Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..
Showing posts with label Diakah Yang Aku Nantikan. Show all posts
Showing posts with label Diakah Yang Aku Nantikan. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Terima Kasih kawan2 Ayu




Terima kasih kerana sokong cerpen Ayu ni..
Tekan je ya...click tau..
terkejut ayu lihat...wow...dah ramai yang baca..
komennya pulak dah 30 orang...ramainya

TQ..TQ..yang sudi baca cerpen Ayu tu..
ramai yang komen ..sweetnya cara Shad lamar Ayuni..
heheheh...

insya Allah, cerpen Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku akan Ayu post
jua lam P2U ...
jika sempat siapla...hehehheeh

sekali lagi
Izinkan Ayu mengucapkan terima kasih bagi yang baca
Izinkan Ayu ucapkan TQ kerana sudi dropkkan komen
Izinkan Ayu jua terus berkarya dan
perbaiki cara olahan ayat Ayu...
TQ..

sesungguhnya idea tu dari Yang Maha Kuasa
Ayu hanyalah penulis biasa..ada hati, ada rasa...

Friday, October 28, 2011

Cerpen: Diakah Yang Aku Nantikan?


Cerpen: Diakah Yang Aku Nantikan?



31 August. Kejap..Itu kan tarikh untuk besok punya. Alamak? Esok kan adalah tarikh terakhir bagi salah satu projek design aku itu. Aku bangun pantas dan menggapai fail SH. Aku tarik satu fail merah jambu yang berada di belakang aku dan menilik isi kandungannya. Aku buka perlahan-lahan. Tertulis sedang dalam proses mengedit. Apa? Proses edit? Pyaa!!!!!! Aku jerit dalam hati.

Budak bertuah ni, kenapa tak cakap awal-awal? Sempat tak lagi ni aku nak siapkan semua itu dalam jangka masa hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi? Nampaknya, semua benda belum siap lagi ni. Bagaimana ni? Apa yang perlu aku buat? Masa semakin suntuk. Saat semakin mendesak dan minit semakin mencengkam sanubariku.

Aku pangku kepalaku. Aku buntu, tak tahu nak capai yang mana satu ni. Dahlah si Fezry itu outstation. Nak mintak tolong pada siapa lagi ya siapkan semuanya? Iqa? Tikah? Zu? Ataupun Rex? Arghh…aku buntu..!!!

Beginilah, aku akan cuba buat yang mana sepatutnya dapat disiapkan dahulu. Lepas itu barulah aku cuba ikhtiarkan cara lain pula. Setuju?..dan semua anggota badanku segera memainkan peranannya. Tanganku ligat sekali menekan papan kekunci lalu mengeditkannya dalam satu system software design.

Aku hanya mengedit yang mana patut akan senarai gambar design aku itu. Yang mana perlu ditambah warnanya, aku tambahkan bagi tampak lebih menarik dan timbul aura warna itu. Skop kerjaku itu amatlah rumit sekali. Semuanya perlukan penelitian yang kemas dan teliti.

Tetikus di scroll up dan down banyak kali bagi memilih warna yang bersesuaian dengan tema yang dikehendaki oleh pelanggan. Nak pilih warna hijau ker? Tak sesuailah. Warna pink? Yaarrrkk…lagilah tak sesuai..haaa..warna merah hati, barulah masuk dengan tema.

Done! Settle bahagian yang pemilihan warna tema. Sekarang ni nak pilih untuk gambar pulak. Klien aku mahukan gambar yang apabila lihat tu akan tampak keasliannya. Tak kisahlah apa-apa pun, janji rekaan mereka akan tampak ‘hidup’. Bersesuaianlah dengan tema mereka ‘Setia hanya untuknya’.

Gambar. Kat mana aku nak cari gambar orang yang ‘hidup’ tapi tiada kena mengena dengan orang yang hidup dalam dunia ini? Yaa.. Google.. laju sahaja jemariku menekan ikon google chrome dan taip apa-apa yang berkaitan.

Berbaris-baris keluar senarai maklumat yang aku perlukan. Aku direct click pada google image. Rambang mataku mahu memilih yang mana satu ni? Semuanya gambar ada kaitan yang hidup. Aku hanya mahukan gambar yang langsung tiada kena mengena yang hidup ataupun dah meninggal dunia.

Kat mana lagi nak cari ni? Cuba aku taip perkataan lain pulaklah. Kali ini aku cuba cari kat mana–mana laman website. Cuba sajalah dulu. Manalah tahu ada kot. Fuhh..mintak-mintaklah ada..please..

Bismillahirrahmanirrahim.. aku tekan butang search.

Berbaris keluar gambar. Aku mulai memilih dan menilik satu persatu gambar yang ada. Aduhai, kesemuanya langsung tak menepati apa yang aku mahukan. Macam mana ni? Masa dah semakin suntuk. Duduk aku semakin tak tenang. Asyik mahu duduk bangun ajer.

Tetikus di scroll ke bawah lagi, bawah lagi dan sampai page 17 namun tiada satu berkenan di hati. Susahnya projek rekaan kali ini yang pihak syarikat kami terima. Sehingga sudah sampai kepada Show more results pun aku tetap tak temuinya. Tolonglah aku..duhai google chrome..please..kali ni ajer..

Mataku terpejam rapat dan hatiku berdoa kecil agar kesusahan ini akan terkurang sikit. Dengan sekali lafaz doa, aku membukakan mata. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.

Zuppss…pandangan mataku tatap pada satu gambar yang baru siap loading. Pandanganku berderau saat lihat gambar itu. Degupan jantungku berdegup luar biasa sekali. Aku pegang jantungku. Dup dap! Dup dap! Kenapa ni duhai jantungku?

Aku merenung gambar itu tanpa berkelip-kelip. Seolah-olah pandanganku sudah terpaku di situ. Takku sangka aku akan jadi sebegini. Tanganku bagaikan mengerti kerjanya dan menekan kepada imej besar. Ya Allah, subhanallah. Besarnya ciptaan-Mu itu. Dia memang sebaik-baik kejadian.

Yeah..itu gambarnya. Aku dah jumpa..dah jumpa..terima kasih pada Ilahi dan jua medium internet itu. Aku terus berbuat apa yang sepatutnya. Gambar itu terus diselitkan sekali dalam rekaan aku itu. Hanya aku perlu ubah contra warnanya bagi menampakkan seolah-olah gambar itu sudah bersatu dengan latar belakang rekaan itu.

Perfect! Imej yang tercipta dari rekaan aku itu disimpan dalam memori komputerku dan disimpan di desktop aku agar memudahkan Pya mencetak dan menghantarkan ke emel pelanggan kami nanti.

“Siap jua! Syukurlah tak banyak sangat yang perlu di editkan sangat tu!” aku mengeliat sekuat mungkin bagi merilekkan sendi-sendi dan otot-otot di dalam figura badanku. Leganya dapat menggeliat.

“Eh, tapi kan gambar yang aku gunakan tadi tu tak ada kaitan dengan yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia, kan?” hatiku berbisik nakal di dalam kepalaku. Mataku yang mahu terpejam terbukak luas. Ya tak ya jugak, aku pakat amik sahaja tadi. Langung tidak check. Habislah aku.

Aku terus membuka kembali google chrome dan mencari-cari punca asal aku dapatkan gambar tadi. Kat mana pulak ia pergi ni nama url dia. Cepatlah..aku dah kesuntukkan masa itu. Mana ni?

Deringan telefonku berdering kuat. “Atok sakti kau pecah..ehhh..” latah aku spontan dan aku lempang bibirku sendiri. Kuss semangat aku. Siapa pulak yang hubungi aku ni? Kerlipan butang warna merah menyala-nyala menandakan panggilan masuk dari luar.

Klien ker? Dengan helaan nafas, aku angkat jua panggilan itu. “Hello, Ayu speaking here, may I help you?”

“Madam Ayu?” suara serak-serak basah mulai menyapa corong telefonku. Aku terhenti menekan tetikus dan mulai minimize kan window itu.

“Actually, I’m miss Ayu!”

Sorry, miss Ayu. Saya dari SH bhd. Pihak kami hanya hendak maklumkan yang esok mesyuarat tu akan bermula pada jam 10 pagi. Boss saya mahukan cik Ayu datang awal setengah jam dari waktu mesyuarat itu akan bermula. Boleh kan?”

