Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Wednesday, December 10, 2014

Temu Janji Cinta 10

Temu  Janji  Cinta  10
Bab 10

"Apa yang telah terjadi sebenar-sebenarnya ni?" bagaikan tidak  terkeluar sahaja kata-kata  daripada  bibir Asmira. Mana tidaknya, hampir penuh  satu  mulut, dia  dan  Kaseh  saling  mengunyah  akan  kerepok lekor yang baru dibawa datang dari Terengganu.

Kaseh  kian  laju  mencicah sos kerepok itu dan mengunyahnya perlahan-lahan. Mahu menikmati keenakannya. Rasanya sudah lama dia tidak balik ke kampung. Inilah masanya untuk balik seketika, rehatkan otak dah mereng itu. Pening..pening..

"Apa?" marah Kaseh apabila tangannya  kena  hempuk  dengan kerepok lekor yang masih panas. Boleh melecur tangan  itee tahu!. Ish.. ganaslah si  kezzen Kaseh  yang  diimport  dari Terengganu, Asmira.

"Kau jangan nak mengadalah  mahu  mengelak  dari  bercerita!. Aku ni tetap akan korek rahsia  selagi aku hendak  tahu  semua  tentang  dia! Cerita sekarang juga!"desak Asmira Binti Embong. Wajarlah minah itu digelar minah kepoh.com  di  kalangan  kezzen  kami. Memang  kepoh  terlebih  pun!!

"Kejap la. Kasilah peluang perut aku ni merasa nak makan kerepok dulu!"

"Ok, just 5 second!"

"Kau nak aku mati tercekik ker? Kan,  nanti  besok   harinya  akan  keluar tajuk utama 'Perempuan ayu mati tercekik kerana makan kerepok lekor dari Terengganu'," seloroh  Kaseh  dalam  menikmati  keenakkan  makanan  kegemaran  anak  jati  Terengganu.

Asmira tergelak laju. Boleh  tahan  munasabah juga  idea  itu. "Ok jugak. Tentunya vogue aku kan dapat masuk surat  khabar  Harian Metro. Surat khabar 1 Malaysia tu. Tentunya mak ayah aku bangga kan, wajahnya anaknya terpampang di muka depan! Mestilah  aku mahu  seandainya  kalau  berita  itu  boleh buatkan  aku  jadi  popular dengan  cepat!"

Lantas, pinggan kerepok itu  diangkat dan diacah-acah mahu  disua-suakan kepada Kaseh. Takut-takut wajah Kaseh dengan tindakan berani mati Asmira itu. Asmira   itu adakah  sedang  bergurau  ataupun sekadar coobaaannn?

"Kau jangan main-main. Ingat nyawa aku ni ada jual kat pasar ker? Aku ni belum pun sempat nak kahwin lagi. Takkan nak mati muda kot?"

"Tahu gabra!" Asmira  tersengih  panjang.  Tahu  takut!  Bagi  lagi  idea  karut  begitu.

"Kau...memang tak sayang nyawa, ya!" laju sahaja Kaseh bangkit menuju ke arahnya. Asmira segera mengelakkan diri dan berlari mengejarinya. Air yang ada dalam baldi itu di angkat pantas oleh Kaseh.

"Oh, tidak!!! Lari, ada bomba kat sini! Selamatkan diri dan nyawa anda!" Asmira mulai bergerak ke luar dan pintu terbuka luas. Kaseh masih lagi dengan  air baldinya.  Dia  langsung  tidak hiraukan   akan apa akan diperkatakan oleh jirannya nanti.

"Mira, dont ever you dare go outside."

"No, kau ingat aku tak berani ker?" dijelirkan lidahnya kepada Kaseh. Apa lagi, kian rancak Kaseh mengejarinya. Macam main polis-polis sahaja  ragam  mereka  berdua.

Bunyi loceng yang kedengaran bertalu-talu  ditekan  dari  pagar  luar.  Mereka  berdua  hanya  mengabaikan sahaja  bunyi  itu . Bagi  mereka, ada lagi yang lebih penting  yakni  kerjakan Asmira Embong!!!!

Kelihatan Asmira mulai keletihan dan sedang duduk bertengkek di tepi pintu. Dengan langkah perlahan, Kaseh berjalan menuju ke arahnya. 1..2..3.. GO!!!!

