Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Friday, September 30, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 22

Bab 22




“Mana lelaki tu? Mana lelaki yang tak berguna tu?” teriak satu suara yang cukup kuat di pejabat Erfan. Setiausaha dan pihak security pun tak berjaya menghalangnya dari terus buat kecoh di sini.

“Sabar, abang! Kita boleh bincang dengan elok-elok. Jangan malukan sesama muslim!” Edric menasihati agar Firdaus bertenang.

“Macam mana abang nak bersabar. Kesabaran abang ada hadnya. Kalau bukan kerana mulut celopar si Bedah, tentunya sampai sekarang ni kita takkan tahu apa sebenarnya dah jadi pada E-an! Lelaki tak guna, dibuangnya adik aku macam campak kain buruk. Tu, luka kat dahi tu. Kerja sapa? Kalu bukan lelaki durjana tu!”

“Ya, tapi kita kena bersabar. Kalau bertengkar dan tinggikan suara, sampai bila pun masalah ni takkan selesai!” Edric cuba membacakan sedikit ayat penenang agar amarahn Firdaus akan berkurangan sedikit. Ini semua hasutan syaitan durjana yang sentiasa mahu menyesatkan anak adam.

“Baik kau pergi panggil bos tak guna kau tu sekarang, sebelum aku buat kecoh kat sini!” Firdaus kembali menengking.

“Maafkan saya, bos ada meeting tergempar! Meeting ni tak boleh diganggu sewenang-wenangnya!” ujar setiausahanya dengan perasaan takut-takut.

“Baiklah, tak boleh diganggu ya!” lalu, pantas sahaja kakinya melangkah dan menempuhi badan setiausaha itu. “Maafkan dia ya, kak! Dia tengah emosi tu. Adiknya kena tahan kat hospital!” ujar Edric jujur.

“Akak faham!”

“Mana pulak bilik mesyuarat si tak guna tu?” gerutunya dalam diam dan mulai tercari-cari akan bilik itu. Kemudian, ada pintu dibukak dan semua orang mulai keluar. Itu agaknya bilik mesyuarat.

“Hey, lelaki tak guna!” teriaknya dan semuanya berpaling. Erfan yang sedang berjabat salam dengan semua kliennya mulai pudar dalam senyumannya. Siapakah lelaki yang begitu kurang ajar dengannya.

Seth Mihir jua sama berpaling. Klien yang ada jua tergamam.

“Hey, kau ni manusia berhati apa? Dulu, bukan main beradat lagi kau pinang adik aku. Kini, dengan penuh beradatlah sekali kau putuskan tunang dengan adik aku kan? Kau campak dia macam kain buruk.” Firdaus melepaskan semua kemarahannya di situ jua.

“Dah, adik kau tu perempuan jahat. Hati penuh dengan dengki dan busuk! Takkan aku nak simpan lagi wanita macam tu?” Erfan membalas kasar.

“Kau..” laju sahaja Firdaus menuju ke Erfan dan memegang erat kolar bajunya. Erfan jua bertindak mempertahankan dirinya.

“What is going on?” bisik Seth Mihir di tepi PA nya.

“His fiancee in hospital now!”

“What? E-an?” Mihir agak terkejut dengan berita ini.

“Yes, E-an in hospital!” PA mengiakan sekali lagi. Mihir sudah bergegas pergi menuju ke hospital yang dimaklumkan. Seth Mihir telah berselisih dengan Edric yang kebetulan sedang mencari Firdaus.

“Excuse me, where is the meeting room?” tahan Edric akan lelaki yang baru melintasinya. Mihir terhenti langkah dan berpaling. Adakah Mihir sedang bermimpi sekarang ini. Adakah lelaki yang menyapa dirinya ini, adiknya?

“Edric?”

“Mihir? Seth Mihir?”

“My brother, long time not to see!” Mihir segera mendepakan tangannya dan Edric berada dalam pelukkannya. Ditepuk perlahan akan bahu Edric. Sudah kurus sedikit badannya berbanding dengan dulu.

“When you come here?”

“One week!”

“Oh, I really miss you!” Mihir meluahkan rasa kerinduan pada adiknya yang lama terpisah.

“Me too. We continue this cit cat again. Now I must find my friend!” Edric meminta diri. Seth Mihir mengerti kerana dia pun dalam terburu-buru mahu ke hospital yang menempatkan E-an.

Dari jauh sudah dengar suara orang sedang menjerit. Itukan suara Firdaus. Edric segera menuju ke arah punca suara itu. Alamak, mereka saling bertumbuk sesama sendiri.

“Firdaus! Stop it. Kalu bertumbuk dan saling bercakaran, Izyan takkan selamat jua! Ingat, penyakit Izyan semakin parah!”

“Tapi, abang geram sangat dengan jantan tak berguna ni. kerana dia, E-an jatuh sakit dan kena tahan di wad. Semuanya kerana dia!” ditudingkan jarinya tepat ke wajah Erfan.

“Memang patut adik kau kena tahan kat hospital. Orang yang berhati busuk ni selalu cepat kena hukumannya!”

