Bab 9
Kaseh bagaikan terkejut dengan pertemuan ini. Sudah bertahun mereka tidak bertemu,kini hanya begitu mudahnya mereka bertemu kembali. Kaseh segera melarikan diri setelah puas dirinya dihina oleh kekasih hatinya. "Kaseh,awak nak ke mana tu? Siapa dia tu? Apa tujuan dia menghina awak begitu?" Soal BMW dari belakang. Kaseh yang sedang memakukan pandangannya,tersentak dengan kemunculan BMW. Sejak bila dia ini mengikutinya? "Tolong tinggalkan saya sendirian. Saya perlukan masa!" Kaseh abaikan pertanyaan itu. Dirinya kembali senyap dan sepi. Kalau dah nama BMW, memang tak pernah makan saman. Dengan selambanya dia duduk dan menemani Kaseh. "Nope. Saya takkan tinggalkan Kaseh sendirian. Bukankah Kaseh dah berjanji akan bertemu janji dengan saya. Masakan saya akan melepaskannya dengan semudah ini! Never!" BMW menjawab yakin. Ya Allah,dia ingat lagi akan temu janji itu. Ikut dialah. Jangan nanti nak mengadu yang kalau temu janji itu menjadi hambar,sudah. "Apa encik merepek ni? Sejak bila saya bersetuju? Setahu saya,saya dipaksa,ok!" Kaseh menjawab bagi membetulkan andaian itu. BMW hanya tersenyum. Dia sudah menduga itu jawapan yang akan Kaseh berikan. Boleh tahan keras jugak hati Kaseh. Nampaknya kena berlipat kali gandalah usaha BMW kena lakukan selepas ini untuk menawan hati Kaseh. "Tapi,bagi saya..awak dah dikira bersetuju setelah awak masuk kereta saya takdi," BMW berkata selamba sambil tangannya menguis ranting kayu yang ada di atas jalan raya yang berdekatan. "Nonsense. Ikut encik lah nak buat andaian apa-apa pun. Yang pasti,tolong hormatkan pendirian saya. Saya benar-benarkan ingin bersendirian!" Kaseh tetap bertegas. Sesungguhnya dia benar-benar mahu menenangkan jiwa dan perasaannya dari segala tohmahan yang dilemparkan oleh Zairey. Bagaikan terngiang kembali detik pertemuan mereka berdua. "Kaseh?" Satu suara menjengah dari belakang. Kaseh sudah terkedu sendiri. Masakan dia tidak mengenali akan alunan suara itu. Nampaknya suaranya masih seperti dahulu. Lembut tapi ada kegarauannya. Nak berpaling ke tidak? "Kaseh Armia,right?" Sekali lagi suara itu berbunyi, namun ada nada paksaan kerana sahutannya tidak mendapat respon sewajarnya. "Nope,encik salah orang" akhirnya Kaseh menjawab juga. "Jangan nak tipu sayalah. Saya tau,awak adalah Kaseh Armia! Gelang tangan di lengan awak sudah menjawab." Bunyi loceng gelang tangan telah menderhaka pada tuan badan sendiri. Aduhai.. Akhirnya, Kaseh mengaku kalah juga dan perlahan-lahan berpaling. Wajah Zairey kini berada dalam bebola matanya. Ya Allah,dia masih seperti dahulu. Kenapakah selama ini dia mendiamkan diri? Dan kenapa harus sekarang dia mahu muncul kembali? Kenapa, Zairey? Kenapa? Kenapa kau buatkan aku begini? "Rie tahu dan kenal sangat dengan susuk badan Kaseh. Kita dah lama bersamalah,sayang!" Ucapnya dengan senyum lebar. Aduh,senyumannya masih tegar seperti dahulu. "Rie bila balik Malaysia?" Soal Kaseh spontan. "Sebulan." "Apa? Dah sebulan? Kenapa tak maklumkan pada Kaseh?" Kaseh menyinga marah. Sebegitu kejam sekali Zairey melupakannya sehingga langsung tiada maklum balas atas kepulangannya? "Rie tak mahu susahkan