Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Tuesday, October 25, 2011

Jom Kita Ber...



Cerpen pendek spintas lalu




"Jom!"

"Nak ke mana pulak ni?" soal diriku dengan seribu hairan dalam keningnya. Ilyz itu memang suka sangat buat apa-apa dengan mendadak. Kalaulah Lue ada kerja ker, tak ker haru biru nak aturkan masa.

"Jomlah cepat!"

"Tahu nak cepat, tapi nak ke mana?" aku masih ingin tahu lagi ke mana nak perginya. Ayam A&W ditiup perlahan-lahan agar tidak melecurkan lidahku. Ilys pula duk sibuk pegang Choki-Choki. Nak sikit. Nak taruk atas ayam itu.

"Cepatlah makan ayam tu. Nanti Ilyz bagitahu!"

Wajahku mulai masam 14 juta kali. Geram dengan dia tu lah. Dahlah janji nak makan ayam kat A&w ni, Tup-tup nak cepat ajer. Entah apalah yang nak dikejarinya itulah. Ilyz tatap diriku tajam. Aku terasa lain. Kenapa pulak dengan renungannya kali ini?

"Kenapa pandang Lue macam tu? Ada apa-apa ker kat wajah ni?" soal aku dengan mengambil tisu dan lapkan.

"Eh, jangan lap. Rupanya hidung kau pun hodoh ek? Semua wajah kau hodoh!" ujarnya spontan.

"Apa? Cuba ulang balik?"

"Laa..tak korek telinga ker semalam?" berdolak dalih lagi Ilyz dengan aku. Angin aku dah kus-kus mati ini. Kang ader jer yang ayam terbang kat A&W tu. Sampai hati Ilyz cakap wajah aku hodoh. Hodoh sangatkah aku dari kaca matanya?

"Merajuklah laa tuu.. Cuba kau tatap wajah kau. Memang hodoh sangat-sangat!" ujarnya lagi dan menghulurkan cermin. Aku tarik kasar cermin tu. Mana ada cermin pun, yang ada hanyalah satu benda yang kosong.

"Kau tipu aku kan?"

"Mana ada, betul apa. Ok, apa yang kau nampak kat benda yang aku kasi tadi tu?" soal Ilyz lagi. Aku kerut dahi. Aku tatap balik. Hanya nampak dirinya.

"Aku nampak kau adalah!"

"So,?"

"So apa nya lagi. Aku bukannya nampak diri aku pun dalam benda kau. Aku hanya nampak kau sorang ajer!" jelasku sekali lagi dan tatap wajahnya tajam. Ilyz tersenyum. Itulah jawapan yang selama itu ditunggu olehnya. Ilyz tersenyum lebar.

"Thank you!"

"Arghh...???"

"Terima kasih kerana berikan jawapan yang dah lama nak dengar!"

"Boleh tak kau berikan jawapan atas soalan kau tu. Aku ni memang jenis blurr tahap 10!" perliku dan bangun ingin lari darinya. Ilyz tangkap tanganku. Aku terpana. Apa yang merasuk badan Ilyz itu?

Ilys bangun dan berdiri setentang dengan diriku. Dia usap pipi Lue dan tersenyum manis.

"Terima kasih kerana izinkan Ilyz menghuni dalam hati Lue. Terima kasih jua kerana sudi berkawan dengan Ilyz walaupun kita berkenal dalam masa yang singkat. Terima kasih jua sudi berkongsi suka duka dengan Ilyz. Ilyz tahu yang Ilyz ni banyak kekurangan. Terima kasih, sayang. terimalah Ilyz. I Love You (ILY), tu adalah nama samaran yang Zhad berikan kepada Lue."

Lue terpana dengan luahan itu. Jadi selama itu namanya bukannya ILYZ? tapi Zhad? Zat besi ker? Lue tatap wajahnya. Ada sinar dalam air matanya. Zhad menangis?

"Kenapa ni??"

"Tak sangka yang Zhad dah jumpa insan yang Zhad cari selama ni."

"Sapa dia?"

Zhad pantas ciut hidungku. Aku mengaduh kesakitan. "Sakitlah!"

"Alolololo...dah cakap merepek lagi. Zhad benar-benar dah terjatuh hati dengan Lue. Ni lah masanya. Kita bergerak ke satu hubungan yang serius. Lue, can be my love?"

"No!"

Zhad berubah rupa. Cinta ditolak. Kenapa? Dahinya sudah berkerut seribu. Manakala aku pula sedang menahan rasa. Rasa ingin membuli diri Zhad.

"Kenapa?"

"Sebab memo!" sengaja dikeluarkan satu nama yang asing bagi Zhad. Ya Allah, kalaulah si Zhad ni pun blurr macam aku, gamatlah hubungan cinta kami berdua nanti.

