Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Monday, November 14, 2011

Mini Novella : Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku…3


Mini Novella : Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku…3


Tajuk: Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku…3
Penulis: Kaseh Ayuni
Hak cipta terpelihara
3.
Orang sering berkata, janganlah kita terlalu membenci seseorang kerana kelak hati kita ini akan terpusing pada orang yang dibenci itu jua. Walaupun tidak disahkan kebenarannya dalam mana-mana kitab, namun kata-kata inilah yang akan diperturunkan ke satu generasi seterusnya.
Malahan, Orang tua sering berpesan baik-baik, jangan benci sangat pada seseorang, simpanlah sedikit rasa benci itu agar tidak memakan diri sendiri. Malahan pepatah Inggeris jua ada menyebut, It takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones. Pepatah ini telah menunjukkan yang tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusia itu telah menjadi saksi kebenaran pepatah itu.
Kata kawan-kawan di sekeliling, cinta pertama sukar dilupakan walaupun ada datangnya cinta lain di kemudiannya. Ayuni menyangkal sepenuh hatinya. Ini kerana sepanjang Ayuni berusia 24 tahun ni, segala perjalanan hidupku telah membuktikan segalanya. Takkan semua orang bertuah kerana memiliki cinta pertamanya sebagai cinta kekal abadi. Bagi, Ayuni pula, cinta pertama adalah sebagai platform untuk Ayuni mengenali apakah isi hati sebenarnya. Cinta yang akan datang, itulah cinta Ayuni yang sebenarnya.
Kita takkan tahu bilakah cinta kekal abadi itu datang, kan? Mungkin hari ni, mungkin selepas ni ataupun mungkin besok? Semuanya itu adalah kebarangkalian yang Ayuni takkan mampu jangkakan. Tetapi, Ayuni mesti boleh mengagak dan buat perhitungan, kan? Kawan-kawan sekalian, Ayuni susah sangat-sangat mahu menggapai cinta. Tetapi apabila Ayuni sudah jatuh cinta, susah sekali Ayuni mahu membuang kembali namanya dari hati itu.
Yang tak bestnya, Ayuni sudah membenci dirinya dahulu sebelum kami terjatuh cinta. Pelik bukan? Aneh bukan. Takkanlah Ayuni akan jatuh hati pada orang yang dia benci sangat-sangat. Mahu sebut namanya pun, Ayuni sudah rasa geraaamnnnya…
Namun, Ayuni bersyukur kerana dengan limpahan nikmatnya dari Ilahi, Allah membuka jua pintu hati yang telah lama tertutup rapi sejak 8 tahun, Ayuni bekukan hati ni buat mana-mana lelaki. Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa pula ada 8 tahun ni? Apa kisahnya. Kawan-kawan, kita pusing masa sekejap ya saat Ayuni berusia baru lepas habis SPM. Ayuni mulai mengenali apa itu cinta Monyet selepas habis SPM. Ayuni tertarik pada lelaki itu kerana sikap ringan tulangnya.
