson milik Fera. kang, nanti menangis pula berpisah dengan kekasih hatinya itu.

“Ala..kedekutnya adik akak ni!” hidung mancung milik Eyla diciutnya. Pipi Eyla jua dicubitnya lembut.

“Akak..memang tak sayang mulut ya. Nak ker kena ketuk senduk sekali lagi ker?”

Fera laju menggeleng. Jangan mahu dicari pasal dengan Eyla itu. Dia jenis cakap serupa bikin. Jadi, jangan nak berangan-angan cari pasal dengan adiknya itu. Terlalu brutal sangat. Kalah perangai budak lelaki.

“Akak….nak tengok jugak!” merengek Eyla dan duduk di sebelah Fera. Fera menggerakkan sedikit kerusi dan mempersilakan Eyla duduk di satu kerusi dengannya.

Diam. Sepi menghuni ruangan bilik itu. Hanya kedengaran bunyi kipas di atas siling sedang berputar-putar agar si penghuninya takkan merasa panas. Satu saat berlalu. Eyla sudah wajah kemerahan menahan marah. Fera…ni nak kena marah dengan Eyla tau.

“Akak Fera, kenapa taip macam tu? Kenapa lak letak status Eyla macam tu?” muncung bibir Eyla panjang sedepa setelah lama terdiam kaku di dalam bilik Fera. Skrin laptop jenama Compaq itu ditekan banyak kali dan ditunjal akan skrin laptop itu.

“Hey, calar sikit akak mintak 10 ribu!”

“Amboi, demand! tinggi!”

Of course! Pakwe kesayangan ni tau! Susah nak pujuk dengan abah tu!” mata Fera masih lagi kaku di skrin itu.

“Kenapa letak status adik dah berkahwin? Akak, Eyla baru berusia 20 tahun! Mana ada orang umur tu dah berkahwin! Akak ni..”

“Laa, bukan ker? Bukan ker tadi adik beria-ria nak sain surat akad nikah?” perli Fera lalu scroll up kembali. Fera memang sengaja buat status Eyla sebegitu. Fera tak mahu adiknya kena buli oleh senior masa di Universiti Malaya itu. Tak salah berbohong demi menyelamatkan adikku itu. Niatnya suci murni.

“Baik akak tukar sekarang sebelum adik humbankan laptop itu kat lubuk sawah tuu! Bagi jer pada kerbau supaya berendam atas laptop mini akak tu!” ugut Eyla laju dan bangun tegak.

“Ok. Janganlah nak humbankan pakwe akak tu. Kesian ia duk berkumbang dengan kerbau. Masam tau bau!”

“Tahu takut. Buat lagi perangai macam tu!” Eyla memeluk erat badan. Kali itu, pandangan mata Eyla semakin teliti lagi apa yang Fera mahu key in dalam borang itu. Cukuplah buah pisang perlu berbuah sekali sahaja.

“Ni nak letak siapa ya? Siapa yang nak jadi penjamin adik?” soal akak setelah selesai perkara pertama. Kali itu, laman website PTPTN pula dibuka olehnya. Waahhh…cantiknya laman website dia. Semua latar belakangnya berwarna biru. Naklah laman web itu. Eyla merasa teruja pulak nak melihat lebih lanjut akan hal itu.

“Laa..akak, adik manalah pernah masuk penjara sampai nak ada yang jamin ni!” dungulah pulak Eyla itu seorang. Masakan penjamin dan dijamin pun tak tahu pulak? Memang selalu minum air semutlah tu di masa lapang.

“Eyla, more serius, ok!” sergah Fera dengan lebih kuat. Pulas jua telinga si Eyla itu jua. Suka sangat main-main tau. Bila masalah dia mahu berlagak serius.

“Ok. Abah dan mak la. Siapa lagi!” ujarnya spontan. Ya tak ya jua, siapa lagi yang dapat jadi penjamin, kan. Takkan dirinya pula mahu dijadikan penjamin dalam pinjaman pelajaran peringkat ijazah itu?

“Ok!” jemarinya tangkas menaip semua data mengenai maklumat abah dan maknya.

“Dah siap!” Fera bangun dan meredakan rasa kebas di punggungnya itu. Eyla tersenyum. Ada muslihat sedang bersarang dalam hatinya. Fera pula semakin menjauh. Khusyuknya sekali Fera termenung di jendela. Kali itu, giliran Eyla pula duk meng’skodeng’ dan terokai isi laptop peribadi milik Fera itu. Apa yang Fera selalu duk khusyuk sangat ya. Jom skodeng jap sama-sama ya!.

