Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Saturday, October 1, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 24

Bab 24



Erfan kini termenung saban hari. Mengeluh dan terus mengeluh, itulah hobi barunya. Air mata kian menemani dirinya saban malam tanpa kira masa dan waktu. Tiap kali waktu hujan turun, Erfan akan meraung dengan penuh hiba sekali. Bagaikan terbayang akan seraut wajah kesedihan E-an. Wajah E-an yang dihalaunya tanpa belas kasihan.

Erfan menangis lagi. Air matanya galak sekali mengalir. Semenjak Erfan menerima berita akan kematian E-an, dirinya tak ubah seperti mayat hidup. Dirinya sudah tidak terurus lagi. Jambang dan rambut kian tumbuh dengan panjang di wajahnya. Penampilan amatlah selekeh.

“Erfan.. jom masuk, dah gelap ni! Macam nak hujan jer!” sapa satu suara. Erfan hanya kaku di situ. Fareda mengerutu geram. Macamlah kalu Erfan menangis keluar air mata darah sekali pun, E-an takkan hidup kembali.

“Erfan!” keras nada suaranya dan berdiri tegak di depan Erfan. Fareda terasa ingin pulaskan jer telinga Erfan agar Erfan ambil perhatian akan diri Fareda. Buat apa nak dikenangnya yang sudah meninggal dunia? Biarkan ajerlah!!!

Erfan bagaikan tiada perasaan menatap wajah ini. Dirinya sudah lama ‘mati’ bersama disemadikan dengan mayat E-an di perkuburan itu. Jasadnya sahaja yang berada di sini, namun rohnya sudah melayang di udara.

Fareda terus menarik tangan Erfan. Erfan mengikut tanpa banyak bicara. Lagaknya seperti anak kecil 5 tahun yang perlu ditarik, diajak untuk masuk ke dalam rumah sahaja. sebegini kuat pengaruh perempuan perampas itu akan diri Erfan.

Dari luar, kedengaran hujan turun dengan lebat. Lantas, Erfan berlari-lari anak ke luar dan meraung dengan kuat dalam titisan air hujan ini. Fareda pula hanya mampu memandang dari jendela kaca sahaja.

Erfan menangis dengan penuh hiba sekali. “E-an! Kenapa sebegini kesudahan cinta kita? Kembalilah, abang sangat sayangkan sayang!” Erfan merintih dalam sedu sedannya. Bagaikan terbayang sekali akan semua perbuatan jahatnya kepada insan yang disayanginya.

“E-an!!!!” jeritnya dengan sekuat hatinya. Lalu, Erfan rebah ke tanah. Fareda terburu-buru keluar dan mendakap badan Erfan yang kaku pengsan. Ya Allah, Erfan. Kenapa perlu menghukum diri? Yang mati tu takkan dapat hidup kembali sekiranya air mata darah sekalipun keluar.

Fareda berusaha mengangkat badan Erfan, tapi apalah dayanya. Badannya yang kecil molek memang takkan berjaya. Lalu, diheretkannya badan Erfan masuk ke dalam rumah. Habis satu badan basah lencun.

‘Tu lah cari penyakit lagi. Yang dah mati tu, biarlah mati. Ni, aku kan ada! Aku akan menyayangi kau lagi hebat dari perempuan perampas tu!’ gerutu Fareda dalam nada suara geram.

Wajah kebiruan Erfan ditatapnya lama. Makin hari, perasaannya semakin mekar buat lelaki ini. Sudah lama perasaan ini bercambah dalam diri Fareda, namun takut ditolak, Fareda pendamkan sahaja.

Fareda segera bangun dan menuju ke bilik Erfan dan mengambil tuala kering. Setibanya di sofa, kelihatan wajah Erfan dalam kesejukkan. Air cond ditutupnya perlahan agar suhu badan Erfan takkan menjejaskan badan Erfan.