“Memang adik aku sakit. Dia disyaki menghidap penyakit barah hati tahap kritikal. Hatinya dah teruk! Teruk sekali.” Firdaus berkata lantang. Biar manusia ini sedar yang nyawa E-an sudah berada di hujung tanduk.

“Kau bohong? Kau sengaja reka cerita agar aku kembali padanya!” nafi Erfan dengan menghentakkan tangannya ke meja.

“Nah, kau baca sendiri laporan perubatan adik aku. Kau nilailah sendiri!” dilemparkan fail yang berisi semua laporan kesihatan E-an yang sempat dibawa curi keluar untuk ditunjukkan sendiri kepada bekas tunang yang kurang ajar ini.

Terketar-ketar tangannya mengambil fail merah ini. Mintak semua ini hanyalah pembohongan. E-an takkan mungkin ada penyakit barah hati. Selama ini E-an sihat sahaja di depan matanya.

Perlahan-lahan fail itu dibuka. Ada nama penuh E-an dan jua wad yang sedang didudukinya. Satu persatu laporan ini dibaca dan terduduk di lantai Erfan. Ya Allah, E-an!!!

“Kau puas hati sekarang? Tunggulah di situ, mayat E-an akan menyusul. Kau meraunglah mintak maaf di kubur E-an. Aku haramkan tapak kaki kau jejak di hospital dan jua tapak pengebumian adik aku! Aku tak mahu lihat wajah kau lagi. Mengenai hutang yang ayah aku pinjam dengan kau, aku akan bayar!”

Serentak dengan bicara itu, Firdaus berlalu pergi dengan Edric di belakangnya. Tinggallah Erfan meraung menyesali apa yang dilakukan selama ini pada E-an. E-an, ampunkan abang, sayang.

“Kat mana hospital tu, Erfan?” soal salah seorang pekerjanya.

Erfan tak berdaya nak berkata, hanya fail yang dihulurkan pada mereka. “Kat hospital Ampang Puteri. Jom kita pergi melawat E-an sebelum terlambat!” gesa mereka dan semuanya berlalu menuju ke hospital Ampang Puteri.

********************************

Mihir menatap sayu wajah E-an yang pucat. Mihir turut bermesra dengan ahli keluarga E-an. Sempat lagi dititipkan salam semoga E-an cepat sembuh. Patutlah selama 2 minggu ini, Mihir susah sekali menghubungi E-an. Rupanya E-an berada di hospital dan dalam keadaan genting.

Mihir menghampiri E-an. “Wake up, my princess! Do not sleeping here. This is not sleeping beauty!” ujarnya perlahan di telinga E-an.

Bebola mata E-an bergerak-gerak. Kemudian, anak matanya terbuka luas. “Mihir?”

“Yes, me!”

“When are you coming?”

“Are you ok? Your condition?” soal Mihir akan keadaannya dahulu.

“I’m bored here! Always must sleep!” rungut E-an kepada Mihir. Terasa damai sedikit hatinya melihat wajah mulus Mihir. Mihir yang selama ini selalu menemani suka dan dukanya.

“You are the patient. So, must do the rule. So, when the operation?” Mihir bersoal pantas. Hatinya sudah tak tahan mahu tahu perkembangan lanjut akan kesihatan E-an. Terasa jiwanya jua diragut pergi saat melihat E-an terlantar sakit di sini.

“I don’t know!”

“Ibu, bila tarikh pembedahan tu?” soal E-an laju.

“Minggu depan!” ayah mencelah laju. Ibu dan ayah saling berpandangan.

Cost of operation is done or not? If not, let me pay it!”

“No, kami masih ada wang!” E-an menolak akan bantuan kewangan yang akan dihulurkan oleh Mihir dalam membiayai kos pembedahan E-an.

“E-an!!” Mihir terjerit kecil.

“Mihir, please understand me. I don’t want your money. If I died, who will pay your money?”

“E’an don’t speak like that. You will be safe. I will find a good doctor for your operation!” Mihir berjanji mahu mencari khidmat doktor yang terbaik bagi pembedahan hati E-an.

“Sorry.”

Pintu bilik wad kecemasan ini dibukak dari luar. E-an tersenyum dengan kedatangan mereka semua ini. “Cik Izyan dah sihat? Maaflah kalu kami datang tak diberitahu dulu. Kami semua bimbangkan Cik Izyan!”

“Saya sihat lagi. Tak mati lagi kan?”

“Cik, janganlah bergurau hal mati ini. berdiri tegak bulu roma kami semua! Janganlah mati dulu tau. Cik tak lagi belanja kami makan KFC tau” ujar Ekmal, pengurus di bahagian sumber manusia.

Kami semua tergelak mendengar gurauannya itu. Sempat lagi difikirkan pasal makanan di kala E-an sedang sakit. Mihir segera bergerak ke tepi dan memberikan peluang kepada para pekerja melihat E-an dengan lebih dekat lagi.

“Kamu ni, tahu makan KFC jer. Dah berapa kali saya belanja kamu, kan?” E-an berleter lagi kepada Ekmal yang badan kurus. Makan tak ingat dunia, tapi body maintain.