“Kan betul, akak duk layan Facebook. Mana pulak gambar pakwe dia tu.?” Tangannya lancar meng click semua gambar yang ada. Mana pulak bakal abang ipar Eyla itu. Jangan haraplah akak Fera dapat menyembunyikan apa-apa dari dirinya tau.

Sesekali Eyla berpaling. Janganlah akaknya perasan yang Eyla sedang cerobohi facebook peribadinya. Akaknya selalu sangat berahsia mengenai pakwenya. Kejap ya. Eh, takut ada dalam album bernama ‘Sweet’. Ditekan double click dan berbaris keluar semua gambar yang ada.

Perasaan ingin tahu begitu membuak-buak dalam hatinya. Siapakah orang lelaki itu? Yang mana satu gambarnya itu. Yang itu kot. Gambar akaknya dengan seseorang lelaki ditekannya sebanyak dua kali.

“Mak!!” jeritnya kecil dan Fera terkejut. Tangannya menutup mulut seolah benar-benar terkejut. Adakah dia orangnya. Akak memang pandai berahsia. Lantas dia berpaling. “Kenapa, dik?”

“Akak.. betul ker ni?” soalnya dengan mata membulat. Teruja pun ada. Dia tu kot orangnya yang akak sibuk rahsiakannya. Kalau dia..best sangat-sangat.

“Betul apa?”

“Ni..,” tunjuknya sesuatu di skrin laptop. Fera segera datang dan duduk di kerusi. Matanya membulat. Eh, bila masa pula gambar itu ada di dalam akaun Facebooknya itu?

‘Laa..tu kan gambar Aaron Aziz! Ingat apalah tadi. Kuss semangat tau!’

“Adik ni suka sangat buat gabra tau. Tu kan gambar aaron aziz dalam drama Nora Elena!” ujar Fera dengan mencubit kuat lengan Eyla. Sakitlah. Dah lah tangan tu kecil sahaja.

“Eyla ni peminat setia dia tau! Akak, kenapa tak bagitahu ada gambar dia?”

“Dah Eyla selalu sibuk dengan senduk.” Senangnya dia cakap. Eyla sendukkan jua dia tu tau. Geram itu. Dahlah ada gambar Aaaron aziz pun tak bagitahu kat Eyla.

“Akak..!”

“Ye, akak diam sekarang!”

“Eyla..akak ada benda nak tanya kit ni! Dah lama akak nak tanya, tapi selalu lupa sahaja!”

“Apa? Pastikan soalannya relevan!” ujarnya sekilas sambil duk layan gambar-gambar Aaron Aziz itu. Hensem dia itu, jejaka kelahiran Singapura itu. Anak-anaknya jua kiut macam ayah mereka tau. Drama Nora Elena itu adalah drama paling best bagi lakonan Aaron Aziz itu.

“Kenapa Eyla susah sangat nak baca surat? Terutama sekali dengan surat cinta?” mimik wajah Fera benar-benar serius sekali. Ada jua Eyla gelak tergolek kat sini, kang..

“Eyla perlu jawab ker?” dalam helaan satu nafas Eyla menjawab pendek. Minatnya mahu menerjah habis gambar Aaron Aziz terbantut sudah. Argghh..semuanya kerana budak hingusan itulah. Semuanya kerana dia. Budak lelaki masa zaman dia berusia 9 tahun. Semua terjadi masa kami semua duk main masak-masak dan pondok-pondok di bawah pokok besar depan rumah mak cik Fuyoo..


bersambung... Like ker? :)

*************************************

P/S :

First LIKE Page Ayu di Facebook yaa.. [Acu Tekan Sini] dulu

Sory kerana lambat post bab 3..Ayu duk tunggu bab 2 keluar lam p2u, tapi tak keluar-keluar jua..jadi, ayu pun fikir baik ayu post dululah lam blog ayu yaa....so, lau rajin tu komen ya...dan jgan lupa gelak tu..gelak kecil2 ya..dengan karenah Eyla itu. ayu abadikan karenah Eyla tu buat seorang teman ayu yang disayangi selalu...

No comments:

Nuffnang Ads