Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Tuesday, October 18, 2011

Mr.Senduk Rela, Miss Prince Cerming 2

[Mr.Senduk Rela, Miss Prince Cerming]

Bab 2










Eyla termangu sendirian. Apa nak buat dengan surat cinta tu? Habis satu halaman aku mengejari Fera dek penangan surat cinta itu. Mana taknya, dah la abah baru balik dari menebas. Siap dilayangkan parang lagi bagi diriku dan Fera.

Dek mulut cabul Fera, abah pandang serong pada anak kesayangannya. “Abah, Eyla tak der kekasih lagilah. Eyla masih lagi single dan available lah” ujar Eyla saat abah tatap wajahnya dan bersilih ganti melihat aka nisi kandungan surat cinta itu. Eyla berikan isyarat kasi jelingan maut buat kakak kesayangannya itu.

“No..Eyla ni masih lagi setahun jagung pun dah pandai nak bercinta ya. Abah dulu, bercinta dalam alam perkahwinan. Abah tak suka anak-anak abah leka dalam percintaan!” surat itu masih lagi dipegang oleh abah. Sebelum baca, berbakul-bakul ceramah abah tujukan kepadaku.

Itu kakak Fera punya pasallah. Tengok, abah dah mula berleter. Lambatlah berhentinya. Fera sudah tersipu-sipu senyum. Padan muka dengan Eyla. Memang Fera sengaja buat sedemikian kerana dia tahu yang Eyla takkan berani menentang cakap abah.

“Abah..!” Eyla bersuara kecil.

“Nape? Nak perkenalkan pula ker kekasih hati Eyla kat abah?” abah menyindir diriku. Aduh, pedihnya. Hanya aku yang terasa pedihnya.

“Abah ni. Bukan tu yang Eyla maksudkan.”

“Dah tu?”

“Abah dah baca ker belum surat cinta tu?” Eyla mengubah topic perbualan itu. Fera tersenyum kecil. Abah pandang tepat surat itu. Belum berusik lagi. Maknanya, dia berlum baca lagilah.

“Kejap..” surat itu dibuka dan wajah abah tetap tenang. Laju anak matanya ke kiri dan kanan. Riak wajah abah pun tiada reaksi apa-apa. Tadi marah bukan main berapinya. Kini, dah jadi setenang air di kali.

“Abah..so, apa kata surat cinta tu? Adakah ia cakap Eyla akan kena pancung atau hukuman sebat kat punggung?” sindir Eyla sambil mengerling tajam pada wajah Fera yang sudah menutup mulut. Sedang menahan ketawalah tu, macamlah aku tak tahu ragamnya.

Abah diam. Aik, beracun sangat ker surat cinta itu sampaikan segarang-garang abah pun boleh terdiam seribu bahasa. Abah dah kena sampuk dengan hantu mute ker?

“Abah!” kali itu senduk besi dilayangkan di wajah abah. Abah itu dah tertidur ker apa? Hati Eyla semakin tidak puas hati itu. Geramnya dengan sikap abah yang selalu garang tidak bertempat.

“Abah!!!” Eyla memanggil dengan tone suara volume 5. Kalau abah tak dengar pun, memanh sah. Sah nak kena ketuk dengan senduk besi itu. Tangan pun dah gatal semacam jer nak ketuk mengetuk orang itu. Tadi, si Fera dah kena. Ni, abah pula.

“Tahniah, Eyla!” senyuman abah kian mekar. Eyla yang baru nak mulakan aksi ketuk mengetuk, tergamam seketika. Jap..jap.abah kata apa tadi? Eyla menarik cuping telinganya dan menggosok perlahan.

“Abah cakap apa?”

“Tahniah!” sambung Fera dari belakangku dan memelukku erat. Sah, abah dan kakak Fera dah mereng separuh abad itu. Ada ker dapat surat cinta. Diucapkan tahniah. Eyla meleraikan pelukan akak Fera dan berwajah sugul. Selamat tinggallah duniawi..aku pergi dulu.

