Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Thursday, November 3, 2011

Cerpen : Selamat Hairi Raya Aidil Adha... 1


Cerpen Selamat Hairi Raya Aidil Adha 1


1.



Dato’ Iqram dan Datin Alaifah menjamu selera dengan enak sekali di pagi hari ni. Bau nasi goreng ikan kering amatlah menyelerakan dan mambangkit selera untuk dijamu pada pagi hari yang indah itu. Datin Alaifah menyedukkan nasi goreng dan meletakkan di hadapan suami yang tersayang.

“Nasi,abang!”

“Terima kasih, sayang!” ayat yang selalu suaminya tuturkan di sepanjang 27 tahun usia perkahwinan mereka berdua. Datin Alaifah tersenyum manis dan menggapai cawan berwarna putih itu. Air Milo dituangkan.

Kerusi ditarik dan Datin Alaifah sama-sama menjamu selera. “Oh ya, raya Aidil Adha tahun ni bagaimana, abang? Jadi ker abang balik kampung? Mak ayah dah bising tu duk tanya bila nak balik sana? Tinggal beberapa hari sahaja ni!” Datin Alaifah mulai bersuara akan hal yang lama diperam olehnya dalam hati.

Dato’ Iqram terhenti sejenak mengunyah. “Lupa pulak abang nak bagitahu. Abang tak dapat nak balik tahun ni. Abang terpaksa gantikan tempat kawan abang kat rumah anak-anak yatim. Nasib baiklah sayang ingatkan kat abang. Mana Hairi?”

“Hairi?” soal Datin Alaifah dengan kerutan di dahi.

“Mana budak bertuah tu? Masakan belum bangun lagi ni? Apa nak jadilah dengan anak teruna kita tu! Pergi kejutkannya, abang ada benda nak cakap sikit dengannya!” arah Dato’ Iqram kepada Mak Mah, orang gaji di banglo itu.

“Baik, tuan!” terkedek-kedek Mak Mah menaiki tangga 2 tingkat itu. Moga-mogalah Tuan muda ni tak meradang aku kacau lenanya. Mak Mah berbicara dalam hati. Langkahnya semakin perlahan saat kakinya berdiri tegak di depan bilik penuh mewah itu.

Bismillahirrahmanirrahim.. tok tok tok.

Tiada sahutan. Diketuk sekali lagi, tapi lebih kuat bunyi. Tetap jua tiada balasan dari sana. Apa hendak buat ni. Masuk sahajalah senang. Mak Mah pulas tombol dan mulai berjalan masuk ke dalam.

“Tuan Muda Hairi..” Mak Mah panggil dengan perlahan. Tiada sahutan, hanya kedengaran bunyi radio terpasang. Mak Mah menghampiri katil itu. Nak kejutkan ker tak?

“Tuan muda Hairi..” suara Mak Mah makin lantang. Susahnya nak bangunkan si anak teruna sorang itu. Liat macam lintahlah. Kalau jam tak tepat jam 3 petang, jangan haraplah dia tu nak bangun. Tapi, apa nak buat, dah Mak Mah pun kerja hanya makan gaji sahaja.

Mak Mah pun terus menarik selimut yang membaluti anak majikannya itu dan terperanjat besar. Beristigfar panjang dibuatnya. Inilah perangai anak muda zaman sekarang. Soal halal dan haram semuanya tolak ke tepi. Janji nak happy sahaja.

Hairi terpisat-pisat membuka mata kerana terasa ada dingin di badannya. “Mana pulak selimut aku ni?” Hairi berkata perlahan dengan tangan melilau cari selimut tebalnya. Ke kiri kanan pun tak ada. Siapa pulak yang mengambil ni?

Saat matanya terbuka, wajah pertama yang dia lihat adalah wajah tidak berdarah orang gaji tetap keluarganya. “Mak Mah? Apa Mak Mah buat dalam bilik Hairi ni?”

Mak Mah diam. Terkedu mahu bicara apa.

“Mak Mah..” peti suaranya sudah berubah menjadi nada marah. Bantal ditarik dan dipeluknya erat agar susuk badannya disembunyikan dari pandangan mata Mak Mah. Malu tu tetap ada walaupun dia merupakan tuan muda besar dalam rumah itu.

