Temu Janji Cinta 12
Kali ini Kaseh Armia benar- benar keletihan. Letih daripada segi mental. Mana taknya,otaknya sudah tepu dengan soalan demi persoalan yang bermain di mindanya. Tiba- tiba sahaja dirinya menjadi buruan dua jejaka. Satu jejaka yang pernah dia serahkan hatinya sebelum ini. Manakala seorang lagi adalah jejaka yang kaki diktator, suka mengarah serta suka menyakitkan hati dia. Ishhh!!! Kusut! Kenapalah mereka berdua ini suka mengejar wanita seperti dia. Pergilah kejar wanita lain kat luar sana! Berlambak kot!
Tapi,rasanya Kaseh berasa sedih sekali. Yelah, Zairey sudah muncul kembali dalam hidupnya setelah beberapa tahun dia senyap tanpa berita. Malahan kemunculannya telah membawa berita lain. Dia telah ada perempuan lain. Apa? Perempuan lain? Adakah sia- sia 1segala kesetiaan yang telah Kaseh pertaruhkan selama ini? Alasannya mudah, dia berasa sepi sepanjang berada seorang diri di benua yang lain. Hanya itu alasan yang dia berikan? Sungguh kebudak- budakkan betullah.
Macamlah kat Malaysia pun, Kaseh tidak pernah keseorangan kot?
Benarlah kata orang bahawa lelaki ini pantang sunyi sikit.., mulailah pasang niat nak cari yang lagi satu. Agaknya memang lelaki tidak boleh dipercayai 100%. Kaseh termangu sendiri.
" Apa yang aku nak buat selepas ni? Andai katalah si Zairey ni pujuk aku semula..,aku akan maafkan dia ke tak?" Kaseh menyoal anak patung yang pernah Zairey hadiahkan kepadanya. Wajah anak patung itu ditenungnya lama.
" Tak perlulah. Buat apa nak maafkan orang yang tidak tahu menghargai kesetiaan kita padanya? Buat sakit jiwa sahaja!" kata hati Kaseh berbicara. Kaseh terdiam seketika. Betul jugak itu.
" Baiklah..mulai sekarang kita tutup buku lama."
Deringan whatsapp berbunyi. Kaseh bangkit dan mendapatkan telefon Lenovo di meja soleknya. ' Siapa pula yang wasap aku ni?'
Mati aku. Mati. Kenapalah masa begini pulak dia ajak keluar? Tak cukup lagi ker nak kena simbah dengan air? Takkan nak kena mandi dengan air longkang baru dia mahu mengalah kot??
~ Besok awak kena temankan saya ke hospital. Kerana air baldi awak, tidur saya malam ini kena ggu. No more excuse. Awak harus temankan sy!!! ~ itu kandungan whatsapp daripada si BMW a.k.a si singa jadian.
Dan ini yang Kaseh balas whatsapp si singa jadian itu.
~ Ada saya kisah? Ada saya pnh mtak encik dtg ke rumah sy time lepas waktu pjbt? Sendiri mahu igtlah..!~
Padan muka si singa jadian itu. Apa dia ingat Kaseh Armia ini akan patuh pada arahan atas line internet ini? Kirim salam, baii. Kaseh tergelak sendirian. Kemudian, terpapar di line whatsapp akan si dia sedang menaip. Kalau bukan mahu mengugut, memang bukan namanya BMW.
~ Ohh.. Awk berani nk ingkr arahan sy. Tggulah besok! Sy akn pastikan awk temankan sy jgk pergi hospital. Just wait and see,dear one! ~
Bulat mata Kaseh baca whatsapp si BMW kali ini. Entah apalah agenda dia kali ini. Yang pasti agendanya takkan menguntungkan bagi sebelah Kaseh. Kaseh takkan mengalah. Dan dia pun membalas..
~ Hahaha... Sy tkkan takut dgn ugutan encik! Bye. Tommorow will never happen as you wanted~
Terus Kaseh offkan data penggunaan internetnya. Lega hati ini. Yang pasti, Kaseh takkan keluar lagi dengan si singa jadian itu. Titik.
***
" Aku benci dia... Benci yang amat sangat! Kalaulah dia itu anak patung, dah lama aku penyet- penyet dan sumbat bawah katil!" Kaseh merungut- rungut seorang diri. Manakala BMW sudah tersenyum. Itulah, jangan nak berlagak pandai sangat dengan dia. Ingat sikit yang lelaki ini mempunyai 9 akal. Setakat nak tundukkan perempuan seperti Kaseh, hanya kacang sahaja baginya.
" Kaseh cakap apa tu? Tak nak kongsikan dengan saya ker?" usik BMW apabila berhenti di lampu isyarat. Pandangannya kini tertumpu pada wajah cemberut Kaseh Armia, gadis yang mulai mencuri hatinya.
" Bukan urusan encik! Encik bawak sahajalah kereta tu! Kan dua-dua pulak kena masuk hospital."
" Kan sharing is caring!" BMW langsung tidak terusik dengan perlian kata Kaseh. Pelik betullah dia ini makin sekarang.
" Tu kata encik. Kata saya, jangan nak menyibuk!"
" Kenapa garang sangat ni? Takkan Kaseh masih belum lupakan lagi hal lelaki itu?"
" Lelaki mana?" kening Kaseh terangkat naik. Lelaki mana pula ini yang BMW maksudkan?