“Eh, Eyla. Nak ke mana pulak tu?” soal abah apabila mendonggakkan kepala melihat anak gadis degilnya itu mahu mengorak langkah.

“Nak larilah sebelum abah pancung leher Eyla ngan parang gergasi abah tu!” sempat lagi Eyla menyindir abahnya. Fera sudah terbahak-bahak dengan gelak tawanya. Eyla itu pun lau bab menyindir orang, memang power. Kalah suppperrr power.

“Eyla..!” tekan abah kuat. Ada ker patut seorang anak berkata sedemikian pada ayahnya. Eyla itu nak kena basuh otak dengan Clorox 99.

“Abah marah ker?”

“Taklah, abah sayang jer..!” aik muka abah pun semacam jer. Itu yang buatkan Eyla gabra. Sebelum aura Goku menular dalam diri abah, baik aku cabut lari.

“Jangan nak lari. Kalu selangkah kamu lari, abah tak kasi lagi kamu pegang mana-mana senduk dalam rumah ni!” abah seolah dapat baca akan gerakan bahasa badan diriku itu. Fera terdiam sahaja di belakang diriku. Malas nak masuk campur.

Bagaikan digam, kakiku terlekat di lantai dapur itu. Abah ni, ada ker patut senduk kesayanganku dijadikan bahan taruhan. Alaaa…abah ini. Itu yang tak suka.

“Yelah..yelah..Eyla rela terima jer hukuman kat sini. Entah siapalah yang hantar surat cinta tu. Eyla manalah ada masa nak bercinta cintun ni. Tu pun hari-hari dengan senduk jer. Dari Eyla bercinta, baik abah kahwinkan saja Eyla ni. Leh hari-hari Eyla main senduk kat rumah suami Eyla, kan?” panjang lebar nada protes aku ditujukan khas buat abah.

Abah dan kakak Fera sudah tergelak kecil. Adik kesayangan itu sedang merajuk rupanya. Buruk bebenor rupa itu. Sebiji macam wajah senduk.

“Tengok, sempat lagi gelakkan kita. Malaslah cakap macam ni!” makin panjang muncung aku.

“Alololo…buruknya wajah anak abah ni. Nah, baca sendiri surat cinta kamu tu!” tangan abah hulurkan surat beracun tu.

Aku bergerak menjauh. “Dia tak naklah, abah. Takut katanya. Takut surat tu meletop.” Ujar Fera lagi.

“Meletop?” kening abah bertaut. Dipandang silih berganti akan wajah Eyla dan Fera. Ada ker kalau bukak surat itu, akan meletop? Luar biasa sekali perkara itu.

“Ye,abah. Anak abah tu fikirannya kolot sikit. Yang sebenarnya, dia tu malas nak baca jer. Tu yang duk karang cerita surat nak meletop segala bagai. Saje jer dia tu. Eyla kan pandai bab mencipta alasan yang tak masuk dek akal ni!”

“Amboi, ceq! Ceq memang suka makan rempah kari ya. Dari tadi duk pot pet kutuk adik sendiri nampak. Emang mahu sendukku di kepalamu kah sekali lagi?” Eyla sudah panas telinga dengar acara mengumpat anak sendiri. Dahlah, duk mengumpat depan tuan punya badan. Mana tak angin kus-kus?

“Dah, jangan nak mengata orang. Ambil cepat. Baca dulu!” arah abah tegas.

“Tak nak!” Eyla pun sama buat keras kepalanya. Kali itu tetap jua dulang besar tu ditariknya. Mahu melindungi diri katakan.

“Eyla, jangan berdegil. Cepat ambil baca. Abah kira sampai 3. 1..2..”

