***
3.
"Pegang kemas. Pakai selt belt,aku akan pecut lebih laju melebihi had 150km/j." Hard bicara pendek tanpa pandang wajahku.
Kelajuan kereta itu bertambah laju dan laju. Mujurlah tiada kereta sangat di laluan ini.
Hard benar- benar tegang. Di belakang kereta kami, dua tiga buah kereta sedang mengejar kami berdua.
Manakala, aku hanya ikut tanpa banyak bicara. Bagiku,nyawaku lagi penting.
"Shit!! Diorang kejar kita pulak dari belakang. Awas, kau jangan bergerak. Dan jangan bersuara andai apa yang kau lihat nanti memeranjatkan kau," kata Hard lagi.
Apa maksud dia? Apa yang sedang berlaku sekarang?
Lidahku bagaikan terkelu. Soalan bahkan beku dalam hati.
"Shit!! Diorang memang serius mahu dapatkan kau ni. Kenapa harus kau yang ada kat sana? Why, Farizlia? Why??" Hard tatap tajam wajahku.
"Mana kau tahu yang aku ada di situ? Kejap! Jangan jangan.. bos tu.. Kau???" Aku menyoal Hard balik.
"Mengarutlah kau. Apa kejadahnya aku pulak dituduh ni?"
"Habis tu? Jelaskan,Hard!"
Tangan Hard kemas di stereng kereta. Soalan itu dibiarkan sepi. Belum masa lagi,Farizlia. Not this time for you know the truth. Kata hati kecil Hard.
"Now.. tunduk!" Hard tiba tiba bersuara. Aku tanpa banyak bangkang, ikutkan sahaja arahannya.
Dalam menunduk,aku sempat ternampak Hard keluarkan sesuatu dari bawah seat kerusinya.
Gun? Pistol? Siapa sebenarnya Hard ni? Poliskah or perisik 007?
"Mana kau dapat benda bahaya tu?" Terketar ketar aku menyoal. Yelah,buatnya Hard tembak aku.. go to heaven aku kat sini.
"Not this time,Farizlia. Sekarang, just shut up your mouth if you want to live," terus sahaja Hard keluarkan kepala dan melepaskan tembakan.
Bunyi tembakan memang membingitkan telinga. Pekaklah saluran telingaku.
"Kau take over stereng. Aku perlu habiskan mereka semua. Now!! Change it!" Hard terus bangun dan kini separuh badannya di tingkap.
Aku pula kini kawal pemanduan. Mujurlah badan Hard tidak se sado badan lelaki zaman sekarang.
"Masuk kiri."
"Apa?" Bunyi angin membantutkan pendengaran ku.
"Kiri.., Now!!"
"Okay,"
Berdecit bunyi tayar apabila mendadak tukar laluan. Aku masih fokus ke arah depan.
Hard masih di tingkap. Sesekali dia menunduk apabila ditembak dari arah belakang.
Sungguh, ini tidakku jangka. Andai kata masa bolehku putar,akanku putar sejauh mungkin.
"Kanan. Kemudian masuk lorong tu!" Tunjuk Hard lorong sempit di hadapan.
"Boleh ke kereta masuk ke sana?" Was was aku dibuatnya. Kaki masih tekan minyak kereta dengan laju.
"Ikutkan sahaja. Kau sayang nyawa kau tak?"
"Sayang."
"Then.., proceed it,"
"Okay,"
Sepantas kilat,aku pecut kereta dan kemudian Hard ambil alih pemanduan. Kereta di serongkan ke kanan. Sipi sipi kereta itu masuk dalam lorong. Enjin pantas di matikan.
"Now, kita tunduk." Hard berbisik. Aku terus menunduk dan tolak seat kerusi ke belakang. Aku cuba merendahkan badan sehabis mungkin.
"Sshhh..,"
Wajah kami berdua saling rapat sehingga hembusan nafas jelas terasa di pipi dan hidung.
"Aku takut. Aku tak mahu mati dengan cara begini," aku luahkan rasa takutku.
Hard tatap tajam wajahku. Dari iras wajahnya, tampak ada sisi risau dia akan keadaanku.
"Selagi kau ada dengan aku, takkan ada sesiapa boleh ambil kau dari tangan aku. Aku janji."
"Janji,Hard?"
"Janji. Sekarang.. shhh.."
Aku angguk perlahan. Suasana yang gelap dan sempit itu kian terasa bahangnya.
