Bab 10
"Apa yang telah terjadi sebenar-sebenarnya ni?" bagaikan tidak terkeluar sahaja kata-kata daripada bibir Asmira. Mana tidaknya, hampir penuh satu mulut, dia dan Kaseh saling mengunyah akan kerepok lekor yang baru dibawa datang dari Terengganu.
Kaseh kian laju mencicah sos kerepok itu dan mengunyahnya perlahan-lahan. Mahu menikmati keenakannya. Rasanya sudah lama dia tidak balik ke kampung. Inilah masanya untuk balik seketika, rehatkan otak dah mereng itu. Pening..pening..
"Apa?" marah Kaseh apabila tangannya kena hempuk dengan kerepok lekor yang masih panas. Boleh melecur tangan itee tahu!. Ish.. ganaslah si kezzen Kaseh yang diimport dari Terengganu, Asmira.
"Kau jangan nak mengadalah mahu mengelak dari bercerita!. Aku ni tetap akan korek rahsia selagi aku hendak tahu semua tentang dia! Cerita sekarang juga!"desak Asmira Binti Embong. Wajarlah minah itu digelar minah kepoh.com di kalangan kezzen kami. Memang kepoh terlebih pun!!
"Kejap la. Kasilah peluang perut aku ni merasa nak makan kerepok dulu!"
"Ok, just 5 second!"
"Kau nak aku mati tercekik ker? Kan, nanti besok harinya akan keluar tajuk utama 'Perempuan ayu mati tercekik kerana makan kerepok lekor dari Terengganu'," seloroh Kaseh dalam menikmati keenakkan makanan kegemaran anak jati Terengganu.
Asmira tergelak laju. Boleh tahan munasabah juga idea itu. "Ok jugak. Tentunya vogue aku kan dapat masuk surat khabar Harian Metro. Surat khabar 1 Malaysia tu. Tentunya mak ayah aku bangga kan, wajahnya anaknya terpampang di muka depan! Mestilah aku mahu seandainya kalau berita itu boleh buatkan aku jadi popular dengan cepat!"
Lantas, pinggan kerepok itu diangkat dan diacah-acah mahu disua-suakan kepada Kaseh. Takut-takut wajah Kaseh dengan tindakan berani mati Asmira itu. Asmira itu adakah sedang bergurau ataupun sekadar coobaaannn?
"Kau jangan main-main. Ingat nyawa aku ni ada jual kat pasar ker? Aku ni belum pun sempat nak kahwin lagi. Takkan nak mati muda kot?"
"Tahu gabra!" Asmira tersengih panjang. Tahu takut! Bagi lagi idea karut begitu.
"Kau...memang tak sayang nyawa, ya!" laju sahaja Kaseh bangkit menuju ke arahnya. Asmira segera mengelakkan diri dan berlari mengejarinya. Air yang ada dalam baldi itu di angkat pantas oleh Kaseh.
"Oh, tidak!!! Lari, ada bomba kat sini! Selamatkan diri dan nyawa anda!" Asmira mulai bergerak ke luar dan pintu terbuka luas. Kaseh masih lagi dengan air baldinya. Dia langsung tidak hiraukan akan apa akan diperkatakan oleh jirannya nanti.
"Mira, dont ever you dare go outside."
"No, kau ingat aku tak berani ker?" dijelirkan lidahnya kepada Kaseh. Apa lagi, kian rancak Kaseh mengejarinya. Macam main polis-polis sahaja ragam mereka berdua.
Bunyi loceng yang kedengaran bertalu-talu ditekan dari pagar luar. Mereka berdua hanya mengabaikan sahaja bunyi itu . Bagi mereka, ada lagi yang lebih penting yakni kerjakan Asmira Embong!!!!
Kelihatan Asmira mulai keletihan dan sedang duduk bertengkek di tepi pintu. Dengan langkah perlahan, Kaseh berjalan menuju ke arahnya. 1..2..3.. GO!!!!