“Yelah..yelah..” Eyla menarik kasar surat cinta a.k.a surat bom beracun tu. Fera tergelak dan tatap wajah abah. Ada senyuman berlari-lari di bibir mereka berdua. Agaknya apalah reaksi si degil itu?

“Abah, lau besok Eyla baca, boleh tak?”

“Tak. Baca sekarang!” arah abah dan kakak Fera serentak.

“Bencilah..” ujarnya sepintas lalu. Lambat-lambat surat itu dibuka. Sebelum dibuka surat itu, Eyla berdoa. “

Ya Allah, sekiranya ini ajalku yang terakhir, kau ampunkanlah diriku. Masukkanlah aku ke syurgamu. Jauhkanlah aku dari api nerakamu. Kau selamatkanlah keluargaku di sini. Kau ampunkanlah dosa-dosa kecilku yang selalu culas dala solat.”

Abah dan Fera saling menepuk dahi. Sempat lagi nak buat doa taubat tu. Fera terasa tangannya ringan sahaja nak lempang berkali-kali wajah adik degilnya itu. Apalah punya susah nak baca sepucuk surat itu.

“Eyla, kau nak rasa penampar buatan Switzerland ker atau Brazil punya?” Fera bersuara geram. Geram melihat ragam Eyla yang terlalu mengada-ngada. Abah sudah tersenyum dan meletakkan parang di hujung kabinet. Tuala kecil ditarik kat leher. Dikesat akan air peluh yang menitis keluar.

Eyla tersenyum menyindir. “Ermm..buatan Malaysialah. Apalah akak ni, kita sebagai warga Malaysia sepatutnya menyokong buatan Malaysia tau! Bukan begitu duhai pembaca sekalian? Sapa sokong dengan saya, angkat senyum tinggi-tinggi ya!”

Fera sudah pegang kepala. Memang sah, aku kena check in kat hospital Tanjung lepas itu. Fera makin sudah serik nak melayan loyar buruk si Eyla itu. “Abah, tengoklah si Eyla tu.”

“Eyla. Apa lagi yang ditunggu tu? Baca cepat.!” Abah bersuara ala-ala diktator.

“Yelah.” Eyla meniup surat itu. Fuhhh.. kemudian anak matanya menatap wajah keterujaan abah dan kakak Fera. Dengan lafaz Bismillah..Eyla membuka surat cinta itu dengan penuh debaran. Sedikir demi sedikit surat itu dibuka. Dalam gerak perlahan-lahan.

Abah dan Fera saling tak berkelip tatap Eyla. Eyla masih teragak-agak lagi nak bukak. Bukannya dia tak mahu tahu akan isi kandungan surat itu. Dia cuma takut, dia akan membenci si pengantar surat cinta itu.

“Abah. Akak Fera!” jerit Eyla kuat. Abah dan Fera terperanjat habis.

“Apa?” serentak keduanya bersuara dengan tangan mengurut dada. Nasib baiklah jantung kat dalam tu kuat. Kalau tak.hi hi bye bye laa..

“Eyla dah buat keputusan. Besok ajerlah Eyla baca!” laju sahaja surat itu ditutup kembali. Laa…Eyla itu memang nak kena hempuk dengan abah.

“Eylaaaaa!” bergegar kali itu suara keduanya saling bersatu. Aku sudah kecut perut.

“Ala, nak bergurau sikit pun tak leh, tau!” rungut Eyla dengan mulut muncung dan menayangkan senduk besi itu.

“Sekarang bukan mood nak bergurau. Baca sekarang jugak!! Kalau tak, abah kahwinkan sahaja kamu dengan si penghantar surat tau. Nak ker?”

“Eh, boleh ker abah saya dulu yang kahwin ni? Nanti akak Fera pulak tak laku. Dah saya langkah titi dulu!” ujar Eyla pantas. Sengaja Eyla nak memerli kakak Fera itu.

Belum sempat Fera dan abahnya membalas kata-kata itu, ada suara menyapa dari pintu dapur belakang.

