Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Thursday, September 29, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 20

Bab 20





Erfan tatap wajah E-an. E-an tatap wajah Erfan. Kedua-duanya saling bertentangan mata. Tersenyum-senyum sesama sendiri. Fareda pula naik meluat dengan pasangan kononnya sedang dilamun cinta inilah. Hello, I’m here!

Fareda mencebikkan wajahnya melihat keceriaan di wajah E-an. Erfan pula langsung tidak melarikan pandangan dari wajah tunang kesayangannya ini. Seminggu yang lalu, Erfan dan E-an telah menghilangkan diri. Puas Fareda mencari, talian asyik tidak aktif sahaja. Hanya suara operator sahaja yang duk layannya. “Nombor yang anda hubungi tidak dapat dihubungi. Sila cuba sekali lagi!”

Terus handphonenya dilemparkan ke dinding. Ke manalah pulak E-an bawak lari Erfan? Fareda mengamuk seharian dalam biliknya. Semua barang-barang dihempas ke lantai. Berselerak habis biliknya.

“Erfan... kenapa si cekedeng tu yang kau cintai. Ni aku, dah lama cintakan kau. Sejak kecil lagi Eda cintakan abang Erfan, sejak abang Erfan selamatkan Eda dari kena buli dengan geng Melidi tu.” Raunganya dengan sekuat hati. Fareda tak sangka yang saat Fareda pulang ke Malaysia, abang Erfan sudah bertunang.

Lamunan Fareda terhenti apabila Erfan bersuara, “Eda, abang dah carikan satu rumah untuk Eda tinggal. Rumah tu abang dah bayarkan semuanya. Cuma, Eda perlu tinggal kat sana sahaja!”

“Tapi abang, Eda mana pernah tinggal seorang diri!” Fareda memberikan seribu alasan agar dirinya masih lagi betah di rumah ini. E-an sudah tersenyum manis. Erfan sudah mengotakan janjinya.

“Abang tahu, Erisya jua akan tumpang tinggal kat sana. Eda akan ada teman. Jadi, abang akan hantar Eda hari ni jugak. Eda bersiap-siaplah ya!” Erfan sudah bangun dan berkira-kira mahu menghantarkan Fareda ke rumah barunya.

Puas Erfan memujuk Erisya agar setuju duduk satu rumah dengan Fareda. Pada mulanya Erisya enggan jua namun disogokkan dengan tablet I-Phone, terus sahaja setuju. Mata duitan betullah adik yang sorang itu.

Fareda sudah panas punggung. Bagaimana ni, Erfan dah bertindak nak hantarkan Fareda ke rumah baru. Akan berjauhanlah kami berdua. Apa yang patut Fareda buat ini.

“Meh, akak tolong kemaskan apa yang patut ya!” ramah E-an menawarkan bantuannya. Fareda menjeling tajam. Ahh, tak payah nak berlagak baiklah. Tentunya Erfan dah termakan dengan hasutan kau kan? Dasar perempuan perampas!

“Tak payahlah. Saya boleh buat sendiri!”

“Fareda, are you coming?” Erfan melaung dari atas. Fareda tergopoh-gapah meluru ke bilik atas. Aduhai, idea. Cepatlah datang sebelum Erfan bawa aku keluar dari rumah ini.

Erfan sudah tercegat di luar bilik Fareda. Fareda meminta izin untuk masuk ke dalam. Erfan bergerak sedikit bagi memudahkan Fareda lalu. E-an pula sudah berada di belakang Erfan.

“Abang buat semua ni demi kebaikan kita bersama. Abang tak mahu kakak E-an merajuk lagi dengan abang. Abang merana sangat dengan kebisuan akak E-an. Abang harap Eda faham. Pintu rumah abang sentiasa menerima kunjungan Eda.” Ujar Erfan apabila melihat Fareda mengemaskan barang-barang.

Jemari tangan E-an digapai olehnya. Dikucupnya dengan penuh kudus sekali. Semenjak pulang dari percutian itu, hubungan ini semakin mekar. Di sinar mata E-an sudah menggambarkan isi hatinya.

“Eda..Eda.. tak tahu akan kehadiran Eda telah membuatkan akak E-an salah faham. Maaf ya, akak!” Fareda terhenti sekejap melipat pakaian dan memandang ke wajah E-an. Aku benci kau! Itu lah yang terngiang dalam hatinya.

“Akak pun nak mintak maaf. Akak hanya perempuan biasa yang takkan lari dari perasaan cemburu. Adik pun perempuan, tentu faham kan apa yang akak rasa!” E-an cuba membuang yang keruh dan ambil yang jernih.

“Dah, sayang! Jangan nak buatkan adik kesayangan abang ini menangis pulak! Nakalnya sayang abang ya!” dicubit manja akan pipi E-an. E-an tergelak manja di sisi Erfan.

“Eda, cepat sikit. Abang ada kerja lain pula dengan akak E-an. Kami nak keluar cari barang-barang kahwin pulak nanti!” Erfan memberi arahan tegas dan Fareda patuh.

