Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Sunday, October 9, 2011

Satu Untuk Berdua 1

Karya Hanya Sedetik Lebih..


Terlalu banyak yang bermain di minda ini. Seribu persoalan kian menerjah dalam benak fikiran. Miqa buntu, runsing. Namun di sebalik semua ini, Miqa tetap setia. Setia menantikan window ini bercahaya-cahaya. Ke manakah dia pergi? Kenapa diam? Mengapa semua sapaanku tak dibalas olehnya. Marah ker dia? Miqa mengeluh panjang. Jemari Miqa kian malas sekali mahu taip lagi sebarang kata sapaan kepada kawan onlinenya itu.

Agaknya sudah berbakul-bakul semua sapaan, kalau semua itu dihimpunkan dalam satu folder, boleh patah kepala bahu ini menggalas itu. Miqa menekan icon Recycle Bin. Senarai fail dan dokumen yang di padam olehnya, berbaris beratur keluar.
Melilau matanya mencari nama folder yang menyimpan semua pesanan, kata sapaan dan jua bingkisan hati buat kawannya itu. “Mana ni?”

“Dah jumpa pun!” laju sahaja tangan Miqa menekan right click dan pilih Restore. Folder itu kini kembali semula ke tempat asalnya. Dek marah yang teramat sangat, Miqa memadamkan semuanya. Aduhai, menyesal pun ada. Nasib baiklah dapat jumpa kembali. Kalau tak…

Miqa masih lagi menaruh harapan agar dia online.. tolonglah..online, demi saya! Namun, apa yang Miqa dapat? Offline! Warghh!! Berjam-jam menunggu..ini yang Miqa dapat. Kalaulah tahu begini jadinya..baik Miqa lepak ngan kekasih hatinya. Mee Seddap. Seddap jua, boleh kenyangkan perut lagi.

Sebut pasal mee seddap, perutnya pula berkeroncong hebat. Tu dia!! Sekali dengar macam lagu zapin awang don dang…dang laa sayang..

Miqa segera bangun dan duduk baring bermalas-malas di katil. Arghh!! Perut kian meragam ini, tapi mulutnya tak mahu pun nak mengunyah. Duhai mulut, bersatulah dengan perut. Dan perut, jangan nak duk berkaraoke lagu irama Malaysia tu lagi! Tak sesuai tau masa Miqa tengah geram campur tension.

“Malaslah aku nak ambil tahu lagi! Lepas ni dia online lagi..aku takkan sapa pun! Biar dia pula yang terkontang-kanting duk tunggu balasan dariku!” gerutu dalam penuh keazaman sekali dengan berikrar segala bagai. Miqa oo Miqa.

Walaupun di hati sudah berkata nekad, tapi lirikan matanya tetap jua melintasi skrin laptopnya. Gelap jer..memang betul-betul boleh biarkan aku naik angin putting beliung. Memang benar cakap orang, perasaan ini buta. Buta dalam terang. Buta dalam sepi. Buta dalam gelap.

Miqa akui, perkenalannya dengan seorang insan dalam muka buku ini, banyak mengubah dirinya. Mengubah sikapnya, pandangannya, keazamannya dan yang penting mengubah masa Miqa sendiri. Miqa sudah mejadi seorang penunggu tegar depan laptopnya. Penunggu setia akan insan yang belum dikenal pasti wajah, rupa, serta keperibadiannya.

Hanya melalui bicara, kata-kata, puitis dan serta dorongan telah mengkuatkan Miqa dan insan itu bertambah semangat meneruskan perkenalan ini. Perkenalan yang biasa pun boleh jadi luar biasa sekali. Pelik bukan..?

Klip..klip..lampu menyala-nyala di skrin laptop Miqa.

Sign in as AkuSlamber..

(AkuSlamber)
Hi..assalam.. Dahsra

Online as l.Dahsra
(L.Dahsra)

……………..

Miqa berpaling. Yeah! Dia online. Sabar Miqa, tahan dulu, ingat sikit pada azam, nekad kau tadi tu! Hasut orang di sebelah kirinya. Miqa terpengaruh, punggungnya duduk kembali. Miqa mahu berlagak ego dulu.

(AkuSlamber)
Marah kat sye? .. diam je.
Oklah awak, saya nak out ni! Bye.!”

Offline as AkuSlamber

“Ahh..macam tu jer?” Miqa menyoal dirinya. Ini betul-betul coobaan ker ataupun main-main..AkuSlamber..kenapa buat Miqa begini? Kenapa AkuSlamber…? Tell me now!!

Badannya kini tertegak berdiri. Seolah tak percaya dengan kawannya bernama AkuSlamber ini. Miqa mengeluh lagi, namun kali ini keluhannya berserta dengan kesedihan yang bermukim dalam separuh hatinya.

Deringan handphone mematikan kesedihannya. Dengan penuh malas, Miqa bangkit dan mencapai handphone sony Ericsson itu. Talian dari kawannya, Faez, “Jom, bro. layan futsal petang ni!” ujarnya saat panggilan itu diterima.

“Futsal, malaslah!”

“Tengok tu. Ni mesti kes ngan AkuSlamber tu lagi kan. Wey, cheer la sikit. Janganlah tangkap lentok sangat! Malu tau kalu budak-budak kita tahu yang raja segala macho kita ni dah tangkap leleh ngan minah lam muka buku tu!”

“Mulut tu jaga-jaga sikit. Kang orang lain makan nasi, mulut kau tu makan selipar nenek aku punya kang!” amarah Miqa bersatu dalam marahnya pada AkuSlamber ini.
Sudahlah rasa geram dan marahnya belum lagi tersisa, kini si Faez pulak nak menambahkan angin suhu badannya. Boleh rentung jua tangkai hatinya. Hancur terbakar dek sikap kawan muka buku ini.

“Rilek arr..kau ni dah jadi sentap gini pulak. Minah muka buku tu dah kasi apa ni kat kau sampai kau leleh sebegini. Gurau sikit pun nak sentap!” Faez kian mencucuk jarum. Kesan sembilunya hanya Miqa yang mengerti.

“Kau..memang nak makan kasut bola aku kan saiz 9 ni!” gertak Miqa dan akhirnya gelak ketawa tercetus jua.

“Jom!” ajak Faez selamba lagi. Langsung tidak berkecil hati dengan semua kata-kata pedas yang Miqa lontarkan padanya.

“Jomlah!” mengalah jua Miqa dan segera laptopnya shut down. Selamat tinggal AkuSlamber..Miqa berkata sayu. Sesayu hatinya yang mulai merasakan dalam hati ada taman. Kalaulah miqa diberi peluang bertemu dengan AkuSlamber..kalaulah..semuanya bermula dengan kalaulah..AkuSlamber ni sudi..

No comments:

Nuffnang Ads