Kaseh. Kaseh tentu sibuk nak uruskan kerja harian. Lagipun kepulangan Rie ini biasa saje." Rie menjawab senang. "Itu kata Rie. Tapi bagi Kaseh,apa sahaja berkait dengan Rie semuanya penting!" Kaseh menegaskan andaian Zairey. Sungguh mudah benar lelaki ini membuat andaian. Apakah sudah pudar rasa cinta dalam hatinya? Atau sudahkah dia menemui cinta baru di perantauan sana? "Dahlah. Lupakan perkara itu. Dah basi mahu kita bertekak. Jadi, apa khabar sayang Rie sekarang? Rie nampak yang sayang dah buat perubahan fesyen,ya! Kenapa sampai nak memburukkan wajah sendiri seperti Betty dari Mexico tu?" Rie cuba alih topik. Zairey masih lagi tekun menilik fesyen yang Kaseh pakai pada hari ini. "Oh,ni! Yang sebenarnya..." belum sempat Kaseh menjelaskan,ada suara menyapanya dari belakang. Ya Allah, bagaimanalah dia boleh terlupa akan kewujudan sorang lagi makhluk itu. "Kaseh!" Suara itu memanggil sekali lagi. Pantas sahaja Zairey dan Kaseh berpaling. Siapa pula si nerd lelaki ini? "Kaseh?" "Kaseh?" Keduanya saling menuntut jawapan dari Kaseh. Bingung Kaseh dibuatnya. Apa yang harus Kaseh lakukan. Perlukah dia mengharapkan agar lantai ini menyedutnya ataupun berlakon pengsan? "Siapa lelaki nerd itu, Kaseh?" Zairey lebih pantas menyoal setelah Kaseh lebih rela membisu. 'Alamak, Zairey? Apa dia buat kat butik ni?' Soal BMW dalam hati. Nasib baik berkat gaya nerd ini menyelamatkan dia. Kalau tidak, habis punah rahsia dia. "Dia..dia.." apa yang Kaseh mahu katakan ini? Mahu bebohong, itu bukannya kepakarannya. Tangan Kaseh sudah berpeluh sakan. Apa yang Kaseh mahu kelentongkan pada Zairey. "Ataupun dia ini adalah pakwe baru Kaseh? Itu yang susah sangat mahu jawab?" Bertalu-talu peluru kata-kata yang dilemparkan oleh Zairey. "Apa yang Rie merepek ni? Kenapa cepat sangat nak tuduh Kaseh tanpa penjelasan sewajarnya? dan kenapa Pie kini bagaikan dah banyak berubah? Ini bukannya Rie yang pernah bersama dengan Kaseh dahulu" Kaseh melontarkan kata-kata yang terpendam. "Habis tu,kenapa bila Rie tanya, Kaseh tak nak jawab. Jadi apa lagi yang Rie akan fikirkan?" Zairey bagaikan tidak mahu mengalah. "Masalahnya, Rie yang tidak sabar dan begitu cepat buat andaian yang melulu. Kalau betol takpe jugak." BMW hanya menjadi pemerhati tegar. Mahu menyampuk, dikhuatiri akan memudaratkan keadaan yang tampak tegang. Kesudahannya baik jadi penonton tak berbayar je. "Jadi, sekarang ni terbukti yang Kaseh dah curang? Kaseh dah langgar perjanjian kita berdua? How stupid girl! Setelah lama kita bersama, ini balasan yang kau berikan pada aku?" Nada gelaran sudah tertukar kau pada aku. Kenapa si Zairey ini cepat benar buat spekulasinya tanpa dengar penjelasan sebenarnya? "Hello, saudara. Jangan nak cepat buat andaian melulu. Dengar dulu penjelasan." BMW mulai menyampuk setelah terasa pedih telinga mendengar kejian itu. "Rie! Sampai hati tuduh Kaseh begitu! Apa masalah Rie sebenarnya sehingga susah sangat nak dengar penjelasan dari Kaseh?"Kaseh menahan sebak di dada dan menguatkan perasaanya agar tidak menitiskan air mata di hadapan dua jejaka. Jangan cepat lemah semangat, Kaseh Armia!

No comments:
Post a Comment