Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Sunday, September 25, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 10

Bab 10




“What spouses you want to tell to me right now?” Erfan berpeluk tubuh menatap wajah E-an dengan pandangan seribu rasa. Marah, geram, sedih, kecewa bersatu menjadi satu. Kenapa perlu ada pembohongan dalam sebuah kenyataan? Apakah perempuan sememangnya keturunan penipu kaum lelaki?

“I’m waiting for your answer! Better watch up the answer, it may be can be effect your debt”

“Err..sebenarnya..sayaa..sayaa..!”

“Saya apa?” tengkingnya kuat dan bergema dalam ruangan bilik ini. Mengapakah semua ini perlu jadi sebegini?

“Kenapa kau tipu aku? Kau cakap kau hanyalah budak datang dari kampung dan tidak berpelajaran tinggi. Belajar SPM hanya separuh jalan? Kenapa bohongi aku dalam terang?” Erfan mulai memuntahkan larva kemarahannya.

“Saya terpaksa!”

“Sapa yang paksa kau?”

“Boss sendiri!”

“Kenapa nak salahkan aku pulak? Selama ni kau banyak bohong aku!” Erfan menahan sayu dalam hati. Pertama kali, Erfan merasa sayu dalam hatinya semenjak 2 tahun Batresya melarikan diri dalam hidupnya.

“Boss yang tak berikan saya peluang nak terangkan hal sebenarnya. Saya tak pernah cakap semua itu. Bos yang cepat buat andaian sendiri akan diri saya. Hanya kerana saya berpakaian selekeh dan seperti orang kampung, terus boss fikirkan yang saya ni dari golongan sana!”

“So now, I’m wrong? That what you want to say it?”

Erfan sudah panas. Sesedap ajinamoto sahaja mengatakan Erfan pulak yang salah. Salah ker Erfan beranggapan yang E-an ini gadis datang dari kampung. Penampilannya yang berpakaian selekeh dan tidak up to date mengiakan segalanya.

“Saya tak maksudkan sebegitu. Saya hanya seorang anak yang ingin berbakti kepada kedua orang tua. Salah ker saya mengorbankan kebahagiaan saya sendiri demi membalas jasa ibu dan ayah saya? Salah ker?” E-an meminta penjelasannya.

“Not, you’re not wrong. But you still lie to me!”

“Not I’m telling the truth about anything!”

Tangan Erfan menentang kata-katanya. Aku tak mahu lagi kau sebut nama Qey, Mihir ataupun nama lelaki lain selain nama aku sahaja. Hanya nama aku sahaja yang berhak meniti di bibir kau. Kalau tak, setiap kali kau sebut nama lelaki lain, aku cium kau!” gertaknya lagi.

Pantas E-an menutup rapat bibirnya. Boss aku ini sudah hilang akal ker? Nak cium aku..aku tak relaa…aku nak larikan diri sekarang jugak!!!

“Hey, not in your lips, just in your hands!” ujarnya tergelak sakan melihat E-an yang menekup mulutnya. Erfan belum gila lagilah nak cium bibir gadis yang bukan muhrimnya.

“Boss!!!” E-an terasa dirinya dipermainkan oleh Erfan dengan senang. Malu pun ada kerana berfikiran syak wasangka sebegini.

E-an bergerak menuju ke tingkap. Indahnya suasana pada mala mini. Dengan cahaya rembulan yang menyinari malam. Di manakah pungguk yang selalu rindukan bulan? Masihkah ia setia menantikan bulan muncul di kaki langit?

Oh bulan..enggan melayan diriku lagi..

Pabila air mata membasahi pipi..

Dan lagu lagu di radio seolah-olah memerli kau..

Pabila kau bersama yang lain…

E-an menyanyi kecil akan lagu Yuna yang popular diputarkan di corong-corong radio pada satu masa dahulu. Erfan terdiam dan menghampirinya dari belakang.

“E-an? Why all this while hide the real stuff from me?” Erfan menyoal perlahan.

“What, I’m tell the truth. Awak tu otak selalu biru sahaja!”

“Mana ada. Otak saya ok jer! Boss tu yang suka merepek tak tentu hala!” E-an menafikan kata-katanya ini. Hati, diamlah kau kat dalam. Jangan nak berdegup kencang tau.