“Rajinnya dia.” Ujar Ayuni pada kali pertama Ayuni mengenali jejaka itu. Dia hulurkan salam perkenalan dan kami berkawan. Kami saling bertukar-tukar no handphone. Jiwa remaja Ayuni masa itu membuak-buak ingin berkawan lebih rapat dengannya. Biasalah, kan? Remaja. Semuanya rasa inilah duniaku. Indah.tetapi Ayuni tidak tahu yang itu semuanya bersifat sementara sahaja.
Dia pergi tinggalkan Ayuni setelah bertemu dengan kawan Ayuni sendiri. Ayuni . Ayuni memang tidak tahu akan hal itu walaupun kami berdua bekerja di satu tempat yang sama. Layanan yang jejaka itu berikan masih sama. Dia baik, dia selalu berkunjung rumah Ayuni dan makan kiuh siput yang Ayuni masakkan sendiri buatnya. Tapi, ni yang dia balas buat diriku? Kami putus kawan kerana dia ikut cakap kekasih barunya itu, kawan Ayuni sendiri.
Bermulalah episode duka itu, dan Ayuni melarikan diri ke Kedah. Syukurlah masa itu dapat peluang sambung belajar di UUM. So, kiranya buat 2 dalam 1 kan. Ayuni ubati kelukaan dalam hati itu dengan mencuba ubah angin ke Kedah. Tetapi sayang seribu kali sayang, Ayuni tetap di takuk lama. Nama dia masih lagi berada dalam hati ini. Kenapa Ayuni sukar sangat mahu lupakannya? Kenapa? Bukannya di UUM itu tiada lelaki lain. Susahnya kalau Ayuni ni jenis setia tidak kena pada orangnya.
Kini, dia sudah berbahagia dengan kawan Ayuni dan memiliki seorang anak. Ayuni redha dan mungkin nilah hikmahnya di mana Allah ingin pertemukan Ayuni dengan cinta yang seterusnya. Cinta dari my Encik Benciku. Ayuni gelarkannya Encik SS.
“Kenapa nama SS, Ayuni” soal Datin di dalam group Ayuni. Ayuni yang selalu ingin menyakat kawan-kawannya itu menjawab dalam nada mengusik, “Encik Syok Sendiri,” kah kah kah..
“Ayu ni…” Datin tergelak lepas. Manakala akak shimah pun sama ingin mencelah laju. “Akak ni tengah kejala dik Ayuni sayang. Ni pun tak boleh nak tengok sangat la, kalau ada komen yang boleh dikomen, akak akan join la. Semalam kan, akak mimpi Ayuni tetapi Encik Benci macam nak ngorat kak je, hahahah!”
Ayuni tergelak lepas. Alamak, terkuat volume pula di kedai mamak ni. Ayuni perlahankan sikit volume suaranya itu dan mulai menaip balas komen itu di FB itu. sekarang ni, Ayuni sedang berada di lokasi kedai mamak. Ayuni sedang menantikan seseorang yang wajar Ayuni berjumpa SEKARANG!.