“Apa yang langkah titi ni?” sahut satu suara dari belakang. Ketiga-tiga berpaling serentak. Macam arahan dari kawad kaki pulak. Wajah makku dengan mak cik Fuyah menyapa pandangan kami bertiga.

“Ooohhh.ni abah nak kasi Eyla kahwin awal dari akak Fera. Tu yang Eyla cakap yang tak per lau Eyla yang langkah titi dulu?”

“Langkah titi? Apa kebenda tu, Eyla?” soal mak cik Fuuyoo pulak dengan mimic muka yang tak faham. Memang semuanya takkan faham kosa kata buatan Malaysia dari Eyla itu.

“Langkah titi ada persamaan makna dengan langkah bendul.” Seringkas mungkin aku menerangkan. Kan, terang panjang-panjang, mak cik Fuyoo itu faham benda lain.

“Ohh..langkah bendul.!”

“Betul ker abang nak bagi Eyla kahwin dulu? Calonnya dah ada ker? Pasti kan calonnya tu tokey kepada kilang senduk tau. Aman sikit dunia ni lau anak kita dah kahwin, kan?” mak pula memerli aku. Mana aci ni.

Si mak cik PBB tu pula dah tergelak besar. Amboi, teman! Gelakkan kita ya. Nak ker sekali lagi merasa kungfu ala-ala panda versi panda buatan Malaysia? Sahut hati Eyla, geram.

“Taklah. Abang cuma geram ngan anak kita tu. Suruh dibaca surat pun, banyak betul alasannya.” Suaminya memberitahu hal sebenarnya. Mak pandang wajahku termasuklah jua dengan mak cik kepoh itu. Semuanya duk pakat lihat aku. Malulah aku.

“Betul tu, mak. Fera ni dah naik geram seribu batu dengan dia tu!” sokong Fera lagi dengan wajah yang beria-ria.

Eyla tunjuk muka 10 sen.

“Surat? Surat apa?”

“Surat cinta, mak!” Eyla tolong jawab bagi pihak abah dan kakak Fera. Mukanya tetap jua berwajah 10 sen. Surat itu dilayang-layang ke wajah mak.

“Surat cinta? Anak kau dapat surat cinta, Temah?” terbeliak mata mak cik Fuyoo. Laa..sebegitu reaksinya. Apa ingat aku ni tak laku ker? Mentang-mentanglah semua anak dia berjawatan besar. Semuanya nak dicanangkan ke seluruh kampung.

“Mana surat tu?” makku mulai berubah emosi. Ditambah pula dengan kehadiran Mak cik Fuyoo tu, makin berapilah emosi mak.

“Nah!” aku hulurkan surat cinta tu. Selamat aku. Tak payahlah aku baca kan surat tu. Aku pandang wajah ayah dan kakak Fera sambil kening terangkat-angkat.

Fera menjelirkan lidah. Ingat orang tak tahu yang tu adalah taktik berentak perlahan oleh Eyla. Nantilah kau! Ada ubi ada batas. Ayah pula hanyalah mengelengkan kepala sahaja melihat telatah mengelak Eyla. Entah perangai siapalah yang diikutinya itu.

Mak dan mak cik Fuyah sama-sama membuka dan membaca isi kandungan surat cinta tu. Eyla dah tersenyum. Ayah dan kakakku memang dari tadi duk senyum jer. Memang hari ini hari senyum sedunialah tu.

“Abang? Betul ker ni? Fera?” ujar mak dengan mimik wajah yang ceria. Ayah dan kakakku mengangguk serentak. Ekspresi wajah mak cik Fuyoo jua turut berubah dan pandang wajahku tajam. Aik..?

“Eyla, mak sayang Eyla!”

“Mak? Ayah? Akak Fera? Apa semua ni? Kenapa semuanya ceria bila baca surat cinta a.k.a surat beracun tu?” aku bersuara pelik.