“Tuan panggil tuan muda Hairi turun bawah. Sekarang jugak!” Mak Mah berkata setelah Hairi merenungnya tajam. Pandangan Hairi itu banyak erti. Tutup mulut kalau nak keja lama kat sini. Mak Mah mengerti lalu segera keluar. Hairi pandang di sebelah. Tersenyum dia seketika. Syurga di duniawi..semuanya indah sekali.

“Papa ni memang begitu. Langsung tak boleh lihat Hairi senang sikit. Apa pulak kali ni papa ni?” Hairi berenjut turun dari katilnya. Seluar dipakai dan bajunya dialaskan dengan sweater pakaian tidurnya. Rambutnya dibetulkan sedikit. Anak kakinya mulai menyarung selipar.

Kedengaran dari jauh, suara Datin Alaifah dan Dato’ Iqram saling bertukar cerita. Hangat sahaja topiknya.

“Morning ma, pa!”

“Ermmm…”

“Baru bangun ke Hairi?” soal Datin Alaifah dengan manja akan anak teruna itu. Entah jam berapalah dia balik semalam. Susah benar nak kawal si Hairi seorang itu. Lain sangat perangainya dengan abang-abangnya yang lain itu.

“Ada apa ma dan pa nak jumpa dengan Hairi pagi ni? Hairi mengantuk ni pa, just make it short!” Hairi bersuara sinis dengan seribu kali menguap. Semalam, dah lah balik jam 4 pagi. Kini jam 8 pagi dah kena kejutkan. Mana tak menguap banyak kali. Mengantuknya…

“Kamu ke kelab mana pulak semalam?” Dato’ Iqram terus memulakan sessi perdebatan. Terus straight to point. Malas nak berbasa basi dengan Hairi itu. Dah berbuih mulut nasihatkannya, tapi tak makan dek lut.

“Pa, this is my life!” senangnya Hairi berkata-kata. Riak wajahnya sahaja dah menunjukkan yang anaknya dah terjauh sesat ni dalam arus kemodenan Negara. Salah mereka berdua jua yang terlalu sibuk mengejari kemewahan dan melepaskan batuk di tangga akan soal didikan agama dalam diri anak-anak mereka berdua.

“Hairi, kenapa cakap dengan papa macam tu? Mintak maaf sekarang. Mama tak pernah ajar anak mama jadi kurang ajar dengan orang tuanya!” Datin Alaifah tersentap dengan kata-kata Hairi.

Hairi mengeluh kecil dan mengalah jua, “ Fine. I’m sorry, pa!” macam ikhlas tak ikhlas sahaja bunyinya nada suara itu di pendengaran Datin Alaifah.

“It’ ok. Salah papa jua abaikan kamu selama ni. Papa terlampau sibuk dengan dunia perniagaan papa. Papa fikirkan papa dah elok berikan didikan pada kamu, tapi papa gagal lagi.”

“Abang, kenapa cakap macam tu. Semua ni salah saya jua kerana abaikan anak-anak kita. Saya terlalu taksub dengan persatuan yang ada. Sehinggakan anak sendiri diabaikan. Kita selalu dermakan pada anak yatim dan berikan kasih sayang. Tapi, pada anak sendiri kita lupa berikan kasih sayang. Maafkan mama ya, Hairi!”

Hairi terdiam. Hanya bunyi sudu dan garfu sahaja berdenting di pinggan. Sudah lama Hairi pendamkan isu itu. Agaknya sudah nasib Hairi yang malang dalam mendapatkan kasih sayang orang tuanya.

“Hairi.. kenapa diam?”

“Hairi hanya bercakap pada yang perlu sahaja!” cawan itu ditarik dan ditegukkan dengan selamba seolah-olah tiada apa-apa erti dalam perbualan itu. Hanya sekadar angin lalu di tepi telinga sahaja akan perbualan itu.

Terpukul riak wajah Dato’ Iqram dengan kata-kata anaknya itu. Rahangnya seolah digam sahaja. Datin Alaifah pun sama. Dipandang wajah Dato’ Iqram. Ada sesuatu kekesalan dalam raut wajah itu. Tabahlah suamiku!

“Hairi…”

“Ma, please. Bukan di pagi ni. Hairi letih sangat ni. Hairi naik tidur dulu.” Hairi terus bangun. Dato’ Iqram mulai berasa tercabar dengan kelakuan anaknya itu.

“Hairi… come back here, now!”