"Arghhh!!!!!!" Mira  terjerit  lantang.  Dia  tidak  menyangka  yang Kaseh  begitu  tekad  mahu membasahkan  dirinya.  Bertuah  punya  sepupu!! Dasar  otak  bela  tenuk  betullah.  Ada  sahaja  mahu  perdajjal  orang. Nakal!

"ARGHHH!!!!" Kali  ini  giliran  Kaseh  pula menjerit. Mira  terpana,  rasanya  dia  tiada  pun  membalas  apa-apa  pun  pada  Kaseh.  Bagaimana  Kaseh  boleh  menjerit  sebegitu  lantang  sekali? Tak  sangka  Kaseh akan bertindak balas.

"Penyamun!!!!" Kaseh  dan  Mira  saling berteriak bak tsunami melanda.

"Kenapa datang sini?"  soal  Kaseh  spontan.  Dia  sudah  bersedia hendak  pasang  taekwando  bagi  mempertahankan  diri  daripada  penyamun yang  tidak  diundang  itu.  Sejak  bila  penyamun  itu  ada  di  ruang  tamu  itu?

"Kenapa awak simbahkan saya dengan air kotor tu?"

"Kenapa? Siapa lelaki ni?" Asmira  bertanya  kepada  Kaseh. Ketiga-tiga saling menyoal. Entah siapalah hendak menjawabnya.

Kaseh pandang Asmira. Asmira pandang Kaseh dan lelaki itu. Manakala lelaki asing itu bagaikan  sedang  menagih jawapan daripada Kaseh yang sedang leka pegang baldi biru.

"Kenapa simbah saya dengan air sisa tu?" mak aii..ayat, tak boleh blah!!!

"Kenapa datang sini?" Kaseh ulangi kembali soalannya. Asmira sudah kaku dengan bicara mereka berdua. Bunyi macam saling mengenali. Who is he? Aka penyamun itu?

"Mana encik tahu lokasi rumah saya ni?"

Asmira mulai menarik anak baju Kaseh dan meminta kepastian. Naik kematu otaknya memikir siapakah  sebenarnya  lelaki penyamun  itu. Tolonglah leraikan kekusutan para pembaca. Malas sudah hendak bersoal jawab.

"My boss!" pendek dan padat jawapan Kaseh.

"BMW?" satu  nama  singgah  di  benak  fikiran  Asmira.  Masakan  lelaki  inilah  majikan  yang  selalu  Kaseh  rungutkan  saban  hari.  Kenapalah Kaseh  tidak  pernah  beritahu  bahawa  majikannya  itu  adalah  wajah  sebiji  seperti  Baim Wong?

Kaseh menganggukkan kepalanya.

"Wow..Hai..salam kenal. Saya Nur Asmira Embong. Just call me, Mira!" hulurnya salam kenal dengan berlapik kertas surat khabar yang entah di mana cilup nya. Ada sahaja  akalan si  kezzen . Tahulah kau itu peminat setia Baim Wong  jadi,  janganlah terlebih extra gediks kat sini. This is my boss and also my lovely enemy.

"Bakery  Muzairy  William. BMW, My short name!" ujar  dia  dengan tersenyum panjang. Lirikan matanya hanya sekejap singgah pada Asmira.

"Maaf ya kalau pertanyaan saya ni menganggu Encik BMW. Wajah Encik BMW ni memang ada iras Baim Wong ataupun Encik ni ada pertalian saudara dengan Baim Wong? Saya ni memang peminat setia pelakon drama Dewi ini! kacaknya!" sudah mula ayat ulat bul-bul dari Asmira. Siaplah, cairlah nanti. Bernanahlah telinga  Kaseh mendengar omelan  Asmira.

Dan, insan di depan  Kaseh   inilah yang bertanggungjawab akan apa akan terjadi seketika nanti. "Bukanlah, mungkin  kami berdua  hanya  2 orang  pelanduk serupa!" jawab  BMW  secara  penuh  berhemah. Masih dalam mood merendah diri. Sakitnya hati  Kaseh   dengan sessi ramah tamah.

"Kaseh, where are you going?" soal BMW lantang  tatkala  terlihat  Kaseh  mulai  melangkah.