"Arghhh!!!!!!" Mira terjerit lantang. Dia tidak menyangka yang Kaseh begitu tekad mahu membasahkan dirinya. Bertuah punya sepupu!! Dasar otak bela tenuk betullah. Ada sahaja mahu perdajjal orang. Nakal!
"ARGHHH!!!!" Kali ini giliran Kaseh pula menjerit. Mira terpana, rasanya dia tiada pun membalas apa-apa pun pada Kaseh. Bagaimana Kaseh boleh menjerit sebegitu lantang sekali? Tak sangka Kaseh akan bertindak balas.
"Penyamun!!!!" Kaseh dan Mira saling berteriak bak tsunami melanda.
"Kenapa datang sini?" soal Kaseh spontan. Dia sudah bersedia hendak pasang taekwando bagi mempertahankan diri daripada penyamun yang tidak diundang itu. Sejak bila penyamun itu ada di ruang tamu itu?
"Kenapa awak simbahkan saya dengan air kotor tu?"
"Kenapa? Siapa lelaki ni?" Asmira bertanya kepada Kaseh. Ketiga-tiga saling menyoal. Entah siapalah hendak menjawabnya.
Kaseh pandang Asmira. Asmira pandang Kaseh dan lelaki itu. Manakala lelaki asing itu bagaikan sedang menagih jawapan daripada Kaseh yang sedang leka pegang baldi biru.
"Kenapa simbah saya dengan air sisa tu?" mak aii..ayat, tak boleh blah!!!
"Kenapa datang sini?" Kaseh ulangi kembali soalannya. Asmira sudah kaku dengan bicara mereka berdua. Bunyi macam saling mengenali. Who is he? Aka penyamun itu?
"Mana encik tahu lokasi rumah saya ni?"
Asmira mulai menarik anak baju Kaseh dan meminta kepastian. Naik kematu otaknya memikir siapakah sebenarnya lelaki penyamun itu. Tolonglah leraikan kekusutan para pembaca. Malas sudah hendak bersoal jawab.
"My boss!" pendek dan padat jawapan Kaseh.
"BMW?" satu nama singgah di benak fikiran Asmira. Masakan lelaki inilah majikan yang selalu Kaseh rungutkan saban hari. Kenapalah Kaseh tidak pernah beritahu bahawa majikannya itu adalah wajah sebiji seperti Baim Wong?
Kaseh menganggukkan kepalanya.
"Wow..Hai..salam kenal. Saya Nur Asmira Embong. Just call me, Mira!" hulurnya salam kenal dengan berlapik kertas surat khabar yang entah di mana cilup nya. Ada sahaja akalan si kezzen . Tahulah kau itu peminat setia Baim Wong jadi, janganlah terlebih extra gediks kat sini. This is my boss and also my lovely enemy.
"Bakery Muzairy William. BMW, My short name!" ujar dia dengan tersenyum panjang. Lirikan matanya hanya sekejap singgah pada Asmira.
"Maaf ya kalau pertanyaan saya ni menganggu Encik BMW. Wajah Encik BMW ni memang ada iras Baim Wong ataupun Encik ni ada pertalian saudara dengan Baim Wong? Saya ni memang peminat setia pelakon drama Dewi ini! kacaknya!" sudah mula ayat ulat bul-bul dari Asmira. Siaplah, cairlah nanti. Bernanahlah telinga Kaseh mendengar omelan Asmira.
Dan, insan di depan Kaseh inilah yang bertanggungjawab akan apa akan terjadi seketika nanti. "Bukanlah, mungkin kami berdua hanya 2 orang pelanduk serupa!" jawab BMW secara penuh berhemah. Masih dalam mood merendah diri. Sakitnya hati Kaseh dengan sessi ramah tamah.
"Kaseh, where are you going?" soal BMW lantang tatkala terlihat Kaseh mulai melangkah.
"Dapur, nak beri Wan makan?"
