Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Thursday, September 29, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 19.1 (Bhgian 1)

Bab 19.1



Mihir merenung tajam ke arah seorang jejaka yang sedang asyik sekali dengan pembentangan projek ini. Ada sedikit rombakan di bahagian pemasaran. Itu yang satu mesyuarat tergempar diadakan pada hari ini di Syarikat LI@KE yang telah bertanggungjawab jika ada sebarang rombakan berlaku.

“Saya rasakan yang strategi sebelum ni kurang menjadi kerana kekurangan daya penarik di kawasan berkenaan. Skop kawasan jua yang terhimpit dengan banyak pesaing yang lain.”Ujar Erfan dalam bahasa Inggeris.

“Kita belak pada helaian muka surat 47, di situ telah disertakan akan segala butiran lengkap akan kaji selidik yang dijalankan. Semuanya memuaskan! Ada soalan?”

Mihir mengangkat tangan, pantas. Erfan berlagak profesional, “I just want this project better more great!”

Erfan mengangguk perlahan. Dia faham jua akan tekanan yang dihadapi sekarang. Semua supplier asyik mendesak pihak syarikatnya dalam memasangkan startegi drastik.

Mihir banyak menghentam dirinya seakan meragui akan kredibiliti Erfan selaku CEO. Adakah ini berkaitan dengan bussines ataupun hal peribadinya? Mihir mengerling sekilas pada laporan yang disediakan oleh pihak Erfan. Masih ada sesuatu yang belum berkenan di hatinya.

“I give one week to settle down this problem.” Putusnya dengan tegas dan cahaya di hidupkan. Erfan mengemaskan kesemua laporan ini ke dalam fail. Mihir segera berlalu pergi tanpa mengutarakan sepatah kata.

“Boss, bagaimana sekarang ni?”

“Kita buat seperti yang diarahkan!” Erfan duduk di bangku kerusi dan berkerut dahi. Runsing kepalanya dengan projek ini. dahulunya semuanya berjalan dengan baik. Semua kliennya jua berpuas hati dengan perkhidmatannya.

Telefonnya berdering. Dilihatnya sekilas akan nama panggilan itu. Berdiri tegak badannya melihat nama itu. E-an? E-an menghubunginya? Apakah tujuannya. Sudah banyak hari E-an mogok dengan dirinya.

Pantas jemarinya angkat panggilan ini. Mesti ada sesuatu yang penting, kalau tak masakan E-an akan mencemar duli perintah larangannya itu. “Hello, sayang!”

“Where are you now?”

“Kenapa terburu-buru ni?” soal Erfan dan bersiap-siap menuju ke pejabatnya. Tangannya mengisyaratkan agar setiausahanya agar dirinya tak mahu diganggu. Pintu dikuak perlahan dan rebah di kerusi empuknya.

“Awak dah lupa ek?”

“Apa?” berkerut seribu dahi Erfan memikirkan apakah perkara yang dilupakannya.

“Kan ari ni kita kena pergi kursus kahwin. Awak tak nak kahwin ker?”

“Eh, apa pulak tak nak? Saya selalu nak kahwin dengan sayang. Tapi kan, kenapa ye hati ini selalu merasakan janggal sahaja apabila Sayang panggil awak?”

E-an terkedu. Lidahnya kelu. Apa yang aku mahu jawab ni?

“Aik, lidah dah kena gam ker?” soal Erfan selamba dan tergelak sendiri. Sudah lama Erfan tidak mengenakan tunang kesayangan ini. Semenjak krisis itu, E-an sering mengelakkan diri daripadanya. Kalau Erfan berada di luar, E-an akan mengurungkan dirinya dalam bilik. Macam-macam alasannya yang tercipta di bibirnya.

“Nak datang ke tak ni? kursus tu dah nak mula!” gesa E-an dalam melarikan diri daripada bahaskan isu ini.

“Tukar topik nampak?” giat Erfan memerlinya. Badannya dibaringkan lagi di kerusi empuk ini.

“Awak nak datang ker tak? Kalau tak saya pergi sendiri. Nak mintak tolong Mihir hantarkanlah!” ujarku akan secara langsung kepadanya. Terus tegak badannya di kerusi ini.

“Kenapa nak mintak tolong dengan Mihir pulak? Apa guna abang sebagai tunang sayang?” keras bicara Erfan dan menumbuk kuat mejanya. Habis kertas-kertas melayang di udara dengan hentakan ini.