"Dapur, nak beri  Wan makan?"

"Who is Wan?" soal  BMW pantas, ada bau-bau jelous di sini.

"My special boyfriend!" sengaja Kaseh mahu mengusik  BMW. Asmira sudah tergelak  besar. Senang sahaja si Kaseh itu  mengkelentongkan lelaki. Hampir semua juga terpedaya. Kalaulah si Baim Wong Malaysia ini tahu, siapakah sebenarnya Wan itu, takkan ada sedetik pun rasa jeles dalam hatinya.

"Kaseh!!! Repeat  it  again!  Answer my question, honestly!"

"Wan is my special BFF!" tegas  Kaseh  lagi dalam melindungi hal sebenarnya.

"Kasseehhh... jangaann.. Auuuhhhhcooommmm.." tanpa dipinta hidung  BMW  mulai terbersin. Kaseh mengelap sedikit tempias yang mengenai dirinya. Perangai tidak senonoh betullah! Asmira pun sama buat tidak tahu sahaja rungutan Kaseh itu.

"Kamu kena bertanggungjawab!" dengan selamba sahaja BMW merebahkan badannya di sofa empuk Kaseh. Dibiarkan sahaja kebasahan itu meresapi masuk ke dalam sofa empuk  berkenaan.

"Hey, my sofa!! Wake up!!! Basah nanti!"

"No!"

"Yes!"

"No..No.. dan No! A big N.O!!"

Asmira sudah lama beredar, malas mahu menganggu sessi perbincangan hangat  itu. Terasa juga kehangatan arus  kimia  antara mereka berdua. Ada virus H1N1 ker kat sini?

"Encik, bangunlah. Saya tak larat nanti nak jemurkannya. Berat tau sofa ni!"

"No!"

'Geramnya aku. Aku cekik kang. Payah betul lah cakap dengan orang telinga capan ni!' gerutu Kaseh perlahan.

"I can hear that!"

Kaseh menutup rapat bibirnya. 'Aik, peka pula gegendang telinga  BMW. Matilah  Kaseh kali ini! So, better i shut up!' Sekali lagi kena sound, Kaseh tahulah akibatnya. Jangan hendak mengada mencocok sarang tebuan jantan itu. Kalah Aslan The Narnia itu kalau BMW mengaum. Sudahlah isu meeting itu belum surut lagi marahnya. Ditambah lagi dengan yang ini, makin kari berapilah  cap  Alagapas.

"Auuuhhhhcccooooommmm!" makin kuat dia bersin. Dia ini alahan dengan air ker?

"Kejap ya encik. Saya pergi ambik tuala dulu!" pamit Kaseh pergi ke bilik. BMW hanya mahu membenamkan dirinya di sofa empuk itu. Ada wangian yang selalu Kaseh pakaikan di pejabat. Sudah jatuh cintakah dia dengan  pekerjanya  sendiri  sehingga seberani begini  dia  datang ke rumah  Kaseh.

Apa pula alasan hendak dia berikan kepada Kaseh seandainya  Kaseh bertanya. Kaseh itu suka bertanya pelik-pelik. Boleh  terbelit  lidah  BMW  mahu  menjawab  kali ini. Bertambah pening lagi semenjak dia bertembung Kaseh dengan adik tirinya, Zairey yang baru pulang dari England beberapa  hari yang lalu.

Yang paling hairannya, bagaimana  dia  boleh  ada  masa pula pergi bertekak suara dengan  adik tirinya itu. Bernanah jiwa  BMW  melihat air mata Kaseh berderaian kerana lelaki itu. Kalaulah dia tahu yang adik tirinya itu adalah  insan yang Kaseh tertunggu selama ini, dia sanggup mengheret adik tirinya itu datang kembali  kepada Kaseh.

"Kau?" si Zairey tersentak  pada  pertemuan  pertama  mereka  bertiga  di  butik  pakaian. Ingatkan tangan  BMW  sudah  melayangkan  tumbukan sesat ke  wajah  Zairey, tapi  rupa-rupanya  BMW  hanya  berangan  sahaja.  Yelah,  masakan dia  mahu  membongkarkan  rahsia  akan  hubungan  sebenarnya  BMW  bersama  Zairey  di  hadapan  Kaseh. Boleh  terpengsan  Kaseh  dibuatnya  tika  itu  sekiranya   mengetahui  rahsia  terbesar  itu.