Selang 5 minit kemudian, Hard bangun. Hard menjengukkan kepala. Tiada sebarang tanda mereka diekori lagi.
"Clear. Kau boleh keluar sekarang. Tapi,hati - hati." Hard sudah meloloskan diri dari lorong sempit.
Aku angguk kepala. Sehabis mungkin aku cuba keluar dari kereta melalui pintu seat belakang. Hard membantu membuka pintu kereta dari belakang.
Hard masih menjaga keadaan. Manalah tahu, tiba - tiba mereka boleh muncul.
"So, apa plan selepas ni?" Aku ingin tahu. Takkan selamanya aku akan jadi pelarian di negara sendiri.
"Kita jalan kaki ke sana. Kita cari bantuan di jalan raya besar. Jom, gerak cepat!" Hard sudah ke hadapan.
"As you wish. Hard!" Panggilku.
Hard berpaling.
"Terima kasih kerana selamatkan aku! Walaupun aku masih tertanya - tanya bagaimana kau boleh ada kat sini,"
"Macam aku cakap takdi. Kewujudan kau adalah amanat yang aku harus pikul. Keselamatan kau adalah janjiku pada dia. Kau ada,aku akan bersemangat."
"Apa maksud kau?"
"Kau pernah dengar tak soal ada individu yang boleh ramal masa depan?" Hard berbicara di sebelahku.
Keningku dah bertaut dua. Ramal masa depan. Bomoh ke dukun?
"Jangan kau nak kata yang kau ni sebenarnya seorang bomoh ataupun dukun! Aku back hand kau kat sini jugak tau!" Hatiku dah panas ni. Dahlah moodku masih bercampur baur lagi.
"What? Muka sebegini kau gelarkan aku ni dukun plus bomoh? Kau tinggal zaman paleolitik mana ni?" Hard dah terbahak - bahak ketawa.
"Yelah.. dah kau sendiri cakap yang kau ni boleh ramal masa depan. So, tak salahkan, otakku akan automatik fikirkan pekerjaan itu," aku mempertahankan kenyataan ku.
"Farizlia.. oh .. Farizlia. Kau ni, lain panggang dari api. Kalaulah kau tahu yang apa akan terjadi, konfem kau tak terkata." Dah keluar mood serius Hard.
Sepi. Diam. Aku bagaikan tiada idea untuk berbual dengan Hard.
Hard kian merenung ke depan. Kalaulah Farizlia tahu yang sebenarnya, mesti dia takkan sudi berada di samping Hard. Entah - entah, Farizlia akan melarikan diri daripada Hard.
Hard kalih pandang pada wajah aku. "Maaf, bukan masa lagi untuk kau tahu hal sebenarnya siapakah kau di masa hadapan. Aku hanya tunaikan amanat kau sendiri dari masa hadapan supaya tidak memberitahukannya di masa sekarang." Hati kecil Hard berkata.
Bagaikan diseru, aku pandang wajah Hard. Entah kenapa,aku merasakan Hard sedang merahsiakan sesuatu dari aku.
"Faria..aku cuma mahu kau ingat hari ini. Ingati masa ini, saat ini dan bauan ini dan kejadian ini. Ingat tau. Nanti kau akan faham sendiri apabila tiba masa sesuai,"
***
Hard yakin tiada sesiapa lagi mengekori mereka berdua. Dengan perlahan lahan mereka berdua keluar dari tempat persembunyian.
"Jom keluar. Aku yakin mereka dah blah! Kau jangan jauh dari aku. Kau follow aku rapat-rapat." Hard pimpin tangan Faria kemas.
Berdegup kencang hati Faria saat tangan kekar Hard pegang erat tangannya. Mahu ditepis,situasi tak mengizinkan. Jadi,layankan sahaja dulu,Faria wey.
" Kita nak ke mana ni? Kiri kanan semua semak samun. Jalan keluar pun macam tak timbul timbul."
"Ikut je aku. Jangan banyak komen. Aku tahulah apa yang aku buat. Nak hidup,just follow me!" Hard berkata sinis. Ini bukan masa untuk bercakap baik-baik.
"Orang tanya je. Tu pun nak melenting."
"Better kau diam. Kau nak hidup kan. So,ikut je aku. Aku akan jaga kau. Aku janji kita akan keluar dari sini dengan selamat!"
No comments:
Post a Comment