“Dah awak busy, nak tunggu awak datang, kematu punggung saya.” E-an tetap jua dengan kedegilannya. Entah kenapa, E-an selalu suka kaitkan nama Mihir dalam perbualan kami berdua. E-an tahu yang Erfan sangat cemburukan Mihir.

“Jangan nak mengada. Tunggu abang datang! Abang on the way ni!” Erfan segera bangkit dan terus menuju ke keluar.

Cancelkan semua appointment tuk saya hari ni! Apa-apa hal, hubungi saya. Saya tak masuk pejabat hari ni!” Erfan sempat menitipkan pesanan buat setiausaha. Laju sahaja langkah kakinya menuju ke lobi.

***********************************************

Wajah memuncung E-an dipandang sekilas. Semenjak dari tadi lagi E-an hanya membisukan dirinya. Erfan tatap tanpa berkelip akan gaya E-an hari ini. E-an sungguh anggun bergaya dalam pakaian baju kurung bercorak bunga kecil ini. Di kepalanya ada satu selendang warna biru .

“Cantiknya sayang abang ni. semenjak bergelar tunang abang ni, makin cantik abang tengok. Kalaulah sayang ni dah jadi hak milik abang, memang takkan keluar rumah abang!” usiknya lalu mencuit lembut hidung E-an.

“Awak ni kenapa? Dah la datang lewat, pas tu bergurau mengada-ngada! Diam boleh tak?” E-an makin muncung. Comelnya tunang abang ini.

“Dah sayang ni cantik sangat! Tu yang abang geram!” tangannya mengenggam erat jemari E-an dan dikucup perlahan di bibirnya. Wangian yang dipakai oleh E-an kuat membuai naluri lelakinya.

“Dah, cepat drive sebelum kita terlambat. Dah lewat sangat ni!”

“Sayang ni kan lau ngan abang selalu nak cepat jer. Ngan Mihir takpe pulak duk lama-lama.” Erfan pula berjauh hati dengannya. E-an sudah gabra. Alamak, Erfan sudah merajuk ker? Tapi, Erfan jua yang buat perangai dengannya. Tu lah yang E-an balas dendam balik. Barulah adil kan?

“Dah Mihir sudi layan karenah saya. Awak tu Fareda kan ada!” E-an mulai beremosi. Direntap tangannya yang digenggam erat oleh Erfan. Tak boleh nak leraikan, kemas sekali pegangannya.

“Mihir..Mihir..Mihir..itulah yang sayang selalu sebut kan? Dah kemarauk sangat dengan Mihir tu, pergilah kahwin dengannya!”

“Argh..Sure ker ni? Mihir ada jualah lamar saya. Cuma saya tak berikan jawapan lagi. Betul ni nak saya kahwin dengan Mihir?” bersungguh-sungguh E-an bertanya dengan wajahnya sekali.

“Amboi, pantang diberi peluang ya. Gatalnya sayang ni!” ditarik kuat pipi comel E-an. E-an mengaduh kesakitan. Erfan ini memang nak kena makan penumbuk sulung dariku.

“Dah awak jugak yang berikan keizinan. Sekarang jua saya telefon Mihir dan terima lamarannya!” gertak E-an dengan sengaja. Handphonenya digapai dalam begnya.

Kereta segera diberhentikan di tepi bahu jalan. Hon dari belakang kedengaran dipicit dengan kuat. Bingitnya telingaku ini. Erfan mengangkat hand brak tangan dan tatap wajah E-an dengan tajam.

“Cubalah kol Mihir depan abang sekarang jugak!” gertaknya lagi. E-an terkedu. Alamak, E-an hanya mahu bergurau sahaja, dipandangnya serius pulak.

E-an pantang dicabar orangnya. Laju sahaja tangannya menekan nombor Mihir yang ada dalam senarai kenalannya. Erfan masih begitu wajahnya, serius.

“Hello, Mihir! E-an here!

Yes, E-an, anything can I help you?” mesra suara Mihir di talian. E-an tersenyum kecil. Mihir memang selalu layannya dengan baik. Hanya bapak gorilla ni jer yang suka marah-marah dengannya.

Actually about your propose..” terkebil-kebil E-an saat Erfan mengambil handphone dari tangannya. Erfan membawa handphone itu ke telinganya.

She declined!” Erfan berkata laju saat telefon E-an diambilnya. E-an terpana. Apa sebabnya Erfan berkata sedemikian. Tadi dia jua yang mintak aku menerima lamaran itu, kini dia pula yang jawab bagi pihakku.

Talian dimatikan. Senyumannya makin lebar. Suka sangat dalam hatinya kerana dapat buat E-an marah dengannya. E-an terus mengambil kembali handphonenya dan mengerutu sendirian.

