Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Wednesday, September 28, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 17

Bab 17



E-an menangis tersedu-sedan. Hatinya sakit sangat dengan kelakuan Erfan. Erfan langsung tidak menyapa dirinya yang baru pulang. Sebaliknya, leka melayani Fareda dan bergurau senda dengan Fareda.

Malahan, tanpa malu Fareda mengurut lembut kepala Erfan. Erfan langsung tidak menolak malahan semakin disuruhkan lagi. E-an sangat-sangat sakit hati dengan perbuatan Fareda dan Erfan.

Pintu bilik E-an dihempas kuat. Tombol pintu jua dikunci dari dalam. Tangisannya tidak dapat ditahan lagi. “Ibu, E-an sedih sangat!” E-an merengek dengan memekupkan wajahnya ke bantal.

“E-an tak sangka yang Erfan lukakan hati E-an sebegini.”

Ketukan bergema di pintunya. E-an mengeraskan badannya. Kemudian, ada bunyi suara garau dari luar. “E-an buka pintu ni! Aku nak makan. Lapar, buatkan aku makanan malam!”

‘Lantaklah kau lapar ke tak, kan si Fareda tu ada! Mintaklah dia buatkan!’ gerutu E-an dengan mulut terkumat kamit. E-an segera mengambil kapas dan menyumbatkan di telinganya. Radio yang berdekatan, dikuatkan lagi volume agar suara Erfan tenggelam dengan bunyi radio ini.

“E-an!!! Kau jangan nak degil. Bukak pintu ni, sebelum aku pecahkan pintu ni!” jerit Erfan dari luar dan menendang pintu dengan sekuat hatinya.

“La la la laa!”

“E-an!”

“Abang!” sapa satu suara manja dari belakang. Erfan berpaling dan melihat wajah Fareda. Wajah Erfan dimaniskan. “Ada apa Eda?”

“Dah lah pujuk kak E-an. Dia tengah merajuk tu, biarkan rajuknya reda dulu. Abang lapar ker? Nanti Eda masakkan!” Fareda memujuk Erfan.

“Eh, tak perlulah. Kan kaki Eda sakit, macam mana nak masak? Biarkan E-an yang masak. Dia kan orang sihat!” Erfan tetap jua bertegas mahukan E-an masak untuknya. Lidah Erfan hanya dapat menerima masakan dari E-an sahaja.

“Takpe, sakit di kaki ini hanyalah sedikit saja. Eda boleh berjalan lagi. Jomlah kita ke dapur!” ditariknya tangan Erfan dan Erfan mengalah jua. Nantilah Erfan memujuk E-an. Yang penting rasa laparnya perlu diisi dahulu.

********************************

“Pergi kau dari sini! Jangan kau datang ganggu aku lagi! Pergi kau!!” E-an melepaskan kemarahannya dengan keras sekali di tepi kolam buatan Erfan ini. Erfan menoleh seketika dan melihat E-an sudah bercekik pinggang.

E-an sedang marahkan dirinya kah? Perasaan ingin tahu yang melonjak tinggi membuatkan Erfan terasa ingin bertanyakan sekarang jua. Erfan melangkah setapak demi setapak menghampiri E-an yang sedang berdiri tegak di kolam buatannya. Perlahan-lahan dia menghampiri E-an.

"Eh, nyamuk. Kau memang tak sayangkan nyawa kau ek. Pagi-pagi lagi dah nak ambil darah aku. Darah aku ni jenis O +, tak manis tau kau nak hisap, apa kata kau pergi jer hisap darah Fareda. Fareda kan berdarah manis dan muda lagi orangnya. So, kau dapat darah pakej 2 dalam 1 tau! shuuu..gi hisap darah Fareda tau!!" ujar E-an dengan lantang di tepi kolam ini.


Gelakan ketawa halus kedengaran dari belakang E-an tersedar ada seseorang di belakang dan menoleh. Erfan?

"Hi sayang. Dengan nyamuk pun sayang bercakap jugak ker? Siap kasi cadangan supaya hisap darah Fareda lagi." Ketawa Erfan semakin rancak apabila melihat perangai pelik tunang nya ini. E-an ini ada ada sahaja kenakalannya. E-an berwajah cemberut.