“Panasnya! Apa yang Eda nak buat ni?” gumamnya dalam sendirian. Pada siapa Fareda perlu mintak tolong? Erisya?..Erisya sendiri sudah memusuhi dirinya semenjak E-an keluar dari rumah ini. Mamanya? Jauh sangat. Mama ada kat luar negara lagi.

“Ahh!! Borhan!!” jeritnya kecil lalu menggapai handphone milik Erfan. Laju sekali jemarinya menekan keypad Black Berry ini dalam senarai nama kenalan. Mana pulak nama Borhan ni?

Dah jumpa. Talian terus ditekan butang hijau dan panggilan di sana bersambung. Cepatlah angkat! Ini memang satu kecemasan.

“Hello, wassuup bro?” suara Borhan kedengaran saat talian itu diangkat. Fareda terasa debaran hatinya kian kencang. Apa pulak Fareda nak cakap padanya? Erfan dah sakit ker atau dah pengsan?

“Hello, cepat datang. Erfan pengsan!” belum sempat bermukadimah, Fareda terus to the point. Tak payah nak kona kiri kona kanan.

“What? Siapa ni?”

“Fareda!”

Ok, saya on the way!” Borhan terus bergegas datang ke sini. Fareda mengurutkan nafas lega kerana Borhan sudi jua datang bagi merawat Erfan yang tidak sedarkan diri.

“Bertahanlah.” Hanya itu yang mampu diluahkan oleh Fareda. Fareda mengelap akan titisan air hujan yang membasahi pakaian Erfan. Erfan, mengapa sukar sekali mahu menembusi pintu hati kau?

**********************************

“Erfan terkena demam panas ekoran Erfan bermandikan air hujan. So, biarkan Erfan berehat dulu!” ujar Borhan setelah siap memeriksa keadaan Erfan. Fareda mengangguk perlahan.

“Perlu ker kita bawak Erfan ke hospital?”

“Tak perlu. Saya dah berikan suntikan pada Erfan. Dalam masa beberapa jam lagi, Erfan akan sedar dan berikan ubat ni padanya.” Borhan mengeluarkan ubat yang telah dibawa bersamanya. Borhan berjalan menuju ke pintu utama. Namun, langkahnya kembali terhenti.

“Baiklah!” Fareda leka sekali menatap ubat-ubatan ini tidak menyedari akan Borhan yang terhenti langkahnya. Berlaku pelanggaran antara mereka berdua, dan ubat terpelanting jatuh ke lantai. “Sorry!”

“Tengok, habis jatuh ubat Erfan!” rungut Fareda dengan tangannya mengutip kembali pil-pil kecil ini. Borhan membantu dirinya. Ada sesuatu yang aneh mengenai Fareda ini.

“Err..Fareda, saya nak tanya sedikit ya. Betul ker E-an tolak kamu hari tu?” soal Borhan inginkan kepastian. Anak matanya tajam sekali menatap wajah perempuan ini.

Fareda tersentak dan berlagak tenang. Dalam hatinya, sudah berdegup kencang. “Kenapa tanya macam tu? Apa awak ingat saya ni sengaja fitnah E-an”

“Saya tak pun bermaksudkan begitu. Saya hanya ingin tahu jer!” Borhan mulai mengesyaki sesuatu yang tidak kena ini dengan perempuan yang bernama Fareda ini. Dari segi gaya percakapannya sahaja membuktikan ada sesuatu yang disembunyikannya.

“Aku akan cari tahu jua sendiri satu hari. Better Fareda watch it!” ujar Borhan dalam hati. Fareda menghantar Borhan ke pintu dan bergegas menuju ke bilik Erfan. Erfan masih lagi lena.

Fareda mengambil kesempatan ini untuk mendekati Erfan. “Erfan sayang, tahukah Erfan yang Eda sayangkan Erfan sangat-sangat. Eda rela lakukan apa sahaja agar Erfan jadi milik Eda. Eda sanggup bunuh orang jua demi Erfan!”

