Bab 8
Bab 8< Aku Benci Dia, Kaulah Encik Benciku 8 >
PENULIS : Kaseh Ayuni
8.
" Mak??" Ayuni tatap sayu wajah mak. Mak, ayah dan adik beradiknya semua ada kat sini. Bagaimana mereka boleh ada kat sini? Kenapa tak bagitahu nak datang ke Kuala Lumpur? Mak terus peluk Ayu. Ayah pula siap berpeluk dan bersalam dengan Sudin. Apa yang sedang terjadi ini?
Garfu diletakkan kembali ke bawah. Sudin mulai ambil kerusi bagi memberikan tempat duduk bakal mentuanya. Ayuni pula kian galak berbual dengan maknya. Satu kejutan ini. Mesti kerja 'rasuah' dari Shamsuddin Salleh. Saya benci awak! Sungguh! Benci kerana buatkan hati saya semakin sayang pada awak, Sudin!
Kegembiraan yang terpancar dari iras maknya itu semakin mengelisahkan tangkai hati Ayuni. Apa yang telah terjadi sudah terjadi.
Ayuni tatap wajah gembira seorang demi seorang. Semuanya gembira. Adakah ini jodohku? Shamsuddin Salleh! Benarkah nama kita telah tertulis di loh mahfuz?
"Mak! Mak datang sini dengan apa?"
"Laa.. Sudin tak bagitahu ke?"
"Bagitahu apa?" makin dekat Ayuni hampiri maknya. Maknya sudah panjang senyum. Sudin masih belum beritahu hal sebenarnya pada Ayuni rupanya. Patutlah blurr.
"Ayuni tanyalah Sudin sendiri. Mak tak boleh bagitahu. Amanah orang!" mak tunjuk gaya zip mulut. Ishh.. rasanya ringan tangan mahu baling kotak tisu ini ke wajah Sudin tau!
Mana aci family Ayuni sudah berpaling tadah. Ini tak boleh dibiarkan. No way!
***
2 minggu kemudian,
Cincin belah rotan yang dahulunya pernah dibuangkannya ke dalam kolam, kini terletak elok cantik di jari manis Ayuni. Kini, akhirnya terjawab sudah yang Ayuni selamanya jadi hak ekslusif Shamsuddin Salleh. Sebegitu jauh Ayuni menolak Sudin selama ini, hanya sebegini mudahnya Ayuni menjadi tunangannya.
Anehkan perjodohan ini? Tiada siapa dapat menduga, yang kini Sudin dari dahulunya merupakan Encik Bencinya kini telah automatik bertukar nama menjadi Encik Tunang.
" Angkatlah panggilan itu. Dari tadi asyik berdering sahaja. " Mak menyapa Ayuni yang leka mengelamun. Mak masuk ke dalam bilik Ayuni yang terhias cantik. Sayang, si penyeri bilik ini tidak berseri seperti hiasan yang ada. Maafkan mak, Ayuni kerana buat keputusan tanpa memberitahu pada Ayuni!
Ayuni berpaling sekilas handphone Asus,pemberian hantaran pertunangan daripada pihak lelaki.
" Malaslah, mak!"
" Ayu.. angkat panggilan tu. Mana tahu ada perkara penting." mak memujuk lagi. Mak Ayuni tahu yang Ayuni dalam emosi memberontak kerana isu bertunangan kilat ini. Tapikan apa daya mereka sekeluarga mahu menolak lamaran itu seandainya pihak lelaki seakan - akan menggesa mahu cepat bertunang.
" Biarlah mak. Nanti tahulah penat jari orang yang kol tu. Ayu nak bersihkan badan dulu. Melekit lah!" alasan diberi. Tuala ditarik. Tudung diletakkan ke dalam bakul.
" Degil! Keras kepala. Sampai bila Ayu nak berdegil begini?Haraplah nanti, si Sudin mampu bertahanlah dengan karenah Ayu!" sipi sipi Ayuni dengar bebelan maknya.