Bagaikan dijerut dengan tali pada leherku saat mendengari peringatan baru itu. Sempat ker aku nak siapkan 100% hari ni jugak? Aku terdiam. Apa yang aku nak balas ni? Kalau aku cakap, aku mintak masa sikit ajer, agak-agak mereka akan berkompromi tak?

“Cik ayu?”

“Ye, saya bersetuju.” Aku katup mulut. Alamak? Kerana mulut badan binasa, itulah yang melanda diriku sekarang.

“Baiklah. Nanti cik Ayu hantarkan softcopy semua rekaan itu ke emel kami. Kamu mahu lihat dahulu sebelum mesyuarat berlangsung esok. Terima kasih.” Talian dimatikan laju. Aku mengeluh kasar. Sah. Aku memang akan mati tertegaklah besok kena maki hamun oleh pelanggan.

Niatku mahu mencari sumber asal gambar tadi terbantut sudah dek panggilan telefon dari SH itu. Apa yang aku nak buat ni? Aku jadi rasa geram tiba-tiba. Kerja yang sebegini senang pun, Pya masih lagi lalai. Pya suka biarkan kerjanya terbiar begitu sahaja. Kesudahannya, aku jua yang membetulkan kembali semua hasil kerjanya. Aku ni kan bos, dia tu apa?

“Pya!!!” intercom Pya bergema. Tergolek jatuh choki-choki yang mahu dimasukkan ke dalam mulutnya. Pya terpana dan terkejut. Alamak, bos ker yang interkom Pya sekarang ini?

“Yess boss?”

“Masuk bilik saya sekarang juga!” intercom aku tekan butang merah. Tumpuanku kembali di skrin PC aku. Pya menunduk lemah. Bossnya itu kalau marah memang bergegarlah pejabat. Tahan telinga ajelah. Ingat Pya, kau tu hanya kuli sahaja. Walaupun kau rapart dengannya, tapi hal kerja memang majikannya itu tegas.


*******************


Pya tekun sekali tatap skrin PC. “Yang mana satu ni gambar foldernya?” tetikus itu ditekan double click pada mana-mana gambar yang ada di desktop. Aduhai, salahnya jua yang tak dengar dengan jelas akan arahan itu dari kawan baiknya sendiri.

“Pya, kau hantar satu soft copy pada alamat emel ni. Semuanya saya dah letakkan dalam satu folder. Ingat, jangan buat silap lagi. Silap lagi, kerugiannya kamu tanggung!” terngiang-ngiang arahan aku di dalam kepalanya. Jangan buat silap lagi, Pya!

Mata Pya terpaku pada satu gambar rekaan itu. Mesti yang ini. Tanpa berfikir panjang, terus Pya menghantarkan kesemua gambar dalam folder itu dan beres. Kerjanya sudah siap. Hanya tinggal kemaskan meja sahaja, mop lantai dan buangkan mana-mana sampah yang ada. Pya bernyanyi-nyanyi kecil. Riangnya dalam hati. Semua kerja dah siap. Hanya tunggu masa nak balik sahaja. Letihnya hari ini. Satu mesej ditekannya dan di send kan kepada kawan baiknya itu.


+Settle semuanya Ayu+


Klik..mesej masuk..yea..yea..


+Done+


Aku membalas dan tersenyum manis. Hatiku lapang selapangnya. Mahu sahaja aku berhenti sekejap di taman KLCC bagi meredakan segala keletihan itu. Sesekali hirup udara yang segar, ok jugak kan.

Signal kiri diberikan dan keretaku meluncur laju ke parking KLCC. Akhirnya dapat jua aku releasekan tenson aku. Keretaku dikunci dan aku berjalan-jalan menuju ke lift. Sunyi sepi sekali di lift paras parking itu. Badanku terasa seram sejuk. Jangan nak mengada pandang belakang. Pandang sahaja ke hadapan.

Ting.. lift terbuka. Syukurlah, dah lah aku ni jenis penakut. Laju-laju aku masuk ke dalam lift dan mulai menekan paras butang G. Aku rasakan yang aku tak keseorangan dalam lift ni kan. Aku berpaling dan MAK!!!!

Seseorang sedang menekup wajahnya berada di sebelahku. Wajahnya sedikit terlindung dengan jaket jet ski. Dia ni manusia ker atau jelmaan hantu. Dia berpaling apabila terdengar teriakan aku. Hanya nampak bebola matanya sahaja. Aku dah cuak. Cuak secuaknya.

“Tolong..tolong..pontianak.. ponti anak lelaki ni…” aku mulai terjerit-jerit dan mengetuk lift. Cepatlah lift terbuka. Aku dah takut ni, darah aku hanyalah jenis O+ jer. Bukankah Pontianak sukakan darah. Keringlah saluran darah aku lepas ini.

Kalaulah Pontianak tu macam Edward Pattinson, konfem aku rela dalam rela serahkan darahku padanya. Chewahh..beranganlah kau, Ayu!! Ayu, kembali pada asal. Jangan nak tahu berangan sahaja.

Pontianak itu berdehemen kuat. Aku dah tahap takut gabra. Eh, aku kan ada tali pinggang taekwando. Inilah masanya untuk aku praktikkan pada Pontianak itu. Dengan sekali langkah, kakiku sudah menghentam di bahagian sensitifnya.

“Adoii..” dia mengerang kesakitan. Senaknya!

“Nak lagi ker wahai ponti anak lelaki?” tanganku sudah menggayakan ala-ala samseng kampung seberang. Tanganku mulai menari-nari meminta dia masuk langkah.

“Enough!” arahnya dengan tangan menahan aku dari terus membelasah bahagian sensitif itu.

Dia membukakan jaket jet ski. Wajahnya terpapar di iras wajahku. Alamak? Alamak? Kenapa? Mengapa? Wajah lelaki itu tajam memanah wajahku. Dia sedang marah ker? Bukan sedang marah, memang dah marah.

“Kenapa kau tendang aku?” lesung pipit tercipta di lekuk pipinya saat bibirnya bersuara. Hensem jua lelaki perengus itu. Wajah serius nak mampus. Tak reti nak senyum ker?

Lidahku terkelu saat tatap wajahnya. Wajahnya, hidungnya, pipinya, lekuk lesung pipitnya serta renungan matanya, kenapa aku rasakan bagaikan pernah berjumpa? Aku berfikir sekejap dan abaikan pertanyaannya. Lama jua aku merenungi dia dan oh aku nampak riak wajahnya penuh dengan marah.

Ting..lift terbuka. Kami berdua berpaling serentak. Peluang baik ni. Aku tatap wajahnya silih berganti. Mana satu pilihan aku? Nak larikan diri ker ataupun jawab soalannya? Dia seakan-akan dapat tahu akan apa yang bersarang dalam kepalaku. Lalu..zuuppp…lari…l.a..r..i..

Aku terus pecut langkah 200 meter ke hadapan dan teruskan berlari menaiki tangga bergerak. Hi hi bye bye ya…Aku langsung tidak menoleh ke belakang lagi. Yang penting, selamatkan diri aku dahulu. Kini, kau dah jadi sejarah. Kita takkan bertemu kembali. Selamat tinggal sejarahku.

“Crazy girl!” getusnya perlahan dan menunduk menahan senak di bahagian bawah. Boleh tahan jua taekwando perempuan itu. Kalaulah dia bertemu sekali lagi, siaplah. Tak cukup tanah dia akan kejari perempuan sengal itu. Jaket itu dipakai balik dan “Aooouuuchhoomm!” berair sudah hidungnya kerana perubahan iklim cuaca di Malaysia ni.


**************************


“Stop!”

Itu bunyi suara polis cawangan trafik mana pulak yang arahkan aku berhenti ni? Kan, aku sedang berjalan di bahagian pejalan kaki. Aku berpaling ke belakang sejenak. Berderau darah naik ke wajah aku saat lihat wajah orang yang sarankan aku berhenti. Kali ini memang aku takkan hentikan langkah kakiku itu. Biarlah apa mahu terjadi pun. Aku dah tak kisah lagi.

Aku masih terus jua melangkah pergi. Terus melangkah lebih laju lagi. lagi laju..dan terus laju..

“I say stop your step now!!!” teriakkannya semakin lantang. Lelaki itu masih setia mengejari aku walaupun aku dah keluar dari bangunan SH itu. Malunya aku. Kenapa itu pulak yang terjadi. Kenapa???