Terkekeh-kekeh Fareda tergelak sendirian dalam bilik ini. Anak rambut Erfan dimain-mainkannya dengan jemari Fareda. Fareda kini menjadi terlalu obses dengan Erfan. Terlalu ingin memiliki Erfan dan jadikan Erfan hak milik dirinya sorang.

Kini, E-an sudah pun mati. Jadi, halangan pertamanya sudah lama mati. Tinggal mahu tawan hati Erfan sahaja. Itu bukannya susah pun, kena pada caranya, Erfan akan jatuh jua ke tangannya.

Dikucup dengan penuh kudus sekali akan dahi licin Erfan. Tiba-tiba sahaja mata Erfan terbuka kecil. Fareda pantas berdiri tegak. Alamak, bagaimanalah dia ini boleh tersedar cepat. Musnah harapanku nak jelajahi badannya.

“Erfan kat mana?” soalnya dalam mamai-mamai ayam. Badannya diusahakan agar dapat bangun dari katil ini. Fareda hanya mampu lihat sahaja.

“Dalam bilik. Erfan pengsan tadi!”

“Erfan nak bangun. E-an sedang tunggu kat bawah tu. Erfan nak pergi jemput E-an kat bawah, kesian pada E-an yang kebasahan dalam hujan!” Erfan mulai meracau-racau dan mahu turun dari katilnya. Asyik nama E-an sahaja yang disebutnya tiap saat dia terjaga.

Fareda mulai cemburu habis. “Erfan, mana ada lagi perempuan yang bernama E-an. E-an dah mati!!! See my lips, she is died!!”

“Tipu!! E-an tak mati lagi. Ke tepi, Erfan nak pergi kat E-an. E-an dah basah kat bawah tu!” degil sekali Erfan berkata. Fareda menahan badan Erfan dari terus pergi ke bawah. Di luar, hujan masih lagi belum berhenti.

Fareda naik geram dengan perangai keras kepala da degil tahap cipan ini. Kang ade jer makan pelempang free dari Eda . Kesabarannya ada batas jua. Asyik ingat pada yang dah tiada sahaja. Apa lah yang istimewa sangat pada perempuan perampas itulah sehingga buatkan Erfan kurang siuman sebegini.

“I want to see E-an now! She need me!” Erfan kembali buat perangai tak siumannya ini. Perasaan cemburu sudah menjular dalam hatinya. Hati perempuan sakit sangat mendengar nama E-an masih lagi meniti di bibirnya.

Pang!!!! Satu tamparan kuat singgah di pipi Erfan. Wajah Erfan terpaling ke kiri bucu katilnya. Peritnya dapat pelempang percuma ini. Erfan terdiam.

Pang!!! Kali ini bunyi tamparan kedua pula kedengaran. Fareda tatap tajam wajah lelaki yang telah menampar pipi Fareda. Kenapa Fareda pulak kena lempang ni?

“Don’t dare you touch me. Leave me alone!”

“Erfan..janganlah nak buat perangai macam budak kecil. E-an dah mati. Diulangi, dah meninggal dunia. Erfan yang lihat sendiri kan mayatnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam. So, sedarlah pada alam nyata!” Fareda cuba menasihatinya.

“Ahh, kau sebenarnya jeles kan aku dengan E-an!”

“No. Eda tak mahu lagi Erfan bersedih sebegini. Yang pergi takkan kembali lagi!”

“Leave me alone, now!!!” jerit Erfan lantang. Fareda sedikit tersentak. Erfan telah menengking dirinya buat kali pertama semenjak E-an pergi. Fareda menghempas pintu dengan kuat tanda protes akan sikap Erfan.

Prang!! Prankk..Prang..

Lantas kedengaran bunyi kaca berderai di dalam bilik. Fareda terkejut. Erfan sedang mengamuk ker? Patutlah Eda masuk ataupun buat-buat pekak. Yang mana satu nak ikut pakai ini.

