Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Monday, September 26, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 13

Bab 13



Batresya meremukkan kad undangan pertunangan yang diterima olehnya. Remuk sudah hatinya saat melihat sepotong nama yang tercetak dalam kad undangan pertunangan ini. Why? Erfan. Kenapa perempuan itu yang kau pilih? Bukankah dulu hanya Batresya yang kau cintai, kasihi sepanjang hayat?

Bau wangian masih lagi tercium di hidungnya. Argghhh persetankan semua ini. Batresya perlu cepat bertindak. Majlis pertunangan ini perlu dihalang dengan apa cara sekalipun. Wajib dan harus dihalang.

“Hello, Botak! Kau datang rumah aku sekarang! Ada plan baik punya!” Handphone Sony Ericsson itu ditutup rapat. Gelak ketawanya semakin lantang dan bergema dalam rumah kaca ini.

Batresya mengambil kembali akan kad undangan pertunangan ini dan mulai melihat wajah tampan Erfan. “Sayang, kau hanya akan menjadi milikku selamanya!” Wajah Erfan dicium banyak kali dan wajah E-an pula ditekan-tekan dengan pisau.

“Kau selamat hari tu. Kalau tak wajah kau pun akan jadi cacat cela dengan asid tu! Kau dikira beruntung asid tu aku dah buang awal!” Batresya bercakap seorang diri.

“Plan apa pulak kau rancang kali ni?” soal Botak dengan asap terkepul-kepul di udara apabila tiba di rumah ini.

“Aku nak kau culik perempuan ni!” tunjuknya pada satu gambar. Gambar itu ditunjukkan kepada Botak.

Botak membulatkan matanya dan memandangnya tajam. “Perempuan ni ker?”

“Yelah, bonggok! Perempuan ni!” ditekankannya lagi gambar wanita itu. Dia ini buat-buat tak Nampak pulak gambar perempuan ini. Cantik sangat ker si minah cekedeng itu? Meluat aku!

“Bro, kau tangkap perempuan ni sekarang!” laungnya akan bodyguard yang selalu menemaninya. Mereka faham akan bahasa isyarat ini dan memegang erat badan Batresya.

“Woii..kenapa aku pulak yang korang tangkap ni?” Batresya meronta-ronta dalam pegangan ini?

“Dah kau jua yang mintak kitaorang tangkap perempuan ni!” Botak mempertahankan dirinya. Batresya ini nak meradang pulak kepada Botak. Botak mahu sahaja sekeh laju-laju kepala Batresya ini.

“Bukan akulah. Perempuan dalam gambar ni!” tunjuknya depan-depan biji mata Botak dan konco-konconya. Pegangan itu dilepaskan dan Batresya mengusap perlahan lengsan. Sakit siot!!

Botak terus merampas gambar itu dan menunjukkan kembali kepadanya. “Perempuan ni kan yang kau nak kitaorang culik. So, kitaorang dah buat lah! Nak marah kitaorang ni kenapa?”

Membuntang mata Batresya saat melihat wajah insan dalam gambar ini. “Soorry, silap gambar sudah! Ni kan gambar aku!!!” Batresya tersenyum malu. Dek terlampau teruja nak menculik bakal tunang Erfan, tersalah pula ambil gambar dirinya.

“Lain kali mata letak kat lutut bukan kat tapak kaki!” Botak menyindirnya pedas. Botak segera baring di sofa dan menekan remote Tv. Rancangan di Astro menarik minatnya. Aik, hantu bonceng dah disiarkan dalam Astro ker? Jom layan jap hantu bonceng!

“So, apa plan kau?” Batresya duduk bertenggek di sebelah Botak dan mengusap manja lengan Botak untuk menggodanya.

“Bergantung apa yang kau akan berikan kepada aku malam ni! Barang baik, aku mahulah!!” Botak bercakap dengan penuh miangnya. Dimain-mainkan akan bibir Batresya dengan galak sekali. Nafsunya mulai mencapai tahap maksimum.

“Gatai ya, kerja belum buat, dah nak mintak upahnya!”

“Well, kau tahu kan macam mana skop kerja aku. Upah dulu baru kerja jalan!”

“Ok. Kau akan tahu nanti upahnya. Anak ayam baik punya aku dah tempah khas untuk kau malam ni! Nanti dorang akan sampai!” Batresya sudah lama faham akan kehendak nafsu Botak yang satu ini.