“Tu yang bulan lepas punya, untuk bulan ni jer belum lagi! Cik berhutang tau dengan saya!” ujarnya dan kali ini riuh sekali mengertawakan dirinya. Ekmal terpinga-pinga. Ekmal salah cakap ker?

“Oklah, selesai sahaja pembedahan tu,saya akan belanja awak makan KFC. Kalau saya dah mati, saya titipkan pesan pada Mihir agar belanja kamu ya!” ujarnya dalam nada bergurau.

Suasana jadi suram, sepi. “Kenapa ni?”

“Janganlah cakap macam tu. Cik kena berjuang tau demi kami semua. Demi Encik Seth Mihir! Ingat, cik kena terus bernyawa demi ayam goreng KFC Ekmal tau!” sampuk suara setiausaha Erfan.

Serentak dengan itu, semuanya kembali ceria. Ekmal sudah tarik wajah masamnya. Sempat lagi dalam sedih pun mengutuk diri Ekmal. “Ala, tu pun nak merajuk.”

“Bukan merajuk, Cuma nak rasa bagaimana dipujuk jer!” ujar Ekmal selamba. E-an sudah senak perut melayani omongan Ekmal yang memang tak kering gusi. Ada sahaja celotehnya akan buatkan orang terhibur.

“Macam dulu tu masa cik E-an merajuk dengan bos kita, kan. Satu pejabat dimintaknya jadi pegawalnya. Demi nak memujuk cik E-an!” ujar Dilla yang terkenal dengan mulut celuparnya.

Wajah E-an terus berubah kelat saat nama Erfan keluar dari staffnya. “Kau ni mulut, tak sayang ker?”

“Maafkan saya cik E-an. Saya tersasul!” Dilla meminta maaf. E-an kembali senyum.

“Takpe, anggap tu semua kisah lama. Usah dikenang pada yang tak sudi! Saya sangat hargai atas jasa baik dan kesudian semua yang sudi datang melawat saya di sini. Tak sangka satu pejabat ni datang.”

“Kami hanya mahu lihat cik cepat sembuh dan berikan semangat. Berjuang tau masa pembedahan itu nanti!”

“Baiklah! Saya sayang kamu semua!”

“Abang pun sayangkan sayang jua!” satu suara menyapa dan kami semua berpaling. Seraut wajah yang keruh itu mengundang seribu kata dari yang ada.

“Sayang..” panggil Erfan perlahan dan melangkah perlahan ke katil E-an. E-an sudah melarikan pandangannya. Sebegitu bencikah E-an akan menatap wajahnya. Erfan khilaf dalam perbuatannya.

“E-an!”

“Hey, kau pergi dari sini sekarang! Kan aku dah cakap, aku haramkan tapak kaki kau kat sini. Adik aku tak nak dah tengok muka kau lagi! Baik kau pergi sekarang sebelum aku jadi harimau kat sini!” Firdaus yang baru muncul tiba-tiba mengamuk dengan kedatangan Erfan.

“Abang, izinkan saya lihat E-an, tunang saya! Saya berhak!”

“Adik aku bukan lagi tunang kau. Kau sendiri yang putuskan tali pertunangan ini semenjak kau campak dan kau halau adik aku macam anjing kurap. Kau masih nak mengaku adik aku ni tunang kau? Wake lah bro, adik aku bukannya boneka yang boleh kau tolak ke tepi, saat kau nak, kau tatang dia macam minyak yang penuh. Apabila kau dah puas bermain, kau campak dia tak ubah seperti kain buruk! Manusia jenis apa kau ni?”

“Abang, sabar!” Edric berusaha menenangkannya.

“Tahap sabar aku takkan ada bagi manusia sebegini. Baik kau balik sebelum aku hentam wajah kau di sini. Balik dan jangan datang lagi!” halau Firdaus dan semua yang ada diam seribu bahasa. Takut mahu mencelah.

“E-an!” panggil Erfan meminta belas kasihan.

“Kau memang tak faham bahasa kan. Jangan kau berani sebut lagi nama adik aku.” Terus lengan Erfan ditariknya dan dibawa keluar dari wad E-an. E-an sudah basah dengan air mata. E-an sudah tenggelam dalam emosinya sendiri.

“E-an pengsan!” jerit Ekmal dan kami semua terhenti. Malahan Firdaus pun sama. Erfan pun sama terdengar lalu berlari menuju ke E-an.

“Sayang, jangan buat abang macam ni. Sayang kena bangun!” Erfan memegang erat tangan E-an yang tidak sedarkan diri itu. Erfan mencium penuh kudus tangan E-an. Firdaus segera menarik Erfan agar jauh dari adiknya.

“E-an!!! Abang tolonglah, saya perlu berada di sisi E-an!!”

“Nope!”

Hanya tangisan yang menemani Erfan dan Erfan terjelempuk di lantai.


bersambung

like it :)

2 comments:

Aida Sherry said...

siannya e-an.... 4me better lupakan erfan n pilih mihir or edric..... itu lebih baik....atau cik writer nak matikan watak e-an...jgnlah...

Aida Nadia said...

akakkk....
jgn la e-an matii...
xbest laa...

Nuffnang Ads