"Who is Wan?" soal BMW pantas, ada bau-bau jelous di sini.
"My special boyfriend!" sengaja Kaseh mahu mengusik BMW. Asmira sudah tergelak besar. Senang sahaja si Kaseh itu mengkelentongkan lelaki. Hampir semua juga terpedaya. Kalaulah si Baim Wong Malaysia ini tahu, siapakah sebenarnya Wan itu, takkan ada sedetik pun rasa jeles dalam hatinya.
"Kaseh!!! Repeat it again! Answer my question, honestly!"
"Wan is my special BFF!" tegas Kaseh lagi dalam melindungi hal sebenarnya.
"Kasseehhh... jangaann.. Auuuhhhhcooommmm.." tanpa dipinta hidung BMW mulai terbersin. Kaseh mengelap sedikit tempias yang mengenai dirinya. Perangai tidak senonoh betullah! Asmira pun sama buat tidak tahu sahaja rungutan Kaseh itu.
"Kamu kena bertanggungjawab!" dengan selamba sahaja BMW merebahkan badannya di sofa empuk Kaseh. Dibiarkan sahaja kebasahan itu meresapi masuk ke dalam sofa empuk berkenaan.
"Hey, my sofa!! Wake up!!! Basah nanti!"
"No!"
"Yes!"
"No..No.. dan No! A big N.O!!"
Asmira sudah lama beredar, malas mahu menganggu sessi perbincangan hangat itu. Terasa juga kehangatan arus kimia antara mereka berdua. Ada virus H1N1 ker kat sini?
"Encik, bangunlah. Saya tak larat nanti nak jemurkannya. Berat tau sofa ni!"
"No!"
'Geramnya aku. Aku cekik kang. Payah betul lah cakap dengan orang telinga capan ni!' gerutu Kaseh perlahan.
"I can hear that!"
Kaseh menutup rapat bibirnya. 'Aik, peka pula gegendang telinga BMW. Matilah Kaseh kali ini! So, better i shut up!' Sekali lagi kena sound, Kaseh tahulah akibatnya. Jangan hendak mengada mencocok sarang tebuan jantan itu. Kalah Aslan The Narnia itu kalau BMW mengaum. Sudahlah isu meeting itu belum surut lagi marahnya. Ditambah lagi dengan yang ini, makin kari berapilah cap Alagapas.
"Auuuhhhhcccooooommmm!" makin kuat dia bersin. Dia ini alahan dengan air ker?
"Kejap ya encik. Saya pergi ambik tuala dulu!" pamit Kaseh pergi ke bilik. BMW hanya mahu membenamkan dirinya di sofa empuk itu. Ada wangian yang selalu Kaseh pakaikan di pejabat. Sudah jatuh cintakah dia dengan pekerjanya sendiri sehingga seberani begini dia datang ke rumah Kaseh.
Apa pula alasan hendak dia berikan kepada Kaseh seandainya Kaseh bertanya. Kaseh itu suka bertanya pelik-pelik. Boleh terbelit lidah BMW mahu menjawab kali ini. Bertambah pening lagi semenjak dia bertembung Kaseh dengan adik tirinya, Zairey yang baru pulang dari England beberapa hari yang lalu.
Yang paling hairannya, bagaimana dia boleh ada masa pula pergi bertekak suara dengan adik tirinya itu. Bernanah jiwa BMW melihat air mata Kaseh berderaian kerana lelaki itu. Kalaulah dia tahu yang adik tirinya itu adalah insan yang Kaseh tertunggu selama ini, dia sanggup mengheret adik tirinya itu datang kembali kepada Kaseh.
"Kau?" si Zairey tersentak pada pertemuan pertama mereka bertiga di butik pakaian. Ingatkan tangan BMW sudah melayangkan tumbukan sesat ke wajah Zairey, tapi rupa-rupanya BMW hanya berangan sahaja. Yelah, masakan dia mahu membongkarkan rahsia akan hubungan sebenarnya BMW bersama Zairey di hadapan Kaseh. Boleh terpengsan Kaseh dibuatnya tika itu sekiranya mengetahui rahsia terbesar itu.