Hairi terhenti langkah pada tangga yang pertama. Apa lagi yang papanya mahukan ni? Haruskah Hairi kembali semula ke meja makan itu. Antara papa dan lenanya, yang mana akan Hairi utamakan?

“Hairi… nak papa gugurkan nama Hairi ker dari wasiat papa?” serangan psikologi bermula. Dato’ Iqram tahu akan kelemahan yang satu itu buat Hairi. Hairi takkan sesekali menolak isu itu. Hairi mana boleh tak ada wang dalam hidupnya. Hairi merengus kasar.

“Bab ni yang aku tak suka dengar ni.” Rungut Hairi dengan seribu rasa dalam hatinya. Dia berbolak bagi sekarang itu. Kalau dia kembali semula ke meja makan, tu tandanya dia mengalah dan kalah dengan Dato’ Iqram. Tetapi kalau dia melangkah dan pilih lenanya, maka selamat tinggallah semua kemewahan itu. Peningnya…

Derapan kaki dan bunyi kerusi ditarik itu telah menjawab semua soalan psikologi Dato’ Iqram itu. Hairi dah kembali balik dengan raut wajah yang masam. Wajahnya masam kerana dipaksa datang kembali. Wajahnya masam kerana isu wang dibangkitkan. Wajahnya masam kerana terpaksa merendahkan egonya di hadapan Dato’ Iqram.

“Apa perkara penting sangat yang perlu Hairi dengar sehingga lena Hairi terpaksa dikorbankan?” perli Hairi dengan bertentangan mata dengan Dato’ Iqram, papanya sendiri. Hairi tahu itu adalah muslihat Dato’ Iqram agar Hairi mengikuti rancangannya.

“Hairi yang kena korban tahun ni!” usik Dato’ Iqram dalam mencipta suasana yang tegang itu.

“Korban? Hairi kena korban? Apa yang papa merepek ni?” Hairi membentak kuat. Niat di hati mahu pergi sahaja dari situ tapi akalnya menegah. ‘Ingat Hairi, kau sanggup ke hidup tanpa wang? Kau nak hidup susah? No way beb..kau tu muda lagi. jangan ikut sangat perasaan dalam hati tu. Janji kau dapat wang. Tolak tepi dulu semua rasa tu jauh-jauh. Kau buat pekak sahaja telinga kau tu janji duit masuk je dalam akaun kau.’

“Ye.” Pendek jawapan Dato’ Iqram. Datin Alaifah yang pada mulanya blur..kini mengerti akan corak perbualan suaminya itu dengan si Hairi itu. Bijak jua otak suaminya itu mahukan Hairi mengikuti kemahuannya.

“Tahun ni Hairi kena balik kampung Atok papa!”

“What? Nonsense, Hairi bangkang 100 %” laju sahaja acara bangkang membangkang itu di meja makan. Berdenting bunyi sudu garfu berlaga di pinggan makan saat Hairi menghentak meja.

“Bangkang? Kalau macam tu, papa pun akan tolak 100 % harta Hairi dari senarai wasiat harta peninggalan papa jua laa!” wajah Hairi di tatap tajam dengan senyuman melirik.

“Apa ni pa? Apa kaitannya bangkangan Hairi dengan wasiat papanya? This is not fair!” Hairi tetap jua mahu pertahankan harta itu. Ada muslihat ni yang Dato’ Iqram mahu jalankan. Hairi dapat hidu ni. Gengaman di jarinya kian kuat mengcengkam.

“Adil ke tak adil ke mengikut kaca mata Hairi, kan ni harta papa. Papa berhak atas harta papa.” Budak lelaki yang sedegil sebegini tak boleh nak berlembut. Kena ada caranya nak melenturkan kedegilannya. Kita hanya perlu tahu akan sumber kelemahannya dan terus main tarik-tarik tali sahaja dengan ia. Mesti menjadi punyalah.

“Malaslah nak cakap lagi. Papa, cakap sahaja terus terang!” Hairi malas mahu berdebat lagi dan angkat bendera putih sahaja. Dato’ Iqram tersenyum. Dia telah berjaya patahkan setiap kata-kata anaknya itu.

“Papa mahukan Hairi balik kampung Atok papa hari ni juga. Lusa dah nak raya Aidil Adha. Jadi, papa amanahkan Hairi turut sama dalam upacara Qurban itu dekat kampung. Papa telah beli sebahagian seekor lembu dan berpakat dengan pak saudara kamu. Tapi, papa pula tidak dapat nak pulang kerana papa terpaksa ada urusan yang harus diuruskan kat Kuala Lumpur.” Panjang berjela ayat-ayat perintah dari Dato’ Iqram.