“Kau yang suka buatkan aku naik angin. Kau tu kerja dengan aku, kenapa nak layan lelaki lain lebih-lebih depan aku. Siap lapkan air yang tumpah di baju Qey lagi. Pastu layannya berborak, bergelak ketawa senang hati dan makan bersama dengan Qey!”

I smell sound like jealous!” E-an tersenyum mendengar ucapan itu. Erfan ini sedang cemburu rupanya. Patutlah maki hamun dirinya semahu hati. Ada sesuatu yang tidak kena padanya.

“Nope, stupid! Why should I jealous with Qey?”

“I just asking.”

“You, better don’t do it again. And one more thing, don’t lie to me again! If else..!” Erfan sengaja menggantungkan percakapannya ini. Sengaja mahu E-an tertanya-tanya.

“Boss ini kenapa nak tuduh saya sebegini? Boss juga selalu nak hangin satu badan? Banyak kali saya jelaskan pun, boss tetap nak buat keras kepala. Kalau boss ini budak kecil, dah lama saya luku-luku kepala tu bagi faham!” E-an bersuara geram.

“Kau nak sekeh kepala aku? Berani ker?”

“Don’t judge the people like judge a book!” E-an mulai pertahankan kata-katanya.

“Aku nak tengok sejauh mana keberanian kau tu!” Erfan menghampirinya dengan dekat. Hati E-an sudah berdegup kencang. Dup dap dup dap. Kenapa pulak dengan jantung dan hatiku ini? Wajah E-an pula sudah kemerahan.

“I’m waiting!” bisiknya perlahan di celah telingaku. Nafasnya menyapa pipiku. Dirinya hanya tinggal setengah inci sahaja dengan badanku. Apa pulak yang mahu Erfan buktikan ini daripadaku. Can somebody save me now from this devil!

“Boss!” nafas Erfan bagaikan dapat dihembus selari dengan nafas E-an. Hanya tinggal beberapa inci sahaja lagi.

Call me, Erfan only, sayang!”

Boss..!” E-an masih lagi terkedu. Aduhai, bapak gorilla ini dah kena jinak ker? Kenapa dah berubah menjadi romantik ini? Lutut E-an sudah terketar-ketar. Lalu, E-an rebah dan Erfan menyambutnya.

“Kenapa ni?” Erfan bertanya bimbang. Janganlah apa-apa terjadi padanya. Bagaimana Erfan mahu teruskan hidup sekiranya E-an tiada lagi di muka bumi ini. Siapa yang bayarkan hutang E-an?

“Lutut saya ketar!” jawabnya tergagap-gagap.

You so funny, that way I like it!”. Erfan mencuit hidung E-an. Aik boss aku ni main cuit-mencuit pulak. Ini yang E-an nak hangin satu badan.

“Boss!”

“Call me again with that name, I really kiss your lips!” ugutnya penuh serius. E-an segera menutup mulutnya. Erfan tersenyum, tahu takut.

Erfan segera merapatkan bibirnya dan mencium penuh kudus tapak tangan yang menutupi bibir E-an dan berkata, “Tak dapat bibir pun, tangan pun jadilah!” lantas mata dikenyitkan manja.

E-an sudah tak tahu nak berkata apa-apa. Hanya pelik dengan angin monsun tropika Erfan yang kian berubah. Sesungguhnya E-an tak faham apakah yang sedang melanda diri Erfan.

Sungguh E-an tidak sukakan Gorilla dah bertukar menjadi monyet di taman. Sungguh tidak sesuai.

“Saya hanya mahu katakan yang hidup ini perlulah tanpa berpura-pura, dengar tanpa membela, bicara tanpa menyinggungkan hati!” mendalam sekali maksud ucapan E-an ini. Lega rasanya nafas ini apabila ia dituturkan.

Erfan bergerak menjauhkan E-an. E-an bernafas dengan lega. Nasib baik babak romantik ini sudah berakhir, kalu tak sumpah lututku akan bergoyah sepanjang masa dengan renungannya.