Satu per satu bunyi kaca pecah di dalam bilik, macam ada nada irama pulak. Kaki Fareda bagaikan digam dengan gam UHU sahaja. Kalau Fareda menerpa masuk, memang berbenjollah satu kali lagi di dahi ini. Sebiji ada rupa bonggol unta sudah.

**************************

Batresya melopong mulutnya. “Tutuplah mulut tu, masuk lalat nanti baru tahu!” ujar kawannya yang rambut berwarna perang.

“Berita yang kau sampaikan ni benar tak? Ataupun kau saje je nak main-mainkan aku?” Batresya masih lagi was-was dengan berita yang baru diketahuinya ini.

“Kau tengok wajah aku ni ada orang main-main ker?” loyar buruk pulak si Minah senget inilah. Geram pun ada dengan sikap pandang rendah Batresya ini. Semakin menjadi-jadi pulak semenjak berkawan dengan golongan artis. Macamlah bagus sangat!

“Kalu benar, akulah insan yang paling gembira sekali di dunia ni!” ujarnya sambil melirik manja pada seorang pemuda yang berada di hujung pokok sana. Semenjak dari tadi, lelaki itu asyik mengusha dirinya.

“Aku cuma tolong sampaikan saja. Apa-apa tindakan, kau sendiri yang tanggung. Aku tak mahu dikaitkan lagi!” Kawannya mengangkat tangan ingin ‘cuci tangan’. Batresya menepuk perlahan tangan kawannya ini.

“Ok. Baik punya. Aku nak blah dululah. Ada janji!” Batresya segera bangun dan menuju ke satu destinasi yang lama diintainya. Kawannya berpaling. Ya Allah, masih belum berubah lagi si Eda ini. Tetap mahu menjadi wanita materialistik dan hanya mahu kejar kemewahan sahaja.

“This my card, call me when you free!” pantas sekali Batresya menyusun strategi dalam mendapat lelaki ini. Lihat dari penampilannya, macam orang berduit sahaja. apa kata Batresya mencuba dulu, manalah tahu tiap-tiap bulan barangan branded akan menjadi miliknya.

“Thanss, have a seat!” pelawa lelaki asing dengan lirikan mata yang tajam. Denyutan hati Batresya berdegup kencang. Masakan hatiku sudah terdetik buatnya. Kami baru sahaja berkenalan. Nama pun tak tahu lagi.

“No, thank. I must to go now!” Batresya menolak lembut dan segera menghulurkan tangan tanda perkenalan. Kini zaman sudah berubah, perempuan pula lagi cepat bertindak dari kaum lelaki.

“Batresya!”

“Aizif. Ku Aizif” ujarnya pendek akan namanya. Ku? Ada kena mengena dengan pangkat dan keturunan Tengku ker? Aduhai, ni lombong emas yang usar dilepaskan lagi. Batresya mulai menyusun strategi akan menangkap ikan besar ini.

“See you again!” Batresya melambai manja dan berlalu pergi. Ada lagi destinasi lagi penting dari perkenalan dengan Ku Aizif ini.

Rumah Erfan yang ingin ditujuinya. Batresya mahu dapatkan kepastian sendiri dari mulut Erfan akan kesahihan berita ini. Sudah beberapa hari Batresya mendengari akan berita ini, namun diabaikan sahaja.Kini, perkara sebeginilah mulai menjadi keutamaan pertama.

Batresya memecut laju keretanya menuju ke rumah milik Erfan. Setibanya di rumah Erfan, hantinya berbolak balik. Perlukah Erfan menjelaskan akan status dalam hidupnya ini.

Ding...dong..ding..dong

Bunyi loceng itu kedengaran lagi. Batresya menanti dengan sabar sekali. Ikutkan hati, mahu sahaja pintu ini diketuk dengan kakinya, tendang pun jadilah. Pintu dibukak dari dalam.