“No, aku tak nak anak ayam tu. Aku nak anak ayam yang segar lagi ni!”

“Siapa? Jessica? Liona? Vee? Ataupun Serra?” Batresya menyenaraikan senarai nama yang dikenalinya. Botak ini memang seleranya tinggi. Hanya anak ayam kelas atasan sahaja yang akan dilayaninya. Yang bawah, kasi pijak sahaja.

Only one name in my head. Batresya!” senyumannya makin gatal dan tangannya jua semakin nakal menjalar ke Batresya.

“Me? No no no, my virgin only for Erfan! He deserved that my virgin!” Batresya menolak lembut namun tidak mengelakkan akan tangan Botak yang kian liar pada badannya.

“Sorry Batresya. Kalu gitu, keja ni akan terbatal sendiri. Kau upahlah orang lain! Aku angkat tangan!” Botak terus menolak akan kerja ini. Batresya sudah cemas dengan penolakkan Botak ini. Aduhai, banyak cerewet pulak si Botak ini.

“Alright, as you wish! But don’t naughty!” Batresya tersenyum manja dan keduanya tenggelam ke lautan serakah dan Syaitan tergelak sakan. Seorang lagi anak adam sudah tersesat.

“Wait. Switch off the light!” Batresya mengarahkan kepada bodyguard Botak dan keadaan gelap gelita. Hanya bunyi gelakan menghiasi kegelapan di ruang tamu ini.

************************

“Sayang.. nak ke mana ni pulak? Temankan Erfan!” rengek Erfan manja apabila melihat E-an mahu bangun. Ditarik tangan E-an dengan erat. E-an meronta meminta dilepaskan.

“Malulah orang tengok. Tu dorang asyik menjeling-jeling ku bertentang!” E-an menundukkan kepala. Merah padam

“Menjeling-menjeling ku bertentang…mata kita sama memandang!” Efran berkaraoke pendek dan menggunakan pen sebagai ganti mikrofon.

“Ku cuba, ku cuba nak bertanya. Siapa dia kah namanya…!” sambung anak saudaraku, Raziman yang terkenal dengan loyar buruknya. Seluruh sanak saudara yang ada ini tergelak habis dalam mengusik pasangan berdarah manis ini.

“Menjeling-menjeling ku bertentang…mata kita sama memandang, “Ku cuba, ku cuba nak bertanya. Siapa dia kah namanya…Jangan sampai datang rumah!!” Erisya pun sama berkaraoke. Riuh sekali ruang tamu ini. Gandingan Raziman dan Erisya membuatkan kesemuanya bertepuk tangan.

“Ni awak punya pasallah, tengok satu rumah dan nyanyi lagu ni! Malu saya tau!” bisik E-an di tepi telinganya. Erfan tergelak kecil. Erfan suka sekali dengan telatah manja Erisya dengan Raziman ini. Gabungan suara yang unik dan indah. Satu suara sengau dan satu suara yang merdu.

“Apa yang kecoh-kecoh ni sampai kat luar pun dengar ni?” soal pak saudaraku, Ramly. Di sisinya ada seorang anak kecil yang sedang leka makan gula-gula lollipop.

“Jom karaoke lagu siti, Pandang-pandang, jeling-jeling! Kita tujukan khas buat pasangan yang bakal bergelar tunang!” ditariknya tangan Pak cik Ramly oleh Raziman.

“Jom. Pi apa kata kita try lagu Dealova! Sapa setuju? Angkat kaki sekarang!” selorohnya dan satu isi rumah mengangkat tangan.

“Mikrofon, please!” laju sahaja Farah Akma menghulurkan batang mop. Semuanya tergelak dengan telatah sanak saudara E-an ini. Batang mop pun jadi jua. Asalkan nak join karaoke.

“Testing ya. 1..2..3!”

“Suara serak mana boleh nyanyi!” teriak Rosnani, mak cik saudaraku dari belakang dan semuanya tergelak sakan. Erisya hanya menepuk bahu.

“Eleh..kalu jeles, ngomong sih jeles. Ok! Kita mulakan lagu dealova! One..two..four!” Pak Cik Ramly mulai mengelekkan pinggulnya. “Chewah!!!” semuanya bertepuk tangan riuh. Ada yang bersiul-siulan. Sesekali keluar lagu dandgut wawawa….

