Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Friday, September 30, 2016

Novel : H.A.R.D 2


Bab 2

"Finally, I got you,"

Aku sudah putus oksigen untuk bernafas. Mati sudah rasa takutku, kini diganti dengan rasa selamat dan ragu ragu.

"Apa maksud kau,Hard?" Aku kenal lelaki ini. Dia,Hard. Sukar dicari dan senang muncul diri apabila aku terdesak dan tersepit dalam kesusahan.

"Kau buat apa kat tempat sunyi ini? Kau jual barang yer," Hard mereka hikayat.

"It is not your bisness. Kau pulak? Awat muncul? Kau pergi ke mana selama ni?" Sungguh aku curiga kewujudan lelaki bernama Hard ini.

"Itu bukan jawapan yang aku mahu dengar," Hard terus keluar dari kereta dan menghampiriku.

"Aku.., aku cuma tersesat," malas aku jujur dengan Hard. Menyakitkan hati sahaja kalau beritahu hal sebenar.

"Kau? Sesat? Really??" Tiga tanda soal dalam ayat Hard. Kan...nampak sangat Hard tidak pernah yakin padaku.

"Itulah kau. Mana pernah kau nak yakin dengan aku. Now, leave me alone!" Aku menghalau Hard. Bagiku, Hard ada ke, tak ada ke.., takkan membantu apa apa. Menambah kan rasa sakit hati..,adalah.

"Merajuk! Dah. Cepat naik sebelum kau kena tangkap," Hard berkata selamba dan terus pakai kembali kaca mata hitamnya.

Tangkap? Apa maksud Hard? Ke..Dia..bos Itu? Aku dah mulai mereka hikayat yang tak pasti dalam kepala otakku.

"Farizlia Brahim! Baik kau masuk sekarang,sebelum aku tukar fikiran." Hard dah jenguk kepala di tingkap.

"Aku takkan naik satu kereta dengan kau!" Ya, namaku adalah Farizlia Brahim. Seorang gadis yang degil tahap petala.

"Kau jangan uji kesabaran aku. Aku bilang sampai 3. Kau tak masuk,aku dukung kau!" Amaran pertama Hard keluar kan.

"Hey! Jangan ugut aku!"

Belum sempat Hard nak balas, satu suara menjerit.

" Cepat wey, Aku dah jumpa saksi itu. Kau..Jangan lari!!" Nampak beberapa orang lelaki sedang menuju ke arahku.

Hard dah pasang gear. Asap kereta itu berterbangan. Aku pula..Apa lagi, tinggalkan degil kat luar dan selamatkan nyawaku.

"Cepat Farizlia." Gesa Hard. Usia sahaja aku masuk ke dalam kereta, Hard sudah memecut laju.

Sungguh.. aku keliru. Siapakah Hard sebenarnya. Dan bagaimana dia boleh ada kat sini. Pada masa dan jam yang tepat tatkala aku dalam kesusahan.

"Pegang kuat kuat. Kita mungkin akan melambung lambung."

"Pastikan aku hidup. Aku tak mahu mati sekarang." Rayuku di luar sedar. Hard kian serius melarikan diri.

"Ni bukan masanya lagi untu kau hilang nyawa. Kewujudan kau,Farizlia telah tersurat. Kau wujud,aku akan wujud." Hard berkata serius.

Stereng kereta dipegang kemas oleh Hard. Hard yakin yang Farizlia pasti keliru dengan bicara dia. Hard sendiri sukar mahu jelaskan hal sebenarnya.

Biarlah rahsia dahulu. Bila keadaan sudah tenang, Hard akan menceritakan segalanya.

****

No comments:

Nuffnang Ads