Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Wednesday, June 15, 2016

Throwback Novel Minah Kampung, Encik Bandar


Epilog ngeri E-an

****
"Apa tunggu lagi tu? Nak aku pulaskan tangan kau baru nak patuhi arahan aku?" ujar Erfan dalam mata terpejam. Aik, dia ini ada panca indera keenam ker?



"Kat mana encik nak saya urutkan?" E-an menyoal laju.



"Kepala." Jemari E-an pantas mendarat di kepala. Terasa ubun-ubun kepala Erfan. Wangi bau rambut dan ada gel Biore di celah anak rambut. Gaya rambut Erfan sahaja sudah seperti anak remaja, sedangkan umur.. usah ditanya. Mahu kelihatan awek mudalah tu.



"Kuatkan lagi." Arah Erfan mendatar. Amboi, nak tak kalau dia kuatkan dengan lesung batu? Nak try tak?



"Jangan melawan!"



"Mana ada saya melawan!" ujar E-an spontan. Dia dengar ker cadanganku tadi? Please, nafikanlah ia, ok!



"Lesung batu tu apa kebenda tu? Bukan melawan ker?" spontan anak mata warna kejernihan itu terbuka luas. E-an terkedu, Mak!!! dia dengarlah omelanku tadi. Ampun, encik. Kesilapan teknikal sahaja tu. Itulah, kerana mulut badan binasa tau. E-an dah percaya kini dengan peribahasa itu.


"Urut lagi. Aku nak kau urut kat leher pulak!"

"Tak boleh, encik!" ingkari E-an pantas. Itu zon bahaya. Kakaknya pernah berpesan yang di kawasan itu, zon bahaya. Kawasan merah yang tak patut dia lintasi.


"Why?" Erfan menyoal kembali. E-an ini bagaikan sengaja sahaja mengingkari arahannya dengan sewenang-wenangnya tanpa alasan munasabah betullah. Erfan baru sahaja mahu hayati akan urutan itu, sudah sempoikan mood baik ini.



"Kan bahagian situ tak berlapik. Kita bukan muhrim. Haram.Tak baik bersentuhan!" soal agama E-an mulai perdebatkan kepada Erfan.



"Owh..pandai nak nasihatkan aku pasal agama. So, apa pula kata agama sekiranya yang berhutang tak pandai nak jelaskan hutangnya? Sentiasa berikan beribu alasan kepada pemiutangnya? Haram ker halal?" Dia mulai perdebatkan kembali kepada E-an. E-an kelu lidah. Bagaikan digigit balik akan kata-katanya seketika tadi .


***
Saat dimana E-an dibuli oleh Ku Erfan

..

“Ye, boss? Ada apa?” soal E-an apabila tiba di sofa. Erfan mendonggakkan kepala. Bersih sekali air wajah E-an tatkala selepas solat. Mendamaikan Erfan memandangnya. Erfan..fokus ke hadapan, jangan cepat terpedaya dengan air wajah bersihnya ini.

"Nah! baca ni dan sain kat bawah. Jangan banyak tanya dan soal. Baca sahaja!" hulurnya sekeping kertas yang baru siap diprint olehnya. Panas lagi kertas ini. Kertas apa pulak ini?


Peraturan yang perlu dipatuhi dalam selesaikan hutang!


What!!!..

Banyak gila peraturan ini.. Sampai 50 peraturan kesemuanya. Ini bukan peraturan, tapi nak menyeksa dia dalam diam! Satu persatu peraturan ini dia baca dengan berhati-hati. Mahu juling anak mata coklat dia ini baca satu persatu.

"Sain cepat!!!"

E-an terkebil-kebil dalam diam. Ini memang perjanjian berat sebelah. Buntang matanya melihat akan senarai-senarai ini. Entahlah agenda yang bersarang dalam kepala itu. Dasar otak bela tenuk betullah. Kaki pembuli.

“I’m waiting!”

“Tunggu la kejap. Banyak sangat peraturan nak kena baca. Kena kaji betul-betul sebelum sain tau!”

“Sebarang pertanyaan, sila isikan dalam memo dan letakkan dalam balang tuu!” menjuih mulutnya melurut ke arah balang itu.


Peraturan 1.
~ Ikut arahan saya tanpa bantahan.
Peraturan 2.
~ Jangan melawan sesekali.
Peraturan 3.
~Mesti tepati masa bila buat kerja
Peraturan 4.
~Jangan lewat walaupun satu saat. Kalau tak, bunga akan bertambah 1 %.
Peraturan 5.

~


***

Era pembulian bermula 

...

“Sental yang ini pulak!” suara Erfan bagaikan dekat di celah telinga E-an. E-an segera berpaling. Terkejut bukan main lagi apabila hanya kelihatan buntut kuali yang hitam sangat. Di mana pulak Erfan menjumpai kuali sebegini?

“Kuali siapa pulak ni boss cilup?” soal E-an hairan. Setahunya, di rumah ini tiada menggunakan tong gas pun. Ini mesti salah satu dugaan daripadanya ingin mendera dirinya.

“Ingat peraturan no.1”

“Sorry, reaksi spontan.” E-an mengambil kuali entah siapa punyalah itu dan meletakkannya dalam sinki. Erfan nak dia sental guna apa? Berus halus pun tak diberikan.

“Nak sental guna apa ni, boss?”

“Gigi kamu lah!” ujarnya spontan dan tergelak sendiri. Confirm selepas ini, giginya akan berwarna hitam. Macam mumia.

"Tak kelakarlah,bos,"

No comments:

Nuffnang Ads