Dek kerana rekaan itulah yang buatkan diriku menjadi glamour sekejap. Tidak sampai dalam masa 2 minit, aku diserbu oleh dia. Betapa dunia ini kecil sangat. Mahu sahaja aku pengsan saat dia melangkah masuk dengan penuh bergaya dan mengemudi mesyuarat kami semua. Aku berlagak tenang dan buat-buat tak kenal dirinya.

Dalam hati, berdebar kencang nak mampus saat anak matanya tajam lihat aku semasa sessi perkenalkan diri. “Kaseh Ayuni from KAY berhad!”. Dia tatapku lama dan baru mempersilakan aku duduk. Selamat aku, dia masih lagi berlagak professional di kalangan ahli-ahli mesyuarat yang lain. Kalau tak, tak berasaplah dapur nasi kami semua sekiranya ditolak akan hasil kerja kami.

Aku berkira-kira mahu segera beredar tapi dia berterusan membuli aku dalam cara paling halus sekali. Sesiapa pun tak menyedarinya, hanya aku yang sedari. Jahatnya dia. Hampir semua pembentangan aku, dipatahkan oleh hujah-hujahnya. Fussy bebenarlah dia tu.

Tiba saat aku paparkan rekaan aku, semuanya terpegun lihat rekaan aku. Supervb! Tapi..kenapa gambar itu macam pernah ku kenali. Alamak, tersalah rekaanlah. Dia sudah berona merah. Alamak, mana pulak suis nak padamkan rekaan itu. Kelam kabut aku tercari-cari dan terus ambil jalan pintas dengan mencabut plug laptopku. Suasana menjadi terang bederang.

Tanpa buang masa, aku pun segera beredar tanpa berkata apa-apa lagi. Biarlah projek itu jatuh tangan Robert sekalipun. Aku malu. Malu sangat-sangat. Kenapa itu terjadi, aku tak sengaja. Benar-benar tak sengaja.

Aduhai, itu semua salah si Pya laa...Suka sangat tersalah hantar menyebarkan cover rekaan yang aku buat sendiri tau. Geramnya aku. Sudah, kang dah kena jelaskan hal sebenarnya.. dahlah aku tersalah paparkan di hadapan semua ahli mesyuarat agung. The best part of thing, dialah CEO baru di tempat aku mencari rezeki. Dia baru dilantik bagi menggantikan tempat CEO lama. Mak!! Satu kebetulan yang langsung tidak diduga oleh akalan warasku.

"Encik-tak-tahu-apa-nama, saya dah cakap banyak kali yang ni semuanya salah faham. Kawan saya tu jenis tak betul orangnya. Suis dalam kepalanya dah tercabut." Dia berjaya jua menyaingi langkahku dan berjalan di hadapanku sedang berjalan.

"Nonsense, kalau bukan saya dalam rekaan risalah tu.. masakan kamu ada gambar peribadi saya?" tegasnya lagi dan menunjukkan risalah gambar dalam versi cetak. Sejak bila pulak dia mencetak rekaan itu? Ada udang di sebalik mee sedap ni..

Pening. Aku pening melayani lelaki di alam nyata itu. Baik aku lebih rela melayani lelaki di alam maya, konfem takkan sepening itu. Hanya satu jawapannya bagi menyakin lelaki itu. Pya! Dialah penyebab segalanya.

Tanganku menyeluk saku dan mengeluarkan handphoneku. Hanya satu nama berlegar-legar dalam kepalaku kini dan selamanya. Pya.


+Pya..Kau dtg cni jua. settlekn mslh ni. Dtg skrg jgk+


Butang send mesej ditekan. Lelaki itu masih lagi tegak di hadapanku. Berpeluk tubuh. Senyumannya sinis sekali dan sesekali menatap jua wajah sendiri di dalam cover itu. Hurrmm..boleh tahan kacak jua rupa diri sendiri. Pandai gadis itu merekanya dan mengolahkan gambar itu tampak seolah ‘hidup’.

Aku curi peluang keemasan itu dengan tatap wajah terkini dia itu. Dahulu wajahnya tertutup kini, terpapar semua raut wajahnya. Aku suka sekali lihat renungan matanya. Tajam dan menusuk kalbu.

"Encik!" suara itu merdu sekali tapi kenapa wajah gadis itu suram? Dari sinar alis matanya menggambarkan seribu kesunyian, kesepian. Adakah dia orang yang seperti burung dikurung dalam sangkar emas?

"Hurmm..!"

"Saya..s..aa..yaa..bukannya sengaja nak minum kopi gambar encik.."

"Minum kopi?" keningnya bertaut menjadi dua. Aduhai, kenapalah dia tu kacak sangat apabila wujud di alam kenyataan. Kalau dalam gambar pun boleh tergoda dengan renungan matanya, apatah lagi di alam nyata.

Dup dap! dup dap! jantungku berbunyi..ada seseorang dalam bahaya..apa yang penting..

"Ehh...tercopy gambar encik. Tu sebenarnya design saya sendiri di masa kebosanan. Tak sangka pula kawan saya tersalah ambil dan silap sebarkan di internet. Saya mintak dia uploadkan gambar yang lain." jelasku dengan panjang lebar.

“Jadi awak memang cakap yang awak sengajalah 'minum kopi' gambar saya tu?”

“Taa..kkk.. Bukan macam tu maksud saya.!”

"Kiranya awak ni dah cerobohi hak asasi gambar peribadi saya tau! Saya ada hak nak saman awak tau!!" rekaan risalah itu dilayang-layangkan ke udara. Hatinya seolah ingin mengusik perempuan berwajah manis itu. Comelnya dia. Berbeza sekali dengan mana-mana wanita yang pernah dia kenali sebelum itu.

"Saman saya?”

"Ya, agak-agak kalau saya saman 1 juta, boleh?" Dia tergelak besar dalam hati. Entah kenapa dari pandangan mata yang pertama, dia sudah terjatuh hati. Inikah dinamakan jatuh cinta pandang pertama. Rupanya memang wujud perasaan itu.

"Matilah saya macam tu! Mati tertegak tau encik. Encik ni memang Fussy!" kutukku semahuku. Rasanya tanganku ringan sahaja nak ambil kasutku saiz 7 dan ketuk-ketuk ke wajahnya itu. Dasar pembelit. Kaki pengikis duit perempuan.

"Ok done, see you in court!" senyumannya makin lebar dan tanganku jua makin ringan nak ketuk kepala dia dengan kasut tumit tinggi itu.

Sengal. Sebal. Itulah yang aku rasakan saat itu. Panasnya bahang dalam hatiku saat melihat renungannya yang tak henti-henti sejak dari tadi. Entah apalah yang ditenungkan sangat akan wajahku itu. Bukannya aku suntik botox pun di setiap inci wajahku.

“Encik Fussy, saya takkan layan karenah merepek awak tu. Kan saya dah mintak maaf. Jadi apa lagi yang encik mahu?” soalku dalam situasi terkawal. Sabar Ayu! Senyum. Ingat senyuman itu boleh berikan sedekah pada yang memandang. Senyum Ayu..senyum..

“Apa yang awak panggil saya?”

“Err..Enciklah..nak panggil apa lagi?” selindungku akan perkataan seterusnya. Aku dah mulai gabra tahap serius itu. Itulah, kerana mulut badan binasa tau. Kang sudah memakan diri. Telinga macam lintah.

“No, bukan yang tu. Yang seterusnya tu!” ujarnya dengan renungan yang tajam. Encik Fussy dahlah renung saya. Saya dah ketar lutut ni. Kang ada jua yang rebah kat sini.

“Yang mana satu? Merepeklah encik ni.” Berdolah dalih aku semahu mungkin. Anak mataku asyik menatap sahaja handphone pinjam sementaraku. Manalah pula si Pya itu. Aku perlukan kau sekarang tu bagi jelaskan semua kesalahfaham itu. Tak pasal-pasal muncul satu masalah baru.

“Awak memang nak kena saman 1 Juta ya! Baik awak berterus terang sekarang, dari mana awak dapat gambar peribadi saya?”

“Berapa kali saya nak ulang? Saya jumpa gambar encik dalam google chrome. Diulangi..google chrome!!” suaraku ditekan menjadi kasar. Geram betullah cakap pada orang yang tak mahu faham bahasa Melayu.

“I can’t hear you!” la la la..dia bernyanyi kecil. Itu ker bakal CEO? Kalau sebegini, konfem lingkuplah syarikat SH nanti dalam beberapa bulan akan datang. Hujung tahun ni, SH akan lingkup dan gulung tikarlah.