“Ya, Hairi. Papa kamu tu perlukan sangat-sangat bantuan kamu. Hairi, balik ya, nak. Tolong selesaikan ibadah Qurban tu tahun ni. Please, sayang. Demi mama!” Datin Alaifah pun sama memujuk anaknya itu. Mudah-mudahan Hairi bersetuju. Bukannya Datin Alaifah tak tahu yang Hairi memang BENCI sangat akan suasana di kampung. Katanya, di kampung semuanya kolot, bosan dan menjijikkan..yerk..

“Hairi fikirkanlah dulu!”

No way. Papa mahukan Hairi pulang sekarang jugak. Make it fast!” Dato’ Iqram bertegas dalam hal itu. Kepulangan Hairi telah lama dirancangkan oleh dirinya dengan ayahnya di kampung. Itulah salah satu cara agar Hairi mahu diselamatkan sebelum tenggelam di arus kemodenan duniawi itu.

“Papa bukannya papa baru kenal Hairi hari ni kan. Papa kan tahu pandangan Hairi mengenai kampung. Kampung tu sebuah tempat yang penuh dengan kekotoran, melecek sana sini, berlumpur..dan busuk. Tikus banyak sekali berkeliaran di tanah. Yerkkk! Kat kampung sebegitu papa mahu Hairi tinggal? Tolonglah pa, that not my type!” bongkak dan angkuh Hairi berbicara. Hairi terlalu besar diri sejak baru balik dari London. Semua tatasusilanya dah out sebagai warga negara tempatan.

“Papa tak nak tahu semua tu. Janji tepat jam 10 pagi, Hairi dah bertolak ke kampung Terengganu. Papa nak lihat kereta Hairi dah tiada di parking dalam rumah kita. Kalau Hairi enggan, tepat jam 10 pagi jua, peguam Firdauz akan dijemput datang ke sini. Di hadapan Hairi dan kita semua, papa akan ubah wasiat lama tu! So, bagaimana?” Dato’ Iqram benar-benar tekad mahu menyingkirkan nama Hairi dari salah seorang penamanya.

Hairi mengeluh kasar dan mulai tolak kerusi makan itu sampai terjatuh dan berlalu pergi. Arggghhh…papa!!! Hentakkan kakinya di tangga itu amatlah memekakkan telinga bagi yang mendengar. Hairi dah naik angin dengan perbincangan itu. Hatinya panas. Mahu sahaja dia membelasah sesiapa sahaja. Laju sahaja penumbuknya jatuh pada tempatnya selalu melepaskan kemarahan.

“Arghhhhh!!!” teriaknya sekuat hati dalam bilik kedap suara itu. Hairi saling tumbuk menumbuk dan melepaskan semua rasa kemarahan dalam hatinya. Papa memang kejam. Papa sengaja buatka Hairi meradang dan mahukan Hairi ikuti jua kemahuannya.

“Aku benci papa. Aku benci kampung. Aku benci segalanya!!!! Pergi lah..ingat aku hadap sangat ke dengan harta ni? Aku terkongkong tau. Aku sepi!!!!” melurut jatuh Hairi di tepi dinding dan berteleku sendirian. Dirinya sedih kerana dilayani sebegitu. Apa lagi yang Hairi perlu lakukan agar papa takkan memandang hina pada dirinya?

Aku tak boleh menangis. Tak boleh. Aku kena tunjukkan yang aku pun boleh hidup tanpa harta tu!”

‘Hey, kau ni memang bodoh kan. Tu harta satu dalam sejuta. Kau sanggup ker nak hidup susah? Come on la bro. ni bukannya masa nak emo. Kau kena buktikan yang kau sanggup terima arahan tu. Alah, setakat kampung tu, petik jari je.’ Syaitan dalam hatinya mulai berbisikkan kata-kata hasutannya.

Senyuman Hairi kian lebar. Syaitan terus bersorak penuh gembira. Yahuuu….Seorang lagi anak adam telah tersesat dek hasutannya. Jom, sama-sama memeriahkan lagi di neraka. Akanku goda anak adam sehingga ke kiamat. Itulah janji laknatullah itu saat syaitan enggan sujud pada Nabi Adam di depan para-para malaikat yang ada.

