Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Saturday, October 1, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 23

Minah Kampung, Encik Bandar 23

Bab 23




Air mata lelakinya jatuh berguguran di tanah perkuburan ini. Kian ditegah dan ditahan, namun air mata ini tetap degil mahu mengalir dari kelopak matanya. Hidung mulai sememeh dengan air hidung yang mahu merembes keluar. Tak macholah la kalu lelaki menangis.

Bersemadilah dengan tenang. Semua amalan si mati akan dihisab di alam yang kekal abadi. Mengapa ini yang harus terjadi. Seth Mihir memegang erat batu nisan ini. “Kenapa sebegini singkat pertemuan kita? Cepatnya dia dijemput oleh Pencipta-Nya.!”

Ada tangan yang menyentuh bahu Mihir. Mihir segera mengelap air mata ini agar kesedihannya berkurangan. Sesungguhnya insan ini terlalu bermakna dalam jiwanya dan jua hidupnya. Dialah pelengkap hidupku.

“Usah ditangisi yang telah pergi. Hanya sedekahkan apa yang sepatutnya agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman!” ujar si jejaka berkumis nipis ini, PA nya.

“Mihir faham. Tapi, hati Mihir terlalu sukar nak lepaskannya. Semuanya terlalu mendadak terjadi. Mihir buntu. Mihir amat sayangkannya. Tiada yang lain dapat menggantikan tempatnya!” suara Mihir kian lirih dalam bahasa Inggerisnya.

“Mihir kena lepaskannya pergi jua. Yang mati takkan hidup kembali. Hanya kenangan sahaja yang akan menemani kita dalam mengingatinya.” PA nya menenangkan dirinya.

“E-an..” Mihir berkata sayu. Semoga roh si mati akan ditempatkan di kalangan orang beriman. Mihir mulai bangkit dan menyiram tanah perkuburan yang masih merah ini. Bunga-bunga ditaburkan di atas pusara ini.

Selamat tinggal dan semoga bersemadi dengan tenang di alam sana. Walaupun jasad sudah kaku, namun ingatan ini akan tetap mengingati semua kenangan kita berdua.

Mihir kembali sedih, sukarnya berpisah dengan insan yang disayangi dengan sepenuh hati ini. Hanya satu nama dalam hatinya. Dia yang awal dan tiada terakhirnya.

Air siraman ini mulai bertukar tangan. Firdaus pun sama menyiram tanah pusara ini dan menyedekahkan Al-Fatihah buat si mati. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Firdaus akan kenang sampai mati akan semua pengorbanannya ini.

“Mihir, jangan lupa ada kenduri tahlil untuk arwah. Jemput datang ke rumah ya!” Firdaus memaklumkan kepada Mihir. Mihir mengangguk perlahan. Ibu dan ayah E-an pun sama turut menyedekahkan Al-Fatihah buat si arwah. Terima kasih atas segalanya. Semoga semua berjalan dengan lancar disoal siasat oleh malaikat Mungkar dan Nakir.

Sayup-sayup bayangan orang meninggalkan tanah perkuburan ini. Hanya tinggal Mihir, PA nya, Firdaus serta kaum kerabat yang mengenali si mati. Terasa baru sekejap sahaja kami semua berdampingan dengan si arwah. Kini, hanya batu nisan sahaja pengganti dirinya.

“Mihir, jom balik!” Firdaus mempelawanya. Ibu dan ayah sudah bergerak ke kereta.

“Please give me some time. I want to be here!”

“As you wish!” kami semua meninggalkan Mihir bersendirian di pusara arwah dan bergerak menuju ke kereta. Sesekali Firdaus berpaling ke belakang. Mihir sangat sayangkan arwah. Kalau tidak, bagaimana Mihir sangat menentang akan keputusan arwah semasa di hospital.

Firdaus hanya mampu berdoa agar Mihir tabah menerima dugaan ini. hanyalah si arwah yang menjadi tulang belakang dalam hidupnya. Kepemergiaannya telah memberikan satu tamparan yang cukup hebat buat Mihir.

Mihir, bersabarlah! Akan ada bidadari yang lain akan menggantikan yang telah pergi. Percayalah, Tuhan takkan memberikan dugaan yang hebat bagi hamba-Nya. Dia hanya mahu menguji kesabaran dan keimanan kita sahaja dalam mengingatinya.