Langkah kaki Ayuni dibiarkan sahaja berlalu keluar pergi dari biliknya. Mak Ayuni hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat perangai degil anak perempuan sulungnya.
" Apa yang awak belebelkan seorang diri tu? Dari luar saya dapat mendengarnya?" tiba - tiba ayah menjengah dari luar pintu bilik Ayuni. Hati tuanya senang hati melihat anak daranya kini sudah menjadi tunang orang.
Mak berpaling. Nafas dihembuskan perlahan - lahan. " Anak sulung awaklah. Awal-awal sudah bergelar tunangan orang pun, sudah mula buat perangai degilnya. Saya ni haraplah si bakal menantu kita dapat bersabarlah layan karenah degilnya itu,"
Ayah tergelak kecil. Memang sudah lama dia tahu akan perangai degil kepala anak sulungnya itu. Sekiranya ada hal yang bukan keutamaanya,maka isu itu akan menjadi permasalahan untuk Ayuni. Terutamanya sekali hal berkait dengan lelaki.
Dahulu, ayahnya beranggapan yang anaknya akan membujang sampai ke tua. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk berdoa agar anak gadisnya itu bertemu jodoh dengan orang setaraf perangai dengan Ayuni.
" Dahlah, bersyukurlah kini ada orang mahu bertunang juga dengan Ayu. Redha dan restui sahaja suratan takdir anak kita. Abang percaya yang Sudin memang jodoh hakiki Ayuni." padat jawapan yang ayah Ayuni berikan. Mak Ayuni terdiam seketika.
" Banyak juga dulang yang anak kita dapat ya, abang? Saya ingatkan si Sudin nak datang untuk menikah takdi. Boleh tahan tebal juga poket bakal menantu kita ya,bang," Mak Ayuni menilik barang barang hantaran tunang yang pihak belah Sudin berikan kepada Ayuni.
" Biarlah,maknya.. Dah rezeki dia. Kita harus bersyukur yang kini sudah ada orang mahu jaga anak perempuan kita. Abang dah berdoa siang malam agar Allah permudahkan jodoh si Ayu tu." Ayah berdiri di balik tirai tingkap. Lelehan anak matanya mengalir perlahan. Kemudian anak mata tua ternampak kelibat Ayuni yang sibuk menguruskan adik bongsu untuk mandi.
'Ayu.., ayah tahu yang Ayu bangkang pertunangan ni. Tapi ketahuilah anakku yang Allah telah janjikan lelaki baik adalah untuk perempuan baik-baik. Ayah dan mak redha dengan pertunangan Ayu bersama Shamsuddin Salleh. Satu jer ayah harap agar Ayu terima perjodohan ini dengan ikhlas.' hati ayahnya berkata di angin lalu.
Tanpa bersuara,Ayuni berpaling serentak. Terkejut Ayuni melihat ayahnya sedang berlinangan air mata. Kenapa pula dengan ayahnya?
" Ayah!!!" laung Ayuni dari bilik air. Baby yang sedang bersyampu rambut,membuka mata perlahan lahan.
" Nape,kak Ayu?"
Ayuni hanya terdiam.
" Baby tunggu kejap. Nah ambil air ni. Siram kepala itu, jangan biarkan.., nanti air buih syampu masuk dalam mata. Kak ayu nak jumpa ngan ayah kejap,"
" Ok."
Langkah kaki Ayuni kian laju. Dia gelisah melihat air mata ayahnya? Macam macam hal difikirkan dalam kepala Ayuni. Kenapa ayah menangis? Kenapa? Takkanlah ayahnya tidak merestui pertunangan ni? Kaki kian bergerak tapi fikiran Ayuni melayang ke udara.
Tanpa sedar, Ayuni terlanggar seseorang yang berada di hadapannya. Buk!!
"Ayu!!"
" Ya Allah! Ayu! Anak aku!"
***
BERSAMBUNG NEXT BAB...
No comments:
Post a Comment