“Menahan kerlipan bintang jauh di sana..saat ciuman yang pertama.. ta ti debar jantungku, ser ser ser bunyi darahku, ta tit u debar jantungku, ser ser ser bunyi darahku,”

“Go..go..!” Mak cik Rosnani dan Mak cik Asnah mulai tergelak kuat. Sesekali ada jua anak saudara ini masuk jua bergelek ala-ala inul. Erfan sudah senak perut menahan ketawa. Meriahnya keluarga E-an ini.

Erisya pun kelihatan dapat menyesuaikan diri dengan jumlah bilangan ahli sanak saudara E-an yang boleh dikatakan ramai. Sekali datang, riuh rendah semuanya. Mahu pecah telinga medengar dialek mereka ini. Hanya beberapa ayat sahaja yang Erfan dan Erisya faham.

Erisya menghampiri E-an dan Erfan, “Kak, meriahlah ya jua balik kampong akak ni. Erisya sukalah. Dapat mandi air sungai, dapat naik basikal dan penting dapat panjat pokok manggis dan duku!”

“Laa..adik abang ni panjat pokok? Pandai ker?”

“Eh, tengok kakilah. Akak E-an yang ajar tau. Akak E-an lagi cekap panjat pokok. Sekejap sahaja ada kat atas!”

“Sayang…kenapa tak cakap kat Erfan? Kalau jatuh bagaimana nak bertunang?” Erfan menarik anak hidung E-an tanda geram. E-an menarik wajah masam. Makin penyeklah hidungku ini sebelum bertunang.

“Ala, kan bertunang tu hanya guna jari pun. Bukannya nak gunakan jari kaki nak sarungkan cincin, kan?” E-an sengaja memerli Erfan di depan Erisya. Erfan tersenyum dan tarik pipinya. Sakitlah…

“Memanglah guna jari..sayang kenapa nakal sangat ni? Mentang-mentang abang tiada kat situ, dah tunjuk belang yaa!” Erfan tersedar yang saat itu Erfan ke masjid untuk solat Jumaat. Patutlah, masa dia pulang, sebakul buah duku dan manggis tersusun di beranda. Rupanya E-an dan Erisya punya kerja.

“Itu pun puas ibu akak mintak akak turun. Tapi, akak buat don’no sahaja kat atas pokok. Ibu akak E-an siap jolokkan akak E-an dengan galah panjang tau supaya turun. Boleh pulak, akak sedap duk bertenggek di puncak. Tak sangka yang akak ipar Erisya ini brutal vs kasar panjat pokok. Agaklah, kalu abang dan aka k bergaduh, konfem akak ni akan lari dan panjat pokok! Merajuk kat atas pokok! Abang kena pergi kursus nak panjat pokok tau!” panjang lebar Erisya mengolah sambil memberitahu perkara pagi tadi.

“What? Sayang kena jolok dengan galah? Sayang ni degil sangat ya!!!” ditariknya kembali akan hidung yang kian merah ini.

“Tangan ni nape yang suka sangat tarik hidung E-an. Nak hidung E-an macam Kareena Kapoor ker?” E-an bersuara geram. Digosokkan entah yang ke berapa kali akan hidungnya ini.

“Manjanya bakal pasangan tunang ini yaa!” sapa satu suara dan kami bertiga berpaling. Mak cik Roslina dan Mak cik Azizah rupanya. Terus Erisya bangun dan bersalam dengan kedua mak cik yang baru sampai ini.

“Ni ker orang nya?” soal Mak cik Azizah kepada Erfan.

“Saya, mak cik!” Erfan menjawab sopan. Dilemparkan senyuman manis kepada kedua mak saudara E-an ini.

“Kacak orangnya. Dah lama kenal dengan E-an?”

“Lama jugaklah.”

“Ohh…umur berapa?”

“Baru nak masuk 27 tahun.”

“Oklah tu. Kerja apa kat Kuala Lumpur?”

“Kerja biasa sahaja. Cukuplah dengan rezeki yang halal dan dapat berikan E-an makan sesuap nasi!” Erfan merendah diri. Kedua mak cik ini tersenyum dan meminta diri apabila dipanggil oleh kak Rosnani dan Asnah.

