Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Wednesday, September 21, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 3

Bab 3





“Ambil troli!” arahan Erfan yang pertama. Dia yang paling dekat sekali dengan troli, aku jua yang dimintak ambil. Sebal-sebal. Erfan mengeluarkan kaca mata hitam yang sedia ada di kocek bajunya.
Lambat-lambat ayunan kaki ini menuju ke troli yang berhampiran. E-an masih lagi berharap takkan sesekali bertemu dengan lelaki crocodile itu. Selisih malaikat 44.

“Let go!”

Langkahnya kian jauh, aku agak ketinggalan ke belakang. “Hey, cepatlah. Terhegeh-hegeh!” bentaknya kasar dan menarik troli yang E-an sedang tolak.

“Kita nak ke mana ni?”

“Cari meggi!”

“Kan nak beli bahan buatkan karipap!”

“Tak jadi. Aku takut lain rasanya kalu kau yang buatkan!” amboi, ayat menyindir aku sehari memang tak senang ya! Aku hempuk jugak dengan troli ini. Ingat aku tak pandai ker buat karipap, tengok kaki lah!

“Cepat!” entah apalah yang dikejarinya dari tadi, padahal tempat yang kami kunjungi ini adalah pasaraya besar. Bukannya mini market. Runsinglah aku dengan kelakuannya.

Erfan sibuk sekali menilik stok maggi yang pelbagai jenama dan keluaran ini. E-an lebih suka makan maggi Mee Sedap yang perisa Asli. Best woooo...sekali cuba, nak lagi.

“Nak beli yang mana satu ni ya?”

“Mee sedap!” jawabku dengan sengihan panjang. Mudah-mudahan dia menerima jawapanku dan mengambilnya. Bolehlah aku cilok makan satu maggi dia.

“No. Aku tak suka makan!”

“Tapi saya suka sangat makan!” terluncur laju pulak ayat tu dari bibirku. Oppss!! Tersalah sudah, janganlah Erfan fikir yang aku mahu curi maggi nya satu nanti.

“Ohh..ada hati nak cilok maggi aku nantilah tu ya. Tu yang murah hati sangat kasi pendapat!” Erfan ni memang ada bakat tahu isi hati orang ker dan ada sixth sense ker?

“Taakk adda lah, bos. Kan hanya saya yang ada kat tepi bos, jadi saya tolong jawapkan saja!” tergagap aku berikan alasannya. Tolonglah percayakannya. E-an tak bohong, hanya menipu sunat sahaja.

“So?”

“Ikut bos lah. Boss, nak ke toilet jap. Panggilan alam ni, dah tak tahan!”

Hanya anggukan diberikan kepadanya. Kakiku mulai bergerak seribu dan celah-celah macam itu sahaja di kalangan pengunjung yang ada. Sabarlah, dah nak sampai dah ni!

‘Eh. Ada budak pula duk halang laluan aku ni. Cepatlah dik, akak tak tahan ni!’ E-an segera memotong barisan ini dan tanpa disengajakan terlanggar seseorang yang sedang membaiki celak dan gincu di cermin.

“Woii..mata letak kat kaki ker? Apa ni langgar orang?” perempuan dalam tandas ini mulai memarahi E-an yang sedang menunggu ke depan.

“Wey, aku cakap sama kau. Kau pekak ker apa?”

Diusiknya bahuku dan E-an mengeraskan badannya. Malas baginya cari gaduh akan perkara kecil dan remeh temeh ini. Itu pun nak kecoh satu tandas.

“Lu apa sal ni? Mau cari gaduh ker?” E-an bersuara jua. Ini kasi hati gua panas satu badan. Dah lah, yang ada kat dalam ni lama sangat. Aku pecahkan jua pintu tandas ini.

“Ni, tengok apa yang kau dah buat. Habis gincu mahal aku patah dan celak aku patah. Kau kena bayar ganti rugi!”

“Ada aku kisah. Aku tak pakai benda alergi semua ni! So, sendiri buat, sendiri tanggung laa” E-an mempertahankan dirinya. Lama lagi ker orang kat dalam ini. siapalah yang buang air besar lama sangat ni? Buang air besar batu ker?

“Aku tak mahu ambil tahu. Yang aku mahu tahu, kau bayar semua ganti rugi ni sekarang jugak.”

Makin sengaja pulak si perempuan tak cukup kain ini melawan kata-kataku. Memang dia ini mahu bikin aku hot.

