Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Monday, November 28, 2011

Aku Benci Dia, Kau Encik benciku...5


Aku BENCI dia, Kaulah Encik Benciku.. 5

Kaseh Ayuni..

Hak milikku terpelihara abadi.. :)

part 5..

Diariku Online : Episod Duka... Ayuni...

***

“Sudin…, kenapa dirimu sering kali diriku teringat di kala angin bertiup, di kala embun mendatang, di kala suram menjengah tiba?” Keluhan Ayuni menjadi panjang mendayu-dayu selari dengan deruan angin menyapa dedaun pokok rhu. Dedaun pokok melambai-lambai hampa di saat kesunyian petang yang mendamaikan.

“Kak Ayu, oohhh.. kak Ayu,” anak baju biru Ayuni ditarik dari celah sebelah kanan. Ayuni berpaling. Seraut wajah yang comel menyapa penglihatannya. Baby akak rupanya yang menyapa kedinginan di hati ini.… “Kenapa by?”

“Kak Ayu nak popcorn?” Baby, adik bongsu kepada Ayuni tersenyum manja dan menghulurkan bertih jagung bakar yang dibeli di Mydin Mall seketika tadi. Ayuni menundukkan wajahnya dan membiarkan air mata mengalir di pipinya.

“Sedih?” dalam penuh rasa kasih sayangnya, Baby mengusap lembut air mata Ayuni yang mengalir hebat di pipi Ayuni. ‘Ya Allah, terima kasih KAU utuskan adik kesayanganku ini di kala jiwaku kesedihan, merintih dalam diam. Aku ego dengan diriku sendiri. Hanya Baby mengerti akan jiwa lara Ayuni tika ini.’

“Taklah sayang… mata masuk habuk pantai je. Mana abang?” Ayuni menyuakan mulutnya pada tangan Baby yang mahu menyuapkan bertih jagung bakar. Urmm…sedapnya makan bertih jagung bakar itu. Baby membetulkan skaf biru iaitu anak tudungku yang sedikit senget kerana terbang dek angin pantai Batu Buruk, Terengganu.

“Tu… cari kerang. Cari siput kot,” muncung baby kian panjang sedepa. Bertih jagung dihulurkan kepada Ayuni. Baby berlari-lari anak menuju ke arah abang yang galak sesekali bermain dengan air ombak. Ayuni berdiri tegak kembali dan menatapi pantai itu. Ermmm…

***

“Kenapa diri Ayu yang diuji sehebat begini? Ayu lemah, Ayu rapuh dalam jiwa Ayu sendiri? Kenapa?” Ayuni berteriak kecil dalam hatinya. Air mata seolah-olah riang sekali mengalir keluar. Kenapa badanku bergetar hebat? Kenapa?

“Ayu…”

Ayuni diam seribu bahasa. Ayuni menyapu kesemua air mata itu. Ayuni tidak tegar mahu adik-adik kesayangannya melihat kakaknya menjadi selemah sebegini. Ayuni diam kaku. Malas mahu berpaling.

“Ayuni…” suara itu memanggil buat kali kedua. Ayuni cuba hilangkan sisa tangisan. Tangan kirinya terangkat ke pipi kanan. Kaki kanan Ayuni pula sibuk sekali bermain-main dengan pasir pantai. Alamak? Mana pula perginya kasut putihnya?

“Kaseh Ayuni!” ada nada geram dalam suara itu. Ayuni mengetap bibir. Isyy…siapa pula datang mengacau ni? Ada jua kena hempuk dengan batang kayu terpakai ya. Dalam kiraan 10, Ayuni berpaling.

“Makkkk…. Lari..” Ayuni bingkas mahu bangun tetapi lelaki yang Ayuni takkan mahu bertemu itu telah buat pertahanan diri. Apa ni? Mana aci main ngelat. Geram betullah, ada juga kena buang dalam ombak kang….!

“Ayuni, tolonglah, sekali ni sahaja,jangan lagi lari daripada saya! Puas sudah saya tawaf satu bandar Terengganu cari awak. Kalau awak tu popular macam Datin, takpe juga.”

Ayuni merengus. Amboi, sempat lagi memerli diriku ya. Ada yang rasa nak makan cili buatan Terengganu ya di bibirmu kah? Geram ni. Issyy…susahnya mahu fahami kata-kata seorang lelaki apatah lagi lelaki seperti dia!!!!

Ohh…perli ya. Kejap ya. Ni pula ayatku versi memerlinya. Ayuni mengibas seluarnya dan berdiri tegak mengadapnya. Sudin tersenyum manja. Poyosss yang senyuman itu. No way, Ayuni takkan tergugat lagi. Ayuni hanya tatap wajah Sudin di bahagian hidung sahaja. Tak mahulah tengok matanya, tergoda Ayuni tau! Ayuni..fokus…

Baiklah..

Permainan Ayu membuli si Sudian akan bermula sekarang.. SEKARANG!!!

“Tak minta pun. Siapa suruh awak tawaf satu bandar Terengganu? Ni tawaf pakai kaki kuda ke?” Ayuni merenggangkan kedudukan mereka berdua. Mana taknya, hari ni kan hari minggu, so banyak mata yang memerhati di kawasan umum.

Sudin tersenyum sinis. Sah. Ayuni merajuk dengannya. Entah apalah sebabnya. Bercelaru dia dibuatnya oleh angin kus-kus Ayuni. Nasib baiklah sebelum bertunang, dirinya sudah mengetahui serba sedikit tentang perangai Ayuni yang ala-ala kasar vs manja ni. Kalau tak, melayanglah dia di dalam ombak pantai itu.

*****

“Ayu.. tolonglah. Jangan pergi! Jangan lagi melarikan diri sejauh ni!. Jangan bersikap putus asa dan mengalah dengan takdir. Kita ada satu rasa sahaja iaitu rasa di hati ada cinta.” Bagaikan terngiang kembali ucapan Encik Bencinya pada telefon sejak seminggu yang lepas.

Selepas sahaja panggilan itu tamat, Ayuni terus bawa diri pulang ke kampung halamannya. Pada masa yang sama jua, Ayuni tinggalkan segala-galanya kerjanya di bandaraya Kuala Lumpur kerana tidak sanggup lagi menahan rasa, memendam sakit jiwa itu. Sakit sekali apabila ada segelintir kata-kata yang tidak terucap di bibir.

Yalah, kan.. orang lelaki yang ada rupa ni, akan ramai bunga mahu hinggap. Ayuni sedar akan kekurangan dirinya. Kenapa? Kenapa Ayuni berdegil lagi? Degil memang sikap semulajadi kepada Ayuni. Ayuni memang dikenali dengan seorang yang keras kepala, takkan mudah menyerah kalah dan pantang dicabar. Itulah jiwa kentalnya walaupun beribu kali orang lain menindas Ayuni dalam diam.

“Oit, Mok!” Ayuni terdiam seketika. Lamunannya melayang-layang bagaikan tarik-tarik tali cinta yang takkan tahu di mana penghujungnya. Kesudahannya, opss.. gigit jarilah, kan? Padan muka dengan Ayuni. Itulah, siapa mintak rahsiakan kebencian itu dalam-dalam hati. Kini.. tanggunglah sendiri.

Kata-kata sinis itu mengundang seribu rasa dalam jiwa Ayuni. Siapa yang tidak terasa apabila sikap sesetengah individu itu selalu memandang rupa fizikal seseorang dalam berkawan. Salah ke orang berfizikal comel ini memiliki rasa disayangi oleh jejaka setampan Sudin?

Adakah gadis manis seperti Ayuni itu tidak layakkah buat Sudin? Ayuni mengeluh panjang. Ayuni rapuh dengan perasaannya sendiri. Al-maklumlah Sudin adalah insane teristimewa yang menyentuhi hatinya dalam perkataan BENCI. Orang tuanya selalu berpesan kepada Ayuni,

“Ayu, kita ni seorang perempuan yang memiliki banyak emosi berbanding dengan kaum adam. Itulah kenapa wanita ada keistimewaan yang kaum adam tiada. Jadi, jangan biarkan emosi menguasai diri. Ingat satu je pesan mak. Solat jangan lupa. Tu adalah tiang agama setiap kaum muslim di dunia ni. Kedua, jujur. Tak kisahlah apa sahaja yang kita buat, haruslah jujur amanah dan telus. Jangan biarkan maruah diri kita diperkotak katikkan oleh orang lain dengan sewenang-wenangnya.”

Ayuni terdiam kaku di bawah kerusi belah rotan. Mak nya mengusapi anak tudung Ayuni.

