Bab 13
Kaseh terpaksa memapah badan BMW apabila si singa jadian itu mendesak dirinya. Kaseh yang malas mahu bertekak, hanya buat seperti yang disuruh sahaja. Terasa bahang kepanasan di sebalik baju nipisnya ini. Boleh tahan juga orang tua ini kalau jatuh sakit, kalah dia yang sihat. Lembik semacam sahaja. Kalau dia kasi penumbuk, sure terlepek jatuh.
"Boss ok tak ni? Nak saya panggilkan nurse?"
"No. I just want you inside me!" mendalam sekali maksudnya. Kalaulah Kaseh mengerti akan isi hatinya. Hanya yang BMW mahukan biarkan demam ini makin melarat, agar Kaseh akan ada sebab di sisinya. Kejamkah dia seandainya menginginkan sedemikian?
"Ok! Nak saya buat apa-apa?"
"Nothing. How office lately, Kaseh?"
"Ok.., saya sudah serahkan pada Firdaus Fikri untuk incharge! Nasib baik tadi dorang ada kol mengatakan yang meeting cancel. Dapatlah saya temankan encik big boss ke klinik! Boss kenapa tidak hubungi Raziman. Your new driver,right?" teringat pula akan anak muda yang baru setengah jagung bekerja dengan BMW.
"Dia off hari ni. Saya malas nak susahkannya. Hanya awak yang saya fikirkan saat tu, kan saya ni sakit. Manalah nak fikirkan orang lain lagi, hanya awak sorang ajer dalam fikiran saya!"
"Ohh, melepaslah saya nak tackle dia. Muda dan hensem lagi orangnya, kan Boss?" Kaseh mulai naik angin gatalnya. BMW di sebelah sudah mencebikkan mulutnya.
"Kamu ni dah lama ker menjanda? Sampai miang sebegini? Takkan dengan anak muda kot dah nak tackle. Saya yang muda lagi hensem ni kan ada?" yang dia miang-miang ok pulak tu?
"Janda? FYT, Boss..saya ni still single. Bukannya janda, ok!" muncung Kaseh mulai panjang sedepa. BMW mulai bergerak perlahan dan menggapai sesuatu yang ada di atas meja. Kaseh hanya kaku memandang. Apa pulak dia nak buat dengan benda panjang itu? Pembaris? Motif dia ambil pembaris?
"Laa..salah ker? Sorry agaknya saya ada tersalah baca maklumat kendiri pasal awak kot!" sengaja dia mahu buatkan Kaseh naik angin dengannya. Sekurangnya hilang sikit rasa kegatalan si Kaseh dengan drebar barunya itu.
Pembaris itu dibawakan tepat ke mulut Kaseh dan mulai menjalankan misinya. Makin panjang muncung Kaseh saat mengetahui akan misinya ini. Jahatlah bos aku ini.
"Panjang muncung Kaseh ni adalah dalam 3cm. Boleh tahan. Nanti bila kita pergi tengok Dolphin, jangan lupa ingatkan saya nak ukur pulak muncung Dolphin dan kita bandingkan dengan muncung Kaseh tau!" usiknya dalam manja-manja ajer (MMJ).
Spontan, tangan Kaseh mencubit perutnya. BMW menggapai jemari Kaseh dan mengenggamnya erat. Mata bertatapan sesama sendiri. Ada getaran dalam hati dan menusuk jatuh ke dalam dua pasangan hati mereka berdua. Aduh, panahan pandang pertamakah ini?
"Encik Bakery Muzairy William?"
Diam. Tiada sahutan daripada tuan punya badan. Mana nak menyahut kalau kepala itu sekarang terawang-awangan di atas langit. Terkena dek panahan asmara.
"Encik Bakery Muzairy William?" sekali lagi nama itu bergema.
"Encik Bakery Muzairy William?" tersentak BMW mendengarinya. Ya Allah, jauhnya lamunan mereka berdua. Ampunkan kami yang selalu khilaf ini. Kaseh menarik perlahan jemarinya dan duduk dengan keadaan betul. Malu pulak mahu mengangkat wajahnya yang blushing warna pink.
"Tunggu sekeja, ya. Jangan ke mana-mana! Ada something perlu saya jelaskan!" ujarnya perlahan di tubir telinga Kaseh malahan deruan nafasnya bagaikan menyentuhi kulit Kaseh. Aduhai, lunaknya suara dia. Bikin hati Kaseh bilang cinta ini.
BMW..Singkatan dari nama asalnya Bakery Muzairy William. Kenapa nama BMW jadi pilihannya. Simple jawapan dia, kerana namanya ada iras-iras bau bacang dengan nama orang omputih. Malu juga hendak sebutkan nama penuhnya kepada yang ingin mengenali. Takut ada yang terpikat. Werkkk!!! Nak termuntah Kaseh saat mendengarinya.
Ada juga si boss yang perasan macam itu.
Kaseh bermain-main dengan anak jari-jemarinya. Masih terasa lagi kehangatan jemari BMW di celah jarinya. Ke manakah hilang semua taring ngaumannya itu. Rindu pulak dia hendak dengar jerit pekik suara berkenaan. Bagaikan satu nada sahaja dalam irama hidup ini.