********

Tepat jam 10 pagi, kereta spot Hairi meluncur laju dari rumah keluarganya. Sengaja ditekan laju pedal minyak keretanya sebagai tanda protes kepada Dato’ Iqram. Akhirnya…

“Abang, terlalu kasar sangat ker kita ni mendidik anak-anak kita?” soal Datin Alaifah dan duduk di bangku halaman rumah. Secawan air kopi dihulurkan pada suaminya.

“Sayang. Nilah satu-satunya cara abang nakkan anak kita tu berubah sebelum terlambat. Semua di hari raya Aidil Adha itu akan memberikan satu sinar baru buat Hairi. Abang dah rancang semuanya dengan ayah abang. Kepulangan Hairi itu telah dirancang oleh abang dan ayah. Sayang jangan bimbang. Kita serahkan semuanya pada ALLAH SWT. Kita pohon agar semuanya berjalan dengan lancar. Kita akan dapat balik anak kita, Hairi dengan identiti baru sebagai muslim yang sejati. Amin!”

“Amin. Mudah-mudahanya berjalan seperti yang ditakdirkan dalam perjalanan hidup Hairi ya,bang!” isterinya terlentok manja di bahu suaminya. Tumpah semua kasih sayang itu. semoga perkahwinan ini akan berkekalan ke akhir hayat dan anak-anak mereka semua akan berubah mengikut acuan agama Islam yang sebenarnya. Barulah berbaloi semua pengorbanan Nabi Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W dalam menegakkan agama Islam di mata dunia.

******

Perjalanan yang memakan masa dalam masa 7 jam itu amat meletihkan Hairi. Hairi telah berhenti sebanyak 3 kali di setiap hentian. Letihnya kerana memandu sendiri. Tadi pun Faridah mahu ikut, tetapi Hairi menegah. Masakan mahu bawak Faridah yang seksi tu ke kampung atuknya. Nak kena kejar dengan parang, cubalah bawak balik si minah tak cukup kain tu.

Radio Suria FM mulai ditekan kuat volumenya. Lagu Istikarah Cinta dari Sigma mulai berdendang dalam ruangan keretanya itu. layan aje lah mana-mana lagu agar dia takkan mengantuk memandu seorang diri. Wajahnya diraut kecil. Nasib baiklah ada Gprs, kalau tak memang akan sesat dia dalam perjalanan pulang ke Terengganu, kampung halaman papanya.

Sudah berbelas-belas tahun Hairi tidak balik ke kampung itu. Setahunya yang paling last balik, masa dia berusia 8 tahun. Itulah paling last dan sejak meningkat dewasa itu, Hairi jarang sekali balik. Hanya papa dan mama sahaja yang selalu pulang beraya di kampung. Hairi pula beraya di London, Australia, Paris dan banyak lagilah. Baginya, apa gunanya beraya di kampung. No class..

Sigboard menuju ke Kuala Terengganu mulai diikuti. Signal kanan diberikan di lampu isyarat yang pertama. Laluan ke Marang dipilih olehnya. Kebetulan, Bas Sani Ekspress berada di sebelah keretanya. Hairi pun mendongak kecil dan kelihatan seorang anak kecil sedang melambai padanya. Hairi tidak bereaksi apa-apa. Hanya tahu pandang sahaja.

Pandangannya mulai ke hadapan semula. Saat lampu isyarat bertukar jadi hijau, keretanya dipecut laju. Bas Sani Ekspress itu ditinggalkan ke belakang. Entah kenapa jiwanya tercuit dengan telatah manja si anak kecil itu. Apakah rasa ni?

Hairi abaikan sahaja rasa itu dan terus membelok masuk ke Marang. Laluan menuju ke kampung hanya ingat samar-samar sahaja. Apatah lagi kini dah berbelas tahun sudah dia tak pulang ke kampung. Mahukah bertanya pada orang lalu lalang? Lagipun semuanya dah tampak berubah. Jalan raya pun dah tak becok macam dulu. Rumah-rumah pun dah besar dan mewah. Berbeza sekali suasana kampung masa dia masih kecil lagi. Dah moden rupanya kampung atuk sekarang ni!

