Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Monday, April 20, 2015

Bab 7. Aku Benci Dia, Kaulah Encik Benciku 7.

"Say that you hate me,now!"


Bab 7< Aku Benci Dia, Kaulah Encik Benciku 7 >
PENULIS : Kaseh Ayuni
Hak cipta diri sendiri. Copy takleh kecuali mintak izin dari saya dalam komen..

****
7.

"Mana lagi kali ini Ayu mahu melarikan diri? Takkanlah perlu ada kemunculannya orang ketiga menyamar lagi bahawa dialah juga Encik Benci Ayuni lantas si lelaki palsu itu datang mengakui dialah juga salah seorang encik benci Ayu lepas ni, barulah Ayu mahu berikan jawapan? Saya tak kira! Hujung tahun ni rombongan meminang daripada wakil saya akan tetap datang ke rumah Ayu di Terengganu. Titik!" Shamsuddin Salleh mulai berkata nekad di salah sebuah kedai menjual sotong celup tepung berhampiran di Pantai Teluk Ketapang,Terengganu.

Ini pun Ayuni bersetuju ikut Sudin selepas kes Ayuni tersasul cakap di Pantai Batu Buruk tadi. Sudin menggunakan modal mahu dukung Ayuni ke kereta seandainya Ayuni degil lagi ikut dia ke satu tempat. Nak tak nak, terpaksalah!

Sotong celup tepung yang baru sahaja mahu ditelan masuk ke dalam mulut Ayuni, terjatuh terlepek ke lantai. Mak aii.., takkan sudah kemaruk sangat mahu berkahwin si Encik Benciku ini? Apakah sudah tiada kaum perempuan lainkah di Kuala Lumpur sehinggakan Encik Bencinya itu perlu menerjah ke negeri pantai timur untuk cari calon isteri?

" Awak jangan nak buat lawak time hujan sebegini..,boleh tak? Kang,ada nanti saya tergelakkan awak! Awak bergurau je,kan?" Ayuni cuba hilangkan rasa gundah itu dengan menyerong arus topik perbualan. Mana tidaknya, wajah si Sudin tampak serius tahap 7 petala. 

Cermin mata gelap Bay- Ban ditariknya perlahan dari wajah Sudin. Ayuni sudah kaget. Aduhai, kenapalah saat begini si Sudin perlu menggoda dirinya dengan taktik begini? Tahukah Sudin yang kini mata hitam kecoklatan itu sudah terbias lembut di iris mata Ayuni?

Oh Tuhan, Kau tetaplah rasa keegoanku agar tidak dipanah panahan asmara mata itu!


" Ayu.., saya betul betul serius mahu mengangkat maruah awak jadi isteri saya yang sah! Saya tidak mahu berterus - terusan mengikat hubungan ini atas dasar istilah bercouple. Haram! Saya sememangnya berniat ikhlas mahu terus lebih mengenali siapakah diri Ayu sebenarnya di dalam alam rumah tangga. Satu alam yang lagi berkat di sisi Ilahi." Sudin lebih memanahkan bebola matanya tepat kepada mata coklat si Ayuni.

Jawapan dalam hati Ayuni. CAIR! Sudin memang pandai menggoda gadis keras hati seperti Ayuni.

Terkedu lidah Ayuni seketika. Alamak, ini benar-benar serius, bukan lawak versi majalah Ujang Antarabangsa. Apakah yang harus Ayuni jawab ni? Apa ek? Ke Ayuni perlu berterusan menolak lamaran itu buat kali ke-3?

" Kalau benarlah apa yang diucapkan, buktikan! Jangan hanya tanam tebu di pinggir bibir," Ayuni berkias sambil mengambil air sirap laicinya. Dihirupnya perlahan - lahan agar tidak tersedak. Tahan gelora di hati itu, duhai hati! Jangan nampak macam teruja sangat! Yang penting, kontrol ego! 

No more CAIR macam aisberg dilanggar kapal Titanic!

" Ok. As you wishes, my dear future wife!" Handphone berjenama Sony diambil daripada poket seluar jeans si Sudin. Satu nombor ditekan. 

Bibir Sudin lantas berkata, " Finally, she say yes! Alhamdulillah, dia bersetuju. So, proceed like we plan!"

Ayuni langsung tidak menghiraukan kata - kata itu. Baginya, Sudin hanya si lelaki yang pandai berikan janji, takkan sesekali menunaikannya. 

Selang 5 minit kemudian, kedai yang hingar bingar itu mulai sepi. Senyap bagaikan tiada pengunjung yang hadir.

" Ayu..!"

Diam. Jeda. Tiada tindakan balas dari tuan empunya badan. 

Ayuni statistik pada bangku duduknya. Tiada niat dia ingin berpaling. Bagi Ayu,berkemungkinan itu nama orang ketiga yang sama nama dengannya. Ayuni kembali menjamu suapan pada sotong celup tepung yang dipesan. 

Sudin sudah tersenyum penuh rahsia. Kejap sahaja lagi my sayangku. Jangan terkejut beruk, sudahlah!! Indah rasa ini apabila ditepuk 2 belah tangan. 

" Ya Allah, budak bertuah ni. Kita panggil dia, dia buat dunno jer..," satu tepukan kuat singgah di meja milik Ayu dengan Sudin.

" Opah kau menari zapin gayung!" Ayuni melatah spontan.

Garfu disuakan tepat pada batang hidung si penyapa berkenaan. Juling biji mata orang itu dibuatnya. 

Sudin sudah bantai gelak. Kah kah kah... Satu kelakuan spontan bakal isterinya yang baru diketahuinya. Kuat melatah rupa si gadis pujaan hatinya. Harus meriahlah alam rumah tangganya nanti seandainya segalanya yang dirancang berjalan rapi.

"Oit anak bertuah ni, nak bunuh mak ker dengan guna garfu ke duhai sayangku, Ayuni?"

" Mak!! Apa mak buat kat sini? Macam mana mak ngan ayah datang sini? Eh.., baby pun ada sama? Apa yang semua buat kat sini? Ada majlis hari keluarga ayah ker mak?" Bertubi tubi soalan keluar dari bibir Ayuni. Tangannya sudah menarik kerusi.

****

Update by Kaseh Ayuni
2.57 am / 20.4.2015, 1 Rejab 

No comments:

Nuffnang Ads