Sakit jiwanya aku layan lelaki sebegini. Sumpah, aku sakit jiwa, sakit hati, sakit kepala. Mana pulak si Pya ini? Cepatlah datang. Aku mahu beredar sekarang jugak.

“Kalau macam tu, bye! Sayonara!! Kita takkan bertemu lagi. kau dah jadi sejarah aku.!” Nekad aku berkata-kata.


*********************


“Aku benci dia!! Benci..benci..benci!!!” kakiku dihentak kasar mungkin. Lantaklah kalau lantai itu akan terkopak dua, yang penting rasa itu dapat diluahkan jua. Kalaulah wajahnya di situ, memang makin menggila aku hentak wajahnya di situ.

Sudah mahu masuk 3 bulan semua peristiwa itu berlalu, namun aku selalu berasa dikawal olehnya. Dikawal, dikongkong dan dipantau oleh dirinya. Orangnya kacak boleh tahan tapi tang perangainya. Aku tak berapa berkenan sangat.

Tengoklah, kini aku dah terjerumus dalam bidang setiausahalah pulak di pejabatnya. Aku bukan mintak pun bidang ini, tetapi dipaksa menjadi seorang setiausaha sementara menanti Puan Dian selesai berpantang. Kenapalah aku yang dipilih? Aku ni dahlah jalan terkangkang-kangkang. Out terus tau hendak berfesyen. Ada jer kena sekeh kepala banyak kali di pejabat itu.

“Ayu, masuk bilik saya sekarang!” bergema suaranya di interkom line 2.

“Besoklah saya masuk. Dah nak jam 5 petang ni!” aku menyahut dengan penuh malas di interkom. Apa lagi yang dimahukannya?

“Apa syarat yang Ayu persetujui?”

“Takkan membantah dan katakan tidak pun pada arahan encik!!” lemah sekali aku kalau dia asyik mengungkit akan syarat berkontrak itu. Selalu sangat mahu mengenakan aku dengan menggunakan perjanjian itu. Tiada modal lain ker?

“Yes boss!!”

“That I want hear it. Now!! Make it Faster!!”

“Ni faster kau!” Aku mencebik dan menghempas gagang telefon. Kasihan, telefon dijadikan mangsa kemarahan aku yang tidak pernah bertepi buat lelaki yang bernama Randy Fael Shahzad.


************************************


“Temankan saya!” ucapan pertama yang dia berikan selepas aku berada dalam bilik pejabatnya. Aku yang mahu curi-curi keluar pun terhenti mahu berpaling. Apa? Temankan dia? Temankan dia ke mana? Selama 3 bulan ni, mana ada dia pernah dia ajak aku keluar selain dari urusan kerja. Dia demam ker?

“Boss?”

“Encik Shad,only say it my name!”

Sorry, Encik Shad. Encik demam ker? Nak Ayu belikan ubat gegat ker?”

“Tak payah, tu bukannya ubat. Tapi nak berikan saya pendek umur, kan?” sinis dia memerli aku depan-depan. Aku pamerkan wajah 10 sen. Tahu pun.

“Tahu takpe.” Getusku spontan. Biarlah dia tahu setakat mana kebencian aku kepadanya. Orangnya cerewet nak mampus. Kalah budak tadika tau tahap kecerewetannya itu. Pening bebenar aku melayani semua karenah cerewetnya sepanjang 3 bulan aku kena khidmat di bawah seliaannya. Dari juru design, aku bertukar pada seorang setiausaha. Sangat-sangat tak sesuai tau!!

“Ulang balik.” Shad berpeluk tubuh saat melihat diriku. Aku dah gabra tahap giban itu. Hatiku pulak asyik berdegup dup dap dup dap. Hanya dengan dia sahaja jantungku akan jadi separa normal. Apakah petanda itu?

No way..” aku pandang ke arah lain. Benci nak tatap wajah si Fussy itulah.

“Ayuni..” ini yang aku lemah ni. Aku pantang sekali dengar Shad duk menyeru nama aku. Lemah semangat egoku. Jatuh sudah semua keengganan diriku mahu bertengkar dengannya. Lelaki ni pakai ilmu apa sampaikan aku boleh tergoda dan terpaku dengan dirinya. Sedarlah, duhai Ayuni.

“Nak apa?”

“Jom kita..” raut wajahnya sudah nakal. Lesung pipitnya mulai kelihatan. Hensem dia. Aku dah tergoda ni. Hanya lihat lesung pipitnya sahaja bisa buatkan hatiku jatuh cinta.

“Kita apa?” nada suaraku mulai mengendur. Sinar mataku tak berani mahu tatap wajahnya. Sumpah. Aku dah jatuh suka padanya. Kenapa terjadi sebegitu sedang di bibir selalu ucapkan kata benci? Adakah ini ertinya, dari benci timbulnya sayang. Usahlah benci seseorang itu dengan sepenuh hati, kelak akan meracuni diri. Sekarang betul-betul terjadi tepat pada batang hidungku sendiri.

“Jom kita ber..” tergagap-gagap dia. Aik,masakan mahu berbicara dengan aku pun dah tergagap? Selama ni Shad selalu mempengerusikan dewan yang seramai 500 orang pun tiada masalah, kan? Kini, sudah terbalik ker? Lidah tergulung ker?

“Ber…apa?” aku dah panas hati dengan kata-kata mainan olehnya. Jangan mahu bikin hati ini panas jer. Ada jer yang kena dengan angin kus-kus aku yang tak menentu itu. Hari pula, aku kedatangan ‘bulan purnama’. Jadi, emosi pun tak menentu, asyik on dan off sahaja.

“Jom kita bercinta. Kita pergi temu janji cinta ye. Shad nak kita bercinta seperti pasangan yang lain.” Rahangku jatuh laju-laju. Apa? Shad ajak aku bercinta dengannya dan kami sama-sama keluar temu janji? Telingaku tak salah dengar, kan?

“Nonsense!” ayat pertama aku keluar dari bibirku.

Why? Atau Ayuni nak alihkan perasaan Ayuni buat si pengirim bunga tu ker?” muncungnya panjang sedepa akan sejambak bunga yang selalu aku terima setiap hari. Aku tersenyum nipis. Aduhai, cemburu ker cik abang? Aku tergelak lepas. Dia paparkan wajah hairan. Sempat lagi aku tergelakkannya. Dahlah hari-hari si pesaing bunga itu hantarkan bunga tiap-tiap hari. Hati lelaki mana yang tak cemburu lihat si pujaan hati tersenyum terima bunga tu. Cemburu tau!!

“Siapa dia? Pesaing saya ker?”

Aku angguk laju-laju. Biarkan hatinya rentung dengan perasaan cemburu. Aku suka..suka..suka!! Cemburu kan tanda sayang. Betul kan, wajahnya sudah berubah rupa. Rupa keruh.

“Semoga berbahagia dengan yang tersayang!” bagaikan hendak tak nak Shad tutur kata itu diperdendangkan oleh peti suaranya. Wajahnya sayu dan suram. Tiada lagi riak ceria. Semuanya sudah pergi bersama-sama dengan rasa kecewa.

“Terima kasih. Jemputlah ke majlis kami nanti ya!” aku masih giat lagi mahu membakar api cemburunya. Dia terdiam dan kembali duduk di kerusi empuknya. Bunga yang Shad puja, sudah dimiliki orang lain. Shad sudah terlambat. Lambat sangat-sangat.

“Lupa pulak saya, ni kadnya. Jemput datang tau boss.. memeriahkan majlis kami nanti!” satu keping kad wangian menusuk masuk ke dalam saluran deria bau Shad.

Agak lama jua kad itu dihulurkan kepada Shad sebelum digapaikan olehnya. Shad seolah tidak sudi melihat namaku bergandingan dengan nama jejaka lain selain nama Shad. ‘Hipokritkah aku?’ monolog Shad dalam hati. Kenapa selepas 3 bulan dah berlalu, tika hatinya benar-benar bersedia mahu melamar Ayuni..semua ini pula yang terjadi? Kenapa? Apakah jodoh kami memang tak tertulis dalam titian takdir?

“Tahniah!”

“Jangan lupa datang. Saya nak hadiah paling besar sekali!” ujarku girang dan menepuk pipiku. Girangnya hati nak dapat hadiah itu. Dah lama rasanya tak dapat hadiah.