" Siapa nama tu? ZIE?" Sengaja BMW mengungkapkan nama yang salah. Kaseh terdiam. Dia sudah dapat meneka siapakah orang yang dimaksudkan itu.
Diam. Sepi mulai melanda antara mereka berdua. Kaseh malas mahu membahaskan isu itu. Cukuplah apa yang terjadi.
"Sorry. Saya takkan ungkitkan lagi kalau ianya tidak menyenangkan hati Kaseh!"
" Boleh saya tanyakan sesuatu." Kaseh membuka bicara.
" With pleasure,"
" Kenapa encik suka ajak saya keluar? Sebelum ni kita tahu yang bagaimana layanan encik pada saya dekat pejabat. Saya jadi keliru. Kenapa encik jadi sebegini? Mana perginya encik yang dahulu?" Kaseh meluahkan segalanya.
" Teruk sangat ker saya dahulu?"
" Bolehlah. Dengan perangai macam diktator. Singa jadian yang selalu mengamuk pada saya, boleh dikategorikan sebagai teruk jugaklah!" terus- terang Kaseh dibuatnya. Ishh,lidah aku ini.. Memang tak sayangkan tuan dia ker? Kalau si BMW ini ambil hati, makan pasirlah kau bulan ini. Silap haribulan kena berhenti 24 jam serta merta.
Dan, balasannya BMW.. Ketawa yang kuat. Kaseh yang menunduk terus mendonggakkan kepala. Pertama kali dia dengar BMW ini ketawa sebegitu rupa. Rupanya gelak tawanya memang memikat hati. Seandainya dari dahulu lagi,dia boleh tergelak sebegini, konfem Kaseh akan jatuh hati.
" Awak ni kelakarlah. Awak memang tak sayang mulut ya!"
" That really me. Saya tak suka nak jadi hipokrit dan kaki ampu! Apa yang tak puas hati,saya akan katakan depan- depan. Buat apa nak cakap belakang." Kaseh menegakkan pendiriannya.
" Itulah sebabnya kenapa saya suka kat awak." tersedak Kaseh dibuatnya. Kali ini BMW tersenyum meleret. Lapang rasanya hati dia apabila menuturkan kata- kata itu. Kiranya seperti pengakuan tidak rasmi daripada dia.
" Please,encik. Kita jangan bincangkan hal lain. Saya hanya bertanya hal lain. Encik jangan nak pusing ayat saya," Kaseh bertegas. Dia masih lagi belum bersedia hadapi soal hati dan perasaan setelah apa terjadi antara dia dengan Zairey.
" Ok. Jadi apa yang awak nak tahu? Dan tolonglah jangan panggil saya dengan panggilan encik lagi. Kita bukan dalam waktu pejabat. Anggap sahaja saya ini kawan awak!" BMW bertegas juga. Panas rasanya telinga dia dengar Kaseh menggelarkan dirinya seformal itu.
" Kita berdua mana pernah ada ikatan sebagai kawan. Encik kenal saya sebagai pekerja encik! Jadi wajarlah saya hormati majikan saya,"
" Betul. Baiklah,kalau begitu yang awak hendak.. Boleh saya jadi kawan awak, duhai cik Kaseh Armia yang cantik manis yang tak suka berhipokrit?" BMW bergurau senda. Keretanya diperlahankan had laju agar destinasi yang ingin dituju lambat sampai.
Kaseh sembunyi senyum. Boleh tahan manis ayat dia.
" Nope. Takkan semudah ini kita akan boleh berkawan. Saya ni cerewet dalam memilih kawan lain jantina ni,"
" Ohh..,begitu. Takpe, saya memang suka wanita yang main tarik tali ni. Macam satu cabaran pulak! Kita tunggu dan lihat sahaja, bagaimana caranya saya akan pikat hati Kaseh untuk sudi berkawan dengan saya!"
" We will see, my boss!"
" I can smell the challenge!"
Ha- Ha ha. Mereka berdua saling ketawa sesama sendiri. Bagaikan ada persamaan pada pertemuan kali ini. Dan buat kali pertama, Kaseh tidak lagi memandang BMW sebagai lelaki yang merimaskan baginya. Tetapi kali ini BMW bagaikan seorang lelaki penuh dengan karisma tersendiri. Yang penting, kali ini Kaseh akan pastikan hatinya takkan lagi berdebar tatkala terdengar gelak tawa bersahaja si singa jadian itu. Boleh runtuh ais dalam hatinya.
" Awak dah jatuh hati pada saya ker sampaikan tenung wajah saya tak berkelip- kelip?" bicara itu pantas membunuh pandangan Kaseh. Matilah aku! Macam mana boleh ter' kantoi' ini? Mana dia mahu letak muka ni?
Kesudahannya, Kaseh hanya mampu berpaling ke arah yang lain. Sebal! Sebal! Kenapalah dia boleh nampak aku tengah tenung dia pulak? Malunya aku! Kalaulah boleh, aku mahu sahaja terjun dari keretanya..
" Itulah, jual mahal lagi! Kan dah terkantoi. Ha ha ha! " puas hati BMW memerli diri Kaseh. Kurang asam punya si singa jadian. Asal ada peluang sahaja, mesti akan mengkantoikan Kaseh.
I am really hate this guy!!!
No comments:
Post a Comment