*****

“Akak..patut ar semalam tu Encik Benci Ayuni tu..suka je..rupanya dia telah jumpa dengan sekuntum bunga yang lagi cun dari Ayuni ya..wawaw..Ayuni hanyalah kepit hatinya, tetapi akak pula, telah kepit tangannya…hehehheheh..” Ayuni tekan laju butang Enter pada keypadnya dan mematahkan jemarinya.
Air sirap laici dihirup perlahan. Semua kisah itu disavekan dalam satu fail bertajuk, ‘Luahan Isi Hatiku’. Ayuni tatap di sekelilingnya, ‘Mana dia ni? Janji jam 10. Ni dah nak masuk jam 11 pagi tau. Nak kena makan kasut saiz 7 ni,’Ayuni mengerutu perlahan dan kembali tatap ruangan FB yang ada group Ayuni sendiri.
Kedengaran bunyi kerusi ditarik dan satu wajah yang cukup buatkan Ayuni malas mahu angkat wajah. “Sorry lambat. Jalan jam.”
“Dah tahu tak suka jam. Kenapa keluar lambat? Tu laaa…orang lain dah tak makan jam strawberry ni, kini orang selalu makan jam nenas je. Cepat.” Ayuni melancarkan bebola atom yang pertama.
Dia tersenyum nipis. Wajah Ayuni yang leka menatapi laptopnya itu ditatap lama. Benarkah Ayuni benar-benar benci akan dirinya? Kalau benci kenapa dalam setiap luahan ceritanya ada kata sayang? Itulah yang dia mahu korek sekarang itu. Jikalau mahu harapkan ungkapan dari bibir Ayuni, dia takkan dapat satu jawapan yang pasti. Ayuni mesti akan mengelak punya. Dia tahu bagaimana sikap Ayuni.
Al-Maklumlah, Ayuni ni sangat minat akan bidang penulisan. Itu mempengaruhi jiwa Ayuni yang akan menjadi seorang yang terlalu sensitive dan cepat terasa. Dia mengeluh kecil. Kemudian, melambai-lambai tangan kepada mamak. “The tarik satu, kasi tarik kaw-kaw ya. Saya nak buih tu kasi banyak punya,” mamak itu mengangguk banyak kali.
Ayuni leka dengan dunia onlinenya sambil tangan sibuk menaip segala kisah lamanya. Dia pula sibuk mengcheck diari onlinenya dari handphone Black berrynya. Kami berdua seolah-olah berada dalam dunia sendiri walaupun hakikatnya berkongsi meja yang sama. Apa gunanya berjumpa kalau kesudahannya buat hal masing-masing.
Ayuni tergelak kecil saat saling bertukar komen dengan kawan-kawan onlinenya. Mereka semua ni, suka sangat bergurau tetapi Ayuni pun sama kaki bergurau. Layan…sesekali anak matanya menatapi wajah Ayuni. Satu persatu wajah Ayuni ditilik oleh bebola matanya. Errmm..taklah cantik sangat, tetapi manis dan comel itu ada. Kenapa kami dipertemukan dalam satu situasi yang tidak menyeronokkan mahu diceritakan?
“Ayuni..” Encik Benciku panggilku perlahan. Ayuni sekadar angkat muka dan pandangan kami bersatu. Dup dap dup dap. Jantung Ayuni berdegup lagu. Ayuni terasa darah menyirap naik ke wajahnya sendiri.
“Ayuni tak bersetuju ke dengan saya? Kan kita bertemu ni atas kemahuan Ayuni. Kenapa Ayuni ignore saya?” soalnya akan tujuan sebenarnya kami bertemu. Sejak 2 minggu sudah Ayuni banyak mendiamkan diri. Semua panggilan Encik Benciku, Ayuni tidak angkat. Sms jangan ditanya kan lagi. langsung tidak dibalasnya.
“Setuju? Ni bukannya mahu nak tanya soal setuju ke tak. Ni soal masa depan. Masa depan antara awak dan saya,” Ayuni tatapnya tajam. Dalam hati tak kisah sudah mahu berdegup ke, berdetak kuat ke. Janji segala kemarahan 2 minggu sudah akan dihamburkan kepada dirinya. Memang sesuai sangat Ayuni gelarkannya Encik SS yang bermaksud Encik Syok Sendiri. Walhal sebenarnya nama dia pun ada pangkal nama SS, iaitu Shamsuddin Salleh.
“Kerana soal itu, saya buat keputusan yang bijak.”