Mahu bertanya segan pula. Lantaklah, pandai-pandailah dia cari sendiri nanti. Pedal minyak keretanya ditekan laju. Jalan raya baru, so apa lagi. race laaa…

******

“Lembaq..kau janganlah berak kat situ. Nanti orang lalu susah!” teriak satu suara lantang pada si ‘Lembaq’. Si ‘Lembaq’ nama gelaran yang diberikan pada ia. Terus tali ditarik kuat agar si ‘Lembaq’ itu ikut dirinya.

Si ‘Lembaq’ tetap jua berak kat situ. Alamak, tak makan dek saman betullah. Tergaru-garu kepala dia dengan ragam keras kepala si ‘’Lembaq’ laaa..

Kemudian bunyi hon kuat dari arah yang bertentangan. Dia terpana dan si ‘Lembaq’ pun sama. Alamak, lajunya kereta tu. Bagaimana ni? Cepat lari lembaq… teriaknya dalam hati. Dia sudah terlari ke tepi bahu jalan. Kereta it uterus meluncur laju dan…

Purkk…

Yerk..tahi itu terpercik pada bajunya dan jua wajahnya. Mak!! Tahi yang masih baru lagi tu. Tahi si ‘Lembaq’ itu kini di bajunya. Arghhh….!!!!

“Oit, jahat punya orang! Dipijaknya tahi itu dan terpercik kat aku tahu. Ni tak leh dibiarkan. ‘Lembaq’, kau kejar dia sekarang. Sekarang jugak. Kau sodoklah kereta dia kasi jahanam. Sekarang, pergi ‘Lembaq’!” teriaknya dan tangan meluncur kea rah depan kereta yang tengah berhenti di lampu isyarat.

Boo… boo.. ‘Lembaq’ bertindak balas.

Laju sekali si ‘Lembaq’ tu menuju ke sasaran target sodokkannya itu. Booo booo..booo.boo.. teriakan si ‘Lembaq’ mulai kedengaran kuat. Si Aidil Adha sudah tergelak besar. Nur Aidil Adha, nama diberi. Seorang gadis yang berperwatakan kasar, dan tidak pernah apa itu erti kotor, lumpur, pacat dan lintah. Baginya semua itu bagaikan di celah gigi sahaja.

Namun, dia seorang gadis yang tahan lasak walaupun berjantinakan perempuan. Dengan memiliki raut wajah yang manis, berlesung pipit langsung tidak memudarkan hobinya untuk turun berlumpur membantu atuk ayah di sini.

Si ‘Lembaq’ sudah menyodok kereta pemandu jahat itu tadi. Bergegar kereta itu jadinya. Hairi tersentak lalu berpaling ke belakang. Apa pulak yang duk usik kereta kesayangannya itu? Apa? Kerbau? Kerbau hitam sedang sodok aku punya kereta?

Terus Hairi keluar dan bercekik pinggang. Kerbau itu terus sodok lagi kereta sehingga keretanya masuk paya. Kereta spot aku!!! Angin dalam badannya mulai naik darjah tertinggi. Geram ni!

Tapi, Hairi mulai kecut perut saat lihat tatapan anak mata kerbau hitam itu. Kejap, siapa yang marah siapa ni? Bunyi dengusan nafas dari kerbau itu buatkan hatinya kecut perut. “Rilek bro..saya tak marah pun. Saya tengah suka ni.!” Hairi cuba ‘memujuk’ kerbau itu.

Lalu.. Boo…boo… laaaarriiii….

Lintang pukang si Hairi itu berlari takut dirinya pula kena sodok oleh tanduk kerbau yang tajam dan tebal itu. Si Aidil Adha sudah tergelak sakan lihat jejaka bandar itu lari lintang pukang. Sesekali ke kiri, sekejap ke kanan dengan lariannya itu. padan muka. Cari pasal lagi dengan Nur Aidil Adha.

Tapi, kan lelaki bandar itu macam tidak pernah lihat pun di kampung Marang itu. siapakah dia? Orang sesat ker tersalah masuk dalam kawasan perkampungan Marang ni ker? Alamak, Nur Aidil dah salah orang ni.

“Lembaq, berhenti sekarang.” Teriaknya kuat lantang dari belakang dengan berlari-lari mengejari si kerbau kesayangannya itu. salah target pulak. Tapi, lariannya terhenti si situ apabila melihat lelaki bandar itu dah tergolek jatuh dalam air lumpur. Part yang paling best sekali si Lembaq pun sama terjun dalam lumpur itu.