“Ayu, mak tahu kepulangan Ayu kali ni bersebab. Kerana lelaki, kan?”

Ayuni angkat wajah. Mak Ayuni tersenyum. Anaknya sudah matang, sudah dewasa. Kalau tidak, masakan Ayuni akan pulang mendadak sebegini ke kampung. Tanpa pesanan dan kiriman SMS pun, tup tup tercegat depan pintu rumah.

Keadaan emosi Ayuni turun naik menahan rasa, air mata hanya menunggu masa sahaja ingin merembes keluar. Sangat jelas sekali akan saiz itu. Sudah mengerti akan saiz badan tu besar gedabak macam gergasi, kenapa berharap pada satu yang tidak pasti? Kenapa? Mengapa perasaan itu sangat menyakitkan hati ini. Kenapa perlu bercinta kalau ada dalam hati sejuta rasa benci?

Arghh… Benci..!!

“Ayu.. sayang kat dia tak?” Mak Ayuni serkap jarang. Ayuni tatap lama wajah ibu kandungnya itu. Ayuni keliru. Ayuni buntu. Apakah jawapan yang mahu diberikan itu? Ayuni tertunduk laju. Kemudian, Baby meluru laju ke arahnya. Di tangan baby, ada satu benda yang Ayuni sudah campakkan jauh-jauh ke dalam kolam buatan di taman rumahnya.

“Kak Ayu, ni hanset kak Ayu. Baby jumpa dalam kolam. Wan main kot hanset Kak Ayu.” Petah baby berbicara meskipun usianya baru lagi setengah jagung. Ayuni tatap sayu. Argh… kerana ikutkan rasa binasa. Baby duduk di riba Ayuni dan mengelap hanset Ayuni dengan anak bajunya. Ayuni leka melihat telatah manja adik kesayangannya itu.

“Ayu…”

“Ye, mak!” Ayuni angkat wajah. Mak sekali lagi mengusapi kepala Ayuni. Tumpah ke semua rasa kasih sayangnya buat anak sulungnya itu. Rasa bimbang kian bergetar hebat dalam diri Mak Ayuni. Bagaimana ya mahu memulakan bicara tidak seindah rupa itu. Adakah Ayuni akan terima?

“Kenapa buang hanset?”

“Err.. Ayu..Ayu.. Hanset tu dah rosak, mak!” Ayuni menelan pahit air liurnya. Mak tersenyum. Mak, janganlah asyik tersenyum sahaja. Ayuni gundah gelana ni. Mesti mak Ayuni sedang memikirkan yang Ayuni sedang merajuk dengan kekasih hati. Aduhai, berapa kali mahu bilang ya.. dalam hati ni hanyalah ada kata BENCI kepada dia. Faham tak, makna BENCI tu?

“Rosak takkan sama dengan sakit di hati, kan?”

“Apa mak cakap ni?”

“Ayu, jangan buat-buat pekak badak. Telinga orang perempuan ni sangat-sangat peka. Oklah, mak rasa sudah sampai masanya mak bagitahu. Ayuni jangan pengsan ya.” Mak Ayuni terhenti seketika. Ditatap lama wajah Ayu anaknya itu. Anaknya sudah layak menerima perjodohan itu. sudah sampai masanya. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi ianya akan berlangsung.

“Mak, cakaplah. Jangan bikin Ayuni gabra.”

Baby kian membelek-belek hanset Ayuni. Baby menyuakan hanset itu kepada Ayuni. Ayuni menekan butang merah bagi on kan hansetnya.

“Ayu, mak dah terima cincin.”

“Cincin?” hanset di tangan Ayuni terjatuh di lantai mozek jernih itu. Badan Ayuni bergetar hebat.

“Ya, cincin. Baby, masuk bilik mak dan bawa keluar cincin tu. Mak dah terima, sayang.”

“Mak!!!!” Ayuni bergetar hebat. Mak, kenapa buat Ayuni begini? Kenapa terima pinangan orang lain tanpa pengetahuan Ayuni?

“Budak tu baik sangat, Ayu. Orang Kuala Lumpur katanya tetapi kerja di Pulau Pangkor.” Mak Ayuni bersuara tenang dan membuka kotak cincin. Satu cincin belah rotan sebagai cincin merisik tuan punya badan Ayuni. Ayuni menjeling hebat akan cincin belah rotan itu. Entah kenapa, hatinya begitu beria-ria mahukan cincin itu tersarung ke jari manisnya. Apakah rasa ni?

“Mak..cukup, Ayuni tak nak! Pulangkan balik cincin tu!” Ayuni tolak ke tepi kotak berkaca cincin itu. Hurmm…melepas sudah! Ayuni bingkas bangun. Emosinya bergetar hebat dalam dirinya. Siapa pula lelaki itu yang pandai-pandai merisik dirinya? Setahu Ayuni, Ayuni single. Aduhai..pening, buntu dan keliru menjadi satu rasa yang pasti. Ayuni terasa mahu sahaja pergi terjah lelaki itu SEKARANG JUGAK!!!

“Ayu, nak ke mana tu?”

“Nak cari pisau belah rotan!”

“Nak buat apa?” kepala mak Ayuni terjengah di muka pintu dapur. Ayuni leka mencari sesuatu di sebalik kabinet dapur. Mana ni? Mana? Cepatlah!! Yes!! Jumpa jua, siap kau duhai bakal tunangku takkan jadi. Watch up!

“Perang dunia ke 8!” Baby tergelak besar daripada ruang tamu. Bunyi kaki yang menghentak lantai kian bergegar. Ayuni dalam marah. Jadi sebelum gergasi itu bertukar menjadi monster, baik larikan diri.

*******

“Apa yang awak mengarut ni? Boleh tak cakap tu jangan kona kiri kona kanan, ya!” Ayuni memandang ke arah kiri pantai. Sudin mendepakan tangannya. Ayuni bergerak bebas. Lega rasanya dapat menghalang diri daripada berterusan ‘terkurung’ dalam sangkar buatan Sudin.

“Nah! Ayu pulang balik. Amik!” Ayuni menghulurkan satu kotak kepadanya. Sudin tatap hairan.

“Ayu.. kenapa buat saya begini? Kenapa tolak saya jauh-jauh?” Sudin merenung tajam wajah Ayuni. Sudin akan dapatkan juga kepastian dalam ketidakpastian kata hati Ayuni pada hari ini juga. Ayuni takkan dibiarkan lagi. TAKKANNN…!

To be continued…

Thursday, November 17, 2011

Spangebob SEDIH sangat-sangat ni.. :'(


Salam..

Oleh kerana post sebelum ni tidak mencapai piawaian yang Ayu perlukan..

Jadi ayu akan privatekan blog ni dalam masa akan datang..

Jadi, sebarang entry baru mengenai e-novel, cerpen Ayu, ayu akan postkan dalam

group Ayu di dalam Facebook yaa. Maaflah, ini yang keputusan Ayu buat atas hasil

soal siasat dengan pihak Reader sendiri kan..


Itu je yang Ayu mahu katakan pada entry ni...so, Anda sendiri la tentukannya.

Ni la linknya kalau mahu masuk dalam group Ayu ya..

Wednesday, November 16, 2011

Mini Novella: Aku Benci Dia, Kau Encik benciku...4


Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku...4


Tajuk: Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku…4

Penulis: Kaseh Ayuni

Hak cipta terpelihara

4.


‎’~~ Jangan anggap butiran pasir itu sesuatu yang hina kerana setiap ciptaan itu pasti ada kelebihannya. Walaupun ia tidak bersinar seperti permata tetapi butiran itu tetap setia menjadi amukan ombak dan masih berkilau dipanah cahaya matahari.

Belajarlah dari dia erti KESETIAAN. Walaupun dia sering diamuk dengan ombak yang menganas menghempas. pantai tapi dia tetap kukuh berada disisi laut memuji kekuasaan Allah Yang Maha Esa. ~~


Ayuni merenungi akan kata-kata yang ‘diminumkan kopi’ berjenama kopi JANDA.. dari salah seorang post entry terkini di dalam Facebook peribadinya. Ayuni terdiam seketika. Fikiran Ayuni mulai melayang-layang ke udara mencari hala tuju sebenarnya akan hubungan Ayuni bersama-sama dengan Encik Bencinya. Semua masih ingat kan akan kisah sebelumnya apa yang telah terjadi pada Ayuni, kan? Kalau tidak jua ingat, beleklah balik bab sebelumnya ya.. hehehehehe…

Ayuni membaca sekali lagi kata-kata itu berulang-ulang kali. Ia menyatakan soal kesetiaan yang tidak berbelah bagi yang Maha Esa. Kenapa kita perlu menafikan kesetiaan itu walhal semua orang tahu akan Allah itu wujud. Allah memang tidak wujud dari segi zahir, tapi kita kan boleh mengingatinya melalui 99 nama Allah. Jadi, persoalannya di sini tepuk dada tanyalah hati ya. Ayuni pun dalam saling mengingati dengan dirinya sendiri.