“Dah siap soal siasatnya?” soal E-an dengan senyuman yang panjang. E-an sengaja membiarkan Erfan beramah mesra sambil suai kenal dengan mak saudaranya.

“Macam polis pencen jer Erfan kena soalnya. Mereka semua ini cukup ambil berat yaa!”

“Yes, that my aunt! Tu belum jumpa atok dan nenek lagi. Lagi berpeluh sakanlah kena jawab soalan yang ditanya tau. Biasanya mereka akan Tanya soalan berbaur perangkap.” E-an ingin menakut-nakutkan hati Erfan.

“Ala..takpe. inilah yang Erfan perlu hadapi kalau nak E-an jadi milik Erfan, kan?”

Kesudahannya E-an tunduk malu. Erisya sudah lama meninggalkan kami berdua memadu asmara dan kembali bergelak ketawa dengan sepupuku yang lain. “Belum pernah Erfan tengok Erisya segembira ini. Inilah kali pertama Erisya senyum seriang ini. Terima kasih banyak sayang!” dikucupnya perlahan jemari E-an.

“Malulah. Kan ramai sepupu dan mak cik di sini. Kita bukan muhrim lagi nak bersentuhan!” E-an menegaskan isu agama kepadanya. Kalau kita sendiri tidak mempertahankan, siapa lagi mahu pertahankannya.

“That way I want we married!”

“E-an belum bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bergelar seorang isteri. Berikan E-an masa. Lagipun kita bertunang ini pun hanya dalam masa 3 bulan kan? Tak lama jer 3 bulan tu. Please, kita dan bincangkan akan hal ini kan!” E-an menjelaskan sekali lagi akan keputusannya.

Erfan mengeluh perlahan. Erfan tahu yang semua ini terlalu awal dan bergerak pantas dalam hubungan kami berdua. Apalah daya dirinya. Hanya takdir sahaja akan menentukan perjodohan ini.

“3 bulan satu jangka masa yang lama tau. Keringlah Erfan asyik kena berpuasa sahaja apabila tengok E-an tau. E-an dah pandai nak menggoda Erfan tau!” usik Erfan dan membuatkan senyuman kembali di sinar wajah E-an.

“Tak sukalah bincangkan lagi. Malu tau!”

“Ala..malu konon, dalam hati kata mahu, kan?” makin giat Erfan mengusik hatinya. Erfan seronok dapat buatkan wajah E-an merah menahan malu. Terasa aman dan seronok sekali.

“Tapi,apa kata kita kahwin gantung dulu. Pastu baru buat kenduri. Ok tak idea ini?” cadangnya akan idea yang datang spontan. Direnung tajam wajah E-an yang sengaja buat-buat sibuk buat bunga sirih akan hantaran pertunangan kami nanti.

“Kahwin gantung? Kira macam akad nikah dulu pastu kenduri pada 3 bulan kemudiannya?” E-an bertanya lagi. Tangannya menggapai daun sirih dan melipatkan seperti yang diinginkan.

“Ye. Idea yang baik kan?”

“Baiklah sangat. E-an tetap dengan keputusan yang sama. Kita bertunang dulu, lepas 3 bulan barulah kita kahwin! Deal?” tegas E-an dengan yakin. Erfan mengeluh pendek. Degil dank eras kepala jua bakal tunangnya ini. Hanya cakapnya sahaja mahu diturutkan.

“Tak pun, kita bertunang pagi dan petang tu adakan sekali akad nikahnya!” Erfan mencuba pulak akan idea yang lain. Mintaklah E-an bersetuju, bolehlah..

“Awak ni tak pernah kenal erti berputus asa ya! Ada jer nakkan sesuatu ya!” E-an merenungnya tajam dan memukul lengannya dengan gunting. Geram tau, ada sahaja akalannya mahu mempercepatkan tarikh perkahwinan kami berdua.

“Mestilah. Dalam masa 3 bulan tu, manalah tahu kot-kot sayang boleh berikan Erfan seorang anak ker? Leh kita cepat dapat anak, kan?” ujarnya dengan berbisik manja di telingaku.

Pantas sahaja tanganku mencubit perutnya. Mengaduh kesakitan Erfan dengan cubitan ketam batu sesat ini. Sepupuku yang ada segera berpaling dan E-an berpura-pura buat tak tahu.