Aduhai..itu adalah port biasa si Lembaq itu berkumbang. Habislah..si lelaki bandar itu. Bermandi air sisa kumbahan Lembaqlah. Nasib badanlah. Nur Aidil Adha tergelak lepas saat kakinya terhenti betul-betul depan lelaki bandar itu.

Hairi mendongak laju. Siapa pulak perempuan ni?

“Sebiji macam toyol dah wajah kau tu!” ujarnya dengan gelakkan panjang dan disambung oleh si Lembaq.. Booo…Booo…

“Diam lah kau! Tolong aku lah!” pinta Hairi dengan tangan dihulurkan. Badannya sudah geli geli dengan air kotor itu. si Lembaq makin bersuka ria dapat berkumban dalam air lumpur itu. eii…yerkk… Wajahnya sudah comot dengan terkena palitan air lumpur itu. bajunya lagi, seluarnya lagi. Habislah, wajib lepas ni balik jer Kuala Lumpur kena hari-hari mandi spa bagi hilangkan kesemua bau itu.

“Padan muka kau!” lauh Nur Aidil Adha spontan dengan menahan rasa senak dalam perutnya yang terlampau banyak tergelak. Kelakarnya lelaki bandar itu. Baru sahaja masuk kampung sahaja dah jadi begitu. Malang oohhh malang sekali nasib kamu ya!

“Kau ni datang nak bantu aku ke atau nak gelakkan aku?” perli Hairi semahu hatinya. Sudahlah hatinya membengkak kereta spotnya masuk paya, kini dia pulak duk terendam dalam air lumpur itu. Siapa yang tak bengang dengan situasi itu.

“Kedua-duanya sekali.”

“Arghh….pergi kau dari sini. Buat semak jer!” Hairi menghalaunya dan cuba-cuba nak bangun. Habis satu badannya ada bau air lumpur. Masamnya bau itu. Hairi pandang belakang. Mak ai..ada 3 ekor kerbau tengah landing dalam tu? Mati lah Hairi kali ni. Satu kampung jua dapat bau badannya itu.

Hairi cuba jua mahu bangun dari air lumpur yang menjijikkan itu dan apabila dia bangun terasa ada sesuatu sedang bergerk-gerak dalam seluarnya. Apa benda itu? Reaksi terus berubah dan laju sekali tarik seluarnya dan tangan diselukkan masuk ke dalam seluar hitamnya itu.

Alamak, benda itu melekat-lekat kemas pulak kat tempat sensitifnya pula. Tapi, kan kenapa lembik semacam je. Macam pegang chewy gam je lembiknya. Apa benda tu sebenarnya. Hairi terus tarik dengan kuat dan keluarkannya dari zon di bawah itu. part yang sensitif itu.

“Lintah!” teriak Nur Aidil Adha spontan saat lihat benda sekecil itu di tapak tangan Hairi. Dia pun tergelak sakan. Pandai pulak lintah tu duk kat situ. Ni mesti tu lintah betina. Menggatal dengan si lelaki bandar lah tu. Boleh tahan miang jua lintah betina tu.

“Lintah? Apa kebenda nama tu? Binatang apa tu?”

Nur Aidil Adha tepuk dahi. Awat yang kuno sangat lelaki itu? Masakan lintah pun tak kenal kot. Agak-agak ar..

“Kau tak kenal ker lintah ni? Tak tahu ke apa tu namanya lintah? Memang sah kau ni orang bandar kuno la! Baliklah kau kat bandar kau semula kalau lintah pun tak kenal!” perli gadis berkain batik itu. Kain batik dialaskan ke tepi.

“Woi, aku cuma tanya apa benda tu namanya lintah. Yang kau jelaskan sampai ke bandar tu, apa ke benda?” meradang sakan Hairi saat itu. Laju sahaja dia naik ke atas dan mengelap mana-mana sisa air lumpur yang ada,

“Kau tahu tak mengenai buaya?”

Hairi mengangguk perlahan. Buaya? Buaya kan sejenis binatang berekor yang duduk kat sungai. Buaya, memanglah semuanya kenal walhal budak 2 tahun pun kenal apa itu buaya. Wajah Hairi berubah riak. Buaya? Kejap..masakan lintah itu buaya sebenarnya. Kalau ya, habislah ‘adik’ Hairi. Kenalah bersunat sekali lagi nak bagi sembuh.