Ayuni belek kembali laptopnya dan mencopy paste ayat-ayat yang dirasakan berguna buat dirinya. Ayuni tersenyum lebar kerana kadang kala kita takkan tahu sesuatu itu sebenarnya boleh membantu kita menyelesaikan masalah kita, kan?

“Yes, bolehlah Ayu ambil kata-katanya itu dan garapkannya lagi menarik dalam diari online ku ni, kan? Idea baik itu.” laju sahaja jemari Ayuni ‘minum kopi’ meh secawan akan kata-kata semangat indah itu dari Facebooknya. Bukannya untuk sesiapa pun. Khas buat bacaan peribadi Ayuni jua kan.


‘Semalam, Ayuni terpengsan di kedai mamak. Malu itu jangan diceritalah. Sudahlah dirinya didukung oleh salah seorang Encik Benciku. Ayuni tak mahu ambil tahu, siapakah insan itu. Malu lagi ni bersarang dalam diriku. Kenapa itu boleh terjadi. Dahulu, Ayuni pening kerana membenci dia, kini timbul satu masalah baru. Seorang lagi muncul dan mengakui dialah Encik Benci Ayuni yang sebenar. Alamak, sekarang ni siapakah sebenarnya Encik yang Ayuni bencikan sangat-sangat itu?’

To be continue…


Pendek sahaja diari online Ayuni pada hari itu. Mahu taip banyak-banyak khuatiri akan semakin melalut sahaja. Tahu-tahulah si Ayuni kalau dapat menaip, bukannya tahu erti titik, koma dan tanda seru. Tahu belasah aje, kan? Ayuni berehat sekejap dan menekan ‘save’ akan lauhan diari onlinenya itu pada hari itu. Kakinya pula sudah ada terasa kebas-kebas ayam kerana lama bersila di atas kerusi. Memang itu selalu menjadi kebiasaan bagi Ayuni suka duduk bersila walau di mana Ayuni selalu berada.

Handphone Sony Ericssonnya berdering. Ayuni tatap sekilas. Encik SS yang hubunginya. Bagaimana ni? Mahu diangkat ataupun abaikan sahaja? Ayuni berperang dengan dirinya. Tangannya mahu angkat tetapi mulutnya kata , jangan. Yang mana satu ni? Mahu ikut gerakkan tangan atau kata-kata dari mulutnya?

Kesudahannya Ayuni terlopong sendirian. Tu laa…lambat sangat buat keputusan. Ingat senang ke Encik SS itu mahu hubungi Ayu? Dia tu seorang yang sangat-sangat sibuk. Kalau masa itu ada 24 jam, mesti masanya takkan pernah ada buat perkara remeh temeh sebegini. Ayuni pun tidak pernah meminta dipertemukan dengannya. Tapi, sudah tertakdir yang Ayuni dan Encik SS bertemu jua walaupun beribu langkah Ayuni berlari menjauhkan diri.

Ayuni mengetap bibirnya. Sayangnya..kalaulah tadi Ayu angkat, mesti sudah boleh berbual dengannya, melepaskan semua kebencian itu pada dirinya. Hanya Encik SS sahaja layak menerima kebencian Ayuni. Ayuni tidak pernah berharap akan ada bibit CINTA dalam hubungan Ayuni bersama-sama dengan Encik SS. Takkan pernah bermimpi sekelumit pun dalam dirinya. Salahke sekiranya seorang wanita biasa seperti Ayuni mengalami perasaan itu iaitu tertarik kepada seorang lelaki sehebat Encik SS? Salah ke? Tak layak ke Ayuni berdiri setanding dengannya kan? Itulah yang selalu Ayuni fikirkan setiap masa, setiap detik berdetik dan setiap jam berlalu.

Mesti ada yang musykil kan, kenapa Ayuni asyik panggil nama Sudin dengan nama Encik SS. Ayu terhenti sekejap berdebat dengan dirinya sendiri. Ayu, cukup. Berhenti berangan pada sesuatu yang takkan pasti. Ayuni pun kembali membuka window Facebooknya. Mak aii..banyaknya notification. Ni mesti kerja si Datin dan kembarnya takkan ada seirasnya..si Sofea Pia dan jua si Are-ien. Ayuni mengeleng laju. Marah pun, buat juga. Kesudahannya biarkan sahajalah, Ayuni.. Ayuni buka groupnya dan mulai membaca komen-komen mereka. Erm..mereka berdua @ bertiga kot, itu memang rajin komen. Biasalah baru mahu kenali dunia. Hehe..Ayuni tahu kerana dahulu Ayuni pun pernah remaja dan pernah muda. (sekarang pun muda lagi..heheh…kah kah kah)

“Ada sejarahnya akan nama Encik SS itu tau. Nak tahu..tunggulah bab seterusnya..heheh..bergurau sahaja. Oklah, begini kan namanya Sudin Salleh..kalau dipendekkan namanya jadi…SS. Jadi, itulah jawapannya..” Ayuni bergurau secara chatting di dalam facebook dengan salah seorang geng kamcengnya.

Kawan alam mayanya membalas laju, “Ohh..ingat apalah tadi nama Encik SS itu. Sekarang barulah clean and clear.. hehe..akak, bila lagi nak sambung?”

“Sambung apa dik?” pantas jemariku menaip membalas chatting itu. Sesekali bebola mata Ayuni tatap ke window lain. Ayuni sedang mengemaskinikan blog diari onlinenya agar mana-mana pengunjung yang datang takkan mudah dapat masuk kecuali dengan kebenarannya. Yelah, sejak isu Ayuni dapat tahu yang Encik SS ada terbuka dan terbaca kesemua diari onlinenya, Ayuni jadi berwaspada. Takkan mahu pisang berbuah dua kali kan. Dahlah si Encik SS itu terkenal di kalangan kawan-kawannya. Nanti timbul satu masalah baru pula. Kasihan pula Encik SS mahu terangkan hal sebenarnya.

“Sambung buat loyar buruk.. J” kawan alam mayanya galak sekali mengusik Ayuni. Ayuni tergelak besar dari dalam bilik tidurnya. Kedinginan air cond jenama LG kian mengcengkam dirinya. Ayuni segera menarik kain selimutnya yang bercorak Spangebob dan diselimutkan kepada badannya agar kesejukkan itu berkurangan.

“He hehehe..tu tak payah tanya..hari-hari Ayuni selalu buat loyar buruk. Loyar dari segi baik pun tengah berusaha nak buat ni.”

“Alaaa akak ni..hehe..bla bla bla…”

“Oklah dik, akak ada keja sikit ni. Tq sudi sapa akak dan chat ngan akak..yelah, kawan yang add ramai..tapi yang sapa hanyalah sejengkal kangkang jari sahaja. Tq yaa…”

“Sama2 akak J” Ayuni akhiri sessi chat itu di situ dan menutup kembali chatting box dalam Facebooknya. Ada urusan yang lagi perlu dia siapkan hari itu jua. Dia minimizekan window facebooknya dan membuka kembali window blog diari onlinenya itu.


******


“Siap juga akhirnya proses editing, setting blognya itu. Aku dah ubah semuanya. Yelah, ramai yang datang tapi tiada sesiapa pun sudi dropkan komen atau menjadi ahli blogku. Itu bererti yang Ayuni tidak pandai kan.” Ayuni bercakap dengan dirinya sendiri.

“Kalau lepas ni masih tiada lagi perubahannya, baik Ayuni private teruslah blog ni. Senang, takkan ada sesiapa lagi boleh masuk dan baca. Memang blog ni hanya Ayuni sahaja boleh akses..ye jugak. Ayu paparkan umum pun tiada yang mahu komen atau berikan cadangan, baik buat private. Lagi hati Ayuni takkan sakit.” Hatinya membisik jahat. Ayuni terdiam dan berfikir. Betul juga tu. Baik buat private.. betul betul betul.


******


Ayuni bangun dan mengadap ke arah jendela luar. Nampaknya ibunya belum lagi memanggil orang bagi membaiki jendela Ayuni yang pecah gara-gara lelaki di jendela itu. Ayuni sempat lagi mengintai lelaki epal itu. Aik, gelap sahaja biliknya. Lelaki epal itu tidak balik lagi ke? Dia ke mana? Berkali-kali anak mata Ayuni tatap ke rumahnya. Memang gelap. Ayuni tatap pula ke ruangan parking keretanya, kosong. Sahlah, dia tiada di rumah, kan.