“Errf..Eh, who are you? What are you doing here?” soal Batresya laju apabila melihat ada wanita lain membukakan pintu rumah milik Erfan.

“Before I answer your question, I want to ask you first, who are you dan something between u and him?” soal siasatnya bak polis pencen lama sahaja. Fareda sudah resah. Masakan akan muncul pesaing baru pulak setelah dengan susah payahnya menyingkirkan E-an dari hidup Erfan.

“His girl friend!”

“Ex his girl of friend!” perbetulkan ayat ini. Fareda tersenyum kerana dapat menyindir perempuan tak cukup kain ini. Batresya ketap bibirnya perlahan-lahan. Perempuan di depannya ini bukan calang-calang orangnya. Ada aura negatif di sekelilingnya.

“Can i meet Erfan?” Batresya mulai berlagak tidak terkesan langsung dengan sindiran wanita ini. Ada sesuatu yang tidak kena dengan diri Fareda. Pandangan tajamnya amat menusuk kalbu.

Erfan tiada di rumah.” Fareda layan acuh tak acuh sahaja akan kedatangan bekas bakal tunang tak jadi Erfan dulu ini. Fareda masih lagi mengingati akan wajah dia tu dengan jelas sekali.

“Hey perempuan, kau jangan nak kelentongkan aku lah. Batresya tahu Erfan ada di dalam. Baik kau benarkan Batresya masuk sebelum wajah kau di tapak kakiku!” gertak Batresya kepada perempuan mentah ini. Ada hati nak halang aku jumpa dengan Erfan.

“Cubalah kalu berani. Jika kau wajahku di kakimu. Aku pula, pelempangku di pipimu? Nak try ker?” ajuknya akan kata-kata Batresya dan mengugutnya kembali.

Lengan disisingkan ke tahap siku. Fareda sudah bersedia dan Batresya pun sama. Keduanya saling tak mahu mengalah. Dua-duanya kepala angin, kepala masuk air katakan.

One.. Two..Three.. the show the rocker is on!

“Serang!!!

“Attack now!”

Keduanya bergelut sesama sendiri di ruang tamu. Masing-masing tak mahu mengalah. Wajah yang dah lebam-lebam itu langsung tidak dihiraukan. Yang penting, dalam hati ini berasa puas!

“Sakitlah siot!”

“Kau tu yang gila nak balik pada Erfa. Erfan dah benci kat kau. Kau buat apa tunjukkan lagi muka tu kat sini. Pergi kau dari sini!” Fareda membalas dengan menarik rambut mengerbang milik Batresya.

“Erfan tu..aku yang pun..” belum sempat ayat itu dihabiskan oleh Fareda, ada satu suara kasar dari ruangan atas. Keduanya saling mendonggakkan kepala. Alamak. Sarang tebuan sudah terlepas.

“Woiii!! Apa yang bising-bising kat bawah ni?” teriak satu suara dengan lantang dari atas. Fareda yang berada di belakang Batresya terhenti mahu menarik anak rambut keperangan Batresya ini. Begitu jua dengan Batresya yang mahu menunjal dahi Fareda dengan remote Astro.

“Alamak..memang kami berdua akan wak kena laa beb!” ujar Fareda dalam diam dan menundukkan wajahnya. Batresya pula berlagak ayu walaupun rambutnya sudah kusut masai dikerjakan oleh Fareda. Ganas jua si Fareda ini.

Bersambung...

Like it? Fareda dan Batresya sudah bertemu..

Agak2, apakah reaksi anda semua ya..heheh..

Like it? J

1 comment:

Aida Sherry said...

ermmm...xsabar nak tunggu n3 seterusnya... apa terjadi ngan 2 org perempuan penyibuk ni... padan jugak ngan erfan coz sanggup buat begitu pada e-an..

Nuffnang Ads