“So, apa lagi nak sayang katakan? Abang sedia nak dengar!” kereta dihidupkan. Erfan memberikan signal kanan dan kembali meluncur laju di jalan raya.

“Kenapa buat macam tu?”

“Buat apa?”

“Cakap ngan Mihir yang saya menolak lamarannya?” E-an masih menagih penjelasan. Erfan tersenyum manis. E-an ini lambat pick up betullah.

“Dah tu sayang kan masih lagi tunang abang.”

“Tunang? Tahukah apa itu digelar bertunang kalau tunangnya melayan wanita lain? Bermesra-mesra dengan wanita lain. Adakah itu namanya tunang kalau lelaki menuduh tunangnya tolak dan cedera wanita lain. Tanpa bukti, main tuduh jer. Tu kah tunang saya?” panjang lebar larva kemarahan ini diluahkannya.

“Sayang..kan dah banyak kali abang mintak maaf.” Erfan menatap sayu wajah E-an yang mulai keruh menahan rasa dalam hatinya. Hati E-an terlalu pedih sekali menerima dugaan ini. Dirinya tak kuat.

“Maaf? Semudah ia dituturkan namun buatnya banyak kali kan?”

“Sayang nak abang buat apa lagi ni?”

“Fareda mesti keluar dari rumah tu ataupun saya sendiri yang keluar.” Putus E-an laju. Erfan mengusap perlahan lehernya. Permintaan yang amat rumit sekali untuknya buat. Fareda pula terlalu bergantung harap pada dirinya. Manakala E-an pula adalah insan kesayangannya.

Erfan diam. Matanya terfokus ke depan. “Baiklah, kalu awak sukar nak buat keputusan, biar saya buat keputusan. Saya akan keluar dari rumah ini hari ni jua! Muktamad!”

“E-an!!! Kenapa degil sangat ni? Kenapa perlu keluar dari rumah yang akan menjadi milik E-an?” Erfan membentak keras. Stereng kereta itu dihentak-hentakkan banyak kali.

“Dah tu awak macam lebih rela memilih Fareda dari saya, kan?”

“That not my answer!”

“So?”

“Please give me time!”

“Nope, selagi Fareda ada di antara kita, selagi itulah kita perlu berpisah. Saya tak sanggup nak melihat tunang saya berlaku curang secara live. Sakit tahu dalam hati ni. Pedih hanya saya yang tahu. Fareda tu ada hati dengan awak. Sekilas saya tengok pun dah tahu gerak bahasa badannya!”

“Jangan nak tuduh Fareda macam tu. Fitnah tau!!” Erfan masih mahu mempertahan Fareda. E-an mulai mengalirkan air mata apabila Erfan menengkingnya.

“Berhentikan kereta sekarang jugak!” E-an menjerit kecil. Tali pinggang kereta sudah dileraikan olehnya. Erfan buat-buat tak layan akan permintaan E-an ini. laju kereta ini dipecut olehnya. E-an jadi kecut perut.

“Kalau sayang nak jugak pergi, kita pergi sama-sama. Kita akan mati sama-sama. Fareda mahupun Mihir takkan dapat salah seorang dari kita.” Erfan semakin melajukan keretanya ke 1100km/j.

Lori balak dipintas dengan sepantas kilat olehnya. Lori kontena pun sama. Hanya sedikit sahaja lagi mahu dihimpit dengan lori kontena ini di selekoh tajam ini.

“Erfan, kenapa bawak laju-laju ni? Dah tak sabar nak mati ker?” E-an memukul bahu Erfan bertalu-talu. Ya Allah, Kau selamatkanlah nyawa kami berdua.

“Kalau abang tak dapat sayang, sesiapa pun takkan dapat sayang. Biar semuanya berputih mata! Fareda dan Mihir akan berputih mata.” Erfan berkata sinis dengan kelajuan belum berubah.

“Erfan, tolong perlahan kereta. Saya dah kecut perut ni.”

“Tarik balik ayat tadi!”

“Ayat mana? Manalah saya ingat apa yang telah saya cakapkan!” E-an mulai geram dengan sikap kebudak-budakkan Erfan ini.

“Yang tadi tulah! Cepat tarik balik sebelum saya potong lori minyak Petronas ni pulak!” tunjuknya akan satu lori minyak di depan kereta kami. E-an menelan mulut pahit di kerongkongnya.

Ok, as you wish. Saya tarik balik ayat tadi. Puas hati?” E-an menarik wajah masam. Erfan memang sengaja nak buatkannya mengalah. Mana aci main ugut-ugut sebegini.