“Lega rasanya hatiku. Damailah hatiku.” Ayuni pejam mata rapat-rapat dan menikmati arus angin yang sepoi-sepaoi bahasa menyapa pipinya. Damainya Ayuni rasakan pada suasana petang ini. Tenang dan boleh rilekskan tekanannya.

Buk. Satu objek keras mengenai kepalanya. Mata Ayuni yang terpejam rapat terbuka luas. Terkebil-kebil Ayuni dengan situasi tadi. Siapalah pula yang menganggu kedamaian petang dia ni? Baru sahaja mahu menikmati dan berbicara pada angin lalu, sudah ada yang mencacatkan hari petang Ayuni. Apa benda pula yang terkena pada kepalaku? Isshhh ni mesti kerja si burung hantu Harry Potter ya yang suka baling-baling surat. Ayuni buat andaian sendiri, itulah banyak sangat lihat movie Harry Potter sampaikan setiap kejadian diri sendiri pun mahu disamakan dengan cerita dari Barat tu, tau.

Alaa..jangan marah tau..kan kena lelong 2 seringgit oleh Mail, Upin dan Ipin.. keh kehek keh..

Ayuni menggosokkan dahinya. Kemudian anak mata Ayuni mencari-cari akan objek yang telah mendajjalkan kepalanya. Senak tau terkena benda tadi itu. entah apalah benda sesat itu. Tu dia…ada di bawah meja laptopnya. Ayuni berjalan ke arah meja laptop itu. Kepala Ayuni sedikit menunduk serta mengenggam benda kecil segenggam telapak tangannya. Ayuni bawa keluar dan terkejut lihat benda sekecil telapak tangannya itu. Aik..?

“Bola besbol? Aik..ada ke orang main lagi bola besbol ni di kawasan sini? Tapi kan, aku musykil bagaimana bola besbol itu boleh terpelanting jatuh tepat-tepat mengenai dahiku? Apa ingat dahiku ni gelanggang besbol ke?” Ayuni bersoal jawab dengan dirinya sendiri dalam mencari tahu jawapannya.

Kemudian, ada satu lagi bola besbol menjengah masuk ke dalam jendelanya. Ayuni pelik dan dek rasa ingin tahu yang kuat, Ayuni berlari-lari menuju ke jendela dan menggapai bola besbol itu. digenggamnya kuat-kuat di sebelah kanan dan kiri tangannya. Siapakah tuan punya bola besbol itu. Ayuni teringin sekali mahu bertemu 4 mata dengannya dan bagikan takzirah percuma. Free of charge sahaja.

“Woiii..pulangkan baliklah bola besbol aku tu. Cepatlah, kami tengah main permainannya tu. Cepatlaaa” satu laungan suara kedengaran lantang dari bawah. Ayuni menjengahkan kepalanya ke bawah. Sudah ku duga, sudah ku pasti, dialah orang yang suka mendajjalkan aku, kan?

“Ohh..nak apa?” sengaja Ayuni tarik-tarik jendela dengannya. Sudahlah bikin ada satu biji telur di dahiku, kini suka-suka sahaja mahuku pulangkan balik. No way.. nak, usahalah sendiri..

“Jangan nak buat tak tahu. Pulangkan balik, cepat. Game tengah berjalan tu.” Desaknya lagi dan kerap kali memandang ke belakang. Kalau dia lambat bawa balik bola besbol itu, pasukannya akan kalah. Ayuni tersenyum jahat. Inilah peluangnya mahu balas balik. Ada agenda jahat berlegar-legar dalam kepala jahat Ayuni.

“Mau apa-apa'n sih?” sengaja Ayuni bakarkan lagi api kemarahannya dalam loghat Indonesia. Entah betul ke tak konsonan loghat Indonesia itu. Alaaa labu, hentam sahajalah...hehehehhe.. Lelaki epal itu sudah menunjukkan amaran. Apa kau fikir, kau punya kayu besbol tu, Ayuni akan gentar. Tolonglah..salah orang, bro..

“Kau memang nak makan sup berperisa kayu besbol kan untuk makan malam ya. Jangan banyak songeh laa, pulangkan bola besbol aku balik sekarang. SEKARANG!!” Sah, dia sudah beremosi. The game just beggining. Kenalah push up dahulu, kan. Bagi panaskan bara sedikit dalam hati lelaki epal itu.

“Ohh bola..cakaplah bola. Aku ni jenis blur tahap 100 paling bawah sekali di dunia ni. Kau tak cakap, bagaimana aku nak tahu.” Ayuni meleret-leret perbualan itu. Ayuni mahu menguji tahap mana kesabaran lelaki berbaju besbol itu. Ayuni sempat jugalah menilik dirinya dari bawah. Hensem juga lelaki epal itu. Walau apa sahaja dia pakai di badannya, kekacakkannya tetap terserlah. Ayuni. FOKUS..

“Aku tahulah aku ni hensem, janganlah stalker aku begitu. Kau ni pun, cover-cover line la sikit.” Perli dia dengan sekuntum senyuman bunga ros kembang di dinihari pagi. Mak aii..terus kena dikutuk kepada diri Ayuni. Riak wajah Ayuni berubah.

“Weerrkk..perasan hensem. Dari aku cakap kau hensem, baik aku cakap pak cik guard tu berganda-ganda hensem dari kau tau.” Ayuni menjelirkan lidah kepadanya. Lelaki itu tergelak besar. Sesekali mengusik jiran tingkapnya itu, berbaloi juga. Boleh buat terapi mahu hilangkan stress ni.

“Well aku tahu aku ni memang sudah lama perasan yang aku ni hensem. Laaa..kau baru tahu rupanya..ish ish kasihan kat pak cik guard itu kerana kau baru tahu tahap kehensemannya antara dia dan aku. Aku ucapkan takziah kat kau ya,” mimik wajahnya sengaja disedihkan.

Aik, Ayuni pula terasa bahang kemarahannya. Macam mana boleh terbalik situasi ni. Geramnnya….takpe, tahan dulu Ayuni. Aku kan ada senjata rahsia dirinya. Tu..di telapak tangan aku ni. Bola besbolnya. Jadi, kali ni aku kasi chance dia akan menang dulu.

“Ohh..kutuk aku ya..takpe, aku kasi can agar kau menang ya dalam pusingan masa pertama. Kemudian, masa kedua kemenangan akan jadi milik aku. Tunggulah..” Ayuni tersenyum megah dan melayang-layangnya bola besbol itu.

“Sudin..cepatlah, pasukan lawan dan banyak kali meminta bola itu. Cepatlah, masa bergerak ni!!” seorang kawannya muncul dengan nafas tercungap-cungap menahan lelah. Sudin menatap Ayuni tajam. Sudin mengusap bahu belakang kawannya bagi menenangkan rasa itu. Sekarang ini, dia sedang buat perundingan PBB dengan si Ayuni. Susah bebenar mahu capai kata sepakat. "Korang semua nak bola besbol ni, kan?" Ayuni mulai memasang perangkap samar. Ingat tentera sahaja pandai pasang perangkap samar mahu tangkap musuh? he he he

"Mestilah nak. Cepatlah,"

"Boleh. Ada syaratnya. Ayu mahu lelaki kat sebelah awak tu nyanyikan satu lagu. Lagunya simple sahaja," Mereka berdua saling pandang memandang satu sama lain. Di sini ada dua orang lelaki, jadi buatlah pilihannya kalau mahukan bola itu kembali.

"Lagu? Wey kau ingat ni juara lagu ke sampaikan ada syarat kena nyanyi lagu pula. Pening aku tau. Bagi aje laa, apa yang susah sangat ye?" Sudin membalas laju dan mengibaskan bajunya yang kebasahan dengan air peluh.

"Tak nyanyi, takkan Ayu berikan bola besbol. Make a choice, now!" Ayuni berterus-terusannya memaksa mereka berdua. Sengaja Ayuni mendera jiwa dan perasaan lelaki berdua itu. Mereka berdua saling berbisik sesama sendiri. Siap bertolak-tolak bahu, kau la , kau la.. Ayuni sudah tergelak dari jendelanya. Inilah masanya buli balik. "Oklah, aku bersetuju. Ahh..nak lagu apa?" Sudin angkat kayu besbol juga tanda mengalah.

"Lagu pontianak."