Dari jauh, Erfan mengintai dari celah pokok. “Maafkan Erfan, sayang. Erfan memang tak layak mendapatkan kemaafan dari pada dirimu. Jika ini yang telah tersurat dalam perjalanan takdir cinta kita berdua, Erfan rela.” Sahut hatinya dengan linangan air mata.

“Sabarlah Erfan! Allah lebih sayangkanya. Tu yang dia dijemput lebih awal dari kita. Ingatlah dan ambillah pedoman atas apa yang telah terjadi. Tentunya ada hikmah yang terselindung di sebalik semua dugaan ini!” Borhan menepuk bahu Erfan.

“Tapi, aku banyak buat salah dengannya. Aku tuduh dia macam-macam. Aku cepat menjatuhkan hukuman tanpa mendengari penjelasannya. Aku khilaf dalam mengenali cinta E-an!”

“Kau memang bersalah. Bersalah meletakkan kesalahan semuanya pada E-an. Sepatutnya, kau dengari dulu apa yang sebenarnya dah terjadi. Sorry to say lah, E-an bukan perempuan yang sebarangan cakap. Sekali E-an cakap E-an takkan menerima kau, E-an akan kotakan janjinya. Tu jer yang kau perlu ingat dalam kepala otak kau tu!” Borhan berkata sedemikian untuk menyedarkan Erfan dari terus terlena.

“E-an cinta matiku. E-an jua adalah segalanya buat aku. E-an pelengkap hidupku!”

“Tapi kenapa kau tak fikirkan semua ni masa kau tolak dia keluar dari rumah kau? Kau halau dia macam anjing kurap, kau lukakan hatinya dan siatkan perasaannya dengan berikan luka di dahinya? Di manakah nilai cinta kau padanya?”

Erfan menunduk sayu. Kenangan pahit di malam tu amatlah mengelisahkan jiwanya. Runtuh semua keyakinan dalam hatinya untuk menggapai hati dan cinta dari E-an. Masih teringat kembali akan setiap detik rayuan dan rintihan dari E-an. Ya Allah, apa yang aku dah lakukan ni?

“Kenapa diam? Kau dah tergigit lidah dengan perbuatan kau sendiri kan. Kau ni tak layak lagi bercinta. Kau hanya nak E-an jadi hamba mainan cinta kau sahaja. Kau bukannya cintakan E-an. Kau Cuma nak kawal E-an agar tidak berdiri satu barisan dengan kau, kan? Aku kenal kau dari masa sekolah lagilah!” Borhan mulai merasa bosan dengan sikap egois Erfan. Borhan mengeluh kehampaan.

“Aku..aku..”Erfan bagaikan kehilangan kata-kata. Borhan yang selama ini selalu berdiri di belakangnya mulai membangkang dirinya. Adakah Erfan benar-benar dimaksudkannya?

“Sudahlah, aku sebagai kawan baik kau ni dah naik meluat dengan sikap panas baran kau. Dari dulu sampai sekarang, kau masih di taklukkan yang sama. Kau tetap nak pertahankan ego kau yang setinggi langit. Tak salah kalau kita merendah diri. Ego takkan jatuh!”

“Borhan, aku tahu aku salah. Aku terlalu takut menjadi seorang yang loser. Am I a bad person in your eyes?”

“Actually in my oponion, that right!” Borhan mengiakan kata-kata Erfan. Erfan perlu disedarkan akan setiap kesalahannya.

What have I done?”

Perbaikilah sikap panas baran tu. Jangan terlalu ego dan amalkan merendah diri.”

“Thank you my friend!”

“Aku harap kau tak ambil hati akan kata-kata kasar aku tadi. aku hanya nak kau sedar yang kau masih boleh berubah! Aku yakin kalau kau berusaha, E-an akan kembali menjadi milik kau jua. Berdoalah pada Yang Maha Esa. Kau masih belum terlambat!” Borhan menyampaikan kata-kata semangat bagi Erfan yang kian merundum malang.

*********************************

Kenduri tahlil buat si arwah dibuat di rumah kediaman Firdaus. Agak ramai jua yang datang ke kenduri ini. Mihir jua sudi datang dalam memberikan sedikit dorongan dalam kenduri ini.