“Semut gigit. Jangan bimbangkan abang. Sambung ya kembali kerja menggubah tu!” Erfan mengkelentong sepupuku. Mereka saling tergelak dan berbual dalam dialek bahasa pekat Terengganu.

“Awak ini otak kuninglah!” bisik E-an lagi dan segera Erfan ambil kesempatan ini dengan mencium pipinya. Melopong mulut Asmira,Nurul, Fatin Syafiqah dan Farah Akma yang berada berhampiran melihatnya.

“Eh, jahat ya!!” dilapkan akan kesan ciuman ini di pipi E-an. Erfan ini memang suka ambil kesempatan apabila peluang datang depan mata. Langsung tidak menghiraukan suasana dan situasi.

“Nak ke mana? Nak ikut!” soal Erfan apabila E-an mulai mahu bangun. E-an sudah merasakan malu yang teramat sangat dengan perangai Erfan yang manja-manja ini.

“Nak pergi tandas. Nak ikut jugak ker?” ujar E-an geram dan ingin melepaskan pegangan tangan Erfan. Makin menggatal Erfan ini apabila E-an membawanya bertemu dengan sanak saudaranya di kampong.

“Nak!!!” melebihkan pulak reaksinya ini.

“Jomlah, kalu nak jumpa dengan hantu perigi. Ia suka tau kalau ada anak teruna pergi tandas malam-malam. Menurut cerita lama, tu hantu perigi perempuan. Ia sukakan lelaki kacak jer!” sengaja E-an mereka cerita yang tidak wujud langsung di muka bumi ini.

Wajah Erfan sudah berubah warna. Bulu romanya naik menegak. Seramnya, ada lagi ya hantu di zaman alaf siber ini. “Nak ikut tak?” soal E-an dengan kening terangkat. E-an bagaikan sudah menjangkakan jawapan yang keluar, pasti jawapannya ‘tak!’

“Tak. Sayang pergilah sorang ya!” kan betul apa yang E-an menduga. Senang sahaja nak tundukkan lelaki degil ini. Usik sikit dah takut. Ishh..macam ni jadi, kan E-an pulak jadi hero dalam rumah tangga mereka berdua nanti.

“Yeahhhh!!! Cayalah…hancur lagu tu!!” teriak Asmira dan disambut ilaian oleh Nurul and the gengs. Erfan kembali mengikuti rancangan tidak berbayar ini. E-an kian menghilang di dapur.

E-an memegang erat tangan di dadanya. Duhai hati, mengapa dikau berdegup kencang? Apakah kerana ciuman sesat itu telah buatkan hatiku semakin jatuh sayang kepada Erfan. Ahh…kan Erfan memang layak dapatkan kasih sayangku dan jua cintaku.

Dipegang perlahan akan pipi yang telah dirasmikan oleh Erfan tadi. Masih terasa lagi akan sisa ciuman ini. Erfan, aku memang sudah sayangkan kau. Hanya kau dalam hatiku.

“Sayang..” panggil seseorang dari belakang dan ada satu tangan memeluk erat pinggang E-an. Bau haruman Dunhill ini amatlah E-an kenali sangat. Erfankah yang sedang memeluk diriku.

“Ermm! Ada apa? Tak takut ker dengan hantu perigi?”

“Takut, tapi Erfan rindukan E-an. Sekejap pun dah terasa rindunya!” ujar Erfan dalam rengekkan di tepi telinga E-an. E-an tergelak perlahan. Ada-ada sahajalah Erfan ini merepek.

“Sudahlah, E-an nak ke tandas ni! Please!” E-an meminta dilepaskan.

“Sayang ni suka ya main tarik-tarik tali tau dengan Erfan!”

“Tarik tali? E-an hanya tahu main tarik tali benang jer!” seloroh E-an lagi dan mengundang cubitan manja di pipi E-an.

“Saje ya nak buatkan Erfan marah. Selalu sangat suka loyar buruk, tapi Erfan suka. Suka kerana E-an selalu lawan cakap Erfan, suka dengar celoteh E-an yang macam mulut murai tercabut ekor serta suka dakap E-an macam ni. Rasa macam nak anak sekarang jer!” bisiknya lagi.

Berderau darah naik ke wajah E-an. Nak anak? Erfan ini sudah hilang akal ker? Aku pijak jua kakinya ini kasi bengkak. Geram tau asyik kena usik jer. Ini pun tadi sepupu-sepupunya asyik mengusik dan memerlinya sahaja.