"Apa?" Keduanya bersuara serentak. Lagu apa itu? Kalau minta lagu Linkin Park, Backstreet Boy, Micheal Jackson , Aizat ke berbaloi jua, ni lagu Pontianak. Ayuni betul ke tak? Sudin tatapnya tajam. Jangan-jangan Ayuni mahu membulinya balik kerana isu semalam?

"Boleh tak jangan menyampuk. Ayu belum habis cakap lagi. Lagu ni asal dari filem Pontianak Harum Sundal Malam, tajuknya Pulangkan. Sesuai kan dengan situasi korang yang selalu sebut, pulangkan..pulangkan..Jadi, mulakanlah sekarang!" diktator bernama Ayuni mengeluarkan arahannya.

"Tak nak aku. Lagu apa tu. Jawapan aku tetap Tak Nak."

"Ok. Ayu pun akan jawab Tak Nak bagi bola besbol ni balik," Ayuni berlagak seorang yang keras kepala. Siapa yang mulakan dahulu kan. Kemudian, kawannya menarik anak baju Sudin dan membisik sesuatu. Ayuni dapat rasai yang Sudin akan buat juga. Tunggu sahajalah..


*****


Sebenarnya Sudinlah jiran tingkap baru Ayuni selalu bertengkar dan bertengkar saban masa. Pada 3 bulan yang lepas, rumah di sebelah itu kosong sahaja. Semenjak dari itulah, barulah Sudin menyewa rumah di sana dan terbitlah babak-babak kami berdua bertengkar akan hal kecil sahaja pun. Itulah kisahnya kenapa Sudin sekarang ni berada di bawah dan berpakaian ala-ala pemain besbol antarabangsa.

“Cepatlah. Aku mahukan bola tu sekarang. Aku dah buat seperti yang Ayu minta tadi. Jangan nak mungkiri janji. Orang munafik tau kalau yang suka memungkiri janji ni!”

“Laaa..kenapa tak mintak dari tadi lagi? Kejap yaa..aku pergi amik. Tadi aku dah terbuang dalam lubang tandas. Aku ingat tu tikus mondok. Aku ni jenis geli sikit dengan benda berbulu ni.” Ayuni tergelak kecil saat melihat raut wajahnya berlainan rupa. Padan dengan mukanya.

“Aku tak kira kau buang lam lubang indah water sekalipun, aku mahu tahu, kau pulangkan balik sekarang. Kau buatlah bagaimana nak dapatkannya kembali. Kalau tak, aku akan naik sendiri dan cerobohi bilik kau dengan kasut kontena aku ni, nak ke?” Sudin sudah beremosi tinggi. Tekanan dari permainan itu buatkan dia menjadi lebih serius.

Ayuni pula berasa geram. Kita kenakan dia, dia kenakan kita balik. Geram betul. Mahu sahaja Ayuni balingkan sahaja bola besbol itu tepat-tepat pada wajahnya. Eeeiiii….geramnnya..Benci-benci tau. Ayuni menutupi jendela yang pecah itu dengan kuat sebagai tanda protes.

“Tu dia…gorilla dah mengamuk dari dalam. Si gorilla sedang memanggil Jane agar membantunya.” Sudin semakin memerli diri Ayuni dari bawah. Kali ni, lantaklah apa mahu jadi, Ayuni sudah tekad. Biji bola besbol itu akan tetap mencium dahinya jua. Tekad. Dalam sekali nafas sahaja, Ayuni mengerahkan segala tenaganya dan…

“Kau panggil aku apa tadi?”

“Gorillaa..” laju senyuman dia menari selaju dengan tarikkan nafas Ayuni yang sedang menahan rasa.

“Ohh..gorilla.. kau pernah tak tengok wajah gorilla mengamuk??”

“Laa..pernah sangat-sangat. Macam sekarang ni, aku dah dapat lihat sendiri pun.” Tangannya disilangkan ke dadanya. Kayu besbol pula sudah jatuh ke tanah. Ya, itulah yang Ayuni tertunggu-tunggu. Pertahanannya sudah jatuh, kini tiba untukku membalas balik.

“Ohh..dah tengok. Kini aku akan berikan kau satu rasa takkan boleh kau lupakan ya. Tadi kau dah kata, kau dah lihat sendiri wajah gorilla mengamuk, kan. Kini, aku akan berikan kau rasai pula penangan gorilla mengamuk. Dalam kiraan satu..dua..tiga..serang…!” tanganku segera bertindak mengikut arahan.

Bertalu-talu Ayuni membaling kedua-dua bola besbol serta barangan lain ke arahnya. Sudin yang tidak menduga terkena pada kedua-dua bola besbol itu tepat-tepat di dahinya. Yess..sasaranku tepat sekali. Tidak sia-sia Ayuni belajar memanah dari semalam. Nampaknya bola besbolnya telah makan tuannya. Padan mukanya. Kini, Sudin asyik terlompat-lompat macam binatang di atas pokok sahaja bagi mengelak serangan amukkan gorilla daripada Ayuni.

Kah kah kah.. Ayuni sudah tergelak besar dari kaca jendelanya. Carilah lagi pasal dengan gadis kasar sepertinya. Walaupun nama ada pangkal Ayu, takkan mungkin diri tuan punya badan itu se ‘ayu’ yang difikirkan. Kalau tidak masakan Ayuni memilih kerja sebagai seorang RIDER di salah satu fast food yang ada di Malaysia itu. Rasakan penangan dari RIDER perempuan di Kuala Lumpur itu.

That I Am!!!

*****

P/S: Agak-agak ada sambungan ke tak? Lau tak de yang komen lebih dari 10 orang maka, cte ni pun akan bersarang laa dalam blog ayu ya..heheeh….itu pilihan dari ayu selaku penulisnya..pilihan anda, the reader? Anda tentukannya…ayu hanyalah seorang penulis..menulis mengikut hati yang mahu kepuasan..that I am..sesiapa yang tak sukan gaya penulisan ayu..ayu mohon jasa baik ya…pergilah pada penulis yang lagi berbakat dari ayu…sekarang ni sudah ramai yang ada blog dan ada karya lagi best dari ayu punya..tu je, ayu tak menghalau kerana keputusan pembaca terletak pada diri pembaca yang ayu kasihi..kalau terasa tu, bermakna, sebelum baca ni, anda ada termakan nasi berlauk cili, kan…heheheh…