Bacaan surah Yassin kian berkumandang di segenap ruang tamu. Mihir hanya menundukkan kepala tanda hormat akan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nur Karim. Hatinya begitu tersentuh dengan alunan ayat suci ini. sungguh indah sekali alunan ayat-ayat ini.

Islam ini indah. Penganutnya jua tidak memaksa dan jua dipaksa dalam menganuti agama Islam.

Seperti tafsiran yang terkandung dalam ayat-ayat suci Yasin dari ayat 1- ayat 11 yang berbunyi dan boleh kita hayati bersama-sama akan tafsiran ini dalam bahasa Melayu:

Yaa, siin.” [Ayat 1, surah Yassin]

“Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,” [Ayat 2, surah Yassin]

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutuskan,” [Ayat 3, surah Yassin]

“Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam) [Ayat 4, surah Yassin]

“Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,” [Ayat 5, surah Yassin]

“Supaya engkau memberikan peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.” [Ayat 6, surah Yassin]

“Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakkan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.” [Ayat 7, surah Yassin]

“Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.” [Ayat 8, surah Yassin]

“Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat.) lalu, Kami tutupkan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)” [Ayat 9, surah Yassin]

“Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya- mereka tidak akan beriman.” [Ayat 10, surah Yassin]

“ Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berikanlah kepadanya berita mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia,” [Ayat 11, surah Yassin]

Mihir mendengar dengan penuh khusyuk sekali akan penerangan ayat ini yang diberitahu oleh ustaz yang dijemput hadir ke kenduri tahlil ini. Alangkah indahnya Islam. Beruntung sekali si arwah yang telah mendapat cahaya petunjuk ke jalan yang benar di sisi Allah S.W.T.

Hati kecilnya berdenyut aneh. Apakah petanda ini? Mihir kehairanan namun diabaikan sahaja rasa ini dan mulai menghayati bait-bait ayat suci Al-Quran ini.

“Mihir?” sapa satu suara kecil. Dipalingnya sekilas, seraut wajah bersih Edriz menyapa matanya.

“Edric? Kau di sini? Dah lama kau ada di sini?” soal Mihir dengan berkata dalam bahasa Inggerisnya. Mihir rasa teruja dapat bertemu kembali dengan adik kesayangannya ini. Dalam hatinya mahu berteriak sahaja.

“Mihir, abangku. Edric sayangkan abang sangat-sangat. Edric tak mahu abang bersedih lagi. Kita sudah terpisah lama, setiap detik Edric selalu kenangkan abang. Edric selalu berdoa agar Edric berpeluang bertemu kembali dengan abang demi satu janji. Edric kini sudah memeluk agama Islam. Seorang gadis yang cukup solehah banyak berikan tunjuk ajar pada Edric semasa Edric terkapai-kapai dalam mencari tujuan hidup! Dia berikan sinar baru dalam jiwa dan naluri Edric!”

Sambung Edric lagi dalam wajah yang penuh berseri-seri. Bagaikan ada cahaya yang menghiasi wajahnya, “Edric pinta sangat agar abang sudi memperisterikan gadis tu demi janji Edric ni. edric mahu abang menikahi wanita tu demi kasih sayang abang pada Edric!”

“Siapakah wanita yang berhati mulia tu, Edric?” soal Mihir dengan penuh perhatiannya.

“Nur Luv Izyan!” jawab Edric pendek dan mengundangkan rasa di hati Mihir. “E-an adalah wanita yang Edric maksudkan?” soalnya meminta kepastian yang pasti dan nyata.

“Ya, dialah wanita tu. Janji dengan Edric, abang akan menikahinya dan memberikan sepenuh kasih sayang abang kepadanya. Hati Edric sudah menjadi miliknya. Hati Edric akan selalu berdegup dalam dirinya. E-an berhak mendapatkan lelaki yang baik-baik. Janji dengan Edric, abang!”

Mihir terdiam. Permintaan itu terlalu berat untuknya bersetuju. Edric faham aakn kebisuaan ini. Edric tak mahu jua memaksa. Biarlah Tuhan akan menentukan segala-Nya. Mudah-mudahan segalanya berjalan mengikuti perjalanan takdir.