“Saya keluar dulu! Jangan lupa datang tau. Saya akan nantikan kedatangan boss!” aku tersenyum panjang dalam hati. Kalaulah dia tahu. Kalau..itu pun kalau Shad bukak kad undangan itu dan baca nama bakal pengantin tu. Biarlah, kita berikan dia sedikit pengajaran. Biar tahu rasa apa itu kecewa, sedih, dan sewaktu dengannya.


**********************************


“Kompang dipalu, pengantin baru..duduk bersanding..tersipu malu..” bunyi kompang kian bergema dari rumah pengantin perempuan. Aku terjengah dari jendela. Rombongan pengantin lelaki dah tiba. Aku mulai gelisah. Duduk serba tak kena. Oksigen..aku perlukan oksigen dalam saluran pernafasan aku sekarang.

“Pengantin lelaki dah sampai. Pengantin perempuan mana pulak ni?” mak andam dah terlilau cari pengantinya. Aku tergelak kecil. “Ni, kat sini. Tengah gabra.” Jawab anak saudaraku, Fie dalam bahasa pelatnya.

Kami semua tergelak. Pengantin perempuan sudah tersipu-sipu malu. Siapa yang tak gabra di majlis sendiri, kan? Aku sekali lagi bangun, duduk. Bangun, duduk.

“Cuba bertenang..rileks..tarik nafas..hembus. tarik nafas, tahan..dan hembus perlahan-lahan.?” Makku menenangkan hati anaknya yang bergelar pengantin sehari itu. Naluri makku faham akan gelodak yang sedang bersarang dalam jiwa seorang pengantin. Hari ini adalah hari bersejarah buat kami sekeluarga. Bertemu jodoh jua. Alhamdulillah.

“Pengantin lelaki dah naik. Duk berdepan dengan tok kadi tu. Pengantin perempuan, dijemput keluar bagi upacara akad nikah.” Wajah pak saudaraku menjengah masuk.

“Mak, takut.” Aku terkedu. Inilah masanya. Masa yang akan menentukan segala. Shad. Adakah dia jua datang ke majlis perkahwinan ini? Tapi, mahukah dia datang ke majlis ini?

Aku bersila di belakang sanak saudaraku yang datang. Pengantin lelaki sedang duduk di hadapan tok kadi dan sedang mendengar akan tatacara akad nikah itu dan tanggungjawab apabila sudah bergelar seorang suami dan isteri dalam alam perkahwinan.

Kami semua khusyuk mendengat tazkirah itu sebelum ada berlaku sedikit kekecohan dari luar. Semuanya terhenti, tok kadi terhenti sekejap. Siapa pulak yang buat kecoh tu?

“Ayuni..Ayuni. tolonglah jangan berkahwin dengan dia. Tolonglah, saya rayu. Saya sanggup gantikan pengantin lelaki tu. Saya cintakan awak. Saya sayang awak sejak dari pertama kali awak tendang saya dalam lift lagi. Awaklah cinta mati saya. Ayuni, tolonglah batalkan pernikahan ini. Saya sanggup buat apa sahaja demi dapatkan cinta awak, malahan saya sanggup rebut dalam mendapatkan awak dari lelaki itu!” Shad sudah terpaku duduk dibelakang pengantin perempuan. Shad sudah terduduk dan menundukkan wajahnya. Sebak menyapa dalam hati sanubarinya.

Aku tepuk dahi. Shad..Shad ni selalu sangat bikin kecoh tau. Kalau ya pun, tengoklah suasana sekeliling. Tahu datang, lalu serbu dan buat kecoh pada majlis kami sahaja tau. Malunya aku..

Sanak saudaraku sudah bising sesama sendiri. Makku dan abahku sudah bangun. Terkejut dengan kedatangan lelaki asing itu. “Nak, nak cari siapa?” abah menyapa bahu Shad.

Shad mengangkat kepala. Wajahnya sudah basah dengan air mata. Shad menangis? Sebegitu besarkah cintanya padaku? Aku terpana. Ya Allah, adakah benar dia jodohku yang Kau utuskan dalam titian jodoh kami berdua?

“Ayuni. Ayuni kekasih hati saya, pak cik. Saya terlambat dalam utarakan kasih sayang, cinta saya padanya. Saya sayangkan dia sangat-sangat. Hanya nama dia dalam hati saya. Dialah ratu hati saya!” Shad berkata-kata dalam sedu.

Abahku menepuk bahu dan menenangkan jiwa gundah gelana jejaka itu. Abah pandang tajam pada wajah seseorang yang sedang menyembunyikan wajah di sebalik sanak saudara. Ayuni! Itu dia orangnya. Nampaknya pemuda itu telah salah faham dan penyebab utamanya..tu duk menyorok kat sana.

Alamak, abah dah sedarlah. Baik aku beredar sekarang! Cepat..Ayu!

“Kaseh Ayuni!” abah bersuara diktator. Aku angkat tangan dan berdiri tegak. Semuanya tatap wajah aku. Shad pun sama angkat wajah dan lihat aku sedang berdiri tegak. Aik? Apa yang sedang terjadi ni? Di sana Ayuni, tapi siapa pula yang berada di hadapan Shad.

“Anak dah salah orang tu. Sana tu Ayuni. Kaseh Ayuni. Tu adalah kakak sepupu Ayuni. Luv Izyan. Ni majlis pernikahan E-an dengan pasangannya.” Ayah meleraikan kekusutan itu. Pengantin perempuan yang bernama E-an itu berpaling dan tersenyum manis.

Alamak, malunya Shad. Tersalah orang pulak. Tu la, ikutkan rasa sangat. Shad rasa mahu sorokkan wajah dalam baldi sahaja masa itu. Shad terus bangun dan berdiri di satu sudut. Sempat lagi Shad angkat tangan pada pengantin lelaki itu kerana berbuat kecoh di majlis bahagia mereka.

Sekarang ni, diriku menjadi renungan tajam oleh Shad dan kedua-dua ibu bapaku. Alamak, mahukah aku cabut lari sekali lagi? 1..2..3..Laarii…Baru sahaja kakiku mahu lari, “Ayuni, selangkah Ayuni lari..abah kahwin Ayuni dengan jejaka ni hari ni jugak!”

Zap, Ayuni terhenti. Terpegun di lantai marmar itu. Apa? Aku pun kena kahwin, pada hari E-an kahwin. Tak naklah. “Tak naklah, abah! Apa kelas kahwin sama dengan E-an. Nantikan Ayuni lak lagi cun dari E-an.” Kata-kata spontanku tu mendapat gelak tawa dari tetamu yang ada termasuklah tok kadi sendiri.

“Ayuni…!!” abah bersuara volume 5. Semuanya duk pakat gelakkan telatah aku. Laa..aku salah cakap ker? Kan aku ni jenis cute orangnya. Shad pun sama, gelakkan aku tau. Bencilah macam ni. Ni ker cakap cintakan aku, sayangkan aku?

“Maafkan anak pak cik ya, nak. Dia tu degil sikit. Lain sikit dari perangai. Ikut kepala siapalah tu. Anak namanya siapa?” soal abah dan menarik jejaka itu keluar. Majlis diteruskan seperti biasa. Manakala diriku pula turut sama ditarik oleh makku. Laa..aku pun kena sekali ker? Orang nak tengok E-an kahwin laa…

“Panggil saya, Shad jer pak cik! Maafkan menggangu majlis tadi. Saya tak lena tidur semalam duk fikirkan yang Ayuni akan jadi milik orang lain. Kacau bilau hati saya!”

“Pak cik faham. Pak cik tahu perangai Ayuni tu. Pi anak ni betul-betul ker sayangkan Ayuni? Sanggup terima Ayuni walaupun perangainya kalah budak-budak ribena? Nakal yang teramat sangat. Peninh kamu nanti nak hadapi dia!”

“Saya sungguh-sungguh pak cik. Sudah 3 bulan kami berkerja satu bumbung, semua perangainya saya boleh hadapi lagi. saya dah nekad, kalu hari ni dia kahwin jua. Saya sanggup bertukar tangan dengan pengantin lelaki dalam akad nikah tadi tu. Saya sampai jadi senekad itu. Kalau pengantin lelaki tak mahu, saya culik jer tok kadi tu!” wajahnya penuh serius sekali.

Aku tergelak kecil. Senekad itu rupanya dia. Abah pandangku tajam. Baik abah, Ayu diam. Diam!

