Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Thursday, October 13, 2011

Mr.Senduk Rela, Miss Prince Cerming -Prolog-

Prolog [Mr.Senduk Rela, Miss Prince Cerming]













Macam ayam berak kapur sudah ragam si gadis manis ini. Orang sekeliling sekadar memerhatikan sahaja ragamnya itu. Entah apalah yang dicarikan olehnya. "Mana ni?" Tangan sudah mengaru sejuta kali seolah ada sekumpulan kutu bersarang di sebalik tudung cylon ini.

"Adik cari apa?" ada jua orang prihatin bertanyakan keadaan gadis manis ini.

"Oh..ni!" laju sekali jarinya menunjuk ke bawah. Lelaki itu pandang ke bawah. Mak aii..ini punya pun boleh hilang ka? Tak der benda lain ker nak hilang?

Wajah lelaki ditatap lama. Ada kecurigaan bermain di wajah lelaki ini. Apa dia ingat aku main-main ker? Lambatlah aku, temuduga pun akan bermula hanya beberapa minit lagi ini.

"Ada nampak tak kasut saya?" ujar selaju mungkin sambil mata menatap jam di tangan. Cepatlah bagitahu..

"La, adik ni pun! Ingat ni zaman Cinderella ker nak hilang kasut, selepas tu akan datang Prince Charming bawakan kasut? Abang cuma ada Senduk je, dik. Adik nak tak? Senduk Rela?"

Gadis ini mengetap bibir tanda marah. Dia ni nak tolong cari ker atau nak memerli aku? Kalau tak nak tolong tu, janganlah menyibuk kat sini. Shuuuu...

"Agak-agaklah abang! Ingat senduk boleh ker pakai kat kaki? Kan sebelum senduk tu pakai kat kaki, kan bertanduk lak kat kepala abang!" balasnya dengan senyuman panjang.

"Orang nak tolong, banyak komplennya!" gerutu lelaki itu dan berlalu dengan berbakul menyumpah diriku. Siapa yang mulakan dulu ni? Dia ker aku?

Kemudian, mata ternampak sesuatu yang bersilau nun jauh di sana. Eh, tu kan kasut aku. Jumpa jua. Gadis manis ini terus berlari-lari anak dengan kasut sebelah di kaki.

Namun lariannya terhenti apabila sebuah kereta Honda berhenti dan parking betul-betul bawah kasutnya. Mak!!! Kasut aku kini di bawah kereta Honda ini! Gi mana, ni?

"Lantaklah apa nak jadi pun! Yang penting, kasut kesayangan aku ni dapat balik!"

Tok..Tok..Tok..

Cermin dibuka..Gadis ini terpana dengan makhluk Tuhan yang paling Hensem ini.Rebah sudah hatiku hari ini saat bertentangan mata dengannya...

"Ada apa?"

Gadis ini terkelu, bak digam sahaja lidah ini. Jejaka pemilik kereta Honda ini terkebil-kebil melihat gadis asing ini. Apa pula mahunya.. Dah la, dia mahu terburu-buru ini.

"Err...Saya..saya.."

No comments:

Nuffnang Ads