Bab 18 Temu Janji Cinta
Dia masih lagi setia menantikan jawapan di talian sana. Entah apalah yang dia mahukan daripadaku. Sudah puas ditolak, dikatakan tidak, masih lagi kunjungan rombongan itu datang ke rumah. Apakah kepalanya diperbuat daripada batu ker?
"Encik ni memang tak faham bahasa Melayu ek? Apa nak saya cakap bahasa Jerman ker?" Kaseh memulakan bicara di talian sana.
"Ha- ha- ha."
"Kenapa pulak encik gelak ni? Saya bukannya sedang melawak. Kan dah banyak kali saya cakap, jangan bawak rombongan ke rumah saya. JANGAN! HURUF BESAR lagi tau!! Kat bahagian mana lagi yang encik tak faham ni?"
"Kalau Kaseh nak marah.. marahkan hati saya ni. Saya tak bersalah. Saya hanyalah insan yang menurut kata hati sahaja. " Tengok! senang sahaja jawapan dia berikan. Kita pulak yang membara di hati ini.
"Encik, tolonglah! Saya masih belum bersedia nak jadi milik sesiapa lagi. Hati saya masih lagi dalam terluka. Encik pun tahu kisah saya dengan Zairey dulu bagaimana. Bagaimana setianya saya menantikan Zairey. Last-last saya ditinggalkan begitu sahaja. Maafkan saya seandainya saya masih belum bersedia mahu menerima lelaki lain dalam masa terdekat."
Aww.. Deep itu jawapan yang Kaseh berikan.
"Saya faham hati Kaseh."
Kami jadi diam seketika. Bagaikan tiada kata mampu diucapkan lagi. Aneh pulak rasa tika ini. Apakah sebegitu dalam sekali cinta Kaseh buat Zaireykah?
"Maafkan saya, encik. Bukan niat saya mahu hancurkan hati sesiapa lagi. Cuma, berikan saya masa. Seandainya ada jodoh, ke mana sahaja saya lari.. saya akan kembali semula kepada jodoh saya. Assalamualaikum."
Talian sana dimatikan. " Waalaikumussalam,"
Bunyi deringan telegram masuk ke handphone milik BMW.
-So, bagaimana sekarang? Apa rancangan kau yang seterusnya? Takkan dah nak mengalah pula,- talian telegram masuk. BMW pandang sekilas.
Badan direbahkan di atas katil. Kaki disilangkan.
-Kalah aku sebelum berjuang ahh, beb. Dia dah siap potong aku punya jalan.- balas BMW
Typing di bahagian sana
-Yuhoo...masakan dah angkat bendera putih kot, bro.. Malu beb kalau kaum kerabat tahu ni-
-Hebat betul cinta dia kepada Zairey. Entah apalah hebatnya si adik tiri aku tu di mata Kaseh. Aku pulak jadi jeles ni ngan si Zairey tu.-
-Sebut hal tu, sejak bila kau tahu yang adik tiri kau tu adalah kekasih Kaseh?-
BMW diam. Kalau bukan kerana itu, sungguh dia takkan tahu hal itu.
****
No comments:
Post a Comment