“Erfan!! Jangan nak merepek ya! E-an ketuk jua dengan baldi ni!”

“Tak nak dengan baldi, dengan bantal lah, sayang. Tak la sakit sangat kepala ni tau!” Erfan menjawab selamba dan segera membenamkan wajahnya di celah-celah anak rambut E-an yang harum ini.

“Erfan…”

“Ya Allah, budak bertuah ni. Sempat lagi buat drama sebabak kat dapur atuk ni ya! Kalau macam nilah lagaknya, malam ni jua atok nikahkan kamu berdua tau! Nak bermesra pun berpada-pada tau. Ingat, apabila berdua, aka nada yang ketiga!” Atuk berceramah kepada kami berdua apabila menangkap kami di dapur.

Segera Erfan melepaskan E-an dan E-an bertindak menjarakkan diri. Sudahlah, nanti atok konfem akan bukak kitab agama. Erfan punya pasal tau. Kan, dah kena tangkap basah dengan atok!!

“Ni awak punya pasal tau. Tengok tu, atok dah bukak kitab agama tau. Malasnya nak dengar!” E-an bersuara perlahan dan Erfan tergelak kecil. Kesudahannya, Erfan dan E-an kena basuh habis dengan leteran atok dan bebelannya.

************************

“Batresya nak semuanya berjalan dengan lancar. Pada hari Jumaat tu, pastikan perempuan tu takkan ada di rumahnya dan pastikan semua takkan disedari oleh sesiapa pun. Ingat, Batresya nakkan perempuan itu hidup-hidup. Korang gunakan apa cara sekalipun agar majlis pertunangan itu takkan berlangsung!” Batresya memberikan arahan kepada Botak dan konco-konconya.

“Ok, anggap semua dah settle. Kita hanya tunggu masa dan harinya sahaja!”

“Lupa nak bagitahu yang majlis pertunangan itu akan dibuat di Terengganu, kampung halaman perempuan tu! Pastikan korang dah berada di sana sehari sebelum hari pertunangan tu! Ni alamatnya!” hulurnya sekeping kertas yang mengandungi alamat lengkap rumah E-an.

“Bos, kita pergi Terengganu. Bolehlah makan kerepok lekor jap yak at Losong. Teringin ni nak makan!” ujar si Kacip yang kurus melidi. Tubuh kurus melidi tetapi nafsu makannya kuat dan pelahap orangnya.

“Banyaklah kau nak makan kerepok lekor. Kita ada tugasan yang lagi penting tau. Kau tu tahu nak makan sedap sahaja!” sampuk si Bulat pula dengan menunjal kepala si Kacip ini.

“Dah, jangan nak bergaduh kat sini. Apa pun pastikan semuanya berjalan lancar. Ingat dan hafal wajah perempuan ni!”Botak bersuara lantang dan memberikan gambar E-an kepada mereka berdua.

“Beres boss!”

“Aku pun nak makan jua kerepok lekor bila dengar kita nak pergi Terengganu. Apa-apa hal pun, kita makan kerepok lekor dulu lah ya!” Botak bersuara manis dan si Kacip sudah tersenyum. Bulat pun sama.

“Woiii…korang nak makan kerepok lekor ker, nak makan penyu ker. Yang penting kerja yang Batresya mintak dibereskan tau. Batresya tak nak ianya gagal. Ingat!! Kamu semua mesti culik perempuan itu sebelum majlis bertunangnya.Bukannya selepas bertunang! Ingat!” Batresya menuding jari ke wajah mereka satu persatu.

“Jangan bimbang. Kami kan pro!” Botak menyakinkan Batresya dan Batresya tergelak kuat. Padan muka dengan Erfan akan berputih mata apabila tahu yang calon tunangnya itu sudah hilang dan diculik. Batresya sudah tidak sabar lagi mahu nantikan saat itu..

Bersambung..

Berjayakah Batresya dengan plannya ini..jahat kan Batresya ni, kan?

Like?..

4 comments:

Anonymous said...