"Rie? Zairey?" Kaseh terkejut.
"Kaseh!" Zairey pun tergamam. Apa yang Kaseh Armia buat dekat sini di tengah-tengah kesibukan One Utama shooping complex.
"Kenapa Rie buat Kaseh begini? Apa hubungan Rie dengan si dia?"
"None of your business!" sombong sekali bicara Zairey dengan Kaseh setelah lama tidak berjumpa. Apa pulak hubungan Zairey dengan wanita seksi meksi di sebelahnya. Bagaikan ada tarikan kimia yang negatif sedang berlegar di antara kami bertiga. So dangerous..
"Rie!!!"
"Kaseh!" BMW mula menampakkan dirinya. Haraplah si Zairey itu tidak mengenali dirinya.
Kedua-duanya saling memandang wajah suci Kaseh. Ada wajah tanda tanya di wajah Kaseh. BMW bagaikan tahu apa yang ingin Kaseh persoalkan. Namun tegakah dia berterus terang. Akan terima kah Kaseh akan perhubungan kekeluargaan yang telah lama terbina antara mereka berdua.
"Better you know what you want to asking!" BMW memintas pertanyaan Zairey. Hanya itu yang dapat membantutkan pertanyaan Kaseh. Kaseh pucat, dia ini kuasa majik ker sehingga tahu apa yang Kaseh ingin ucapkan kepada Zairey. Argh..masak dia kali ni.
"Nothing."
"Orait. Apa Kaseh buat kat sini?" Zairey memulakan bicara.
"Belajar renang kuak lentang!" selamba badak Kaseh menjawab. Malas mahu berbudi bahasa budaya kita dengan si lelaki curang itu. Dia pula buat apa kat sini. Stalker Kaseh ker ? Mana dia tahu akan lokasi Kaseh , adakah dia lekatkan GPRS ker kat handphone ini?
"So funny!"
"Ehem.." kedua-duanya saling berdehem. Boleh pula mereka bergurau mesra alam dalam masalahan ini yaa. Alamak, terlupa sudah. Ini salah si BMW laaa. Kaseh sudah tertunduk malu dan BMW buat bodoh sahaja. Kantoiii. Khayalan BMW terhenti apabila hidungnya semakin gatal.
"Auuucccooohhhmmm," makin merahlah hidung BMW selepas ini. Cepat bebenor badannya terkena bersin. Agaknya BMW harus kena minum Vitagen bagi kesihatan perut setiap hari.
"Nah!" Kaseh menghulurkan akan kain selimut dan tuala kering. Lambat-lambat dia menyambut. Ini yang buatkan Kaseh lemah apabila ada kawan jatuh sakit. Apatah lagi seandainya yang jatuh sakitnya adalah yang bukan muhrimnya. Liatnya sahaja Kaseh hendak bantu.
"Encik ok tak ni? Nak minum apa-apa yang panas tak?" pelawa Kaseh sedikit serba salah kerana telah buatkan dia jadi tidak sihat sebegini.
"Coffe, please!"
Laju tapak kaki Kaseh menuju ke dapur dan membancuh air kopi panas yang dipinta oleh BMW. Bunyi cerek panas membuatkan hati BMW dilanda dalam taman. Inikah rasanya jika diri ini diambil berat oleh seseorang? Kasehkah orangnya yang dia nantikan selama ini?
Berdeting bunyi gelas bertembung dengan piring. Aduhai, makin bersemangat jiwa dia mahu merasai air bancuhan Kaseh. Bukannya sebelum ini dia tidak pernah merasainya, Cuma kali ini ianya berbeza sikit.
Beranganlah kau, BMW!!!!
heheh..BMW jatuh sakit pula kali ni..
like always.. bersambung..
10/12/2014.. 4.57 am
No comments:
Post a Comment