Dengan langkah seribu, E-an berusaha melarikan diri. Erfan sempat menangkap tangan E-an. “Lepaskanlah!” meronta-ronta E-an meminta dilepaskan.

“Sayang masih marahkan abang?”

E-an masih dalam mood mogok. Mengeleng pun tidak mengiakan pun tidak. Hanya kaku sahaja. terasa ada kebencian pula dalam hatinya saat melihat wajah Erfan. Apa gunanya bertunang kalu tiada sikap saling mempercayai.

“Kenapa dengan mata tu? Sembab semacam jer? Kena gigit dengan nyamuk ker?” soalan yang berbaur mengumpan E-an berbicara dengan Erfan. Jemarinya mulai menyentuhi anak mataku yang sembab. Ini semua kerana dirinyalah. Lagi mahu tanya ker??

“Sayang ni kenapa? Banyak yang abang tanya, jawapan tiada pun. Sayang...”

“Don’t call me sayang, if in your heart have someone else!” keras dan sinis sekali E-an berbicara dengannya. Wajah Erfan langsung tidak ditatapnya.

“Apa dah benci sangat ker nak pandang wajah abang sehinggakan rela pandang pasu bunga yang dah lama ada lumut tu? Abang hanya tanya soalan mudah sahaja, sayang masih marahkan abang?” sayu nada suaranya.

“Like I care?”

“Sayang, janganlah merajuk. Abang tak salahkan dan tuduh sayang pasal hal kesakitan Fareda. Abang cuma tersalah tinggikan suara abang pada sayang. abang tak bermaksud sebegitu! Abang mintak maaf ya! Please smile for me!” pujuknya dengan kata manis.

Sorry, bro. Gua takkan tangkap lentok. Silap orang tau. Lau lu tuturkan kata-kata puitis manis ini kepada adik sepupu kesayangan lu tu, konfem tangkap leleh.

“Boleh lepaskan tangan saya sekarang? Saya ada banyak kerja nak buat sebelum bapak gorilla tu bangun dan memekak jer!” sindir E-an tepat-tepat memerli kepadanya.

“Sayang ni nakal jua ya walaupun dalam mood merajuk. Abang suka tau tengok sayang moody jer. Datang bulan ek?” usiknya manja dan mencium lembut jemari E-an.

E-an, jangan cepat tergoda. Kuatkan iman dan kuatkan semangat. Jangan cepat mengalah dengan godaan dari tunangmu ini. kuat dan semangat!!! Biar Erfan tahu sikit berbicara dengannya lain kali. Jangan nak tahu tinggikan suara ajer tanpa memikirkan perasaan tunangnya ini.

“Datang angin kus-kus adalah, siap ada angin puting beliung lagi. Nak rasa ker penangan angin ni?” E-an berbalas sindiran kepadanya. Erfan tergelak kecil. Rasanya sudah lama episod debat ala-ala bertengkar tiada dalam kamus hidup mereka berdua.

Kalau dahulu pantang bertemu, siaplah. Asyik bergaduh sahaja. si E-an ini jenis yang suka melawan dan Erfan jenis tak suka cakapnya dilawan. Makin gamatlah suasana yang sedia ada.

“Abang tak nak angin tu. Abang hanya nak sayang sorang ajer. Takkan ada Fareda mahupun Batresya lagi dalam hidup abang ni!” ujarnya dan mencuit mesra hidungku. Ya Allah, kenapalah si Erfan ni pandai memujuk dan boleh mencairkan hatiku dalam sekelip mata?

Erfan ini pakai ilmu apa yang berjaya buatkan hatiku jadi cair bak ais kiub? Dia guna laser kot! Duga hati E-an pantas. Renungan mata Erfan tajam sekali dan menusuk masuk ke dalam kalbunya. Oppss!! Sebelum E-an terkulai layu, jom pasang anti virus dulu. Kaspersky pun boleh jalan punya.

“Mulut tu manis je ya bila berbicara. Selalu minum gula ker?” E-an bertanya dungu.

“Nak tahu, kiss kit!” Erfan sengaja memuncungkan bibirnya ke arah E-an. E-an menarik wajah 14 masam. Tak sukalah gurauan sebegini. Wajah E-an sudah berubah kelat seperti asam gelugor.

Idea..Erfan memetik jarinya spontan, persilakan bakal-bakal pelakon extra yang akan membantu dalam edisi memujuk tunang kesayangannya ini.