“Bijak? Awak fikir saya ni barangan macam bisnes ke? Saya ni manusia, ada hati, ada perasaan. Awak kena bincang dengan saya dahulu sebelum berikan janji pada ayah saya. Malu tau ayah saya selalu hubungi saya dan tanya, bila Sudin mahu datang ke rumah jumpa depan-depan dengan ayah?” Ayuni palingkan wajah kea rah lain. Ayuni bimbang, emosinya akan semakin parah saat melihat renungan redup Sudin itu. Sudin, nama sebenarnya dia. Ayuni tak mahu memanggil dia dengan nama itu kerana kami bertemu dalam situasi yang benar-benar takkan diduga oleh sesiapa pun. Geramnnya..kan, aku panggil dia ni sudip, baru tahu.
“Laa awak ada hati pada saya rupanya selama ni. Kenapa tak cakap awal-awal. Kalau tak dari hari tu lagi saya dah masuk meminang awak.” Perli Sudin lagi sambil mengenyitkan matanya khas buat tatapan diriku sahaja.
“Awak, jangan mahu berangan terlalu tinggi la. Cuba awak perhatikan saya betul-betul. Layak ke Ayu ni buat diri awak. Awak, seorang yang disegani oleh semua gadis-gadis yang selalu berurusan dengan awak. Ayu hanyalah seorang gadis yang tak punyai apa-apa. Awak lagi layak untuk mana-mana gadis cantik di luar sana. Awak jangan cepat buat keputusannya, kelak awak yang merana. Ayu minta sangat-sangat, batalkan semuanya. Pasal ayah ayu, ayu akan jelaskan sendiri.” Ayuni meluahkannya dalam nada terkawal.
‘Aku sayangkan dia, aku mahu jadi menjadi miliknya. Dan aku bersetuju mahu jadi tunang dia.’ Itulah ayat sebenarnya yang Ayuni mahu perkatakan kepada dia. Tetapi, lidahku keluarkan ayat-ayat berperisa kari pedas itu?
Sudin tatapku lembut. Sudin sudah menduga itulah yang selalu merungsingkan Ayuni. Wajarlah Ayuni tidak mengendahkan Sudin selama 2 minggu yang lepas. Sudin berterusan menatapnya lama dan menjawab dengan penuh ikhlas, “Satu sahaja Sudin mahu tanya, Bencikah Ayu pada Sudin sekarang?”
Ayuni terkedu. Soalan apa pula ni? Kami kan sedang bincangkan soal lain. Ayuni merengus kasar. Sudin ni mahu main acara tarik-tarik tali cinta ke? “Shamsuddin Salleh, kita sekarang bincang soal lain. Kenapa melalut ni?” Ayuni melarikan pandangannya pada FB seketika dan sign out. Ayuni merasakan Sudin ingin mempermainkan dirinya. Ini tidak boleh jadi, memang Sudin mahu ajaknya berperang dunia ke 8.
“Yes, nama saya memang Shamsuddin, tak usahlah popularkan sangat nama saya tu. Sekali lagi saya bertanya, Bencikah Ayu pada Sudin sekarang ni?”
“Shamsuddin Salleh..” Ayuni berkata kuat. Nafas Ayuni sudah tidak teratur lagi. Badan Ayuni pun sama sudah tidak senang duduk. Sudin benar-benar mencabar jiwanya. Bila-bila masa sahaja Ayuni akan meletup. Lantaklah, di kedai mamak pun menjadi baran si Ayuni itu.
“Ye, sayang!”
“Shamsuddin Salleh…”
“Yes, dear..ada apa? Dah tak sabar ke nak letakkan nama Sudin dalam hati dear ya. Ni yang sayang lebih. Orang tua cakap, apabila 3 kali kita ungkapkan nama seseorang itu dalam emosi yang penuh tidak stabil. Maka proses itu akan mempercepatkan lagi insan itu berada dalam pelusuk hatinya.” Sudin cuba psikologi Ayuni.
Ayuni terhenti nafas seketika. Alamak? Ada ke jadi sebegitu? Ayuni cuba mencari jawapan dari mimik wajah Sudin. Tetapi Sudin bijak menyembunyikannya. Lalu, sebagai tanda geram, Ayuni hentakkan kakinya ke lantai. Geram betullah, wajar sekali tau Ayuni membenci dirinya.
“Saya masih lagi menantikan jawapannya,” Sudin berkata dengan senyuman panjang di bibirnya. Lesung pipit terukir indah di pipinya. ‘Ya Allah, kuatkan hatiku agar diriku menolak dia laju-laju. Aku tak layak buat dirinya. Masih ramai lagi gadis lain untuknya. Tetapi dia takkan bisa boleh untuk diriku.’ Ayuni berkata kecil dalam hatinya.
“Jawapan Ayuni tetap sama. Ayuni takkan terima Sudin. Kita tak layak untuk bersama.”