"Memo? Siapa tu?" Memo mana pulak ni?

"Zhad boleh ker tumpang kasih dengan Memo?" disoalkan kembali soalan baginya. Keningku terangkat kecil. Aku pasti sekarang itu Zhad berada dalam DILEMA. Dilema kerana terasa dirinya sedang diduakan oleh 'Memo'.

"Tumpang kasih? Lue dah ada yang punya ker sebelum ni?"

Aku angguk perlahan-lahan. Zhad jadi sedih. Pegangan tangannya mulai longgar. Cintanya kena tolak. Aduh, rasa nak terjun kolam air cetek ajer itulah. Lue tersenyum manis. Itu tandanya kini hanya nama Lue ada di dalam hati Zhad. Zhad hampa dan menundukkan kepalanya.

"Ni Memo!" keluar aku sesuatu benda dari beg galas. Memo dilayangkan ke wajahnya. Anak patung Spangebob mini ditunjukkan padanya. "Mulai sekarang Memo duk dengan Zhad ya. Ni lah Memo milik lue. Lue dah berjanji, sekiranya Lue dah jumpa orang yang berhak atas Memo, Memo akan bertukar tuan."

"Lue....." Suara geram Zhad dah keluar. Kang dah kena wakenabeb dengan Lue. Padan muka. Memo itu diberikan kepada Zhad. Zhad menyambut Memo yang disangka kekasih lelaki Lue tadi. "Ohh, nilah Memo ya..Hai memo. Saya ni tuan baru kamu!" beramah mesra pula si Zhad dengan memo aku ni. Tak suka tau, pi suka manja-manjalah...

"Nakalnya tau!"

Zhad megerutu lagi lalu kenyitkan mata, ?"Jom kita!" Memo dipeluk erat dan tanganku digapai perlahan-lahan. Aku tarik tanganku. Malu pulak duk wat drama swasta di A&W inilah. Aku duduk kembali di meja makan. Zhad pun sama.

"Malaslah, asyik jom ajer. Kita nak ke mana?" Aku tarik lagi wajah masam. Kali ni Onion Ring pula disumbatkan ke dalam mulutku. Di tangan kiriku, ada choki-choki.

"Jomlah...!"

"Jom ke mana?"

"Jom kita ber'cinta', ber' kasih sayang' dan terutamanya ber' Gomo' !" ujarnya lalu mendapat hadiah cubitan maha berbisa di lengannya. Suka tau main-mainkan aku.

"Boleh ker?? Tak takut Memo marah?" muncungku panjang sedepa kepada anak patung mini itu. Zhad tergelak lepas. Ni? nak jeles? No way laa...

"Memo marah ker lau abang Zhad dan akak Lue bercinta?" dimimingkan suaranya ala-ala shincan. Aku tergelak kecil. Nak jua tahu jawapan dari Memo.

"Memo jawap apa?"

Shuuuuu...Ni jawapan Memo..

"Jom kita Ber..." kamu semua sambunglah sendiri ya jawapan dari Memo itu.

Yang pasti, cinta Lue sudah bertemu jua dengan ILYZ.. Yang pasti kini Lue sangat-sangat cintakan Zhad. Sumpah dari hati. Jadi antara takdir dan Pilihan...Pilihan Lue tetap Zhad kerana Memo dah bersama dengan Zhad..so, Lue akan dapat 2 in 1 laa....

Ingin sahaja Lue luahkan yang I Love You..Zhad berjuta-juta kali...Zhad tersenyum manis dan sama-sama tenggelam dalam meraih cinta sesama sendiri..Jodohnya dah sampai. So, lepas ni berkepuk-kepuk kompanglah di Kampung aku. Nasi minyak, I'm coming..

"Sayang..Jom KITA BER'CINTA'.." kata-kata Zhad menusuk masuk dalam kalbu dan Lue hanya mampu menunduk. Malunya nak jawap Ya..



**********************************************************************


P/S: Cerpen ini hanyalah rekaan semata-mata dari khayalan ayu hari ini saat lihat gambar cute itu. Ayu tegaskan kat sini, cerita Lue dan Zhad ni tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang mati. Cerita ni datang sepintas lalu dek ilham dari gambar tu jua. Ayu TEGASKAN ..idea datang spontan, jari pun layan jer pulak...so, enjoy ya cerpen baru ayu ni..


ikhlas dari Ayu....
25/10/2011.. 1.18pm


2 comments:

missdesouleater said...

waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh...hehe..UPSB...kak ayu sempat lagi buat komen...biasa la kan..di sebalik gambar ada satu cerita dan lagu...chewaahh...*bapak skima...

Anonymous said...

mengapa tidak:)

Nuffnang Ads