“Kau sindir aku?” Erfan tatap tajam bagaikan mahu menembusi hati E-an. E-an sudah berasa gelisah dikurung dalam bilik ini. Air cond yang ada pun langsung tidak membantu, makin menghangatkan adalah.

“Nope boss, just telling the truth!”

Erfan berpeluk tubuh dan bersandarkan tubuhnya di dinding. Terasa panas telinganya mendengar gelak ketawa E-an dengan Qey. Mentang-mentanglah mereka berdua ini kawan satu university, mulalah nak miang keladinya. Perempuan yang Erfan sukai pun Qey jua mahu masuk line.

“Who is Qey?” soal Erfan dengan tanpa rasa malu.

“Kan dia tu abang sepupu boss!”

“For you, who is Qey? Do you like him?” soalan yang memang mencabar kewibawaan peribadiku ini.

“Takkanlah saya ada hati pada lelaki sesegak Qey. Saya tahu di mana tahap saya di sisinya!” E-an mempertahankan maruahnya sebelum dicalari oleh Erfan semahu hatinya. E-an jua ada hati dan perasaan.

“Well, but I think Qey not looking you just a junior. May I right?” masih lagi Erfan mahu menyakiti hatinya. Erfan memang sengaja mahu buatkan E-an terasa sakit di hati sebagaimana dia jua merasainya.

“Saya tak boleh halang apa yang akan terjadi dalam takdir saya ni. Saya bukannya manusia yang sempurna bagi mereka semua. Dari kaca mata boss, saya ini hanyalah orang gaji yang menjalankan kerja hanya demi menjelaskan hutang ayah saya pada boss. Saya tak pernah mintak semua kasih sayang dan perhatian lebih daripada Qey mahukan Mihir. Mereka yang rela hulurkan semua itu!”

“Tapi kau boleh elakkan? Aku tak mahu lagi selepas ini kau berhubungan dengan mana-mana lelaki pun! Kalau tak, aku akan bawakan kontrak itu kepada mahkamah! Biar ayah kau dipenjarakan. Kau akan berputih mata!” ugut Erfan dengan nekad.

“Masakan boss sekejam ini? Jadi, dengan boss pun saya perlu elak ker?” soal E-an dengan dungu nya.

Sebiji bantal dilemparkan tepat ke wajahnya. Erfan mulai tersenyum mendengar kata-kata itu. “Kau ni pun, kan aku ni majikan kau. Kalau kau elak, macam mana aku nak dera kau, kan?”

“Dah tadi boss jugak cakap yang saya mesti elak mana-mana lelaki yang mahu dekat dengan saya dan berhubungan 2 hala dengan saya. Betul kan apa yang saya faham?” E-an masih lagi geram dengan tindakan Erfan membaling bantal ini. Dipeluk rapat bantal itu agar Erfan takkan ulangi lagi.

“Memang betul, tapi kau kena layanlah aku jika aku arahkan apa-apa! Cuma lelaki lain, kau kena buat sombong!”

“Lain kali cakaplah macam ni, aku nak kau jangan berhubungan dengan lelaki lain kecuali aku!” ajar E-an akan gaya percakapannya yang sebenar. Sekali lagi, Erfan membalingkan bantal peluk tidurnya.

“Apa boss ni, main acara baling-baling pulak. Malulah orang tengok!”

“Sapa yang tengok!” Erfan terhenti sekejap. Setahunya hanya dia dan E-an dalam kamar ini. Ada orang ketiga ker selain mereka berdua? Ligat anak matanya memandang sekeliling.

“Tu!! Ni, pembaca yang tengah baca kisah kita berdua ini. Malulah kalu diorang fikir yang kita ini sedang berkasih ker. Kan kita tak pun ada hubungan istimewa apa-apa kan. Hanya saya ini minah kampung dan boss pula encik Bandar!” Ujar E-an memerlinya .

“Ohh..biarlah. Kan mereka jua yang suka mahu lihat endingnya kita bersama kan..E-an akan jadi milik Erfan jua. Mereka jua mahukan sebegitu!”

“Tapi kan saya tak nak kat boss pun!” sengaja E-an bercakap akan kenyataan sebenarnya itu. Di dalam hatinya hanya ada perasaan benci terhadap Erfan. Perasaan suka? Tak mungkinlah hanya hatinya sahaja selalu berdegup kencang apabila mata bertatapan.