“Ayuni, Sudin tak mahu tahu jawapan itu. Sudin hanya mahu tahu jawapan lain. Ayu benci Sudin kan?”
“Kalau sudah tahu Ayu benci, kenapa masih lagi mahu bertanya?”
“Mestilah kena tanya. Takkan nak ceroboh macam itu saja hati Ayu, kan. Kenalah mula-mula berikan salam, tanya khabar dahulu kemudian barulah boleh masuk ke pintu hati Ayu.” ,mak aii..jiwangnya Encik Benci Ayu ni. Habislah hatiku, bergoyah sakan lah lepas ni.
“Baiklah, jikalau ni yang Encik Shamsuddin Salleh ingin dengar, Ayuni akan beritahu sekarang jua. Ya, benar, Ayu benci –benci –benci dan beribu kali benci sangat-sangat pada Sudin. Puas? Suka? Puas hati setelah dengar jawapan ni?” Ayuni merenunginya tajam. Ayuni melemparkan kesemua pandangan kebencian itu khusus tatapannya.
Sudin tergelak laju. Perempuan, lain di mulut lain di hati. Kalau benar benci, kenapa mata Ayuni berkata lain. Kenapa badan Ayuni bergetar nada irama lain? Dan kenapa pula anak mata Ayuni tidak tatap lama anak mata Sudin? Sudin buat kesimpulan yang Ayuni sedang membohongi diri sendiri. Ayu bukan benci dia, tetapi ayu sayangkan dia. Sayangkan dia sangat-sangat. Perempuan kan, ego.
Ayuni tarik muka 14 juta kali masam. Sudin tergelak. Aik, bukan ke kalau kita bencikan seseorang itu, insan yang dibenci itu akan diam terkedu? Dia ni masuk air ke dalam kepala itu? masakan 2 minggu kami tidak berhubungan, dia sudah mereng separuh abad?
“Awak ni dah tak betul ke?”
“Ya, memang saya dah tak betul sejak saya jatuh hati pada Ayu.” Sudin berkata serius dan menatap lama wajah Ayuni. Ayuni tersandar ke belakang lalu..
Buk. Bedebussss…. Ayuni terjatuh dari kerusinya. Sudin terkejut dan segera membantu Ayuni. Bagaimana Ayuni boleh terjatuh ni? Agaknya terkejut dengan lauhan itu. ayuni malu sendiri saat mata-mata pelanggan lain melihat dia yang tergolek jatuh ke bawah meja.
Wajah Ayuni penuh merah menahan malu. Kut ya pun terkejut, janganlah sampai memalukan diri sendiri.
“Sayang..kenapa jatuh-jatuh ni. Kan saya hanya cakap saya jatuh hati pada Ayu. Tu la, berangan lagi. Mesti Ayu berangankan kita dah kahwin ya. Ohh..saya faham, kan Ayu ada cakap, mahu kahwin sebelum umur 25 tahun, kan? Jadi dah sampai serulah ni ya buat kita berdua ya..” Sudin membantuku bangun dan menarik kerusi agar memudahkanku duduk kembali. Aduh, senaknya punggungku.
“Awak boleh tolong jangan merapu, boleh tak? Saya dah lah tengah sakit ni. Jangan ditambahkan lagi bara dalam hati saya tau.”
“Kalau ada bara, sayalah airnya. Kalau ada bulan, sayalah pungguknya. Kalau ada api, sayalah unggun kayunya dan Kalau ada benci, sayalah encik benci tu kan? Usahlah mahu tarik-tarik ayat dengan saya. Saya dah baca kesemuanya. Semuanya saya tahu dari A to Z. Saya tahu apa isi hati awak pada saya.” Sudin merebahkan kembali punggungnya di hadapanku. Air teh tarik itu disuakan ke bibirnya dan dihirup perlahan-lahan.
Ayuni menundukkan wajahnya. Alamak, terkena terus pada wajahnya. Sudin sudah baca? Adakah kesemua kisahku, diariku online dia sudah tahu. Alamak, malunya..Ayu fikirkan yang Sudin takkan sesekali menjengah blognya. Alamak, Ayu mesti hentikan semua ni.
“Apa maksud awak? Awak dah baca? Baca apa?” Ayuni tetap mahu pertahankan dirinya walaupun Ayuni sudah rebah sebelum bertanding, kita harus ego. Ego..
Sudin terdiam seketika saat handphonenya bordering. Sudin memang seorang yang tidak pernah tahu duduk diam. 24 jam baginya satu masa yang tidak cukup. Maklumlah, orang bekerjaya. Sudin mengisyaratkan yang perbualan tadi akan bersambung nanti.