“Perempuan senget, FYT aku takkan bayar apa yang bukan aku buat. Kau tu halang lalu lintas dalam tandas, jangan nak merungut pulak. Kutip ajerlah dan tampal kembali. Habis cerita!”

“Mana ada orang buat!”

“Kau lah buat dulu. Baru ada orang nak ikut!” ujarku sinis.

“Aku mahu kau bayar Rm 200 sekarang jugak!!” maklumnya akan harga kerugiannya ini. Bapak mahal gila. Setahu aku gincu dari Avon pun takkan ada yang semahal ini. Dasar pelesit, penghisap darah orang bawahan sepertiku.

“Kau ingat aku ni Bank Negara ker nak berikan kau duit sebanyak tu? Pleaselah!!! Aku tak bodoh macam orang lain yang boleh kau gula-gulakan!”

“Hey..Kau!” jarinya ditundingkan kepada aku. Terus tangannya aku patahkan, menjerit kesakitan dirinya dengan aksi spontanku ini. Ini E-anlah, sesiapa pun takkan berani peras ugut aku kecuali Erfan, bapak gorilla itu.

“Lepaslah, sakitlah siot!!!”

“Ingat, lepas ni aku jumpa kau semula,pelempangku di pipimu! Blah kau! Memekak ajer kat sini!” usir aku akan dirinya. Ada yang bertepuk tangan akan tindakan beraniku ini. aik, adakah semua ini ditonton oleh merekakah? Malunya aku!!

“Ni, harta rm 200 kau. Ambil balik!” E-an melemparkan kembali gincu patahnya dan terlekat di pipinya. Sebiji seperti badut sahaja. Tergelak sakan aku dibuatnya.

Mulutnya terkumat kamit menahan rasa marah dan malu. Jagalah kau, jumpa sekali lagi, kau takkan selamat. Masa itu, kau akan tahu langit itu tinggi atau rendah.Ikrar perempuan bernama Batresya!

“Well done, akak!”

“Biasa saja!”

“Dik, lama lagi ker? Akak dah tak tahan ni!” E-an mengalah jua dan mengetuk kuat pintu tandas ini. kemudian, keluar seorang budak kecil dari tandas itu. Mak aii..si kecil ni rupanya.

E-an pantas masuk lalu melepaskan hajat yang terbuku di dalam perutnya. Entah apalah yang bergelora dalam perutnya itu. Sakit perut yang teramat sangat. Setahunya, semalam E-an hanya makan nasi lauk ayam sahaja. Itulah menu terakhirnya. Masakan lauk itu sudah basi?


“Leganya aku! Alamak, aku sudah lama ni. Janganlah boss marah dengan aku!” laju ayunan kaki E-an menuju ke tempat tadi. Aik, dah tiada. Ke mana pulak boss garangnya ini pergi. Sudah balik tinggalkan aku sendirian kat sini ker?

Deringan handphone aku mulai kedengaran. Bos la yang kol. “Yess boss?”

“Awak ke mana? Aku dah terpacak lama kat sini. Datang sini cepat. Aku kat Maxis!” talian itu terus dimatikan. Kejamnya, belum sempat aku nak jelaskan apa-apa, terus dimatikan. Zalim macam filaun tau.

Dari jauh, kelihatan Erfan bersama troli yang penuh dengan barang-barang. Banyaknya Erfan shooping kali ini. Dia mahu bikin kenduri kah malam ini?

“Bos!!” sapaku mesra dan wajah dimaniskan dengan harapan amarahnya takkan berpanjangan.

“Kau angkut semua barang ini dengan tangan sekarang. Troli tinggalkan kat sini!”

“Semuanya ker?”

“Kau nak aku tambah lagi ker?”

“Ok..ok..!” dengan tanpa kerelaan aku aku mengambil kesemua plastik itu dari trolinya. Erfan tersenyum penuh sinis sekali. Padan muka, cari pasal lagi dengan K.Erfan.

“Cepat sikit!!! Jalan macam itik seranti sahaja. Terkedek-kedek!!” ujarnya sedikit kasar dan memakai kaca mata hitam itu di dalam pasaraya ini. Orang sekeliling ada yang melemparkan pandangan sinis dan senyuman memerli. Lantak koranglah, janji aku tak ader pun mengacau hari korang semua.