Taaadaaa..

Erfan cuba mengumpan senyuman dari bibir E-an dengan menggunakan bantuan Ultraman kecil. “Ok! Ha ha ha..., sayalah Ultraman Tiga!” Tangan Erfan memegang satu anak patung Ultraman Tiga yang berwarna biru campur merah.

“Ha ha ha..sayalah Ultraman yang jahat sekali di muka bumi ni!” diambilnya lagi satu anak patung Ultraman yang warna biru keputihan. Ultraman Tiga telah jatuh ke tanah kerana terkejut dengan kedatangan Ultaraman jahat ini.

Kemudian, Erfan terus membuatkannya berlawan sesama sendiri, “Aduh, sakit!” Ultraman Tiga tetiba melayang ke arah Ultraman jahat itu dan mengenai kepalanya.

“Adoi, mati!” ulangnya dengan suara ala-ala kanak-kanak Shin chan.

“Dan,Ultraman kecil junior pun akan datang untuk membantu!” ditariknya Ultraman mini ini dan dilayangkan di udara lalu mengelilingi E-an yang sedang berdiri.

“Zuuu zuuu..Ultraman dah datang nak selamatkan puteri kayangan dari Malaysia dari raksasa Gorilla.. zuuu zuuu..” Erfan buat pelbagai bunyi dah ini. Ada bunyi katak pun ada, bunyi ayam lagilah ada!

Sekali lagi, Erfan mulai berubah watak. E-an pula masih mengeraskan bibirnya agar takkan tersenyum dengan semua lakonan yang tiada skrip ini. bertahanlah mulut, jangan kau nak mengada nak tersenyum.

Cheee....nyoung...Ultraman jahat menyerang Ultraman baik..Buk..buk.. Ultraman jatuh terkena tendangan dari Ultraman junior!”

“Bedecum..bedecum..”Aksi tumbukkan itu dimainkan pada anak patung Ultraman ini. E-an yang mahu tersenyum cuba mengeraskan bibirnya. Telatah kebudak-budakkan Erfan ini membuatkan E-an tidak dapat menahan gelak.

Sumpah, reaksi spontan dari Erfan ini berjaya menciut hati dan perasaannya. Ini ker cara yang digunakan oleh Erfan dalam edisi memujuk hati E-an yang sedang merajuk. Mainan budak 5 tahun ini dijadikan modal? Erfan, awak tu dan berumur 27 tahun, bukannya baru 27 bulan.

E-an tergelak kecil. Ultraman mini itu diambilnya lalu disuakan ke wajah E-an yang ceria. “Kang cantik lau dah tersenyum!” sengaja dimimingkan suaranya ala-ala Shin Chan.

“Sayang..sayang masih marahkan abang lagi?”

“Selagi dalam hati ni masih terasa pedihnya, selagi itulah saya akan terluka!” mendalam sekali makna ayat itu. Erfan tersenyum kecil. Memang ini salah diriku yang terlalu cepat melemparkan kata-kata kasar semalam.

“Abang tak pernah sesekali pun terfikir nak lukakan hati sayang! p-Percayalah!” Erfan masih tetap mahu menyakinkan dirinya. E-an bergerak menjauhkan dirinya.

“Please. I need alone!” E-an berkeputusan itu dan berpaling ke belakang. Bebola mata E-an menangkap satu kelibat manusia sedang berjalan menghampiri kami berdua. Senyumannya kian lebar.

“Mihir? What are you doing here?” terkejut sekali dengan kemunculan mendadak Mihir di rumahnya ini. Mihir tersenyum dengan sapaan ini lalu memberikan sejambak bunga ros merah segar buat khusus untuk E-an.

For my beautiful lady. I came here for asking you out. Can you accompany my breakfast?” Mihir mencipta alasan yang munasabah. Dikerlingnya sekilas akan kelibat Erfan yang tegak berdiri. Mihir memang sengaja bikin hati Erfan terbakar di situ jugak.

E-an menyambut akan jambangan bunga ini. Harumnya bau ini. “Roses for me?”

“Yeah!”

“Thank you very much! I appreciate it!” E-an mencium lembut bunga ini. E-an memang menyukai sangat-sangat bunga ros, apatah agi warna merah. Merah kan lambang berani dan bersemangat waja.