*******

“Mamak, air sirap laici satu lagi,” Ayuni berteriak lantang. Ayuni tersenyum saat ada mata-mata nakal melihat telatahnya. Lantaklah korang semua ya nak cakap apa, janji hausku akan hilang. Borak-borak juga, haus tetap kena isi.
Ayuni kembali sign in FBnya. Mak aii..banyaknya notification. Ayuni kembali melayani celoteh kawan-kawan mayanya. Kemudian, Sudin kembali menyapa, “Kat mana kita tadi?”
“Kat laut,” Ayuni berseloroh kecil. Sudin pantas menampar laju tangan Ayuni.
“Hey..jangan sentuh. Bukan muhrim!”
“Alaa..sekejap je tu, kan bulan 12 ni kita akan dah jadi tunang. Kemudian, tiada lagi istilah bukan muhrim.” Sudin menggodaku dengan ayat-ayatnya. Janji manis hanya dibibirmu. Kau belum dengar lagi janji-janji perempuan. Tangkap lentok tau kerana Ayuni kan bakal seorang penulis. Sudin sendiri tidak menyangka yang Ayuni ni bakal seorang penulis novel. Yelah, dengan penampilan lasak dan kasar, sesuai ke Ayuni jadi seorang novelis? Tepuk dada tanya selera.
“Kat mana kita tadi ya?” suara Sudin kembali serius. Tangannya diletakkan ke atas meja dan satu tangan menahan dagu.
“Kat kedai mamak!” Ayuni menjawab lepas.
“Ayuni..” Sudin memukul sekali lagi diriku. Sakitlah..Ayuni menggosok tempat terkena pukulan spontan itu.
“Nakal lagi, saya tanya betul-betul ni,” Sudin menarik keluar kaca matanya dan meletakkan ke atas meja. Kali ni, senang sikit mahu menatapi wajah manis insan bernama Ayuni itu. 2 minggu menahan rindu, Sudin tahu Ayuni merajuk dan marah dengannya. Tetapi apabila kata keputusan itu sudah dibuat, Sudin takkan sesekali tarik balik keputusannya. Kalau sudah jumpa permata hati, mengapa mahu mencari berlian lain? Permata kan lagi berharga berbanding dengan berlian yang berkilauan. So, fikirlah sendiri ya, Ayuni itu umpama apa. Berlian ke permata?
“Ye saya, janganlah popularkan nama saya,” Ayuni memerli dirinya. Ayuni memang sengaja pulangkan paku keras buat diri Sudin. Sudin tergelak lagi. sudin ni suka gelak tau. Macamlah Ayuni seorang badut di sarkas. Tak sesuai tau.
“Ayuni..”
“Ye” Ayuni leka menaip komen dalam FB itu. langsung Ayuni tidak menumpukan perhatian kepada Sudin yang berada di depannya. Ayuni leka dengan dunia FBnya itu, leka melayani karenah kawan-kawan onlinenya. Macam si datin, akak Shimah, Ria, Dian hadi, Are-ein, Iqa, Aida Nadia dan ramai lagilah. Mahu nyatakan kesemuanya, takkan ingat. Maaf ya..hehheheheh…
“Ayuni..” sekali lagi Sudin memanggil namanya. Kali itu dengan lebih lembut dan aura romantik. Mak aii…
“Ye..”
“Ayuni sayangkan saya, ya?” soalan pertama disoal.
“Ye..” Ayuni menjawab di luar kesedarannya.
“Ayuni cintakan saya, ya”
“Ye..”
“Ayuni mahu sangat jadi tunang saya, kan?”
“Ye..” Ayuni kembali tatap wajah Sudin. Kejap. Kejap. Ayuni chop satu saat. Kejap. Apa yang Sudin tanya tadi? Apa yang Sudin cakap tadi? Ayuni mengerutkan wajahnya. Sudin telah tersenyum penuh muslihat. Ada agenda itu yang Sudin psikologi dia tadi dan Sudin telah mengambil kesempatan atas kelekaan Ayuni melayani FB.
“Kejap, Sudin tanya apa tadi?”
Sudin diam. Langsung tidak mahu berkompromi dengannya.
“Aiyooo..adik manis, abang tu ada tanya soalan begini. Ayuni sayangkan saya? Ayuni cintakan saya? Dan soalan ketiga, Ayuni mahu sangat jadi tunang saya, kan?” seorang mamak mencelah laju dan meletakkan air sirap laiciku. Sudin melemparkan isyarat Good..kepada mamak itu. Tengok, Mamak pun tahu. Malunya, Ayuni. Mamak itu pun segera beredar. Sudin sudah memerliku dengan jelingan manjanya. Itulah tidak fokus lagi, kan sudah kena soalan beracun.