‘Oit, yang bos ni shooping barang macam tak nak keluar rumah untuk setahun, apa kes? Yang sakit tangan memegangnya, aku! Dia bersenang lenang jalan di depan!!’ getusnya dalam hati. Di kiri dan kanan sudah penuh dengan plastik-plastik yang dibeli olehnya.

“Cepat, kiri kanan kiri..” ajuknya gaya jalanku. Dia ni buta ker? Tak nampak jer selonggok plastik di tanganku sedang bergayut. Gentlemanlah sikit dengan perempuan.

“Boss..berat ni! Ambil lah satu yang ringan ni!” rayuku serayu rayunya.

“I’m not free!” sombong pulak Erfan kali ini denganku.

“Bos..saya mogok kan kat sini.”

“Buat kalu nak rasa hutang naik 10%, berkuatkuasa dari awak start mogok!” ugutnya membalas balik ugutanku.

“Alahai..ni yang buat eden lomah ni!” akhirnya aku yang mengaku kalah. Lelaki ini memang tak boleh bawak berbincang langsung. Kalah pakatan PBB sedunia tau. Plastik itu E-an dengan lemah.

“Luv Izyan?” sapa somebody. Langkahku mulai terhenti kaku. E-an bagaikan kena akan suara serak-serak basah ini. Perlukah aku berpaling ataupun buat-buat tak dengar ajer?

“Izyan?” sapanya sekali lagi. Idea, E-an segera menghampiri Erfan dan mengambil laju kaca mata hitamnya itu. Kaget Erfan dengan kelakuan aneh orang gajinya ini.

It time to role play...and action!

Perlahan-lahan E-an berpaling dan memang benar sangkaannya. Dia lah makhluk Tuhan yang tak mahu aku bertemu lagi. Perasaan benci, marah dan geram bersatu menjadi satu aura.
Kalaulah aku dapat hamburkan semua amarah Goku ini kepadanya, alangkah puas hatiku.

“Izyan kan ni?”

“Maaf, encik cari sapa?” teraba-raba E-an dalam kegelapan kaca mata ini. sengaja E-an berlagak seolah-olah dia insan buta. Mahu tergelak pun ada saat melihat reaksi dari mimik wajah itu.
Padan muka. Kau baru kenal siapa diriku.

“Maaf sangat-sangat. Saya salah orang ya puan!”

Dia panggil aku Puan? Puan? Aku masih single lagilah!!! FYT, aku ni masih lagi anak gadis yang belum diijab kabul lagi. Aku sekeh laju-laju kan dia ini dengan payung.

“Takpe, pak cik. Saya ngerti kok!” ambik kau. E-an pulangkan balik paku keras kepadanya dalam pelat-pelat Indonesia.

“Saya mintak diri dulu dan maafkan saya sekali lagi. Rupa Puan seiras dengan teman saya dulu!”

“Takpe, pak cik. Saya dah selalu dengar orang cakap muka saya ada iras dengan Siti Nur Haliza.” Perasan!! Aku mengumam sendirian.

Lelaki berkasual pakaian Polo itu mulai melangkah meninggalkan diriku. Fuhh!!! Lega aku. Terselamat aku kali ini. lain kali, sumpah aku takkan jejakkan kaki di sini lagi. Sini adalah pasaraya ayah lelaki itu punya. Yang bestnya, dia pun bekerja di sini.

‘Her hemmm...” deheman seseorang dari belakang menyentap tangkai hatiku. Alamak, bagaimanalah aku boleh lupa dengan siapa aku ke sini. Terkena lah E-an kali ini dengan bapak gorilla ini.

“Senang hati nampak pakai kaca mata aku? Kalau muka tu lawa sikit dari Siti Nur Haliza, tak perlah jugak nak menggayakan kaca mata mahal ni! Ni tak, muka macam parit tersumbat!” perlinya semahunya dengan tangan mencekik pinggang.

“Bos curi-curi dengar ker perbualan saya?”

“Tak kuasa aku nak dengar perbualan kau tu. Not my type!” laju tangannya mengambil kembali akan kaca mata hitam. ‘Auucchh!’ sakitnya direntap sebegini.

“Boss..kot ya pun nak ambil, cakaplah!”

“I’m the boss, so kenapa perlu aku nak cakap kalu itu barang milik aku?”

“Oklah, saya salah!”


Bersambung..ni entry ke tiga..hope u like it

1 comment:

Nuffnang Ads