“Kenapa dengan anak kita tu abang?”

“Tu la sebabnya nape abang dan Fera ni sakit hati. Tu..blur tahap 5. Abang dari tadi mintak dia baca surat tu. Jawapannya hanya satu. Eyla baca besoklah!” ajuk abah akan percakapanku.

“Patutlah blurr!” ujar mak cik Fuyoo serentak dengan jawapan makku. Aku menggaru kepala yang tak gatal.

“Nah, baca sendiri. Jangan nak cakap kat mak, nak baca besok!”

Bibirku diketap perlahan. Mak ni, macam tahu-tahu jer itu yang aku mahu jawab. Aku menyambut surat itu perlahan-lahan. Semua mata menatapku.

“Mak, tu surat akad nikah Eyla ker? Mesti calon suami Eyla hantar kan, nak mintak tandatangan calon isteri katakan!” Eyla meneka sendiri.

“Banyaklah kau surat akad nikah. Mana pernah dibuat dek orang yang surat akad nikah dihantar dengan pos! kamu, bab merepek memang juara!” perli makku lantang.

“Baca!” arah mak pula mewakili abah dan mereka semua yang ada.

“Japlah! Nak baca doa dulu!”

“Eyla…” satu dapur tu bergema dengan suara. Aku kecut perut.

“Baiklah. Eyla baca bismillah dulu ya!”

“Eylaaa…” kali ni tone jadi tahap 8.

“Ok..Eyla buka, janganlah marah kat teman..” aku cuba buat bergurau tapi semunya berwajah serius. Oklah..aku bacalah ni.

“Bismillah..” perlahan-lahan surat itu dibuka. Mata Eyla ternampak ada lambang rasmi. Terlopong dia melihatnya. Matanya laju sekali mahu menerokai akan isi kandungan itu.

“Mak..ayah..Eyla sukalah surat cinta ni!!” menjerit sakan Eyla saat tahu aka nisi kandungan isi surat itu. Melompat pun ada. Riang katakan. Rasanya mahu sahaja dicium tangan posmen yang tolong hantarkan surat cinta itu.

“Tahu pun. Tahniah Eyla!” abah bersuara riang. Tak sangka yang anaknya itu berjaya jua. Mak pun sam mencium pipiku. Akhirnya..Eyla dapat jua apa yang dihajatinya.

“Tahniah adik akak ni!” Fera memeluk erat badan Eyla.

“Tahniah!” pendek jer jawapan dari mak cik Fuyoo itu. Jeles laa tu. Ingat anak dia jer ker yang laku? Aku pun lakulah. Berpuluh-puluh ganda laku dari anaknya itu.

“So, Eyla patut mula jawab kan surat ni?”

“Wajib. Meh akak tolong!”

“Pergilah. Mak dan abah ada benda nak bincang sikit. Jangan lupa tau balas surat tu!” mak memberi keizinan dan abah sudah bergerak ke halaman rumah.

“Tahniah ya Temah, Berjaya jua anak kamu tu ya! Ingatkan tak lepas dalam permohonan tu. Yelah, sekarang ni persaingan semuanya sengit!” Mak cik Fuyah berkata penuh hampa. Tak sangka yang si Minah Senduk Rela tu Berjaya jua dapat tempat di pusat pengajian tinggi.

“Dah rezeki dia. Aku bersyukur sangat-sangat. Siang malam aku doakan kejayaan anak aku. Kini, dah termakbul doaku. Aku kena puasa nazar ni.!” Makku menjawab kecil. Terasa sejuk perutnya mengandungkan Eyla.

“Aku pun terkejut tadi, ingatkan betul-betul surat cinta. Rupanya surat panggilan masuk U.”

“Aku pun samalah!” terasa tempias gembira berlegar-legar di sekitar rumah itu.




Bersambung..

Heheh…klik like lau suka bab ni yaa…

No comments:

Nuffnang Ads