Adakah E-an sudah jatuhkan hatinya buat bapak gorilla ini? Masakan ya, kerana jikalau benar, sudah lama E-an menyedarinya. Mungkin E-an hanya berasa keliru dengan layanan Erfan yang selalu berubah.

“Read my lips, I want you be my side!”

E-an bagaikan mahu sahaja menjadi orang pekak hari ini agar segala kata-kata dan luahannya takkan didengari oleh E-an. Tolonglah pekakkan telinga E-an hari ini.

“And also hear my voice, I don’t like you!” E-an menjawab selamba.

“Geramnya aku, aku cium jugak minah kampung ni. Asyik cakap tak nak sahaja ni.” Erfan sudah berubah watak. Lengan bajunya disisingkan ke atas.

“Susah sangat ker nak terima aku?”

“Memang susah!” E-an segera menjawab. Inilah peluangku mengenakannya. Erfan pun macam ambil serius sahaja kata-kataku ini.

“Kenapa?”

“Sebab …bos tak kacak macam jejaka impian saya!!” E-an berkata dengan wajah penuh ceria sekali. Erfan sudah penuh dengan rasa cemburu. Cemburu yang amat sangat. Mencengkam dalam jiwanya.

“Who the lucky guy that really handsome for you?”

“Enrique Iglesis!”

“What? The latin guy?”

“He so hot!” E-an sengaja mahu menyemarakkan lagi api cemburu yang kian menyala dalam anak mata Erfan.

E-an mengangguk perlahan dan tergelak kecil kerana mempermainkan Erfan. Erfan yang terasa dipermainkan segera mengejari E-an. E-an terus berlari dan mereka saling berkejaran dalam rumah sehingga ke luar halaman rumah.

“Don’t you dare run away from me again. I will catch you in every time!” laung Erfan dari belakang.

“Boss takkan dapat kejari saya! Saya ni jaguh lumba lari!” E-an berkata riang. Seriang hatinya. Entah kenapa hatinya sungguh riang malam ini. Adakah kerana pengakuan Erfan ataupun sememangnya hatinya dalam taman?

“Dan aku jaguh dalam buatkan kau jatuh cinta denganku! Akulah wiranya!”

“Perasan!!!” E-an sempat menjelirkan lidahnya pada Erfan.

“E-an, terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup aku. Kau berikan aku sinar baru.” Erfan melaungkan sekuat hatinya.

Dan mereka berdua saling mengejari antara satu sama lain tanpa menghiraukan suasana yang gelap. Deruan air kolam buatan yang mendayu-dayu menyemarakkan kedua hati yang sedang berlagu riang.

“E-an?”

Seseorang menyapa E-an dari luar. E-an terhenti lariannya. Erfan yang berada di belakang tersenyum manis. Erfan segera mendakap E-an dengan erat dan berkata lembut di telinganya, “I love You!”

E-an terkejut dengan ucapan ini dan jua terkejut dengan kemunculan jejaka itu. Kenapa semuanya berlaku serentak. Erfan memandang ke luar namun dakapan ini tidak dilepaskan malah semakin dieratkan lagi.

“Mihir?” E-an berkata kecil.

“We must talk now!” Mihir memintanya bertemu dengannya di luar.

E-an memandang wajah Erfan. Erfan mengelengkan kepalanya. Kenapa perlu kebahagiaan ini dimusnah sekelip mata sahaja. Apakah E-an tidak dengarkah akan ucapan keramat 3 kata itu? Sukarnya untuk Erfan melafazkan ‘I Love U’ kepada E-an.

“Please.. E-an. I really needed see you.” Mihir merayu lagi dengan wajah yang penuh berharap. E-an menjadi serba salah. Dirinya yang berada dalam dakapan Erfan masih keliru. Perlukah E-an mengikuti permintaan Mihir ataupun terus bahagia dalam dakapan Erfan.

Bersambung…

Apakah pilihan yang E-an ada? Mihir atau Erfan akan menjadi keutamaannya?

Like?

No comments:

Nuffnang Ads