Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Wednesday, October 26, 2011

Dia kah Yang Aku Nantikan?


Prolog Diakah yang Aku Nantikan?


SCENE 1:


"Saya ker?"

Teruna menjawab: "Sure ker kamu orangnya?"

Jejaka itu tergelak kecil. Dek kerana risalah itulah yang buatkan gadis itu glamour. Aduhai, itu semua salah si Pya laa...Suka sangat sebarkan cover risalah yang aku buat sendiri tau. Geramnya aku. Sudah, kang dah kena jelaskan hal sebenarnya..

"Encik-tak-tahu-apa-nama, saya dah cakap banyak kali yang ni semuanya salah faham. Kawan saya tu jenis tak betul orangnya. Suis dalam kepalanya dah tercabut."

"Nonsense, kalau bukan saya dalam risalah tu.. masakan kamu ada gambar peribadi saya?" tegasnya lagi dan menunjukkan risalah gambar dalam versi cetak.

Pening. Aku pening melayani lelaki di alam nyata itu. Baik aku lebih rela melayani lelaki di alam maya, konfem takkan sepening itu. Hanya satu jawapannya bagi menyakin lelaki itu. Pya! Dialah penyebab segalanya.

Tanganku menyeluk saku dan mengeluarkan handphoneku. Hanya satu nama berlegar-legar dalam kepalaku kini dan selamanya. Pya.

+Pya..Kau datang sini jua. settlekan masalah ni+ butang send mesej ditekan. Lelaki itu masih lagi tegak di hadapanku. Senyumannya sinis sekali dan sesekali menatap jua wajahnya di dalam cover itu. Hurrmm..boleh tahan kacak jua aku rupanya.

"Encik!" suara itu merdu sekali tapi kenapa wajahnya suram? Dari sinar alis matanya menggambarkan seribu kesunyian, kesepian. Adakah dia orang yang seperti burung dikurung dalam sangkar emas?

"Hurmm..!"

"Saya..s..aa..yaa..bukannya sengaja nak minum kopi gambar encik.."

"Minum kopi?" keningnya bertaut menjadi dua. Aduhai, kenapalah dia tu kacak sangat apabila wujud di alam kenyataan. Kalau dalam gambar pun boleh tergoda dengan renungan matanya, apatah lagi di alam nyata.

Dup dap! dup dap! jantungku berbunyi..ada seseorang dalam bahaya..apa yang penting..

"Ehh...tercopy gambar encik. Tu sebenarnya design saya sendiri di masa kebosanan. Tak sangka pula kawan saya tersalah ambil dan sebarkan di internet. Saya mintak dia uploadkan gambar yang lain." jelasku dengan panjang lebar.

"Jadi awak memang sengajalah 'minum kopi' gambar saya tu?"

"Taa..kkk.."

"Kiranya awak ni dah cerobohi hak asasi gambar peribadi saya tau! Saya ada hak nak saman awak tau!!" risalah itu dilayang-layangkan ke udara. Hatinya seolah ingin mengusik perempuan berwajah manis itu. Comelnya dia. Berbeza sekali dengan mana-mana wanita yang pernah dia kenali sebelum itu.

"Saman saya?"

"Ya, lau saya saman 1 juta, boleh?" Agaknya lagi dan tergelak besar dalam hati. Entah kenapa dari pandangan mata yang pertama, dia sudah terjatuh hati. Inikah dinamakan jatuh cinta pandang pertama. Rupanya memang wujud perasaan itu.

"Matilah saya macam tu! Mati tertegak tau encik. Encik ni memang Fussy!" kutukku semahuku. Rasanya tanganku ringan sahaja nak ambil kasutku saiz 7 dan ketuk-ketuk ke wajahnya itu. Dasar pembelit.

"So, see you in court!" senyumannya makin lebar dan tanganku jua makin ringan nak ketuk kepala dia dengan kasut tumit tinggi itu.








P/S : Idea spontan masa create cover ni dan Ayu fikirkan..ada tak lelaki sebegini yang sebegitu cerewet sekali apabila tahu yang ada perempuan lain menyalahgunakan gambar peribadi mereka untuk tujuan suka-suka. Ada tak begitu? Mintaklah takder kan, lau tak Ayu pula disamannya 1 Juta. Bapak mahal.. hehehehhe....

Mungkin ni akan wat cerpen/ e-novel. Bergantung pada masa lapang Ayu...hehehh...

No comments:

Nuffnang Ads