“Edric, nak ke mana?” soal Mihir apabila wajah Edric kian menghilang dari pandangan matanya. Masih belum puas dalam dirinya berbicara dengan Edric.

“Edric terpaksa pergi abang. Dunia kita sudah berbeza. Dunia kita dah lain. Abang banyakkan bersabar dan sedekahkan Al-Fatihah buat Edric di sana. Kita akan bertemu kembali di padang Mahrsyar. Izinkan Edric pergi dan redhakan pemergian Edric. Edric pasrah!” terus bayangan kabus wajah bayang-bayang Edric menghilang.

“Edric..Edric!! jangan pergi tinggalkan abang!!” laungnya sekuat hati dan mulai bangun untuk mengejari Edric yang kian menjauh. Edric, kenapa cepat sangat dikau pergi?

“Edricccc!!!!” laung Mihir dengan sekuat hati dan rebah di kaki bumi. Sedu-sedan menghuni hatinya.

“Mihir...Mihir?” satu suara menyapa dan terasa pipinya ditepuk perlahan. Mihir segera membukakan matanya dan melihat ramai orang sedang mengerumuninya.

“Sedar jua. Syukurlah!” ujar pak ustaz dan beberapa ahli jemaah masjid yang ada di sini. Firdaus pantas duduk di sebelah Mihir.

“What is going on?” soal Mihir dalam terpinga-pinga dan mengelap air renjisan yang ada di wajahnya.

“Mihir pengsan dan meracau-racau panggil nama Arwah.” Ujar Firdaus yang berada di sebelahnya.

“No. I already meet him. He is not died!” Mihir masih belum menerima kematian adik kesayangannya ini. Baginya, Edric masih hidup. Edric baru sahaja datang menemuinya dan berbual dengannya. Sebelum puas Mihir berbicara lebih lanjut, Edric menghilang diri.

“Mihir, Edric is died!” yakin Firdaus akan kenyataan ini.

“No!!!” Mihir masih dalam trauma akibat kematian Edric dalam pembedahan itu. Edric mengalami komplikasi pembekuan darah dalam badannya dan bernafas dengan kencang.

Para doktor berusaha menyelamatkan dan menghentikan pendarahan ini. namun, apalah daya usaha seorang manusia yang takkan dapat menghalang ketentuan takdir. Akhirnya, Edric meninggal dunia.

Edric is really died?” Mihir bertanya sayu dan berdebar-debar menantikan jawapan ini. Mihir berharap sangat yang ini semuanya adalah mimpi ngeri baginya. Tolong lah katakan yang ini adalah satu mimpi, akan segera Mihir bangun dari mimpi ini.

“Yes!!” sahut satu rumah ini dan Seth Mihir jatuh pengsan di saat itu jua. Pandangannya menjadi kabur dan kelam sekelam kotak hatinya yang perit sekali menerima berita ini.



Bersambung...

Diharapkan pembaca like bab 23 ni..

Like it dan ekspresikan perasaan anda tentang bab 23 ni...

Like it? J

6 comments:

zura asyfar said...

erk! memula ingt e-an mati tp bile fikir balik takkan heroin lak yg mati kan...

miss desouleater said...

next....cpat nih mtk..pdhal x smpai 10 minit update...

aku_slamber said...

Zura Asyfar : heheh...memang betulkan, takkan heroin nak mati kan..ni kan ceritanya..heeh..pandai jua ya adik fikirkannya...


Miss Desouleater : botaklah idea akak ayu ya nak update ya...hehehh...hope bab 23 ni memuaskan adik ya...tq sudi komen dan ekspresikan perasaan adik...

Aida Nadia said...

ishh...buat suspen jew...mati2 ingt e-an yg mati td...hehe...anywy good job kak..!!

miss desouleater said...

thukn spe sye?

aku_slamber said...

Aida Nadia : menjadi ya bab suspen ni ya bagi yang mengikuti MKEB ni kan..semuanya ingat e-an yang mati. semoga masih setia lagi menantikan MKEB ni yaa dalam bab seterusnya...

Miss Desouleater : Akak ayu tak berapa cam adik. sorry ek. mybe adik boleh tolong perkenalkan ek. kak ayu ni pelupa kit (al maklumlah selalu ngat beramah mesra dengan orang asing)heheheh...

Nuffnang Ads