“Macam tu lah. Ok, jom keluar!” Erfan menghentikan keretanya di satu kawasan yang amatlah lapang. Sejak bila pulak kawasan kursus kahwin ini bertukar di sini.

Where are we now?” soal E-an dengan kehairanan. E-an masih kaku dalam kereta. Erfan matikan enjin dan bersandar rileks di kerusi pemandu. Manja pandangannya dilemparkan ke wajah tunang kesayangannya ini.

Just wait!” Erfan melekapkan tangannya di bibir E-an. E-an pun sama merebahkan badannya di kerusi. Hanya lagu yang menemani suasana. “So, kursus kahwin?”

“Abang dan mintak ditangguhkan. Kita ada perkara lain yang perlu dibuat terlebih dahulu. Abang dah letih main acara tarik-tarik tali dengan sayang. abang mahukan sayang yang dulu.”

“Apa maksud awak?”

“Sekali lagi abang dengar sayang panggil awak, abang cium sayang kat sini jua!” Pantas E-an menutup rapat bibirnya dengan beg. Erfan tergelak lepas. Lucunya pula lihat ragam E-an. Takut sangat nak kena kiss olehnya. Erfan hanya mengugut sahaja.

Masakan Erfan nak langgar semua perintah agama kan. Erfan tahu lagi yang mana halal dan haramnya. E-an yang selalu syak wasangka buruk akan kata-katanya itu.

Bunyi helikopter mulai bising sekali di telinga kami berdua. E-an segera menoleh dan melihat ke luar. Kenapa pula ada helikopter ni? ada TUDM ker kat sini wat persembahan ker? Erfan sudah tersenyum melihat telatah E-an macam tak pernah lihat helikopter.

“Jom!” Erfan muncul di cermin kereta bahagian E-an. Sejak bila pulak Erfan dah turun dari kereta.

E-an masih lagi terpinga-pinga lagi. Tangan Erfan digapainya. E-an mulai tidak faham dengan apa yang terjadi ini. Apakah rancangan Erfan sebenarnya. Kenapa perlu ada helipkopter pulak ini? dia nak bawak aku lari kahwin kat siam ker?

“Tak nak!”

“Jangan nak degil. Erfan ni suka tau langgar pantang larang jer. Nak Erfan dukung ker?” Usik Erfan laju.

Pintu terus dibuka kasar. Mengaduh kesakitan Erfan lagi. E-an keluar dan terus meninggalkannya. Erfan kejari dari belakang. “Sayang!!!”

“Don’t call me!”

“Ala, ni selalu sangat ya nak merajuk tau!” Erfan memeluk kemas pinggangnya.

E-an hanya membisukan diri. Malas mahu melayani bicara lelaki ini. selalu sangat buat kejutan kepadanya dan jua buatkan jantungnya berdegup kencang.

“Jom, kita perlu naik helikopter tu sekarang!” ada seseorang sudah lama menantikan kami berdua. Erfan mulai masuk ke dalam badan helikopter ini dan E-an pun sama.

“Kita nak ke mana ni? Awak nak bawak saya lari ke Siam ker? Kahwin lari?” soal E-an apabila Erfan membantunya memakai helmet keselamatan di kepalanya. E-an terasa badannya melayang apabila helikopter ni mulai mahu terbang.

“Nakalnya jua Sayang ni. lau tu lah yang sayang nak, abang boleh tunaikan!”

“Malaslah nak cakap lagi. Suka sangat memain tau!”

“Diam, sekarang ni sayang dah jadi tawanan abang. Abang tengah menculik sayang ni! Diam kalu nak selamat!” Erfan mengusik lagi dirinya.

“Tolong, ada pesakit Tanjung Rambutan terlepas kat sini!!” jerit E-an dari dalam. Erfan sudah tergelak kuat. Sempat lagi memerli diriku ini pesakit Tanjung Rambutan. Juruterbang yang berada di depan, tergelak kecil.

“Encik penculik yang jahatman ni nak bawak saya ke mana ya?” perli E-an lagi dengan senyuman manis.

“Nak culik si pencuri hati ni ke satu pulau cinta!”

“Pulau cinta? Kat mana tu duhai encik penculik yang jahatman?”

“Nak tahu, tunggguu!!!” Erfan menarik kuat hidung E-an. E-an menguap. Terasa mengantuk pulak anak matanya ini. “Sayang tidurlah dulu. Dah sampai, abang akan kejutkan.”

************************************

bersambung di bahagian 2

nantikan bersama yaa...

like it :)

No comments:

Nuffnang Ads