Salam sayang dari Ayu

1.37 pm

16.11.2011, Rabu

Monday, November 14, 2011

Mini Novella : Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku…3


Mini Novella : Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku…3


Tajuk: Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku…3
Penulis: Kaseh Ayuni
Hak cipta terpelihara
3.
Orang sering berkata, janganlah kita terlalu membenci seseorang kerana kelak hati kita ini akan terpusing pada orang yang dibenci itu jua. Walaupun tidak disahkan kebenarannya dalam mana-mana kitab, namun kata-kata inilah yang akan diperturunkan ke satu generasi seterusnya.
Malahan, Orang tua sering berpesan baik-baik, jangan benci sangat pada seseorang, simpanlah sedikit rasa benci itu agar tidak memakan diri sendiri. Malahan pepatah Inggeris jua ada menyebut, It takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones. Pepatah ini telah menunjukkan yang tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusia itu telah menjadi saksi kebenaran pepatah itu.
Kata kawan-kawan di sekeliling, cinta pertama sukar dilupakan walaupun ada datangnya cinta lain di kemudiannya. Ayuni menyangkal sepenuh hatinya. Ini kerana sepanjang Ayuni berusia 24 tahun ni, segala perjalanan hidupku telah membuktikan segalanya. Takkan semua orang bertuah kerana memiliki cinta pertamanya sebagai cinta kekal abadi. Bagi, Ayuni pula, cinta pertama adalah sebagai platform untuk Ayuni mengenali apakah isi hati sebenarnya. Cinta yang akan datang, itulah cinta Ayuni yang sebenarnya.
Kita takkan tahu bilakah cinta kekal abadi itu datang, kan? Mungkin hari ni, mungkin selepas ni ataupun mungkin besok? Semuanya itu adalah kebarangkalian yang Ayuni takkan mampu jangkakan. Tetapi, Ayuni mesti boleh mengagak dan buat perhitungan, kan? Kawan-kawan sekalian, Ayuni susah sangat-sangat mahu menggapai cinta. Tetapi apabila Ayuni sudah jatuh cinta, susah sekali Ayuni mahu membuang kembali namanya dari hati itu.
Yang tak bestnya, Ayuni sudah membenci dirinya dahulu sebelum kami terjatuh cinta. Pelik bukan? Aneh bukan. Takkanlah Ayuni akan jatuh hati pada orang yang dia benci sangat-sangat. Mahu sebut namanya pun, Ayuni sudah rasa geraaamnnnya…
Namun, Ayuni bersyukur kerana dengan limpahan nikmatnya dari Ilahi, Allah membuka jua pintu hati yang telah lama tertutup rapi sejak 8 tahun, Ayuni bekukan hati ni buat mana-mana lelaki. Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa pula ada 8 tahun ni? Apa kisahnya. Kawan-kawan, kita pusing masa sekejap ya saat Ayuni berusia baru lepas habis SPM. Ayuni mulai mengenali apa itu cinta Monyet selepas habis SPM. Ayuni tertarik pada lelaki itu kerana sikap ringan tulangnya.
“Rajinnya dia.” Ujar Ayuni pada kali pertama Ayuni mengenali jejaka itu. Dia hulurkan salam perkenalan dan kami berkawan. Kami saling bertukar-tukar no handphone. Jiwa remaja Ayuni masa itu membuak-buak ingin berkawan lebih rapat dengannya. Biasalah, kan? Remaja. Semuanya rasa inilah duniaku. Indah.tetapi Ayuni tidak tahu yang itu semuanya bersifat sementara sahaja.
Dia pergi tinggalkan Ayuni setelah bertemu dengan kawan Ayuni sendiri. Ayuni . Ayuni memang tidak tahu akan hal itu walaupun kami berdua bekerja di satu tempat yang sama. Layanan yang jejaka itu berikan masih sama. Dia baik, dia selalu berkunjung rumah Ayuni dan makan kiuh siput yang Ayuni masakkan sendiri buatnya. Tapi, ni yang dia balas buat diriku? Kami putus kawan kerana dia ikut cakap kekasih barunya itu, kawan Ayuni sendiri.
Bermulalah episode duka itu, dan Ayuni melarikan diri ke Kedah. Syukurlah masa itu dapat peluang sambung belajar di UUM. So, kiranya buat 2 dalam 1 kan. Ayuni ubati kelukaan dalam hati itu dengan mencuba ubah angin ke Kedah. Tetapi sayang seribu kali sayang, Ayuni tetap di takuk lama. Nama dia masih lagi berada dalam hati ini. Kenapa Ayuni sukar sangat mahu lupakannya? Kenapa? Bukannya di UUM itu tiada lelaki lain. Susahnya kalau Ayuni ni jenis setia tidak kena pada orangnya.
Kini, dia sudah berbahagia dengan kawan Ayuni dan memiliki seorang anak. Ayuni redha dan mungkin nilah hikmahnya di mana Allah ingin pertemukan Ayuni dengan cinta yang seterusnya. Cinta dari my Encik Benciku. Ayuni gelarkannya Encik SS.
“Kenapa nama SS, Ayuni” soal Datin di dalam group Ayuni. Ayuni yang selalu ingin menyakat kawan-kawannya itu menjawab dalam nada mengusik, “Encik Syok Sendiri,” kah kah kah..
“Ayu ni…” Datin tergelak lepas. Manakala akak shimah pun sama ingin mencelah laju. “Akak ni tengah kejala dik Ayuni sayang. Ni pun tak boleh nak tengok sangat la, kalau ada komen yang boleh dikomen, akak akan join la. Semalam kan, akak mimpi Ayuni tetapi Encik Benci macam nak ngorat kak je, hahahah!”
Ayuni tergelak lepas. Alamak, terkuat volume pula di kedai mamak ni. Ayuni perlahankan sikit volume suaranya itu dan mulai menaip balas komen itu di FB itu. sekarang ni, Ayuni sedang berada di lokasi kedai mamak. Ayuni sedang menantikan seseorang yang wajar Ayuni berjumpa SEKARANG!.