Kenapalah Kaseh perlu berperasaan sebegini kepadanya? Dia majikan,manakala Kaseh pula pekerjanya. Benarkah perasaan ini ataupun sekadar khayalan sahaja? Salahkah Kaseh seandainya mempunyai secebis perasaan kepadanya? Apa yang Kaseh perlu lakukan ini? Sekat ker ataupun biarkan ia bertunas lebih manja dalam taman hatinya?
Kelirunya Kaseh dengan semua yang mendadak ini. Bantulah, aku!!
"Kaseh? Is that really you?" sapa seseorang lantas menghentikan lamunan itu. Astagfirullah.
Kaseh menatapi wajah insan ini. Siapa pulak dia ini? Ligat otaknya memikirkan siapakah gerangan orang yang menyapa dirinya. Sudahlah otak dia ini selalu fail dalam bab mengingati nama orang ini.
"Siapa ni?'
"Ya Allah, Kaseh. You still macam dulu! Aku ni lah, Farah Akma! Kawan sekampung kau, sampai hati kau dah lupakan aku ya. Lamanya kita tak berjumpa ya sekarang. Makin cantik kau sekarang!" panjang lebar topic yang dikeluarkan oleh Farah Akma.
"Farah!!! Oh ya, Farah Akma! Lamanya tak jumpa. Buat apa kat sini?" soal Kaseh bertalu-talu serta mulutnya membentuk huruf ‘O'.
Ditunjuknya ke arah perutnya. Kaseh melonjak kegembiraan serta bagaikan tidak percaya, "Dah berapa bulan ni? Kenapa kahwin tak ajak aku?" soal Kaseh dalam nada sayu bertambah gembira dengan pertemuan ini.
"Nak masuk 7 bulan. Sarat kan? Doktor cakap mungkin ni anak kembar! Kembar sulung!"
"Wow... tercapai juga impian kau nak anak kembar kan? Where is your husband?" agak malu-malu kucing pula dan pipi tu, awatnya merah nooo?
"Kau jangan gelak tau bila aku kenalkan dengan kau. Dan jangan nak terlopong macam tadi. Nasib baiklah lalat tak masuk!"
"Jangan la bikin aku gabra! Teruja pula nak tahu who is your mystery husband!"
"Kejap ya. Aku kol dia dulu. Dia tunggu aku dalam kereta, tengah tahan alahan pembawakkan anak sulung katakan." Kelibat Farah Akma menghilang dan Kaseh menatapi langkahnya. Siapa sangka yang Farah akan bertemu jodoh seawal ini. Entah siapalah suaminya. Dengan dia sendiri pun hendak berahsia.
"Kaseh?" sapa seseorang daripada belakang. Kaseh berpaling. Wajah BMW tersenyum manis terpapar di wajahnya. Sudah baikkah dia? Pantas jari Kaseh menekup di dahi BMW bagi merasai suhu badannya.
"Dah sihat? Apa kata doktor?" soal Kaseh pantas sebelum BMW berkata apa-apa lagi.
"Doktor cakap saya kena tahan masuk wad lepas ni!"
"Eh, kenapa boleh jadi macam tu?"
"Kerana terkena virus berbahaya!" ada senyuman usikan di bibir BMW namun tidak Kaseh tidak menyedarinya. Baginya, kerisauan menghuni dahulu dalam hatinya. Entah kenapa, dia perlu merasai bimbang sebegini.
"Virus apa tu? Tahap mana bahaya nya? Saya nak jumpa doktor tu sekarang jugak!" Kaseh segera mahu bertemu 4 mata dengan doktor yang merawat bossnya tadi. Aduhai, lain pula yang jadi. Kaseh ini memang jenis blur ker ataupun lambat setengah langkah?
"Virus cinta. Sakit angau tahap 5."
Merah padam wajah Kaseh saat kata-kata itu terucap. Kalau itu virusnya,memang takkan ada ubatnya. Aduhai, hidup-hidup Kaseh dikelentong olehnya. Apalah dia ini. Bikin malu sahaja.
"Saya kena check in kat wad doktor bernama Dr. Cinta Kaseh Armia Ja-Lyl nanti. Layanannya frist class dan free sepanjang masa, saat dan waktu!" usiknya spontan dan makin menunduk Kaseh dibuatnya. Janganlah usik dia sebegini, kan tak boleh jalan dia dibuatnya. Kena sahaja sorong dengan wilchair, macam si Usop, Hantu Kak Limah Balik Kampung. Tak mahu la teman!
"Dan, habuannya saya botak kepala kerana tanggung kos perubatan ni. Letih jiwa dan raga!" seloroh Kaseh berani dan berusaha mahu menyakat dirinya.
"Takpe. Janji hanya saya pesakitnya!" Mak aii..romantis pula boss si singa jadian ini. Patutlah dia selalu marah-marah Kaseh, dia mungkin tidak mahu Kaseh selalu jatuh hati padanya. Boleh jadi takkan berjalan nanti kerja dekat office itu.
"Kaseh, will you be my wife?" kali kedua BMW melamarnya spontan. Kaseh terkedu dan buat kali keduanya Kaseh jatuh pengsan.., lagi? Sekali lagi? Kaseh!!! Apa nak jadi ni? Bukankah si Kaseh hanya alergi pada blind date, apa kaitannya lamaran?
Kasehhhh!!!!!
What will happen to Kaseh, mungkin dia akan jatuh pengsan lagi buat kali ke-3? BMW mulai cemas ni...alergi tahap apa ni?..
Like it? komen cikit.. :)
No comments:
Post a Comment