“Ermm..so apa kata mahkamah tertinggi?” abah tatap wajah makku. Makku tatap wajah aku. Apa pulak semuanya duduk lihat wajah aku ni? Shad pun sama. Dah gatal sangatlah tu nak dapatkan title sebagai suami aku. No way..no a big NO..

“Setuju?” abah menyoal kepada makku. Makku mengangguk.

“Setuju!”

“Shad?” kali itu pandangannya tertumpu pada si jejaka. Shad, jawapannya mestilah setuju. Kan, dia yang nak kahwin kan..berseri lah iras wajahnya.

“Berkali ganda setujunya!” tengok, mengada betullah jawapannya itu. Aku tarik wajah tak puas hati. Kenapalah semuanya duk pakat tanya pada Shad dulu. Kenalah tanya bakal pengantin perempuan dulu. Tak suka ni, awal-awal dah ada diskriminasi tau. Hak asasi aku tu.

“Ayuni?” abah, mak dan Shad tatap wajah aku. Aku diam seribu bahasa tanda protes. Abah tatap geram wajah aku. Ya. Ya. Kejap..

“Berjuta kali ganda tak setuju!”

“Ayuniiii!!!” ketiga-tiga duk menyeru nama aku. Aku tergelak lepas.

“Ayuni? Abah nak dengar keputusan kamu. Kalau kamu setuju, lepas sahaja akad nikah E-an, kamu pulak akan berkahwin. Abah dan mak dah buat kata sepakat. Siapa sahaja yang datang mintak kamu, kami akan lepaskan dan kahwin Ayuni dengan secepat yang mungkin!”

“Kenapa pulak abah? Abah dah tak suka ker Ayuni?” suaraku hiba. Sampai hati abah tau. Ayuni macam anak dugong jer sekarang ni.

“Bukan macam tu. Ayuni dah besar dan sudah sampai masanya Ayuni punyai kehidupan sendiri. Abah yakin dengan Shad. Abah tahu yang Shad sayangkan Ayuni. Dari renungan matanya sahaja, abah tahu akan isi hatinya. Mungkin Shadlah jodoh yang Ayuni nantikan selama ni.!”

Shad tersenyum. Hanya jiwa lelaki dan lelaki faham akan naluri itu. Shad sudah lama bersedia zahir dan batin mahu memikul tanggungjawab dalam satu hubungan yang lebih serius. Dan Ayunilah insan terpilih yang dipilih olehnya. Semoga Jodoh itu akan diberkati oleh Illahi. Amin.

“So?”

“Ayuni…?”

“Ayuni..sayang?” Shad pula menyapa pendengaranku. Ya Allah, andai benarkah dia yang sering kali aku nantikan selama ni, permudahkanlah jodoh kami berdua. Ayuni angkat wajah. Shad tersenyum. Ada linangan air mata di pipi aku. Air mata kegembiraan. Akhirnya..

“Izinkan saya pak cik, berbincang 2 hati dengan Ayuni.”

“Pak cik izinkan. Pastikan Ayuni bersetuju dan bolehlah pak cik bergaya sakan di atas pelamin tu. Terasa mahu jadi pengantin baru pulak!” seloroh abahku dan mendapat cubitan dari makku.

“Gatainya abang ni..”

“Dah anak kita nak kahwin.”

Shad tergelak dan menarikku jauh ke pokok rendang itu. Ayuni terdiam seribu bahasa. Tak tahu nak cakap apa lagi. semuanya terlalu mendadak menyerang.

“Ayuni..sayang.. Kenapa ni? Tak yakin ker dengan cinta Shad? Ayuni dah ada pilihan lain?”

Aku angguk. Dia terkejut. Siapa pulak?

“Siapa?”

“Wan!”

“Wan? Wan kasim selamat mana pulak ni?” rambutnya diusap perlahan-lahan. Banyak betul halangan nak dapatkan Ayuni menjadi miliknya yang sah.

“Tuuu,” jariku menuding di sana. Shad berpaling. Ya Allah, Ayunii….geramnya. shad rasa mahu sahaja cubit pipi tu. Nakal. Shad pun segera menggapai Wan dan memeluknya erat. Miaaww.. Wan menyapa Shad. Cepat betul Wan mesra dengan Shad.

“Wan dan jadi milik Shad sekarang. Kami dah bersekutu. Jadi apa lagi yang Ayuni mahu?” Shad mulai lancarkan perang psikologi padaku. Alamak, aku dah kebuntuan idea.

“Ayuni mahu Shad lamar dia, barulah Ayuni bersetuju. Ayuni nak lamaran cara ala-ala tradisional!” satu suara kuat bergema dari belakang. Aku dan Shad berpaling. Alamak, siap ada mikrofon lagi tu. E-an yang sedang pegang mikrofon itu dan E-anlah yang bercakap tadi. E-annn!!!! Jahatnya kau. Mentang-mentang kau dah selamat berkahwin dengan pilihan hati, kini kau nak usik aku pulak.

“Ohh Ayuni nak begitu..oklah Shad akan turutkan!” Shad mulai menunduk dan mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Semuanya duk pakat lihat aku dan Shad. Janganlah tengok. Aku dah malu ni. Kalau aku buat-buat pengsan, boleh tak?

“Kaseh Ayuni, bolehkan saya jadi ‘wan’ dalam hati Ayuni dan temani Ayuni untuk selama-lamanya. Izinkan saya jadi imam dan setiap solatmu, izinkan saya jadi pendamping di saat dukamu, izinkan saya jadi pengerak lena di saat azan subuh berkumandang. Izinkan jua saya jadi yang halal ingin menyentuhimu. Izinkan saya jadi penyambung zuriat dalam dirimu agar melahirkan penyambung zuriat saya seterusnya. Izinkan saya dapatkan kembali tulang rusuk kiri saya agar saya dapat mengemudi kehidupan kita dengan baik.”

Aku menjadi sayu. Tak sangka Shad akan melamar aku dengan kata-kata penuh puitis sebegitu. Hatiku kata Ya!!..

“Sayang..” wajah Ayuni diangkat dan renungan penuh kudus salur masuk ke dalam hati Ayuni. Penuh hemah Shad merenungiku. Tumpah semua kasih sayang hanya buat dirinya.

“Ya. Ayuni terima Shad jadi pendamping Ayuni di sepanjang hayat Ayuni bernafas. Ayuni jua mahukan Shad jadi imam dalam mendoakan kesejahteraan kita bersama. Ayuni terima Shad menggerakkan Ayuni dari lena di subuh hari dan Ayuni jua terima dengan redha zuriat Shad berkembang dalam perut Ayuni. Ayuni hanya akan mengandungkan zuriat Shad dan sama-sama kita melayari bahtera jodoh yang ditetapkan sejak azali lagi. Ayuni bersedia bergelar Puan Ayuni sekiranya Encik Shad yang berjabat tangan dengan tok kadi kat dalam tu!” malunya aku. Wajahku tertunduk.

Yeaahhh!! Satu rumah bersorak. Semuanya mengucapkan tahniah. Kegembiraan terpancar dari raut wajah masing-masing. Yang paling gembira adalah Shad. Yabedabedu…Wan..Shad akan kahwin.. best woo..

“Ayuni..kau pulak akan kahwin!!!” E-an sudah menerpa aku dan memeluk aku erat-erat. Aku tergelak dan Shad pun sama.

“Akhirnya jumpa jua kau dengan si dia yang kau nantikan selama ni, kan?”

“Ya, aku dah jumpa orangnya.!” Dia, Shad sememangnya sudah lama aku nantikan. Akhirnya, dialah yang aku nantikan. Syukurlah Ya Allah, tersampai jua target aku nak kahwin sebelum umur 25 tahun. Amin. Sesungguhnya hanya Allah SWT tahu akan hikmah di sebalik itu. Kini ungkapan ‘Diakah yang aku nantikan?’ sudah tertukar kepada ‘Dialah yang aku nantikan!’

Semoga hubungan Kaseh Ayuni dan Randy Fael Shahzad akan bersatu dalam ikatan pernikahan yang akan tiba dalam masa beberapa jam sahaja lagi. akhirnya..Ayuni bertemu jodohnya. Siapa sangka lelaki dahulu yang pernah kena tendang olehku, adalah jodohku. Kuasa Tuhan..maha menentu segalanya..