*****

“Akak..patut ar semalam tu Encik Benci Ayuni tu..suka je..rupanya dia telah jumpa dengan sekuntum bunga yang lagi cun dari Ayuni ya..wawaw..Ayuni hanyalah kepit hatinya, tetapi akak pula, telah kepit tangannya…hehehheheh..” Ayuni tekan laju butang Enter pada keypadnya dan mematahkan jemarinya.
Air sirap laici dihirup perlahan. Semua kisah itu disavekan dalam satu fail bertajuk, ‘Luahan Isi Hatiku’. Ayuni tatap di sekelilingnya, ‘Mana dia ni? Janji jam 10. Ni dah nak masuk jam 11 pagi tau. Nak kena makan kasut saiz 7 ni,’Ayuni mengerutu perlahan dan kembali tatap ruangan FB yang ada group Ayuni sendiri.
Kedengaran bunyi kerusi ditarik dan satu wajah yang cukup buatkan Ayuni malas mahu angkat wajah. “Sorry lambat. Jalan jam.”
“Dah tahu tak suka jam. Kenapa keluar lambat? Tu laaa…orang lain dah tak makan jam strawberry ni, kini orang selalu makan jam nenas je. Cepat.” Ayuni melancarkan bebola atom yang pertama.
Dia tersenyum nipis. Wajah Ayuni yang leka menatapi laptopnya itu ditatap lama. Benarkah Ayuni benar-benar benci akan dirinya? Kalau benci kenapa dalam setiap luahan ceritanya ada kata sayang? Itulah yang dia mahu korek sekarang itu. Jikalau mahu harapkan ungkapan dari bibir Ayuni, dia takkan dapat satu jawapan yang pasti. Ayuni mesti akan mengelak punya. Dia tahu bagaimana sikap Ayuni.
Al-Maklumlah, Ayuni ni sangat minat akan bidang penulisan. Itu mempengaruhi jiwa Ayuni yang akan menjadi seorang yang terlalu sensitive dan cepat terasa. Dia mengeluh kecil. Kemudian, melambai-lambai tangan kepada mamak. “The tarik satu, kasi tarik kaw-kaw ya. Saya nak buih tu kasi banyak punya,” mamak itu mengangguk banyak kali.
Ayuni leka dengan dunia onlinenya sambil tangan sibuk menaip segala kisah lamanya. Dia pula sibuk mengcheck diari onlinenya dari handphone Black berrynya. Kami berdua seolah-olah berada dalam dunia sendiri walaupun hakikatnya berkongsi meja yang sama. Apa gunanya berjumpa kalau kesudahannya buat hal masing-masing.
Ayuni tergelak kecil saat saling bertukar komen dengan kawan-kawan onlinenya. Mereka semua ni, suka sangat bergurau tetapi Ayuni pun sama kaki bergurau. Layan…sesekali anak matanya menatapi wajah Ayuni. Satu persatu wajah Ayuni ditilik oleh bebola matanya. Errmm..taklah cantik sangat, tetapi manis dan comel itu ada. Kenapa kami dipertemukan dalam satu situasi yang tidak menyeronokkan mahu diceritakan?
“Ayuni..” Encik Benciku panggilku perlahan. Ayuni sekadar angkat muka dan pandangan kami bersatu. Dup dap dup dap. Jantung Ayuni berdegup lagu. Ayuni terasa darah menyirap naik ke wajahnya sendiri.
“Ayuni tak bersetuju ke dengan saya? Kan kita bertemu ni atas kemahuan Ayuni. Kenapa Ayuni ignore saya?” soalnya akan tujuan sebenarnya kami bertemu. Sejak 2 minggu sudah Ayuni banyak mendiamkan diri. Semua panggilan Encik Benciku, Ayuni tidak angkat. Sms jangan ditanya kan lagi. langsung tidak dibalasnya.
“Setuju? Ni bukannya mahu nak tanya soal setuju ke tak. Ni soal masa depan. Masa depan antara awak dan saya,” Ayuni tatapnya tajam. Dalam hati tak kisah sudah mahu berdegup ke, berdetak kuat ke. Janji segala kemarahan 2 minggu sudah akan dihamburkan kepada dirinya. Memang sesuai sangat Ayuni gelarkannya Encik SS yang bermaksud Encik Syok Sendiri. Walhal sebenarnya nama dia pun ada pangkal nama SS, iaitu Shamsuddin Salleh.
“Kerana soal itu, saya buat keputusan yang bijak.”
“Bijak? Awak fikir saya ni barangan macam bisnes ke? Saya ni manusia, ada hati, ada perasaan. Awak kena bincang dengan saya dahulu sebelum berikan janji pada ayah saya. Malu tau ayah saya selalu hubungi saya dan tanya, bila Sudin mahu datang ke rumah jumpa depan-depan dengan ayah?” Ayuni palingkan wajah kea rah lain. Ayuni bimbang, emosinya akan semakin parah saat melihat renungan redup Sudin itu. Sudin, nama sebenarnya dia. Ayuni tak mahu memanggil dia dengan nama itu kerana kami bertemu dalam situasi yang benar-benar takkan diduga oleh sesiapa pun. Geramnnya..kan, aku panggil dia ni sudip, baru tahu.
“Laa awak ada hati pada saya rupanya selama ni. Kenapa tak cakap awal-awal. Kalau tak dari hari tu lagi saya dah masuk meminang awak.” Perli Sudin lagi sambil mengenyitkan matanya khas buat tatapan diriku sahaja.
“Awak, jangan mahu berangan terlalu tinggi la. Cuba awak perhatikan saya betul-betul. Layak ke Ayu ni buat diri awak. Awak, seorang yang disegani oleh semua gadis-gadis yang selalu berurusan dengan awak. Ayu hanyalah seorang gadis yang tak punyai apa-apa. Awak lagi layak untuk mana-mana gadis cantik di luar sana. Awak jangan cepat buat keputusannya, kelak awak yang merana. Ayu minta sangat-sangat, batalkan semuanya. Pasal ayah ayu, ayu akan jelaskan sendiri.” Ayuni meluahkannya dalam nada terkawal.
‘Aku sayangkan dia, aku mahu jadi menjadi miliknya. Dan aku bersetuju mahu jadi tunang dia.’ Itulah ayat sebenarnya yang Ayuni mahu perkatakan kepada dia. Tetapi, lidahku keluarkan ayat-ayat berperisa kari pedas itu?
Sudin tatapku lembut. Sudin sudah menduga itulah yang selalu merungsingkan Ayuni. Wajarlah Ayuni tidak mengendahkan Sudin selama 2 minggu yang lepas. Sudin berterusan menatapnya lama dan menjawab dengan penuh ikhlas, “Satu sahaja Sudin mahu tanya, Bencikah Ayu pada Sudin sekarang?”
Ayuni terkedu. Soalan apa pula ni? Kami kan sedang bincangkan soal lain. Ayuni merengus kasar. Sudin ni mahu main acara tarik-tarik tali cinta ke? “Shamsuddin Salleh, kita sekarang bincang soal lain. Kenapa melalut ni?” Ayuni melarikan pandangannya pada FB seketika dan sign out. Ayuni merasakan Sudin ingin mempermainkan dirinya. Ini tidak boleh jadi, memang Sudin mahu ajaknya berperang dunia ke 8.
“Yes, nama saya memang Shamsuddin, tak usahlah popularkan sangat nama saya tu. Sekali lagi saya bertanya, Bencikah Ayu pada Sudin sekarang ni?”
“Shamsuddin Salleh..” Ayuni berkata kuat. Nafas Ayuni sudah tidak teratur lagi. Badan Ayuni pun sama sudah tidak senang duduk. Sudin benar-benar mencabar jiwanya. Bila-bila masa sahaja Ayuni akan meletup. Lantaklah, di kedai mamak pun menjadi baran si Ayuni itu.
“Ye, sayang!”
“Shamsuddin Salleh…”
“Yes, dear..ada apa? Dah tak sabar ke nak letakkan nama Sudin dalam hati dear ya. Ni yang sayang lebih. Orang tua cakap, apabila 3 kali kita ungkapkan nama seseorang itu dalam emosi yang penuh tidak stabil. Maka proses itu akan mempercepatkan lagi insan itu berada dalam pelusuk hatinya.” Sudin cuba psikologi Ayuni.
Ayuni terhenti nafas seketika. Alamak? Ada ke jadi sebegitu? Ayuni cuba mencari jawapan dari mimik wajah Sudin. Tetapi Sudin bijak menyembunyikannya. Lalu, sebagai tanda geram, Ayuni hentakkan kakinya ke lantai. Geram betullah, wajar sekali tau Ayuni membenci dirinya.
“Saya masih lagi menantikan jawapannya,” Sudin berkata dengan senyuman panjang di bibirnya. Lesung pipit terukir indah di pipinya. ‘Ya Allah, kuatkan hatiku agar diriku menolak dia laju-laju. Aku tak layak buat dirinya. Masih ramai lagi gadis lain untuknya. Tetapi dia takkan bisa boleh untuk diriku.’ Ayuni berkata kecil dalam hatinya.
“Jawapan Ayuni tetap sama. Ayuni takkan terima Sudin. Kita tak layak untuk bersama.”
“Ayuni, Sudin tak mahu tahu jawapan itu. Sudin hanya mahu tahu jawapan lain. Ayu benci Sudin kan?”
“Kalau sudah tahu Ayu benci, kenapa masih lagi mahu bertanya?”
“Mestilah kena tanya. Takkan nak ceroboh macam itu saja hati Ayu, kan. Kenalah mula-mula berikan salam, tanya khabar dahulu kemudian barulah boleh masuk ke pintu hati Ayu.” ,mak aii..jiwangnya Encik Benci Ayu ni. Habislah hatiku, bergoyah sakan lah lepas ni.
“Baiklah, jikalau ni yang Encik Shamsuddin Salleh ingin dengar, Ayuni akan beritahu sekarang jua. Ya, benar, Ayu benci –benci –benci dan beribu kali benci sangat-sangat pada Sudin. Puas? Suka? Puas hati setelah dengar jawapan ni?” Ayuni merenunginya tajam. Ayuni melemparkan kesemua pandangan kebencian itu khusus tatapannya.
Sudin tergelak laju. Perempuan, lain di mulut lain di hati. Kalau benar benci, kenapa mata Ayuni berkata lain. Kenapa badan Ayuni bergetar nada irama lain? Dan kenapa pula anak mata Ayuni tidak tatap lama anak mata Sudin? Sudin buat kesimpulan yang Ayuni sedang membohongi diri sendiri. Ayu bukan benci dia, tetapi ayu sayangkan dia. Sayangkan dia sangat-sangat. Perempuan kan, ego.
Ayuni tarik muka 14 juta kali masam. Sudin tergelak. Aik, bukan ke kalau kita bencikan seseorang itu, insan yang dibenci itu akan diam terkedu? Dia ni masuk air ke dalam kepala itu? masakan 2 minggu kami tidak berhubungan, dia sudah mereng separuh abad?
“Awak ni dah tak betul ke?”
“Ya, memang saya dah tak betul sejak saya jatuh hati pada Ayu.” Sudin berkata serius dan menatap lama wajah Ayuni. Ayuni tersandar ke belakang lalu..
Buk. Bedebussss…. Ayuni terjatuh dari kerusinya. Sudin terkejut dan segera membantu Ayuni. Bagaimana Ayuni boleh terjatuh ni? Agaknya terkejut dengan lauhan itu. ayuni malu sendiri saat mata-mata pelanggan lain melihat dia yang tergolek jatuh ke bawah meja.
Wajah Ayuni penuh merah menahan malu. Kut ya pun terkejut, janganlah sampai memalukan diri sendiri.
“Sayang..kenapa jatuh-jatuh ni. Kan saya hanya cakap saya jatuh hati pada Ayu. Tu la, berangan lagi. Mesti Ayu berangankan kita dah kahwin ya. Ohh..saya faham, kan Ayu ada cakap, mahu kahwin sebelum umur 25 tahun, kan? Jadi dah sampai serulah ni ya buat kita berdua ya..” Sudin membantuku bangun dan menarik kerusi agar memudahkanku duduk kembali. Aduh, senaknya punggungku.
“Awak boleh tolong jangan merapu, boleh tak? Saya dah lah tengah sakit ni. Jangan ditambahkan lagi bara dalam hati saya tau.”
“Kalau ada bara, sayalah airnya. Kalau ada bulan, sayalah pungguknya. Kalau ada api, sayalah unggun kayunya dan Kalau ada benci, sayalah encik benci tu kan? Usahlah mahu tarik-tarik ayat dengan saya. Saya dah baca kesemuanya. Semuanya saya tahu dari A to Z. Saya tahu apa isi hati awak pada saya.” Sudin merebahkan kembali punggungnya di hadapanku. Air teh tarik itu disuakan ke bibirnya dan dihirup perlahan-lahan.
Ayuni menundukkan wajahnya. Alamak, terkena terus pada wajahnya. Sudin sudah baca? Adakah kesemua kisahku, diariku online dia sudah tahu. Alamak, malunya..Ayu fikirkan yang Sudin takkan sesekali menjengah blognya. Alamak, Ayu mesti hentikan semua ni.
“Apa maksud awak? Awak dah baca? Baca apa?” Ayuni tetap mahu pertahankan dirinya walaupun Ayuni sudah rebah sebelum bertanding, kita harus ego. Ego..
Sudin terdiam seketika saat handphonenya bordering. Sudin memang seorang yang tidak pernah tahu duduk diam. 24 jam baginya satu masa yang tidak cukup. Maklumlah, orang bekerjaya. Sudin mengisyaratkan yang perbualan tadi akan bersambung nanti.