Fareda sudah buntu. Nampaknya, terpaksa jualah dirinya keluar dari rumah ini. Fareda mengeluh kehampaannya. Mahu sahaja dilupuskan sahaja E-an dari muka bumi ini. Kerjanya mahu merampas kekasih orang sahaja.

“Eda bawa yang mana perlu jer dulu, nanti abang akan mintak akak E-an kemaskan barang Eda satu tempat dan abang akan hantar semula kat rumah baru Eda ya! Cepat!” gesanya lagi. E-an sudah lama menuju ke bilik untuk tukar pakaian.

Tak menyempat-nyempat nak halau Fareda keluar dari rumah ini. Mana pulak idea ni? kemudian, syaitan menghasutnya. Yes!!! Konfem idea ini akan berjaya. Ada sasaran yang akan menjayakan idea ini.

“Abang...” jerit Fareda lantang. Beg pakaian sudah tergolek jatuh ke bawah. Saat Erfan berpaling, Fareda tergolek-golek jatuh dari anak tangga.

“Eda!!!” Erfan dan E-an menjerit serentak. Fareda sudah terkulai layu di tangga bawah.

Berlari-lari anak Erfan dan E-an mendapatkan Fareda yang cedera dan terluka. Darah kian membuak keluar dari kepalanya. Ya Allah, selamatkanlah dia.

“Eda, bangun Eda!” dipangku akan kepala Fareda. Anak mata Fareda sekejap buka sekejap tutup. Erfan sudah cemas.

“Kak E-an..E-ann!” tergagap-gagap suara Eda saat itu. E-an segera memegang erat tangan Fareda.

“Ya, dik. Akak ada kat sini!”

“Kak E-an..kak E-an tolak Eda!” ujarnya dalam suara yang tenggelam timbul.

“Eda!!” terjerit E-an mendengar fitnah ini. Sejak bila pulak E-an menolak Fareda? Apakah motif Fareda fitnah dirinya? E-an tatap wajah Erfan yang merah padam menahan marah.

“Kau apa yang tak puas hati lagi dengan Eda? Sekali lagi kau tolak Eda dari tangga? Kau tengok akibatnya. Kalau kau tak suka Eda pun, janganlah khianat cara sebegini. Menyusahkan semua orang tau!” Erfan sudah benar-benar menengking E-an. Bahasa pengganti diri jua dah tertukar.

“Abang, sayang tak buat semua tu!” nafi E-an lagi.

“Akak E-an yang tolak Eda. Eda cuma mintak tolong pegangkan beg sahaja! Takkan hanya mintak beg pun akak nak tolak Eda?” Fareda menjawab dengan lemah. Dalam hatinya, bersorak gembira kerana dapat buatkan onar dalam hubungan Erfan dan E-an.

“Eda, jangan nak fitnah akak. Akak tak sentuh Eda pun! Abang percayalah!” E-an cuba memegang lengan tangan Erfan dalam memohon kepercayaan.

“Jangan kau sentuh aku. Jijik aku dengan perempuan dengki macam kau ni. kenapalah aku boleh buta dalam cinta palsu kau ni? Menyesal aku jadikan kau tunang aku. Menyesal aku berikan cinta, kasih sayang dan sepenuh perhatian. Aku menyesal kerana kenal dengan kau, perempuan berhati busuk!”

“Kau keluar dari rumah aku sekarang. Aku dah benci nak lihat wajah kau. Keluar kau sekarang jugak! Aku tak mahu kau ada dalam hidup aku mulai selangkah kaki kau keluar, anggaplah kita dah putus tunang!”

E-an terduduk di situ. Putus? Putus tunang? Sebegini besar Erfan menghukum dirinya. Kesalahan yang bukannya dari dirinya. Putus? Erfan melafazkan kata putus tunang buat dirinya?

Fareda sengaja membuat nada suara dalam kesakitan. Yess!!! Berjaya jua Fareda menyingkirkan terus E-an dari hidup Erfan buat selama-lamanya. Berbaloi jua kepala Fareda berdarah. Menjadi plan ini.

“Erfan!!! Jangan hina maruah saya!” E-an sudah menjadi ketar-ketar badan. Erfan menyesal mengenali dirinya? Diri E-an juga sangat menyesal kerana dipertemukan lelaki ini. hubungan yang terjalin dalam masa singkat haruskah berakhir sebegini? Dalam keadaan Erfan menyesal

“Kau memang tak der maruah pun!” sinis sekali Erfan menjawab. Bagaikan dihiris dengan sembilu saat kata itu kedengaran. E-an sudah hilang sabar. Di manakah janji-janjinya mahu mempercayaiku?

Pang!!

Wajah Erfan berpaling ke kiri. Bunyi tamparan itu bergema di seluruh isi rumah. Erfan terpana dan tidak menduga akan tamparan ini. Fareda terkedu.

“Kau berani tampar aku?”