*TAMAT SUDAH*

P/S Penting : Cerita ni tiada kena mengena dengan yang hidup, bernyawa, bernafas lagi di muka bumi ni. Kalau ada persamaan, sejuta kali mintak maaf ya. Ayu hanya insan biasa, tahu mengelamun, berkhayal dalam berkarya. Mungkin khayalan Ayu terlebih sudah..(tutup mulut) apa-apa pun..nilah cerpen yang Ayu siapkan dalam masa semalam. Harap seronok dengan cerpen (cerpen ker kalau dah sepanjang ni?) he he he..Ayu kalau menaip, mana tahu nak stop kan..hehehheh

TERIMALAH CERPEN DARI AYU ~ DIAKAH YANG AKU NANTIKAN..

Salam sayang penuh cinta

Noridayu

28/10/2011..11.57am

Thursday, October 27, 2011

Dia kah Yang Aku Nantikan?1

Diakah yang Aku Nantikan? 1.

1.










Jarum jam menunjukkan ke angka 10.30 pagi. Meeting kat SH jam 11 pagi! Getus seorang gadis manis spontan dan tulisan di tangannya terhenti sejenak. Aku menepuk dahi laju-laju. Alamak, aku dah terlewat. Hanya tinggal setengah jam lagi sebelum mesyuarat itu akan bermula. Aku lantas bangun dan mengemaskan mejaku. Pakaianku dikemaskan sedikit. Laptopku di shutdown.

“Nak ke mana tu?” soal Pya dengan lollipop di mulutnya. Kemunculan Pya yang mendadak di depan pejabatku buatkan aku terhenti sekejap. Kus semangat aku dibuatnya. Suka sangat menegur aku sebegitu tau. Aku mengerling sekilas dan menggapai mana-mana dokumen yang akan diperlukan di mesyuarat itu nanti.

Meeting!”

“Kat mana?” mula dah perangai busy bodynya. Isyy budak kecik molek ni. Suka sangat nak ambil tahu akan kegiatan diriku. Takkan nak menjawab pula. Dia tu pekerja..aku ni?

“Awak ni kenapa yang busy body sangat? Ada masalah ker dengan kegiatan saya?”

Laju sahaja Pya mengangguk. Lurus bendullah si kecil molek ni. Wajah Pya tersenyum manis. Walaupun banyak sekali gossip yang tidak enak tentang majikannya itu, namun Pya tetap mahu mendekati. Mesti ada sebab kenapa majikannya itu digelar Lady Iceberg. Perempuan yang sedingin ais batu dalam berbicara dan sekeras-keras pejalnya ais batu di hatinya.

“Cik Ayu nak ke mana yang kelam kabut sangat ni?” Pya memang tidak pernah jemu berbicara dengan diriku. Walaupun aku pamerkan wajah sesinis mana pun, Pya tetap jua setia melayani karenah aku.

Aku mencapai blazerku dan menyarung rapi. Anak tudungku dikemaskan lagi agar penampilanku kemas. “SH!” jawabku pendek. Fail mengenai mesyuarat itu aku sumbatkan ke dalam beg sandangku dan laptopku diletakkan sekali agar memudahkan persembahan dari aku.

“Ohh..” Pya memerhatikan semua kelakuanku. Sesekali senyuman menari-nari di bibirnya. Entah apalah yang disenyumkan olehnya. Aku segera menggapai anak kunci keretaku yang sedia ada di dalam bangku kecil di dalam kotak almari.

“Tepi sikit. Awak halang laluan saya!” Aku tatap Pya dengan renungan tajam. Sudahlah kita dah terlambat ni. Dia pula duk ajak menyembang. Aku potong jua gaji budak kecik molek ini tau.

“With pleasure..” Aku terdiam dan terus melangkah dan menghilang dalam lift. Pya tersenyum bangga. Pya berjalan menuju ke meja. Tangannya menyeluk saku dan terkesan ada sesuatu di sakunya. Apa benda pulak yang ada dalam sakunya?

Pya segera mengeluarkan benda itu. Anak kunci?. Ni bukankah anak kunci spare kereta cik Ayu. Alamak? Bala..memang bala dah datang ni! Pya mulai gelisah bak cacing kepanasan di mejanya.

Pya mulai tidak senang duduk di kerusinya. Asyik duduk berdiri ajer ragamnya. Mati. Memang konfem dia akan kena maki dengan majikannya itu. Alamak, macam mana aku boleh terlupa ni? Ya Allah, selamatkanlah diriku! Pohon Pya dalam hati.

“Lupa pulak aku nak bagitau!” Pea tepuk dahinya. Pea terlupa nak bagitahu yang kereta milik Ayu masuk bengkel kerana minyak hitam kering. Semalam lupa nak mintak tolong mat despatch ambilkan. Agak-agak majikannya akan marah tak kalau dapat tahu kereta kesayangannya tiada di parking lot bawah?

“Pya!!!!!!” Ayu terjerit kecil dari parking bawah. Lintang pukang aku tercari-cari akan kelibat kereta CR-V Honda miliknya. Tup-tup tengok keretaku tiada, mana tak hangin satu badan. Lantas handphone Black berry dikeluarkan pantas lalu mendail satu nombor.

Pya yang berada di atas tersentak menerima panggilan itu. Mahu angkat ke tidak? Tu kan panggilan hangit dari cik Ayu. Kalau tidak diangkat makin teruk Pya kena. Baik angkat sekarang.

“Hee..llloo..” dengan sekali lafaz, Pya redha dengan apa jua akan terjadi. Salah dia jua tak maklumkan akan hal sebenarnya. Terima ajerlah Pea. Salah kau kan. Tu la, bergossip lagi dengan rakan sekerja sehingga lupa mahu ingatkan mat despatch akan mahu ambil kereta cik Ayu tau.

“Pya…mana kereta saya?” terus mukadimah bermula oleh aku. Hatiku tengah panas itu. Sepanas larva di gunung berapi. Macam-macam hal terjadi pada hari ini.

“Maasssuukk bengkel semalam!” tergagap-gagap Pya menjawab kecil.

“Bukan ker semalam kamu cakap dah siap semuanya?”

“Betul, tapi lupa nak bagitau yang cik Ayu nak kereta dengan cepat!”

“Aduhai..Pea. saya ni dah lambat tau. Kol teksi sekarang jua! Cepat!” talian terus dimatikan tanpa sempat Pea menjawab apa-apa. Pea terkedu. Kecut rasanya urat tali perutnya tadi terkena dek angin monsoon tropika.

***************************************************************

Aku terburu-buru sekali mengejari masa. Mesti klien-klienku sudah lama menunggu diriku di syarikat SH. Matilah aku kena bamboo dengan para ahli lembaga syarikat di sana tu. Mereka semuanya hanya mahu lihat aku buat silap sikit tau. Dasar PHD betullah.

Teksi pula buat hal. Kerana jalan jammed, teksi itu tidak mahu redah ke jalan Tun Razak. Puas aku bertekak dengan drebar teksi, tapi pemandu tetap tidak mahu ke jalan Tun Razak. Akhirnya aku keluar dengan seribu perasaan di hati. Geram!

Nasib baiklah sudah dekat, hanya perlu jalan sikit sahaja menuju ke syarikat SH itu. Bunyi hon yang memekak di atas jalan raya tidak aku hiraukan. Laju sekali aku melangkah menuju ke syarikat SH yang tergah indah di bumi Kuala Lumpur itu. Syarikat SH, satu syarikat induk yang sepenuhnya diterajui oleh bumiputra melayu. Kagum aku seketika dengan pentadbirannya. Aku terhenti melangkah di tepi bahu jalan dan menantikan isyarat bertukar menjadi hijau.

Aku mendongak ke atas. Isyarat sudah menunjukkan tanda melintas bagi pejalan kaki. Semua warga kota yang ada mulai melintas dan angin bertiup kencang. Semua kertas-kertas designku mulai berterbangan di ruangan udara.

“Kertas design aku!!” aku mulai berlari-lari menggapai kertas aku yang mulai berterbangan di udara. Aduhai, malangnya nasib aku hari ini. Sudahlah kereta masuk bengkel, bergaduh dengan pemandu teksi dan kini kertas design aku pulak berterbangan di udara.

Zeeeerrrkkk…bunyi berdecit tayar ditekan laju kerana menekan brek secara mendadak. Aku berpaling ke arah bunyi itu. Aku menutup mulutku. Alamak!!? Semua yang ada pun sama melihat ke arah situ. Ada yang mulai mengerumuni seseorang yang terjatuh dari moto.