"Rie?  Zairey?" Kaseh terkejut.

"Kaseh!" Zairey pun tergamam. Apa yang  Kaseh  Armia buat dekat sini di tengah-tengah kesibukan One Utama shooping complex.

"Kenapa Rie buat Kaseh begini? Apa hubungan Rie dengan si  dia?"

"None of your business!" sombong sekali bicara  Zairey  dengan Kaseh  setelah  lama  tidak  berjumpa.  Apa pulak hubungan Zairey  dengan  wanita  seksi  meksi  di  sebelahnya. Bagaikan ada tarikan kimia yang negatif sedang berlegar di antara kami bertiga. So dangerous..

"Rie!!!"

"Kaseh!" BMW  mula  menampakkan  dirinya. Haraplah  si  Zairey  itu  tidak  mengenali  dirinya.

Kedua-duanya saling memandang wajah suci Kaseh. Ada wajah tanda tanya di wajah  Kaseh. BMW bagaikan tahu apa yang ingin Kaseh persoalkan. Namun tegakah dia berterus terang. Akan terima kah Kaseh akan perhubungan kekeluargaan yang telah lama terbina antara mereka berdua.

"Better you know what you want to asking!" BMW memintas pertanyaan  Zairey. Hanya itu  yang dapat membantutkan pertanyaan Kaseh. Kaseh pucat, dia ini kuasa majik ker sehingga tahu apa yang Kaseh  ingin ucapkan  kepada  Zairey. Argh..masak dia kali ni.

"Nothing."

"Orait. Apa Kaseh  buat kat sini?" Zairey  memulakan  bicara.

"Belajar renang kuak lentang!" selamba badak Kaseh menjawab. Malas mahu berbudi bahasa budaya kita dengan si lelaki  curang  itu. Dia pula buat apa  kat sini. Stalker Kaseh ker ? Mana dia tahu akan lokasi Kaseh , adakah  dia lekatkan GPRS ker kat handphone ini?

"So funny!"

"Ehem.." kedua-duanya saling berdehem. Boleh pula mereka bergurau mesra alam dalam masalahan ini yaa. Alamak, terlupa sudah. Ini salah si BMW laaa. Kaseh sudah tertunduk malu dan BMW buat bodoh sahaja. Kantoiii. Khayalan  BMW  terhenti  apabila  hidungnya  semakin  gatal.

"Auuucccooohhhmmm," makin merahlah hidung BMW selepas  ini. Cepat bebenor  badannya  terkena  bersin.  Agaknya  BMW  harus  kena minum Vitagen bagi  kesihatan perut    setiap hari.

"Nah!" Kaseh menghulurkan akan kain selimut dan tuala kering. Lambat-lambat  dia menyambut. Ini yang buatkan Kaseh lemah apabila ada  kawan jatuh sakit. Apatah lagi seandainya  yang  jatuh  sakitnya  adalah  yang bukan muhrimnya. Liatnya sahaja  Kaseh  hendak bantu.

"Encik ok tak ni? Nak minum apa-apa yang panas tak?" pelawa  Kaseh sedikit serba salah kerana telah  buatkan  dia jadi tidak sihat sebegini.

"Coffe, please!"

Laju tapak kaki  Kaseh menuju ke dapur dan membancuh air kopi panas yang dipinta oleh  BMW. Bunyi cerek panas membuatkan hati BMW dilanda dalam taman. Inikah rasanya jika diri ini diambil berat oleh seseorang? Kasehkah orangnya yang dia nantikan selama ini?

Berdeting bunyi gelas bertembung dengan piring. Aduhai, makin bersemangat jiwa  dia  mahu merasai air bancuhan Kaseh. Bukannya sebelum ini dia tidak pernah merasainya, Cuma kali ini ianya berbeza sikit.