“Kenapa? Setelah kau hina aku, kau tuduh aku macam-macam, kau nak aku sanjung kau? Hey, sekali saya dah tampar kau, jangan harap hati ini akan terima kau balik. Diulangi, selamanya kau takkan aku terima balik!” ujar E-an dengan nekad.

Tangannya terasa perit kerana menampar orang yang dicintainya itu. Wajah Erfan menyeringa saat ditampar. Fareda yang dalam kesakitan ini dipegangnya erat dan didukung lalu diletakkan ke sofa.

Terus Erfan menuju ke arah E-an. “Bangun kau sekarang!”

“Apa?” E-an saling beradu pandang dengan mata redup Erfan. Ya Allah, betapa E-ab akan merindui sepasang mata redup ini. jika ini takdirnya dalam perhubungan kami, aku redha. Hanya Kau yang Maha Mengetahui segalanya.

“Bangun, aku cakap!” lantas tangan E-an dicengkamnya kuat. E-an sedikit terjatuh dengan pegangan kasar Erfan ini.

“Sakitlah bodoh!” diheretnya badan E-an dan dihumbankan ke luar pintu. Terperosok punggung E-an terjatuh ke lantai. Tanpa disedari, kepala E-an terhantuk mengenai bucu pasu.

“Tu lah tempat yang sepatutnya kau berada. Di luar kawasan rumah aku! Perempuan jalang!” herdik Erfan dengan senyuman sinis.

E-an berusaha untuk bangun, namun terasa perit sekali di punggungnya. Ada titisan darah terjatuh dari kepalanya. Ahh..dahiku terluka, mesti terkena pada bucu pasu itu.

“Blah kau. Dan jangan datang kembali. Kita sudah tiada hubungan apa-apa lagi. Inilah pertunangan yang aku menyesal sekali. Ingat satu kata, aku benci kau!” Erfan mengherdik dirinya dan melayani seperti kain buruk. Dicampak apabila tidak diperlukan.

“Hey kau jua dengar kata-kataku ini. Aku benci kau. Aku tak nak kat kau! Mulai saat ini dan detik ini! Jangan kau datang merayu, melutut apabila kebenarannya tiba. Apabila saat itu tiba, kau akan menyesal seumur hidup kau. Padamkan aku dari ingatan kau” wajah E-an menatap kasar wajah Erfan. Lelehan darah yang mengalir di dahinya dibiarkan sebegitu sahaja.

“Baik kau pergi sebelum aku usir kau macam anjing kurap!”

“K.Erfan, mulai detik ni kita tak pernah kenal. Kau dan aku dah jadi orang asing. Kau ikut cara hidup kau, aku akan terus berjalan mengikut perjalanan hidup aku!” E-an berusaha jua bangun walaupun sakit di punggungnya terasa perit sekali.

“Jangan sesekali kau datang dan tunjukkan wajah kau!” ujar Erfan lantang dan E-an sudah kalah dengan air matanya. Keluarlah air mata sepuas mungkin. Sejak dari tadi, E-an menahan air matanya keluar.

Serentak dengan itu, hujan turun dengan lebat. E-an langsung tidak menghiraukan akan cuaca ini. Kakinya menghayun tanpa tujuan. Hatinya menangis kesedihan. Perit di dahinya diabaikan sahaja. bunyi kilat yang sabung menyabung, langsung tidak mengugat ketakutan dalam hati E-an.

“Ya Allah, jika inilah takdir aku, aku rela mati dipanah petir agar tidak lagi terus menderita!” Terjelempuk E-an di bahu jalan. Badannya sudah basah kuyup dan sakit di punggungnya kian menyengat.

“Aku rela kau cabut nyawaku, Ya Allah!” bunyi hon yang kuat itu langsung tidak diendahkan oleh E-an. Cahaya yang menyilaukan pandangannya hanya ditatap sayu. Jika ini takdir insan bernama Luv Izyan, E-an rela.

“Pinnnnnnn!” E-an rebah di tengah-tengah jalan dalam keadaan terlentang. Serentak itu, kedengaran bunyi ditekan mendadak. Pantas pemandu itu keluar.

“Alamak, aku dah langgar orang ker? Cik!!!” pemandu itu segera mendapatkan mangsa ini. Saat kepala E-an diangkat, wajah pemandu itu berubah rupa.

“Ya Allah, E-an?” ujarnya yang mengenali akan E-an. Ditepuk wajah dan pipi E-an namun tiada reaksi. Lantas, badan E-an dikendong masuk ke dalam keretanya dan meluncur laju menuju ke hospital agar E-an diselamatkan.

“Bertahanlah, Izyan!” ujarnya dalam sepi dan menatap wajah kebiruan E-an.





Bersambung..

So, like it or rasa geram?

1 comment:

Anonymous said...

gday princessjelita.blogspot.com owner discovered your website via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your blog http://mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer most cost effective services to increase website traffic at this website http://mass-backlinks.com

Nuffnang Ads