*******

“Mamak, air sirap laici satu lagi,” Ayuni berteriak lantang. Ayuni tersenyum saat ada mata-mata nakal melihat telatahnya. Lantaklah korang semua ya nak cakap apa, janji hausku akan hilang. Borak-borak juga, haus tetap kena isi.
Ayuni kembali sign in FBnya. Mak aii..banyaknya notification. Ayuni kembali melayani celoteh kawan-kawan mayanya. Kemudian, Sudin kembali menyapa, “Kat mana kita tadi?”
“Kat laut,” Ayuni berseloroh kecil. Sudin pantas menampar laju tangan Ayuni.
“Hey..jangan sentuh. Bukan muhrim!”
“Alaa..sekejap je tu, kan bulan 12 ni kita akan dah jadi tunang. Kemudian, tiada lagi istilah bukan muhrim.” Sudin menggodaku dengan ayat-ayatnya. Janji manis hanya dibibirmu. Kau belum dengar lagi janji-janji perempuan. Tangkap lentok tau kerana Ayuni kan bakal seorang penulis. Sudin sendiri tidak menyangka yang Ayuni ni bakal seorang penulis novel. Yelah, dengan penampilan lasak dan kasar, sesuai ke Ayuni jadi seorang novelis? Tepuk dada tanya selera.
“Kat mana kita tadi ya?” suara Sudin kembali serius. Tangannya diletakkan ke atas meja dan satu tangan menahan dagu.
“Kat kedai mamak!” Ayuni menjawab lepas.
“Ayuni..” Sudin memukul sekali lagi diriku. Sakitlah..Ayuni menggosok tempat terkena pukulan spontan itu.
“Nakal lagi, saya tanya betul-betul ni,” Sudin menarik keluar kaca matanya dan meletakkan ke atas meja. Kali ni, senang sikit mahu menatapi wajah manis insan bernama Ayuni itu. 2 minggu menahan rindu, Sudin tahu Ayuni merajuk dan marah dengannya. Tetapi apabila kata keputusan itu sudah dibuat, Sudin takkan sesekali tarik balik keputusannya. Kalau sudah jumpa permata hati, mengapa mahu mencari berlian lain? Permata kan lagi berharga berbanding dengan berlian yang berkilauan. So, fikirlah sendiri ya, Ayuni itu umpama apa. Berlian ke permata?
“Ye saya, janganlah popularkan nama saya,” Ayuni memerli dirinya. Ayuni memang sengaja pulangkan paku keras buat diri Sudin. Sudin tergelak lagi. sudin ni suka gelak tau. Macamlah Ayuni seorang badut di sarkas. Tak sesuai tau.
“Ayuni..”
“Ye” Ayuni leka menaip komen dalam FB itu. langsung Ayuni tidak menumpukan perhatian kepada Sudin yang berada di depannya. Ayuni leka dengan dunia FBnya itu, leka melayani karenah kawan-kawan onlinenya. Macam si datin, akak Shimah, Ria, Dian hadi, Are-ein, Iqa, Aida Nadia dan ramai lagilah. Mahu nyatakan kesemuanya, takkan ingat. Maaf ya..hehheheheh…
“Ayuni..” sekali lagi Sudin memanggil namanya. Kali itu dengan lebih lembut dan aura romantik. Mak aii…
“Ye..”
“Ayuni sayangkan saya, ya?” soalan pertama disoal.
“Ye..” Ayuni menjawab di luar kesedarannya.
“Ayuni cintakan saya, ya”
“Ye..”
“Ayuni mahu sangat jadi tunang saya, kan?”
“Ye..” Ayuni kembali tatap wajah Sudin. Kejap. Kejap. Ayuni chop satu saat. Kejap. Apa yang Sudin tanya tadi? Apa yang Sudin cakap tadi? Ayuni mengerutkan wajahnya. Sudin telah tersenyum penuh muslihat. Ada agenda itu yang Sudin psikologi dia tadi dan Sudin telah mengambil kesempatan atas kelekaan Ayuni melayani FB.
“Kejap, Sudin tanya apa tadi?”
Sudin diam. Langsung tidak mahu berkompromi dengannya.
“Aiyooo..adik manis, abang tu ada tanya soalan begini. Ayuni sayangkan saya? Ayuni cintakan saya? Dan soalan ketiga, Ayuni mahu sangat jadi tunang saya, kan?” seorang mamak mencelah laju dan meletakkan air sirap laiciku. Sudin melemparkan isyarat Good..kepada mamak itu. Tengok, Mamak pun tahu. Malunya, Ayuni. Mamak itu pun segera beredar. Sudin sudah memerliku dengan jelingan manjanya. Itulah tidak fokus lagi, kan sudah kena soalan beracun.
Wajah Ayuni merona kemerahanya. Sudddiinn..jahatnya kamu…
“Ayuni dah jawab tau semua soalan tadi tu. So, takkan boleh berpatah balik. Saya dah pegang kemas semua kata-kata itu.”
“Shamsuddin Salleh..”
“Ayuni..” kami saling terkejut. Belum sempat sudin mahu memanggil namaku, ada suara garau lain menyapa dari arah depan kami berdua. Ayuni angkat wajah dan Sudin pun sama. Seorang lelaki yang berwajah boleh tahan kehensemannya sedang tersenyum manis. Berdiri tegak di depan kami berdua dengan berpakaian Polo, ber cap di kepalanya. Lelaki kacak mana pula tersesat di kedai mamak itu?
“Ayuni, kan?”
Ayuni terkejut, aik, sejak bila Ayuni sudah dikenali orang ni? Ayuni terdiam dan tatap wajah jejaka yang menyapa itu. siapa pulak dia ni? Sudin bertanya dengan guna isyarat matanya. Ayuni menjungkit bahu, tak tahu. Tiba-tiba sahaja muncul dan musykil itu.
“Ya, dia Ayuni. Saudara ni, sapa?” Sudin menjawab bagi pihak Ayuni yang masih kaku dan terkejut. Sudin scanning jejaka itu, Erm...boleh tahan orangnya. Sama kacak dan sama padan dengan dirinya. Ada getaran sesuatu dalam diri Sudin saat melihat jejaka itu merenungi gadisnya. Bro, that girl is mine. Hati kecilnya menjawab kecil. Jelingannya mulai menjadi-jadi tertumpu pada Ayuni dan jejaka asing itu. Duduknya kian resah. Bunyi Handphonenya dibiarkan begitu sahaja.
“Encik Benci dia,” ujarnya dalam keadaan tersenyum. Ada bunyi suara gembira dalam inotasi suaranya itu. Ayuni sudah angkat wajahnya. Aik?
Ayuni tatap pantas wajah lelaki itu. Apa? Dia Encik Benciku. Kejap. Satu saat je Ayuni perlukan untuk fahami hal ni. Alamak. Apa sedang berlaku ni? Apa yang Ayuni sudah lakukan ni? Bagaimana boleh muncul seorang jejaka dan mengakui dialah Encik Benciku. Udara..Oksigen....Tolonglah..tolonglah sesiapa datang pengsankan Ayuni.
Sudin bertambah terkejut. Aik? Kalau Sudin sendiri adalah Encik Benci Ayu? Jejaka ini pula mengakui bahawa dia pun Encik Benci Ayu jua? Kekeliruan di sini. Keliru. Sudin keliru, Ayuni pun sedang keliru. Sudin tatap lama wajah Ayuni. Tangan Ayuni sudah mengibaskan dirinya. Ayuni pun sedang keliru sebagaimana Sudin rasakan tika itu.
“Ayuni..” Mereka berdua saling memanggilku serentak. Kesudahannya Ayuni berasa pening-pening lalat dan akhirnya Ayuni rebah. Pandangannya kelam. Hanya teriakan suara sahaja yang didengarinya sebelum Ayuni rebah dalam pangkuan seseorang..
*****
P/S: Adakah ecerpen ni akan ada kesinambungannya..hanya anda, pembaca ayu akan tentukannya… Ayu hanyalah seorang penulis yang selalu ingin zahirkan apa yang terjadi di sekeliling Ayu dalam bentuk tulisan. Ayu tahu di mana kelemahan Ayu dalam berkarya, gaya olahan Ayu yang masih kaku. Tapi, Ayu dalam proses belajar… mahu berikan yang terbaik.jadi, izinkanlah karya Ayu ni diterima baik oleh semua orang ya..
Salam sayang dari Ayu
11.57 am
14.11.2011, isnin

Nuffnang Ads