“Arghhh…” bunyi ngeraman orang itu menyapa telingaku. Haruskah aku mendekatinya dan memohon maaf. Aku pun lihat seseorang sedang memegang salah satu designku. Alamak, tu kan design penting bagi kerjaku. Kali ini aku wajar menghampirinya. Perlahan-lahan aku mulai menghampiri kelompok yang berhimpun itu.

Bunyi suara berbisik sesama sendiri mulai kedengaran di cuping telingaku. Aku mulai mencelah dan terus mencelah. Mana orangnya? Tadi bukankah dia kemalangan? Lantaklah, tujuan aku mahu dapatkan design aku. Mana pulak perginya? Terbongkok-bongkok aku mencari helaian design aku.

“Awak cari ni, ker?” seseorang menyapa diriku dan aku berdiri tegak. Mahu berpaling ker tidak ni? Bunyi deheman lagi dari belakangku. Terpaksalah aku berpaling jua.

Seorang lelaki dengan memakai helmet berwarna hitam menyapa pandanganku. Mak aii..dia ni alien ker sampaikan hendak pakai helmet? Sempat lagi aku scan full version from Kaspersky pada seluruh badannya. Nasib baiklah tiada kesan calar di bahagian badannya. Agaknya dia tahu tak yang aku lah penyebab dia kemalangan kecil itu?

“Dah puas tilik saya macam saya ni tak pakai baju ker?” soal dia dalam bahasa di sebalik helmet ala-ala gerbang batman itu. Aku terkedu. Dia tahu ker? Dia sedari akan pencerobohan hak asasi dirinya itu. Malunya aku.

“Jangan nak perasanlah. Saya bukannya lihat awak pun. Tu, saya duk lihat pengemis tu! Kesiannya kat dia, mengemis di negeri sendiri!” alasanku mulai meniti dalam kata-kataku. Sinisnya lelaki ini. Berlagak nak mampus. Macamlah aku hadap sangat nak lihat dia. Boleh jalan daa..

Dia tergelak kecil “Perempuan selalu sangat cakap tak serupa bikin kan. Banyak berdolah dalih pada satu kenyataan yang pasti!” sindirnya perlahan namun kedengaran agak lantang di telingaku. Kertas design ku dipegang kemas olehnya. Bagaimana aku mahu mintak kertas itu dari tangannya?

“Apa maksud kau?”

“Perempuan kan banyak alasan. Suka cipta masalah yang sedia ada. !”

Hey, kita tak pernah kenal. Kau yang sapa aku, kan. So, buat apa nak adili aku dengan ‘perempuan’ yang pernah kau kenali?” aku mulai panas hati dan menyingsing lengan baju kurungku. Ada jua yang makan karate Kungfu Panda kat tengah-tengah jalan raya ni, kan.

“See..”

Hey, kalau kau benar-benar lelaki sebenar, tunjukkan wajah asli kau tu. Kenapa perlu berselindung di sebalik helmet yang tak bernyawa? Mahu berlagak seperti adiwira batman ker?” cabar aku dengan semahu mungkin. Kita tengok sama ada dia itu pengecut ke tak orangnya.

"Saya ker?" soalan bodoh yang pernah aku dengari selama berada di sini. Dia itu blurr ker orangnya? Masakan blurr kalau hebat sekali memerli kaum hawa?

“Kau lah orangnya. Apa ada lagi ker adiwira macam kau kat sini?”

Jejaka itu tergelak kecil. Perlahan-lahan helmet hitamnya dibuka. Aku pula sudah pasang kekuda itu. Bila-bila masa sahaja kungfu pandaku akan terlentang di wajahnya.

Praaappp…bunyi koyakkan kecil kedengaran dari bawah. Aku tatap bawah. Alamak, bagaimana pula seluar kerjaku boleh terkoyak kat situ. Kat bahagian bawah pulak tu. Agaknya kerana kakiku sudah terpasang kuda-kuda besar sangat kot.

Aku tatap sekilas wajah lelaki Fussy itu Mintaklah dia tak dengar bunyi koyakannya itu. Kalau tak, malu habis aku dengan lelaki Fussy itu. Cerewet nak mampus. Apatah lagi, kesan koyakkan itu mesti akan dijadikan modal untuk gelakkan aku.

“Seluar koyak ker cik adik manis?” issyy rasanya mahu dilempang sahaja bibir lelaki mat Bangla yang menyapa itu. Alertnya mat Bangla itu dengan situasi aku itu. Geramnya bercampur malu pun ada. Agak-agak besar tak kesan koyakkan itu?

“Seluar koyak? Kah kah kah!!!” gelaknya sekuat mungkin dan menundukkan kepalanya. Isy, aku ketuk jua dia dengan kasut tumit kepalaku. Tangan ni dah ringan sahaja nak ketuk-ketuk kepalanya. Wajarkah aku buat sekarang?

Hatiku mengiakan laju agar aku ketuk jua kepalanya dengan kasut tumit tinggi dan aku pun terus mengambil kasut tumit tinggiku. Diangkat olehku tinggi-tinggi hanya tunggu mahu jatuh tepat di kepalanya sahaja.

Lalu dalam kiraan 1..2..3....

Dia mendongakkan kepala. Aku pun apa lagi, takkan lepaskan peluang keemasan itu sama menjatuhkan tanganku. Kasutku terkena tepat di kepalanya. “Ouchhh!” dia menjerit kecil. Targetku mengena tepat. Pertama kali kasut tumitku di kepala orang lelaki fussy dengan aku.

Aku menutup rapat mulutku. Yeah..kena jua. Padan mukanya. Aku tergelak kecil. Puas hatiku. Berbaloi-baloi rasanya dapat hempuk lelaki berlagak itu. Biar dia tahu hormat sikit akan kaum hawa seperti aku. Aku tu jenis pantang dicabar.

“Kau..” dia angkat wajah. Pandanganku mulai bersatu dengan pandangannya. Mulutku terlopong luas. Mak, hantu.. hantu Twilight datang kat Malaysia. Benar ker apa yang aku lihat ni? Aku menggosokkan anak mataku banyak kali.

Serentak kami saling bersambung pandang. Aku terkebil-kebil menatap wajahnya. Mataku membulat dan tatap lama wajahnya. Alamak! Aku sedang bermimpi ker ni? Dia pun sama tatap aku dengan renungan penuh amarah. Dah lah, kesakitan di kakinya masih belum pulih lagi, kini kena tanggung pula sakit di kepala terkena ketuk dengan minah sewel itu.

“Kau hidup? Kau berada jua di alam nyata?” ujarku spontan dan kaku di situ. Dia terkebil-kebil mendengar kata-kataku. Apa maksud perempuan itu? Dia hidup? Dia berada di alam nyata? Perempuan itu ok tak tahap otaknya? Jangan..jangan ..




bersambung..

********************************


jangan lupa tau LIKE page Ayu di Facebook [KLIK SINI] dan kalu berminat nak kenali Ayu lagi, Ayu pun ada group sendiri [Che Tekan Cini Plak] macam2 ada dlm my group tuu..


P/S : percubaan pertama dalam karya yang spontan ayu garap kan itu,. ini jua e-novel kedua yang ayu karang sepintas lalu dengan merujuk pada cover yang ayu buat sendiri sahaja. E-novel pertama ayu adalah Mr. Senduk Rela, Miss Prince Cerming. Alhamdullilah karya Mr. Senduk Rela itu diterima baik di P2U dan dah mencecah 1 ribu orng. Satu reaksi di luar jangkaan Ayu. Mana pernah ayu terima pembaca seramai itu sepanjang AYU berkarya. Terima kasih kepada reader ayu sayangi dan reader di P2u yang sudi baca karya ayu yang banyak kelemahannya..


Karya kedua ni, Ayu tak harapkan akan dapat tanding [mr-senduk-rela-miss-prince-cerming] itu, tapi ianya mungkin mampu isikan masa lapang untuk bersantai. Panjangnya ayu berpesan ya..masih banyak lagi nak cakap, pi stop dululah.. Kita tengok feedback ya..Jadi, ayu nak ucapkan enjoy dan JANGAN LUPA KOMEN LAA SIKIT. 1 Ayat pun dah memandai..letihnya menaip tapi tiada sokongan dari reader..buktikan reader jua ada hati seperti seorang penulis. tentu anda tak mahu kami orang patah semangat kan dalam berkarya.

Nuffnang Ads