BAB 11
"Dah.. dah la tu tersenyum. Naik feedup pulak aku nengoknya! Tahulah kau dalam angau sekarang ni. Janganlah sampai nampak sangat, bro!" kawan BMW memerli dirinya yang sejak dari tadi asyik tersenyum sahaja.
"Jeleslah tu..!"
Tengok.. senyum lagi. Memang dah sahlah yang kawannya itu dilanda angau. Perempuan manalah yang agaknya diangaukannya. Memang kena tabik spring betullah perempuan itu.
"Kenapa berbungkus macam mayat hidup ni?" soalnya lagi sambil menarik selimut yang membaluti badan BMW. Gelas di tangan BMW digapai.Pahitnya! Air apa yang si BMW ini buatlah agaknya?
"Aku demam! Semalam kena jirus dengan air!" mendatar ayatnya.
"Kau pi klinik tak?"
"Belum."
"Dah tu, apa tujuannya kau ajak aku lepak kalau aku datang lihat kau berbungkus ni?" gerutunya sambil kaki terlentang di sofa BMW.
"Aku rasa.. Aku dah jatuh cintalah!" terukir senyuman kecil di bibirnya.
"Really, bro? Kau jangan nak buat lawaklah! Bukan ker dulu kau sendiri yang cakap cinta tu membosankan, merimaskan dan menyusahkan ker? Ni.. Kat telinga nilah kau ucapkannya. Aku belun lagi hilang ingatan tau!" kali ini kawannya berpaling tegak mengadap dirinya.
Serius! Memang sah dia kena bertemu 4 mata dengan perempuan yang berjaya menghakis konkrit dalam hati si BMW. Harus! Dan itu pun dengan secepatnya!
" People change."
" Betul. Tapi mustahil dengan kau!"
" Kau tak happy ker lihat aku bahagia?" kening BMW mulai terangkat. Masakan kawan baiknya mahu menentang rasa ini?
" Aku tak cakap aku tak suka..., cuma ianya terlalu mendadak. Kau tahu kan apa yang aku maksudkan?" bijak dia menyusun kata agar BMW takkan selisih faham.
BMW diam. Tanpa balasan. Kali ini hanya kedengaran bunyi kipas di siling.
" So, where is the lucky girl?" ujarnya sampai menyiku lengan BMW.
"Tak payahlah. Nanti kau pun nak ejas dia juga!" sedepa muncung BMW mencebik.
Ha- ha- ha
"Tak ada maknanya aku nak buat macam tu kat kau. Kau macamlag baru kenal aku semalam? Mesti perempuan itu terlalu istimewa bagi kau, kan?"
" Of course! Tapi ada masalah lah wey," wajah kian mendung. Pertemuan antara Kaseh dengan jejaka itu telah mengejutkan dia. Macam mana mereka berdua boleg saling mengenali? Ada sesuatu terjadi ker?
" Maksud kau?" makin bersemangat kawannya melipat kaki lutut. Topik menarik ini.
" Kaseh kenal dengan Zairey!" akhirnya terluah juga permasalahan itu. Lapang sikit hatinya.
" Maksud kau adalah si kekasih hati kau kenal dengan Zairey? Macam pernah aku dengar nama itu."
"Rie. Zairey. Orang yang sama, nama panggilan sahaja berbeza, bro!" BMW menjawab.
" Maknanya?" aduhai, kenapalah makin lembap pulak otak si dia ini memproses.
" Mereka berdua pernah ada sejarah dulu!"
"What? Habislah kau kena cantas dengan adik tiri kau sendiri!" ishh, boleh tergelak pula kawan baiknya ini. Bukannya nak kasi nasihat.. Tapi tolong gelakkan pun ada.
' Apa agaknya akan Kaseh lakukan sekiranya dia dapat tahu yang kami berdua ada pertalian kekeluargaan?' BMW mengomel sendiri.
********
No comments:
Post a Comment