Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Sunday, April 19, 2015

Temu Janji Cinta 17

Temu Janji Cinta 17

Bab 17

*****

Esoknya pagi. Kaseh bangun seperti biasa. 'Aku kat mane ni?' liar anak matanya tatap dinding itu. Rasanya dinding bilik rumah sewa dia,tak lah warna biru lembut begini. Ke, aku kena culik? Laju sahaja bibirnya menjerit.

"Arghh!!!"

Bunyi tapak kaki berlari-lari laju di ruang tamu. Terpacul pula wajah lelaki. Apa yang lelaki itu buat kat sini? Motif? Adakah dia yang menculik dirinya? Mulalah otaknya mentafsir banyak perkara.

"Kenapa awak menjerit ni? Ada katak ke, lipas mungkin?" penyapu diambil. Diangkat-angkat bagaikan security menghalau pendatang asing lagaknya. Kaseh sembunyikan senyumannya. Boleh tahan lurus bendul juga si singa jadian ini kalau dalam keadaan kelam-kabut.

"Apa awak buat kat rumah sewa saya ni? Awak yang menculik saya,kan? Jangan nak beranganlah kalau dengan cara ini, saya akan bersetuju untuk terima lamaran awak! Hanya dalam mimpi,ok!" laju Kaseh memarahinya si lelaki itu. Sah! Kaseh sudah salah faham.

Belum sempat dia mahu buka mulut, Kaseh terus menembak kata-kata.

 "Saya takkan setuju mahu kahwin dengan awak, encik bapak segala singa jadian!"

Dia tersenyum. Kaki disilangkan. Matanya fokus pada figura wajah Kaseh yang tidak pernah dia tatapi selama ini. Jadi ini rupanya wajah Kaseh selepas bangun tidur. Bersih dan berkedut! Dia tergelak dengan kata suara hatinya. Sempat lagi mengutuk kekasihnya dalam hati. Tahu dek Kaseh,parang lah makannya.

"Laa, dia boleh tersengih pula. Nak makan parang agaknya ni!"

"Awak memang nampak comel ye kalau waktu bangun tidur ek? Sejak bila awak ada rambut panjang ek?" sengihan si singa jadian itu semakin melebar apabila ternampak helaian rambut mulai berterbangan.

"Apa awak merepek ni? Sejak bila encik dapat tahu saya ada rambut panjang? Gila ek?"

Panjang muncung si singa jadian menunjuk. Kaseh yang blur terus angkat tangan ke atas. Kejap,awat terasa berangin atas kepalanya? Dan kenapa pula anak rambut semakin menutupi wajahnya. Adakah?? No! Tidak!!! Alamak!

Sekali lagi,laju Kaseh menjerit. Kali ini tangannya pun sama bergerak. Bantal yang ada laju dilemparkan ke arah si singa jadian.

"Awak! Awak memang sengaja,kan? Apa motif awak buang tudung saya???"

Ha-ha-ha

"Tengok! saja lagi gelak. Sakit hati betul lah dapat orang gila bayang ini. Sanggup lagi menculik!" bantal masih lagi dilemparkan. Tapi yang geramnya itu, satu pun tak kena. Kali ini mesti kena! Bismillah dulu.

"Kaseh?!"

Alamak,apasal boleh salah lempar bantal ini? Tapi? Apa pula ayah Kaseh buat kat sini?

"Apa ayah buat kat sini?" Kaseh menyoal.

"Kamu mengigau ye? Ni mesti kes pelupa lah tu. Kan kamu sekarang ini ada kat rumah ayah. Kamu kat Terengganulah sekarang! Itulah, anak dara tak elok tidur semula selepas solat subuh, kang dah jadi amnesia begini!"

"Terengganu? Biar betul,ayah? Bukan ke saya ni kena culik ke sebenarnya?"

"Culik apa kejadahnya pula?"

"Tu yang saya hairan,pak cik. Anak pak cik siap tuduh saya jadi penculiknya lagi!" si singa jadian menyampuk. Kaseh pula menjeling tajam.

"Dah,kamu jangan layan sangat si perangai hantu Kaseh! Dia memang begini perangai kalau bangun lambat. Suka fikir bukan-bukan. Biar aje pi dia kat sini, nanti eloklah itu sendiri. Jom kita pi makan sarapan." ayah Kaseh terus keluar.

"Siaplah awak nanti. Berani ye datang dan ceroboh bilik privasi saya," sempat lagi Kaseh ugut tatkala lihat si singa jadian itu jadi patung cedana.

"Rasanya tak sabarlah pulak nak genggam tangan tok kadi ini cepat-cepat . Yelah,pertama kali saya tengok awak begini. BOLEH KITA KAHWIN SEKARANG, TAK?" si singa jadian itu terus melamar lagi sekali.

Dan jawapannya si Kaseh Armia adalah.., PENGSAN!!

APA? again Kaseh pengsan? Alergi sangat ker kata-kata si singa jadian sehingga Kaseh pengsan sekali lagi?


******

BERSAMBUNG NEXT BAB...

bab 18

Dia masih lagi memandangku. Entah apalah yang dia mahukan daripadaku. Sudah puas ditolak, dikatakan  tidak, masih lagi kunjungan rombongan itu datang ke rumah. Apakah kepalanya diperbuat daripada batu ker?

"Encik ni memang tak faham bahasa Melayu ek? Apa nak saya cakap bahasa Jerman ker?" Kaseh memulakan bicara di talian sana.

"Ha- ha- ha."

"Kenapa pulak encik gelak ni? Saya bukannya sedang melawak. Kan dah banyak kali saya cakap, jangan bawak rombongan ke rumah saya. Kat bahagian mana lagi yang encik tak faham ni?"

Kaseh terjaga setelah terhidu bau minyak angin.

"Udah - udahlah Kaseh oii, tak senonoh betul kamu ni yer. Sejak dahulu lagi, asyik suka pengsan sahaja! Bila agaknya alergi pengsan kamu nak baik yer." setempek mak sound kat Kaseh.

Ayah sudah mundar mandir di hadapan bilik anak daranya itu. Manakala si BMW pun sama gelisah. Sudah setengah jam masa berlalu, masakan si Kaseh masih belum terjaga lagi. Kuat sangatkah alergi dia terhadap lamaran?

"Sabarlah,nak! Anak pak cik ni memang begini perangainya.









No comments:

Nuffnang Ads