Wajah Ayuni merona kemerahanya. Sudddiinn..jahatnya kamu…
“Ayuni dah jawab tau semua soalan tadi tu. So, takkan boleh berpatah balik. Saya dah pegang kemas semua kata-kata itu.”
“Shamsuddin Salleh..”
“Ayuni..” kami saling terkejut. Belum sempat sudin mahu memanggil namaku, ada suara garau lain menyapa dari arah depan kami berdua. Ayuni angkat wajah dan Sudin pun sama. Seorang lelaki yang berwajah boleh tahan kehensemannya sedang tersenyum manis. Berdiri tegak di depan kami berdua dengan berpakaian Polo, ber cap di kepalanya. Lelaki kacak mana pula tersesat di kedai mamak itu?
“Ayuni, kan?”
Ayuni terkejut, aik, sejak bila Ayuni sudah dikenali orang ni? Ayuni terdiam dan tatap wajah jejaka yang menyapa itu. siapa pulak dia ni? Sudin bertanya dengan guna isyarat matanya. Ayuni menjungkit bahu, tak tahu. Tiba-tiba sahaja muncul dan musykil itu.
“Ya, dia Ayuni. Saudara ni, sapa?” Sudin menjawab bagi pihak Ayuni yang masih kaku dan terkejut. Sudin scanning jejaka itu, Erm...boleh tahan orangnya. Sama kacak dan sama padan dengan dirinya. Ada getaran sesuatu dalam diri Sudin saat melihat jejaka itu merenungi gadisnya. Bro, that girl is mine. Hati kecilnya menjawab kecil. Jelingannya mulai menjadi-jadi tertumpu pada Ayuni dan jejaka asing itu. Duduknya kian resah. Bunyi Handphonenya dibiarkan begitu sahaja.
“Encik Benci dia,” ujarnya dalam keadaan tersenyum. Ada bunyi suara gembira dalam inotasi suaranya itu. Ayuni sudah angkat wajahnya. Aik?
Ayuni tatap pantas wajah lelaki itu. Apa? Dia Encik Benciku. Kejap. Satu saat je Ayuni perlukan untuk fahami hal ni. Alamak. Apa sedang berlaku ni? Apa yang Ayuni sudah lakukan ni? Bagaimana boleh muncul seorang jejaka dan mengakui dialah Encik Benciku. Udara..Oksigen....Tolonglah..tolonglah sesiapa datang pengsankan Ayuni.
Sudin bertambah terkejut. Aik? Kalau Sudin sendiri adalah Encik Benci Ayu? Jejaka ini pula mengakui bahawa dia pun Encik Benci Ayu jua? Kekeliruan di sini. Keliru. Sudin keliru, Ayuni pun sedang keliru. Sudin tatap lama wajah Ayuni. Tangan Ayuni sudah mengibaskan dirinya. Ayuni pun sedang keliru sebagaimana Sudin rasakan tika itu.
“Ayuni..” Mereka berdua saling memanggilku serentak. Kesudahannya Ayuni berasa pening-pening lalat dan akhirnya Ayuni rebah. Pandangannya kelam. Hanya teriakan suara sahaja yang didengarinya sebelum Ayuni rebah dalam pangkuan seseorang..
*****
P/S: Adakah ecerpen ni akan ada kesinambungannya..hanya anda, pembaca ayu akan tentukannya… Ayu hanyalah seorang penulis yang selalu ingin zahirkan apa yang terjadi di sekeliling Ayu dalam bentuk tulisan. Ayu tahu di mana kelemahan Ayu dalam berkarya, gaya olahan Ayu yang masih kaku. Tapi, Ayu dalam proses belajar… mahu berikan yang terbaik.jadi, izinkanlah karya Ayu ni diterima baik oleh semua orang ya..
Salam sayang dari Ayu
11.57 am
14.11.2011, isnin

5 comments:

pIA MatAHariku said...

salam...kak ayu...wahhhh dating....xajak pown...hahaha
sweetnya....tp...napa da 2 en.benci...mus-killll la...hahaha

putri nia adelia said...

wkmsl,kak ayu smbg cepat,are-ien anne nk taw sape yg s0rg lg 2 ,cbuk je....mesti 0rg yg dh lukakn ati ayuni 2....heheheheh ;-)

Afifah Yusof said...

mana satu Encik Benci yang sebenarnya ni??
hehehe... nak tahu lagi.. ^_^

Nurfazila Suhaide said...

aiyoo...mana satu en.benci ni..hihie

miss desouleater said...

wasalam....kak ayu,,,ni sape pulak muncul ni???buat datin risau je....gosip lain lak ke?nk kena terjah lagi la ni....aseiiihh.... :)

Nuffnang Ads