“Sejak bila pulak si mamat Singapura ni dah ada kat Malaysia? Kenapa tak menetap terus jer kat Singapura tu!” hatinya berbisik jahat. Akalannya pun sama bersetuju dengan kata-kata hati Erfan.

Amboi, Erfan yang ada di sebelah tak disapa pun. E-an dahulu yang dicari ini. Ini tak boleh jadi. Erfan mesti cepat bertindak. Api cemburunya sudah mulai ingin menyala kencang dalam jiwanya.

“E-an, buatkan nasi lemak, ayam masak rendang dan sup ayam untuk sarapan pagi ni sekarang!” arah Erfan lantang dengan wajah yang serius. E-an berpaling ke wajah Erfan. Erfan dah buang ketibaat nak mampus ker order makanan sarapan pagi banyak-banyak. Apa Erfan nak buat gerai jualan nasi lemak ker depan rumah ni?

“Kan saya dah masakkan bihun goreng, dan sosej! Semuanya dah siap terhidang kat meja makan tu!” E-an membentak kuat. Masakan hidangan itu mahu dibuangkan kesemuanya dalam tong sampah. Itu dah dikira membazir tau. Kan pembaziran itu amalan syaitan.

“I don’t care! Saya nak makan menu tadi. Buat sekarang jugak. The time is starting now!” Erfan sudah panas hati sekarang ini. E-an ini sengaja pula nak bangkang kata-kata tunangnya ini di depan Seth Mihir.

E-an mengeluh panjang. Entah apalah angin yang masuk dalam badannya pagi ini. Cakap main lepas sahaja. Hanya tahu semua yang diarahkannya siap dalam masa yang singkat dan cepat. Aku ketuk jua dengan Ultaraman Tiga ni.

“Oklah, Mihir. Next time I will accompany you breakfast!” E-an menolak lembut akan ajakan ini. Mihir tersenyum hampa. Erfan ini memang sengaja agar E-an takkan ada masa diluangkan bersama dengan Mihir.

“Why not, I join you all breakfast today?” cadang Mihir spontan. E-an segera menganggukkan kepalanya. Hanya pendapat dari Erfan sahaja yang diperlukan kini.

“That sound good!” E-an thumb up kepada Mihir yang selalu ada idea bernas. Mihir tergelak kuat. Nakalnya E-an pagi ini.

Erfan tak sangka pula yang cadangan ini akan keluar dari bibir si mamat Singapura ini. Ada sahaja alasannya nak bermesra dengan E-an. Kejap ya, nak makan sangat bersarapan dengan E-an!

Wait..” Erfan memanggil E-an dari terus masuk ke dalam dapur. E-an hanyalah mengangkat keningnya.

“Sejak bila E-an bertemu dengan Mihir secara rahsia ni? Remember, I’m your fiancee, now. Do not do it anything behind me!” bisiknya perlahan di tepi telinga E-an.

Watch up your words. Do not acting you are perfect man in this world. Semalam tu apa cerita dengan Eda, siap mintak urutkan badan lagi? Apa tangan dah patah ker sampaikan tak boleh nak urut sendiri?” amarah cemburu E-an kian membara.

“Are you jealous?” soal Erfan pendek.

“Me? Jealous? Setakat dengan Eda tu, pejam jari jer. Sekali saya petik, berduyun yang datang tau. Macam Mihir. Tak perlu petik jari pun, dia rela datang sendiri!” jawab E-an dengan sengaja dimaniskan wajahnya.

Kesudahannya Erfan jua diselubungi dengan perasaan cemburu. Terbalik pulak pada diri Erfan. E-an ini memang sengaja betullah. Erfan pegang kepala lalu menceriakan hatinya dengan bermain-main dengan Ultraman mini, Ultraman Tiga dan Ultraman Cosmos.

Bersambung..

Apa akan jadi pada Mihir, E-an dan Erfan seterusnya..

Like it? J

2 comments:

Aida Sherry said...

E-an ngan Mihir lah.... lagi sepadan...
Erfan x pandai jaga hati tunang... dah lah kasar....

aku_slamber said...

Aida Sherry : suka ek ngan Mihir...kan Mihir sayang sangat kat Ean...

Nuffnang Ads