Beranganlah kau, BMW!!!!




heheh..BMW jatuh sakit pula kali ni..
like  always..   bersambung..
10/12/2014.. 4.57 am

Monday, December 8, 2014

Temu Janji Cinta 9

Bab 9                                                                                                                            
Kaseh bagaikan terkejut dengan pertemuan ini. Sudah bertahun mereka tidak bertemu,kini hanya begitu mudahnya mereka bertemu kembali. Kaseh segera melarikan diri setelah puas dirinya dihina oleh kekasih hatinya.                                          "Kaseh,awak nak ke mana tu? Siapa dia tu? Apa tujuan dia menghina awak begitu?" Soal BMW dari belakang.                                                 Kaseh yang sedang memakukan pandangannya,tersentak dengan kemunculan BMW. Sejak bila dia ini mengikutinya?                                             "Tolong tinggalkan saya sendirian. Saya perlukan masa!" Kaseh abaikan pertanyaan itu. Dirinya kembali senyap dan sepi. Kalau dah nama BMW, memang tak pernah makan saman. Dengan selambanya dia duduk dan menemani Kaseh.                     "Nope. Saya takkan tinggalkan Kaseh sendirian. Bukankah Kaseh dah berjanji akan bertemu janji dengan saya. Masakan saya akan melepaskannya dengan semudah ini! Never!" BMW menjawab yakin.          Ya Allah,dia ingat lagi akan temu janji itu. Ikut dialah. Jangan nanti nak mengadu yang kalau temu janji itu menjadi hambar,sudah.                        "Apa encik merepek ni? Sejak bila saya bersetuju? Setahu saya,saya dipaksa,ok!" Kaseh menjawab bagi membetulkan andaian itu.                        BMW hanya tersenyum. Dia sudah menduga itu jawapan yang akan Kaseh berikan. Boleh tahan keras jugak hati Kaseh. Nampaknya kena berlipat kali gandalah usaha BMW kena lakukan selepas ini untuk menawan hati Kaseh.                       "Tapi,bagi saya..awak dah dikira bersetuju setelah awak masuk kereta saya takdi," BMW berkata selamba sambil tangannya menguis ranting kayu yang ada di atas jalan raya yang berdekatan.                                 "Nonsense. Ikut encik lah nak buat andaian apa-apa pun. Yang pasti,tolong hormatkan pendirian saya. Saya benar-benarkan ingin bersendirian!" Kaseh tetap bertegas. Sesungguhnya dia benar-benar mahu menenangkan jiwa dan perasaannya dari segala tohmahan yang dilemparkan oleh Zairey.                 Bagaikan terngiang kembali detik pertemuan mereka berdua. "Kaseh?" Satu suara menjengah dari belakang. Kaseh sudah terkedu sendiri. Masakan dia tidak mengenali akan alunan suara itu. Nampaknya suaranya masih seperti dahulu. Lembut tapi ada kegarauannya. Nak berpaling ke tidak?                                                                "Kaseh Armia,right?" Sekali lagi suara itu berbunyi, namun ada nada paksaan kerana sahutannya tidak mendapat respon sewajarnya.                  "Nope,encik salah orang" akhirnya Kaseh menjawab juga.                  "Jangan nak tipu sayalah. Saya tau,awak adalah Kaseh Armia! Gelang tangan di lengan awak sudah menjawab." Bunyi loceng gelang tangan telah menderhaka pada tuan badan sendiri. Aduhai..                                 Akhirnya, Kaseh mengaku kalah juga dan perlahan-lahan berpaling. Wajah Zairey kini berada dalam bebola matanya. Ya Allah,dia masih seperti dahulu. Kenapakah selama ini dia mendiamkan diri? Dan kenapa harus sekarang dia mahu muncul kembali? Kenapa, Zairey? Kenapa? Kenapa kau buatkan aku begini?                                                            "Rie tahu dan kenal sangat dengan susuk badan Kaseh. Kita dah lama bersamalah,sayang!" Ucapnya dengan senyum lebar. Aduh,senyumannya masih tegar seperti dahulu.                                                "Rie bila balik Malaysia?" Soal Kaseh spontan.                                                 "Sebulan."                                                "Apa? Dah sebulan? Kenapa tak maklumkan pada Kaseh?" Kaseh menyinga marah. Sebegitu kejam sekali Zairey melupakannya sehingga langsung tiada maklum balas atas kepulangannya?                           "Rie tak mahu susahkan Kaseh. Kaseh tentu sibuk nak uruskan kerja harian. Lagipun kepulangan Rie ini biasa saje." Rie menjawab senang.           "Itu kata Rie. Tapi bagi Kaseh,apa sahaja berkait dengan Rie semuanya penting!" Kaseh menegaskan andaian Zairey. Sungguh mudah benar lelaki ini membuat andaian. Apakah sudah pudar rasa cinta dalam hatinya? Atau sudahkah dia menemui cinta baru di perantauan sana?                                                                  "Dahlah. Lupakan perkara itu. Dah basi mahu kita bertekak. Jadi, apa khabar sayang Rie sekarang? Rie nampak yang sayang dah buat perubahan fesyen,ya! Kenapa sampai nak memburukkan wajah sendiri seperti Betty dari Mexico tu?" Rie cuba alih topik. Zairey masih lagi tekun menilik fesyen yang Kaseh pakai pada hari ini.                                                                                  "Oh,ni! Yang sebenarnya..." belum sempat Kaseh menjelaskan,ada suara menyapanya dari belakang. Ya Allah, bagaimanalah dia boleh terlupa akan kewujudan sorang lagi makhluk itu.                                                   "Kaseh!" Suara itu memanggil sekali lagi. Pantas sahaja Zairey dan Kaseh berpaling. Siapa pula si nerd lelaki ini?                                                        "Kaseh?"                                                    "Kaseh?"                                               Keduanya saling menuntut jawapan dari Kaseh. Bingung Kaseh dibuatnya. Apa yang harus Kaseh lakukan. Perlukah dia mengharapkan agar lantai ini menyedutnya ataupun berlakon pengsan?                                                          "Siapa lelaki nerd itu, Kaseh?" Zairey lebih pantas menyoal setelah Kaseh lebih rela membisu.                            'Alamak, Zairey? Apa dia buat kat butik ni?' Soal BMW dalam hati. Nasib baik berkat gaya nerd ini menyelamatkan dia. Kalau tidak, habis punah rahsia dia.                                "Dia..dia.." apa yang Kaseh mahu katakan ini? Mahu bebohong, itu bukannya kepakarannya. Tangan Kaseh sudah berpeluh sakan. Apa yang Kaseh mahu kelentongkan pada Zairey.                                                "Ataupun dia ini adalah pakwe baru Kaseh? Itu yang susah sangat mahu jawab?" Bertalu-talu peluru kata-kata  yang dilemparkan oleh Zairey.                                                           "Apa yang Rie merepek ni? Kenapa cepat sangat nak tuduh Kaseh tanpa penjelasan sewajarnya? dan kenapa Pie kini bagaikan dah banyak berubah? Ini bukannya Rie yang pernah bersama dengan Kaseh dahulu" Kaseh melontarkan kata-kata yang terpendam.                                "Habis tu,kenapa bila Rie tanya, Kaseh tak nak jawab. Jadi apa lagi yang Rie akan fikirkan?" Zairey bagaikan tidak mahu mengalah.             "Masalahnya, Rie yang tidak sabar dan begitu cepat buat andaian yang melulu. Kalau betol takpe jugak."               BMW hanya menjadi pemerhati tegar. Mahu menyampuk, dikhuatiri akan memudaratkan keadaan yang tampak tegang. Kesudahannya baik jadi penonton tak berbayar je.                 "Jadi, sekarang ni terbukti yang Kaseh dah curang? Kaseh dah langgar perjanjian kita berdua? How stupid girl! Setelah lama kita bersama, ini balasan yang kau berikan pada aku?" Nada gelaran sudah tertukar kau pada aku. Kenapa si Zairey ini cepat benar buat spekulasinya tanpa dengar penjelasan sebenarnya?                             "Hello, saudara. Jangan nak cepat buat andaian melulu. Dengar dulu penjelasan." BMW mulai menyampuk setelah terasa pedih telinga mendengar kejian itu.                       "Rie! Sampai hati tuduh Kaseh begitu! Apa masalah Rie sebenarnya sehingga susah sangat nak dengar penjelasan dari Kaseh?"Kaseh menahan sebak di dada dan menguatkan perasaanya agar tidak menitiskan air mata di hadapan dua jejaka. Jangan cepat lemah semangat, Kaseh Armia!

Thursday, December 4, 2014

Nuffnang Ads