Then [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/novolog-flexpen-patient-assistance/]flexpen size[/url] meeting increase [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/pantoprazole-$4.00/]pantoprazole 10[/url] vaulted apparently [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/bactroban-2-cream/]bactroban ointment used for[/url] tubes threats [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/novation-hospira-heparin/]hospira[/url] gelded headed [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/what-is-malarone/]buy malarone[/url] sharp gloat [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/berna-products/]berna dean he's mine[/url] recruiting endurance [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/bacteriostatic/]bacteriostatic saline v s lidocaine[/url]

Anonymous said...

I [url=http://informationthehealth.net/1991/05/28/hydro-chlorate-and-infants/]hydro chlorate and infants[/url] pit control [url=http://informationthehealth.net/1991/07/03/z-7.5-zopiclone-canada/]z 7.5 zopiclone canada[/url] dangers stabbing [url=http://informationthehealth.net/1991/07/15/jel-candles/]jel candles[/url] traitors respectfully [url=http://informationthehealth.net/1991/08/02/prostate-cancer-flaxseed/]prostate cancer flaxseed[/url] unschooled met [url=http://informationthehealth.net/1991/08/11/pneumococcal-polysaccharide/]pneumococcal polysaccharide[/url] if lawyer [url=http://informationthehealth.net/1991/09/06/tropical-smoothie-coupons/]tropical smoothie coupons[/url] amazing routine [url=http://informationthehealth.net/1991/09/06/thyrolar-no-prescription/]thyrolar no prescription[/url] mouth distinction [url=http://informationthehealth.net/1991/10/06/nutrasweet-kills-ants/]nutrasweet kills ants[/url] affidavit cypresses [url=http://informationthehealth.net/1991/11/09/choline-effect-on-vestibular/]choline effect on vestibular[/url] happy devils palm.

Anonymous said...

We [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/06/02/celecoxib-prescribing-information/]celecoxib side effects liver[/url] turf cursory [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/06/27/pristiq-dosing-guide/]side affects of pristiq[/url] momentously joining [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/07/27/ocular-inserts-as-drug-delivery-systems/]scope ocular end[/url] riverbank professional [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/08/22/dulcolax-coupons-2012/]dulcolax suppository more drug_side_effects[/url] grass street [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/08/24/ginkgo-glass-memphis/]ginkgo plant uses[/url] marines pail [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/09/06/microgestin-1.5-30-fe-weight-gain/]microgestin fe 1 20 user reviews[/url] resigned referring [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/10/12/commit-suicide-using-trazodone/]trazodone side effects suicide[/url] dose wrongly [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/11/15/honda-hpd-wheels/]hpds[/url] beaten supported [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/11/26/dentist-who-take-medi-cal-in-california/]medi-cal eligibility income pregnancy[/url] auditor priestess [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/12/05/what-is-trileptal-for-bipolar/]what drug class is trileptal[/url] cutting embarrass presumably.

Anonymous said...

You [url=http://yourmedicinehat.net/2009/05/30/superior-amino-2222-tabs-side-effects/]superior amino 2222 tabs side effects[/url] horsemen false [url=http://yourmedicinehat.net/2009/07/06/metformin-1000-g/]metformin 1000 g[/url] stalks undertook [url=http://yourmedicinehat.net/2009/07/07/nfpa-for-sucrose-sigma-ultra/]nfpa for sucrose sigma ultra[/url] corrupted hungry [url=http://yourmedicinehat.net/2009/07/16/can-you-get-high-off-of-meperidine/]can you get high off of meperidine[/url] start risky [url=http://yourmedicinehat.net/2009/08/10/fibre-optic-cable-max-speed/]fibre optic cable max speed[/url] slump sparring [url=http://yourmedicinehat.net/2009/09/08/how-periodontal-scalers-worlk/]how periodontal scalers worlk[/url] scarlet expected [url=http://yourmedicinehat.net/2009/09/10/carisoprodol-2444-imprint/]carisoprodol 2444 imprint[/url] carrying undead [url=http://yourmedicinehat.net/2009/10/07/bactroban-for-fungal-skin-infections/]bactroban for fungal skin infections[/url] corpses toll [url=http://yourmedicinehat.net/2009/10/20/loz-skyward-sword-walkthrough/]loz skyward sword walkthrough[/url] skittered feast [url=http://yourmedicinehat.net/2009/11/25/side-effects-of-tapazole-medication/]side effects of tapazole medication[/url] defended immersed succeeded.

Nuffnang Ads