“Ok, lau kau nak tahu sangat-sangat lah. Buaya tu adalah lintah. Tapi buaya ni jenisnya macam lintah. Ia lagi dahsyat. Ia suka cari mangsa-mangsa macam lelaki muda, badan berketul-ketul, dan yang pasti berdarah manis. Buaya jenis itu akan suka bertenggek pada satu jenis dengannya sahaja macam contoh buaya darat, buaya air dan jua kasut crocodile croc! Itulah maknanya Lintah!” selesai sahaja kata-kata kelentong itu, Nur Aidil Adha terbahak-bahak ketawa.

Senangnya nak kelentongkan lelaki bandar itulah. Agaknya dia itu jenis cepat percaya cakap orang. Hurmm…orang tak de pendirian langsung. Tak matang! Hairi rasa yang wajib ni saat dia balik semula ke KL, kenalah pergi ke hospital bagi mendapatkan berkilo-kilo darahnya yang telah dihisap oleh lintah itu.

Hairi yang sedar dirinya dipermainkan terus melemparkan lintah itu ke wajah gadis kuno itu. Lintah itu tepat terlanding pada hidung milik Nur Aidil Adha. Mak, dia pula yang kena dengan lintah@ buaya itu.

“Kau…siap kau!” tangan Nur Aidil Adha terus menarik benda alah itu sebelum terus menghisap darahnya. Kali itu acara baling membaling lintah pula ke wajah Hairi. Hairi segera mengelak laju.

“Tak kena pun!” ejek Hairi dan buatkan Nur Aidil Adha meradang.

“Akak!” teriak seseorang dari belakang dan sekali lagi Hairi terjatuh kembali dalam air lumpur itu. Aduhai..sekali lagi. habislah kulit badan Hairi ni.

“Nape dik?”

“Betina bini lembaq dah nak beranak!” seorang budak kecil sedang pegang choki-choki memberitahu. Ada sisa lelahan pada nafasnya. Baru lepas berlari katakan.

“Apa?” laju sahaja Nur Aidil Adha meninggalkan si Hairi dalam air lumpur itu.

“Woii..nak ke mana tu? Tolonglah aku dulu!” teriaknya lantang dan berusaha bangun tapi kali itu tak berjaya kerana badannya melekat terus pada air lumpur itu. Bunyi si Lembaq itu seolah–olah menyatakan selaamt kembali padanya. tak guna punya kerbau.

“Gua chow dulu. Kau keluarlah sendiri, orang bandar! Selamat berenang di lautan tu ya!” perli Nur Aidil Adha dari jauh dan tangannya melambai-lambai sebelum Nur Aidil Adha hilang dari pandangan mata Hairi.

Hairi merengus geram. Jangan sampai Hairi jumpa kembali dengan dirinya. Memang aka nada babak balas dendam balik ni nanti. Boo…Boo…Boo…ketiga-tiga ekor ekor bagaikan sedang memerlinya. Hairi tatap tajam.

“Diam kau kerbau, jangan sampai tahun ni ketiga-tiga ekor kerbau pula aku korbankan pada hari raya Aidil Adha. Jangan cabar aku. !”

Boo….boo..boo.. semakin laju pula kerbau itu memerli Hairi. Sudah mereng ker si Hairi ni? Ada pulak bercakap dengan kerbau. Ia dapat faham ker bahasa manusia?.

“Awak kau gadis kerbau..i will catch you!!” azam Hairi dalam hati.







Like kan…heheh…

Bersambung di part 2..

P/S : Oleh kerana terlalu panjang..takut tak menjadi pulak ecerpen kan…so, ayu pisahkanya pada 2 bab…sama2 nantikan apakah agenda Hairi dalam balas balik pada Nur Aidil Adha..dan apakah rancangan yang papa dan atuknya aturkan bagi Hairi berubah di pagi hari raya Aidil Adha yang akan menjelang tiba tak lama lagi…


Salam sayang penuh ikhlas Ayu.

1.57 pm

3.11.2011 (besday adik ayu yang lelaki hari ni..)

2 comments:

Afifah Yusof said...

Padan muka Hairi.. hahaha.. nakal ye Nur Aidil Adha tu.. ^_^

missdesouleater said...

kak ayu................lawak la kerbau tu...x takut ke tanduk dia patah...sesuka hati jer...haha...lintah?hehehe....smbung cepat neh??? :)

Nuffnang Ads